|
RIANZ PARADISE VOL. 62 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
tempek lah ni 5 minit ye
deleted part yg 18XL ja
Sehari sebelum pulang, di malam terakhir kami di situ kami makan dalam suasana yg paling romantik, berjalan berduaan di pantai, sesekali berpelukan mesra. Bisikan cintanya untukku bersilih ganti dgn ucapan sayang untuknya. Begitulah nikmatnya bila berada di dalam alam cinta yg sungguh indah, tambahan pula lelaki itu adalah lelaki yg sah menjadi milikku selamanya. InsyaAllah.
Selepas mengemaskan beg untuk penerbangan balik kami esoknya aku keluar mencari Azam yg sedang berdiri di luar keseorangan. Melihat kelibatku tgnnya terus menarik ku di dalam pelukannya.
"Cepatnya, esok dah nak balik" kataku perlahan tanpa melihatnya.
"Dah siap kemas barang-barang? "tanya Azam penuh kelembutan.
"Dah, esok pagi2 transfer awal dr hotel, takut tak sempat" kataku berpaling padanya. Dia sedang tersenyum dgn sungguh manis sekali. Kemudian mengeluarkan sesuatu di depan mataku, sebuah kotak leper berwarna keemasan.
"For you" katanya dgn tersenyum lebih manis lagi. Aku terkedu bagai tak percaya, bila dan di mana pula dibelinya? tak pernah pun ku lihat dia membeli barang itu sewaktu kami membeli belah di sini.
"Apa ni?" tanyaku dgn gembira tp lebih kpd terkejut.
"Hadiah untuk isteri abang, sempena wedding anniversary yg ke enam tak lama lagi, sebagai berterima kasih selama enam tahun mengasihi abang dgn ikhlas, menerima abang yang tidak sempurna ini, mengampunkan walau besar manapun dosa-dosa abang dan menerima semua org yg abg kasihi di dalam hidup Ijah. Tiada yg lebih membahagiakan bg seorg lelaki melainkan mempunyai seorang wanita yg mengasihi dan dikasihi. Bukalah , I hope you like it" matanya seakan berkaca-kaca hidungnya seakan kemerahan. Airmataku sudah melepasi kelopak mata, berjuraian satu demi satu. Sebuah kucupan di dahiku dan pelukan ku erat untuknya. Jarinya mengesat airmataku perlahan dgn tenang.
[ Last edited by blingblings at 11-2-2009 12:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by joenjohana at 11-2-2009 12:02 AM
k.bling)))))))))))))))))tepek r
kang banjir lak umah ni...k.EL dah start nanes tu
dah tu ha... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 11-2-2009 12:00 AM
Tq so much CT :kiss: :kiss: :kiss:
ur welcome.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 10-2-2009 11:45 PM
ye betol tepat skali kak
sorry ...you all tunggu lama... |
|
|
|
|
|
|
|
gud nyte rianz...
salam semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by sweetmm at 11-2-2009 12:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 11-2-2009 12:11 AM
ramainya......nah tempek dah...baca je...
dah baca & save.. tq kak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 11-2-2009 12:15 AM
http://media.mit.net.my/photo/59/262009_milaimbau(a).jpg
hammbooihhh habang??
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung...last utk mlm ni...
Perlahan-lahan aku membuka kotak itu dan akhirnya terserlah cahaya dlm suasana suram itu. Seutas rantai leher pendek diikat permata bulat bersegi-segi kecil satu persatu penuh satu bulatan tapi di bahagian tghnya batunya lebih besar. Aku terharu, mahalnya hadiah ini, aku tahu, aku pernah melihatnya beberapa kali bila mengikut emaknya di kedai emas itu. Tak akan sanggup aku membelinya dgn harga yg hampir sama dgn harga sebuah kereta. Mataku masih mengamati seakan terpegun melihat cahayanya yg menyinar walaupun di dalam kegelapan. Tiada kata terucap, airmata mengalir lagi terharu, dia segera mendakap erat sambil tgnnya mengusap rambutku perlahan. Begitu lama begitu dan aku kembali menatap wajahnya.
"Kenapa beli barang2 mahal begini, Ijah tak minta apa-apapun dr abang, Ijah dah cukup bersyukur dapat jadi isteri abang, Ijah ikhlas, hidup kita bahagia. Abg dah bagi segala-gala untuk Ijah, Ijah tak mau apa-apa lagi semua dah cukup" kataku merintih perlahan.
"Ini bukan saja hadiah untuk anniversary tapi sempena Ijah dah jd ibu, kpd anak abang yg dalam perut ni. InsyaAllah kali ni semuanya akan selamat. Kita jaga anak kita sama-sama" suara lembutnya bagaikan bisikan.
"Kalau belum ada?" tanyaku yg masih ragu-ragu. Tangannya meraba di perutku bagai mengusap-ngusap perlahan matanya terus menatap mataku dgn penuh kasih dan sayang.
"Abang tahu dah ada, sama mcm yg dulu, tanda-tandanya sama" aku merenungnya bagai tdk mengerti tapi dia tersenyum bagai ada kepuasan yg jelas tergambar di wajah.
"Kalau macm tu kena mengandung tiap-tiap tahunlah, dah tiap2 kali dpt hadiah" aku mula bergurau dgnnya.
"Tentu, Cuma takut Ijah yg tak sanggup, melahirkan anak bukannya senang" tenang kata-kata Azam tapi cukup untuk membuatkan aku sedikit bimbang. Dia pernah menceritakan detik2 cemas bbrp pengalaman menyambut bayi sewaktu keadaan terdesak, bila sudah tiada doktor lain yg bertugas. Aku yakin dgn adanya dia di sisiku nanti, sesusah manapun dia akan pastikan aku selamat.
Selepas percutian indah itu berakhir kami berangkat pulang ke rumah kami di Sabah. Masih terbayang-bayang bertapa manisnya kenangan yg baru sahaja berlalu. Keletihan amat dirasakan tak kala sampai di rumah. Malam itu aku hanya terbaring lelah, bagai hilang selera makan. Pedih ditangkal hati mula menyengat memaksa aku bangun di tengah-tengah malam mencari sesuatu untuk dimakan. Dua keping roti bakar dan milo panas ku habiskan sambil menonton TV.
"Eh, lapar ya, itulah tadi ajak makan, cakap tak berselera, kan dah lapar" Azam rupanya bngn bila menyedari aku tiada di sampingnya tadi.
"Pedih kat bulu hati ni, itu yg bangun juga, kalau tak makan mcm tak dapat tidur" kataku tergelak.
"Sayang, tolong abang satu, boleh?" aku mengangguk dgn cepat. Di tgnnya ada bungkusan plastik kecil.
"Ni, ambik, sekarang tolong buat test dulu, I can't wait" katanya bagai tdk sabar-sabar lagi. Sememangnya aku kerap juga menggunakan alat itu bila sesekali kedatangan period yg terlambat bbrp hari sewaktu masih belajar. Manalah tahu kalau-kalau terlekat pula. Mmg itulah yg aku ingin lakukan malam itu jika dia tdk menyuruhpun.
Tersenyum lebar aku mermerhatikan dua garisan merah terang itu, sudah lama aku tdk melihatnya. Itulah detik paling indah serta manis untukku dan Azam. Inilah hadiah yg tak ternilai dariku untuknya. Bila pintu bilik air itu terbuka aku layangkan plastic kecil itu di depannya supaya dia berpuas hati dgn apa yg ingin dilihatnya itu.
"Alhamdulillah" itulah ucapannya pertamanya sebaik sahaja matanya meneliti dua garisan itu yg terang sekali. Tgnnya ditadah dan seketika mengaminkan sendiri. Aku masih tersenyum melihat wajah gembira seorang ayah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 11-2-2009 12:07 AM
tempek lah ni 5 minit ye
"I love you so much" bibirnya mengucap kata2 cinta entah berapa kali sehari. Matanya tajam merenung ke tubuhku sambil tgnnya masih memaut dan mengurut lembut tubuhku d ...
thank u bling :flower: :flower:
ok rianz, I'm really sleepy, I bid g'nite now ..:kiss: :kiss: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 11-2-2009 12:18 AM
sambung...last utk mlm ni...
Perlahan-lahan aku membuka kotak itu dan akhirnya terserlah cahaya dlm suasana suram itu. Seutas rantai leher pendek diikat permata bulat bersegi-segi kecil satu p ...
alhamdulillah..... |
|
|
|
|
|
|
|
pandang tak jemu pasangan ni, harap2 murah rezeki budak berdua ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 11-2-2009 12:21 AM
alhamdulillah.....
enam tahun tunggu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sue_elle at 11-2-2009 12:20 AM
thank u bling :flower: :flower:
ok rianz, I'm really sleepy, I bid g'nite now ..:kiss: :kiss:
gud nite |
|
|
|
|
|
|
| |
|