|
RIANZ PARADISE VOL. 56- VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA DI RADIO2
[Copy link]
|
|
Originally posted by blingblings at 17-1-2009 01:19 PM
sambungan yg kat atas
Sepanjang perjalanan yg terasa sgt lambat itu air mataku mengalir tanpa henti. Sepatahpun tiada yg keluar dr mulut Azam. Dia memandu tenang, sesekali melihat jam di tgn ...
thanks k.bling
dah nak start konflik nmpknye...huhu
~away@proboards~
[ Last edited by joenjohana at 17-1-2009 03:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by joenjohana at 17-1-2009 03:06 PM
thanks k.bling
dah nak start konflik nmpknye...huhu
~away@proboards~
yg ni baru sikit JJ...... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan utk sesiapa yg boring petang2 ni.....
Cuma ada lagi tiga minggu sebelum peperiksaan bermula, jantungku berdebar takut, maklumlah belajar sendiri bukan mudah. Aku berjaga hingga ke pagi sehingga kebelakangan ini aku terbabas bangun pagi. Kesian Azam tak mahu menyusahkan aku sehingga ke pejabat tanpa sarapan. Rasa bersalah pula, kdg2 dia pula yg sama2 bersengkang mata membantu aku menyelesaikan beberapa masalah yg tdk ku fahami. Seperti hari itu dia telahpun ke pejabat ketika aku bangun.
Tengahari itu aku masak makanan kegemarannya tapi dia langsung tak pulang, tiada juga panggilan telefon. Aku pun malas untuk menalifonnya, biarlah, dia ramai peminat di luar sana, pandailah dia makan sendiri. Aku pun bukan pilihannya, pilihan ibunya, dia juga bukan pilihan ku. Kami terpaksa.
Lewat petang itu dia pulang, tanpa menyapaku dia terus sahaja ke biliknya. Selepas beberapa lama baharulah dia keluar ke ruang depan dgn kemeja T merah dan berseluar jean hitam. Dia terus duduk di depan TV dgn surat khabar di tangan. Aku mengamatinya seketika. Nak keluarlah tu, dengus hatiku.
"Abang nak minum?" tanyaku tanpa memandang ke wajahnya.
"Boleh juga" jwbnya sambil memandangku sebentar kemudian menyambung membaca surat khabar itu semula. Aku membawa air utknya dan ku letakkan di hadapannya kemudian terus duduk tdk jauh dr nya.
"Kenapa abg tak balik makan?" Berani pula aku bertanya. Dia meletakkan surat khabar di tgn dan memandangku lama seakan memikirkan jwpn pula. Aku langsung tak menghiraukan jwpn yg akn direka utk ku.
"Lupa nak cakap hari ni abg ada hal kt luar, abg makan kat luar sebab tak sempat balik" aku langsung tak percaya kata2nya.
Dlm hati aku memujuk diri sendiri supaya bersabar sehingga peperiksaan berakhir. Aku sedar kini aku tak punya sesiapa lagi, hanya Azam yg aku miliki. Aku tak tahu soal perasaan, mungkin dia cuma pelindungku buat sementara aku masih belum berdikari. Ketika aku bangun meninggalkannya dia bersuara.
"Dah ready ke nak ambil periksa? " Ada senyuman yg aku ingin lihat di wajahnya. Lama benar senyuman itu bagai hilang dr pandangan mataku.
"InsyaAllah, nak score tu mmglah tak boleh janji, belajarpun sendiri, harap abg aje yg jd cikgu itupun selalu tak nak ajar" balasku sambil menyindirnya.
"Dulu abg belajar lain, Ijah belajar lain, manalah abg tahu " jwbnya spt sedar disindir. Mmgpun, dia pelajar sains tentulah kurang faham ttg perakaunan dan lain2 yg baru.
"Hari ni abg temankan Ijah kat rumah, bg semangat sikit" katanya tersengih2 sambil bangun ke dapur. Aku tersenyum melihatnya tp masih duduk di mejaku meneliti beberapa nota yg ku tulis. |
|
|
|
|
|
|
|
lg sikit sebelum part 18 XL......er...part tu as usual masa ramai sikit tp cuma 5 minit..
Azam yg telah kembali ke depan berjln ke mejaku, tiba2 tgnnya melengkari dadaku ketika aku masih terduduk di situ.
"Lain kali masak sedap2 tlg telefon abg balik makan, abg dah lapar ni" pipiku dicium mesra. Aku terkedu, dia demamkah hari ni? Tanyaku di dlm hati.
Sambil tersenyum aku bangun menyiapkan makanan di meja makan sambil aku duduk bersama menemaninya. Dia mmg pelik, katanya sudah mkn tgh hari tp dua pinggan nasi dihabiskannya. Tersandar kekenyangan dia sambil matanya ke arah TV yg terpasang. Lewat petang itu dgn baju sukannya dia keluar berjln menuju ke padang yg tak jauh dr rumah kami. Malam itu dia makan lagi bersama2 ku. Dia mmg begitu kalau ada makanan kegemarannya selera makannya mmg boleh tahan, nasib baiklah kuat bersukan kalau tdk tentu naik badannya.
Pulang dr masjid mlm itu dia membawa sebekas air utkku.
"Minumlah, bismillah dan selawat tiga kali, air penerang hati, nanti dpt jawab soalan dgn tenang" katanya sambil tersenyum. Aku merenung ke wajahnya, kenapa baik benar Azam hari ini? Hatiku mula bertanya. Tp lebih kpd terharu pula di atas keperihatinannya.
"Terima kasih abg " kataku sambil menarik mukanya yg agak tinggi dari ku. Pipinya ku cium cepat. Dia terkejut memandang aku di situ seketika tp tersenyum lebar.
"Rindu kat abg lah tu " duganya sambil tersengih2 pula.
"Mana ada! " cepat aku menjwb sambil mengambil bekas air dr tgnnya ke meja ku semula.
Selepas dia tiada lagi di situ aku terus minum air itu dgn satu nafas, siap dgn niat. Mungkin dgn keadaan yg tdk cukup tidur kebelakangan ini terasa badanku penat. Aku terus masuk tidur awal dgn harapan dpt bangun awal pagi esok dan tak terbabas lagi. Almari baju ku buka mencari baju tidur ku yg lama benar tdk ku sentuh, aku pilih yg berwarna hitam hingga ke lutut. Selepas membersihkan diri aku terus memejamkan mata, belumpun terlena, terdengar suara Azam memanggil, mmg pintu bilikku sentiasa berkunci sejak bbrp lama dulu bila aku berada di dalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 17-1-2009 03:36 PM
sambungan utk sesiapa yg boring petang2 ni.....
Cuma ada lagi tiga minggu sebelum peperiksaan bermula, jantungku berdebar takut, maklumlah belajar sendiri bukan mudah. Aku berjaga hingga ke pa ...
sesak napas lah conflict nih ehehe...
cepatlah abih exammmmm |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo yo yo rianz....
tak terkejor teman...
laju benor meremputz nye kome ni wei.... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa 2 yg ada kompilasi citer blingbling ni boleh send kat teman tak.
teman dah lost ntah mane hujung mana pangkal dah...huuuuuhuuuhuuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
JJ sorang je ke?
Nak intai jap apa kabar org umah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by smcjt70 at 17-1-2009 03:50 PM
sapa 2 yg ada kompilasi citer blingbling ni boleh send kat teman tak.
teman dah lost ntah mane hujung mana pangkal dah...huuuuuhuuuhuuhu
k.su....kite dah start tepek kat ria proboards.....akak nk baca kat sana je ke nk kite PM gak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2211 hanyadiriku's post
HD pun ade
apa kabar HD? aisyah tgh wat ape tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 17-1-2009 03:54 PM
haku skip cepat2 part conflict2 nih ehehehe... baik tgk movie ker.. baca novel ker... kalau tiba part nih.. kalau boleh nak fwd cepat2 ehe
nak yg hepi2 je eh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by smcjt70 at 17-1-2009 03:50 PM
sapa 2 yg ada kompilasi citer blingbling ni boleh send kat teman tak.
teman dah lost ntah mane hujung mana pangkal dah...huuuuuhuuuhuuhu
nanti tanya kat JJ dia penasihat pro board ada kut...JJ calling for JJ |
|
|
|
|
|
|
| |
|