CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 25-9-2011 06:35 PM | Show all posts
Adakalanya

Adakalanya
aku tak akan berbicara
menyimpan kata-kata lebih bermakna
kerana aku yakin tiada jawapan yang diperoleh
hanya menambah beban di dada
sia-sia.

Adakalanya
aku akan meluah rasa
mengeluar segala yang menyesak jiwa
kerana aku yakin dengan berkata ia menenang sukma
lapang dada seakan terlepas bebanan yang menimbun
berharga.

Adakalanya
aku dalam dilema
antara berkata-kata dan diam saja
lalu kupanjatkan doa
mengharap petunjuk dari-Nya
dan cukuplah bagiku hanya kepada Dia memohon pertolongan.

Goldkey, 25/9/11, 18.25 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2011 10:20 PM | Show all posts
Laut Kasih 57

Bahtera yang kita layari dinda
telah meredah badai dan gelora
bertahan panas dan hujan
masih mampu membelah laut kehidupan
dengan ampuhnya menyusuri
pesisir pantai cinta kita.

Labuhan yang kita singgahi dinda
menyatukan pecahan bibir kata
bertaut kembali menjadi sempurna
tiada cacat cela
bersaksi sekalian isi laut kasihmu
mewarnai indah alam cinta kita.

Goldkey, 25/9/11, 22.17 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 10:57 PM | Show all posts
Kiwi Cinta

Di serata alam ini
barangan lumrah akan lusuh
diselaputi debu
kelihatan tak bermaya
hilang gemerlap dimamah waktu.

Begitu juga cinta
akan melusuh hilang serinya
dan sudah tentu perlu dikiwi cinta itu
agar kembali memancar sinar
kelihatan seperti baharu berputik.

Goldkey, 25/9/11, 22.51 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 02:36 PM | Show all posts
Teman
apabila berkata
berkatalah dengan sebaik-baik perkataan
barangkali ia jadi doa
yang didengari yang Maha Esa.

Ya Allah
jauhkanlah kami
dari sifat keluh kesah
yang menjauhkan kami dari mengucap syukur
kerana ketetapan-Mu yang terbaik untuk kami.

Goldkey, 27/9/11, 14.33 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 05:59 PM | Show all posts
Sesekali

Sesekali
kurasa ingin terbang di angkasa
melihat isi alam
pelbagai warna
pelbagai rupa.

Sesekali
kurasa ingin menyelam di dasar lautan
melihat perut laut
pelbagai hidupan
pelbagai keanehan.

Sesekali teringin.

Goldkey, 27/9/11, 17.57 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 10:23 PM | Show all posts
Ilmu

Teman
apa pun yang kamu ingin lakukan,

selidiki
jangan nantinya ada penyesalan,

memang kesilapan adalah pengajar yang baik
namun kebijaksanaan membaca kemungkinan perlu,

dari mana datang kebolehan itu
jika bukan dari manafaat ilmu yang kamu telah kumpulkan.

Goldkey, 27/9/11, 22.22 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2011 11:06 PM | Show all posts
Waktu kian uzur
ditambah badan juga uzur
izinkan daku berundur
yang tegang seharian dapat kukendur
esok-esok kita bertegur
menyambung silaturrahim yang subur
agar persahabatan tidak terkubur
sebelum nasi jadi bubur
lebih baik mengucapkan syukur
di atas rahmat dan nikmat yang tak terukur
dikurniakan-Nya kepada insan-insan jujur
ikhlas dalam bertutur
punya hati luhur
sentiasa akur
tidak takbur.

Goldkey, 27/9/11, 22.59 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 09:01 PM | Show all posts
Kuingatkan

Aku bukan sesiapa
hanya hamba Allah ingin berpesan
berpesan tanpa rasa bosan
mengingati dengan kesabaran
dan kuharapkan
takdir memihak kepadaku
jadi golongan yang mencapai kemenangan.

Teman
usah bangga dengan kecantikan
kecantikan yang kamu sering pamerkan
kepada mereka yang bukan haknya
barangkali boleh menyakiti kamu apabila bertemu Tuhan
fikir-fikirkan
adakala aku perlu menjaga tepi kain orang.

Tanpa gagal teman
adakah kita sering mencuba
menunaikan titah perintah-Nya
atau buat-buat tidak endah
malah berbangga melanggar suruhan-Nya
jangan macam-macam
kalau tak nak dihentam.

Aku takut teman
kerana janji-Nya tak didustakan
sesungguhnya siksa-Nya amat pedih
beruntunglah mereka yang diredha-Nya
maka sia-sialah mereka yang dimurka-Nya
aku sekadar mengingatkan diriku dan juga kalian
jangan tersalah pilih jalan.

Goldkey, 28/9/11, 20.55 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 09:55 PM | Show all posts
Dalam-dalam kuhela nafas
lalu kuseka selama mungkin
membiar udara menyelinap ke segenap 'sinaps'
memberi kekuatan urat saraf berdangdut 'raggae'
menguburkan stress seharian
menjadikan aku kembali segar bugar
membulat mataku membaca garapan di sini
kerana puisinya kian rancak berbaris
menanti bola mataku
memberi pandang yang menggoda.

Goldkey, 28/9/11, 20.28 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 10:35 PM | Show all posts
Awan gemawan membuka tirai jendela
di mana dikau rembulan
sinarmu dinantikan seisi alam
langit kelam tanpa seri wajahmu
bintang-bintang enggan tersenyum
ikan-ikan di laut merindu banyanganmu di kelong
burung-burung mendodoi anak dalam kegelapan
labah-labah meraba dalam kesamaran
cengkerik menjangka hujan akan datang
tiada lagu alam dimelodikan hingga ke siang
sepinya alam.

Goldkey, 28/9/11, 22.22 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 10:51 PM | Show all posts
Suara tilam dan bantalku
sayup-sayup memanggil
sungguh menggoda nafsu tidurku
lalu mana mungkin kudapat menahan
mata ini sudah merenget keanakan
mahu didodoikan dalam buaian mimpi
lalu kumohon pada kalian semua
ingin aku berpergian dengan rasa ghairah
merehatkan diri
memulihkan tenaga
demi tugas dan tanggungjawab
yang menunggu di hari esok.

Salam selamat malam salam kemaafan
kututup pintu malam
kurungkai ikatan tirai kamar
kupasang kelambu baldu
agar lena tidurku
sebelum azan subuh memanggilku
datang sujud kepada-Nya.

Goldkey, 28/9/11, 22.45 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 06:41 AM | Show all posts
Permulaan hari

Salam selamat pagi teman
kumulakan hari dengan ucapan syukur Alhamdulillah
masih diberi kesempatan
masih diberi kesihatan
menikmati indah alam
menikmati rahmat kehidupan
salam sayang
salam kerinduan
semoga kalian beroleh keberkatan
semoga kalian dalam kesihatan yang berpanjangan
meneruskan perjalanan
yang belum tentu akhiran
moga-moga  kita semua dirahmati Tuhan sekalian alam.

Goldkey, 29/9/11, 6.40 am
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 11:04 PM | Show all posts
Aku bukan gembala kambing
yang ke hulu ke hilir
mengepung kambing balik ke kandang
takut nantinya kambing sesat jalan
namun
dalam tugasku
aku dipaksa dan terpaksa
ke hulu ke hilir
mengejar anak didik
yang tingkahnya tak ubah seperti kambing
merayap menjauh dari kandang.

Aku sedih dengan anak didik ini.

Goldkey, 29/9/11, 22.54 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 11:40 PM | Show all posts
Tak perlu mencari rindu
di dalam rimba hati
kerana ia akan menjalar memanjat
muncul di puncak dahan kasih
merebut sinar cinta yang membahang.

Goldkey, 29/9/11, 23.35 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2011 07:09 PM | Show all posts
Di hujung hari ini
adakah kamu telah mendapat
sesuatu yang lebih bermakna dari semalam
atau hanya melepaskan waktu pergi tanpa apa-apa
sungguh malang andai semalam lebih baik dari hari ini
bangkitlah
supaya di hujung hari esok
kamu peroleh sesuatu yang lebih baik dari hari ini
sungguh sia-sia andai hari esok lebih buruk dari hari ini.

Goldkey, 30/9/11, 19.05 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2011 01:21 PM | Show all posts
Laut Kasih 58

Bilaku berpergian
seringkali kudapat sebuah nota
yang kau selitkan
di celah-celah kemejaku
lalu kurangkul kejap
kerana kutahu
pasti ada untukku catatan;
"da sayang abang, i love you so much"
dan rindu bertunas
menjadi pohon cinta di pulau laut kasihmu.

Goldkey, 1/10/11, 13.11 pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2011 01:51 PM | Show all posts
Laut Kasih 59

Pohon cinta
merimbunkan silara
berteduh camar rindu
bersarang di dahan kasih
berdua berselimut kabus malam
saling menghangat dalam pelukan asmara.

Pohon cinta
melambai diusik bayu
menggamit memori semalam
bertandang membaca puisi syahdu
mengulit lena
kau dan aku dalam buaian laut kasihmu.

Goldkey, 1/10/11, 13.50 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2011 06:01 PM | Show all posts
Laut Kasih 60

Senja ini kasih
ingin aku menekap telinga
ke dada jantungmu
mendengar irama cinta
yang berdegup laju
menghibur rindu.

Sore ini kasih
ingin aku berbisik lirih
ke cuping teliga hatimu
menyuarakan rasa rindu
gurau senda
gelak tawa yang manja.

Dan malam ini dinda
ingin aku memelukmu
biar dikau lena hingga ke pagi
diulit mimpi
belayar dalam bahtera cinta
meredah laut kasihmu.

Goldkey, 1/10/11, 17.56 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2011 10:44 AM | Show all posts
Pergilah

Mahukah kamu tahu
semalam dia datang
buat aku tak lena tidur
buat pipiku mengelembung
buat kepalaku bagai nak pecah
buat aku tidak berselara untuk makan
menganggu sesi gurauan bersama anak bujangku.

Pergilah jangan menganggu
aku sudah tua untuk dikau
aku tak mampu melayan aksimu
aku tak cukup kuat lagi untuk bertahan
menanggung segala perbuatanmu
menyakiti tubuh badanku
pergilah duhai sakit gigi.

Goldkey, 2/10/11, 10.42 am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2011 05:41 PM | Show all posts
TIUB

Bilaku lalu
kawasan kampung Ulu Bendol
kuterlihat papan tanda
jelas tertulis TIUB.

Kusangka
penukar tiub motorsikal
memasang iklan perkhidmatan
tiada pula tertera nombor telefon.

Bilaku kian menghampiri
kuterbaca TIUB itu
telur itik ulu bendul
Omak ai!!! mengelirukan oden.

Serta merta
buat aku kecur
gulai lemak telur itik
selalu bonda masakkan untukku.

Goldkey, 2/10/11, 17.37 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.080188 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list