|
akk sambung lagi ye!!!!!!!!
"Abgpun tak sempat nak pegang, cepat sungguh, lgpun Ijah nampak kuat aja tadi, risau tgk darah yg melambak-lambak tadi, bahaya tau boleh turun darah tu" kata Azam yg masih nampak risau.
"Tak sakit pun cuma ada rasa kebas, kan kena jahit tadi tu, nurse kata tak ada apa2 pun" kataku sambil menghabiskan makanan di dalam pinggan.
"Kalau tak ada apa2 esok Ijah boleh baliklah. Jgn lupa dgr cakap mak, kena pantanglah, ikut hospital mana ada pantang2 mcm org2 Melayu, cumanya jgn makan yg sejuk tp rasanya siksa juga kalau mak abg yg jaga" Azam mengingatkan aku kpd mertua yg setiap hari tak pernah sekalipun terlupa bertanya khabar, ada saja nasihatnya. Banyak perkara yg dipesannya terutama sewaktu dlm pantang.
"Jgn lupa janji kan hari tu nak pantang seratus hari?" katanya tersenyum meleret memandang wajahnya yg sedang mengubah meja makan itu jauh dr katil dan kembali duduk di sebelahku.
"Bukan hari tu kata empat puluh empat hari? Mcm mana boleh jadi seratus pulak? Mat salleh pantang sekejap aja, beranak seminggu dah masuk gym" katanya tersengih-sengih.
"Tgk tu hari tu bukan main lagi, cakap nak bagi badan org baik betul2lah, nak kasi cukup rehatlah, abg nak kena dgn mak lah tu" kataku mengungkit.
"Dah berjam-jam kat labor room tu tgk isteri sendiri susah payah nak bagi abg anak ni, jgn kata empat puluh empat, seratus hari pun abg sanggup, banyak urat2 yg putus masa proses melahirkan, tambah2 bersalin anak lelaki, rehatlah cukup-cukup, nanti Ijah tentu kurang tidur, mana nak menyusu lagi, anak menangis lagi, macam-macam" ada senyuman di wajahnya memandangku, mungkin teringat waktu dia menjaga Daniel selepas lahir bertahun yg lalu.
"Itulah baru org panggil suami mithali" kataku mengusiknya.
"Tapi, kalau Ijah rasa dah bersedia, mintalah" tersengih-sengih dia membelit aku pula.
"Amboih, sempat lagi tu" kataku sambil menggelengkan kepala.
Malam itu sedang aku memejamkan mata terdengar suara Azam yg memanggil. Rupanya mertuaku sudahpun tersenyum sambil mencium pipiku entah beberapa kali. Cucu yg sudah mula terjaga dan merengek-rengek itu dgn segera dipangkunya dgn penuh kasih sayang seorang nenek.
"Enam tahun menunggu, inilah baru merasa, comel mcm mamanya, sayangnya cucu tok ni. Mata dia dah buka belum? Mata sapa?" tanya mak mertuaku dgn tdk sabar2.
"Matanya secantik mata mamanyalah" kata Azam sambil duduk di sebelahku sambil memeluk bahuku mesra. Sebuah ciuman lembut ke dahiku.
"Anak lelaki muka emak ni sejuk, tak degil, tak melawan, kata org tua-tualah" kata emak sambil meneliti ke wajah cucunya. Seketika dia melihat ke wajah Azam yg dr tadi berkerut memandang emaknya.
"Oh, maksudnya mak kata Azam tak dengar katalah, degil sbb muka mcm arwah ayah?" bagai terasa dgn kata2 emaknya pula Azam. |
|