CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyhermanas

Kisah-kisah seram di hotel (Dalam dan Luar Negara)

   Close [Copy link]
Post time 8-6-2011 10:43 AM | Show all posts
bgtau la bilik nombor berapa...nti org tak tau...naya je kene.....
KingNepTune Post at 7-6-2011 23:13


x ingat la nama hotel tu..tapi dia cm apartment jugak betul2 dekat ngan pintu masuk nk g mandi manda kt laketown..dekat ngan parking keta hotel tu sebelah kanan...x silap aku nama dia Hotel Bukit Merah Laketown Resort kot.. no bilik 273..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 10:45 AM | Show all posts
Reply 2261# Sagoo


abis nk ckp apa berani? suka?? hepy?? awat hg suka ka kalau jumpa hantu?? :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 10:46 AM | Show all posts
Reply 2253# komander


apartment tu dia ada 2 katil ka?? 1 katil single 1 lagi katil doble kan?? btul x?? n dia ada sinki dekat ngan toilet..yg tu ka yg komander stay?? kalau yg tu sama la ngan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 10:56 AM | Show all posts
eh ni dah dalam misteri negeri perak... bukit merah tu di area gunung semanggol yang eazzad ada ceri ...
eazzad Post at 7-6-2011 19:36


yaka..aku baru nk baca..thanks for the info..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 01:14 PM | Show all posts
Reply 2263# missymia


    sentap plak dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:54 PM | Show all posts
laketown hotel namanye..dh 2 kali stay sini..so far xde ape pn..biliknnye best jgk(mngikut stdrd haku la)..b/fast pn puas ati.kt kwn2 aku rekemen otel ni..kalo tgk dr luar mcm xde ape2 je..takootla plak tetibe ade kejdian2..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2011 02:06 PM | Show all posts
last week aku pegi singapore. aku dok kat ibis bencolen.
masa check in bilik tu dalam kol 4 ptg camtu, time tu takde la rasa apa-apa. pastu member aku tanya, nak katil yg mana? (since aku booked twin sharing). aku pilih katil yg dekat dengan bilik air.

ni gambar bilik aku



lepas letak luggage, kita orang keluar pi orchard. balik bilik semula dalam kol 11 malam camtu. Lepas bukak kasut jer aku terus lompat atas katil sbb rasa penat giler.

sambil2 dok atas katil  tu kita orang borak-borak kosong aje la. gelak-gelak. pastu tetiba member aku terdiam sbb dia kata cam terdengar orang kt bilik sebelah dok tendang2 kat kepala katil dia. aku pun terdengar gak bunyi tu. dua tiga kali bunyi cam orang tendang kayu kepala katil tu.  tapi pastu kita orang buat bodo jer la. aku ingat mesti budak house keeping tengah kemas katil memlm buta. so aku cool aje la. member aku bleh buat lawak plak - agaknya org sebelah tengah seks ganas ni.

pastu kita orang gelak2 and sambung borak balik. tengah aku pokpekpokpek borak..jeng jeng jeng..tetiba aku terasa cam ada tangan dok tepuk2 bantal aku dua kali. siap terasa cam dia libas2 tangan dia kat telinga aku. terasa cam ada angin kat telinga aku.

perghhhhhh...apa lagi kan? terus aku melompat pegi katil member aku. time tu cam rasa nak nangis jer takut. meremang2 bulu roma aku. pastu bila pandang kat katil aku, aku nampak cam ada benda bangun dari katil aku sbb nampak cadar and bantal dok gerak-gerak. huwaaa..

kawan aku terkujat giler. (terkujat sbb tengok aku melompat terus atas katil dia). aku kata kat dia, jom kita tukar bilik. hahahah. penakut giler. tapi member aku kata, takde apa. meh kita tukar katil meh. berani giler member aku ni..

lepas tukar katil tu, takde apa2 jadi. tapi aku dah jadi penakut giler la.  member aku tgh mandi pun aku soh dia bukak pintu bilik air. euwww..

malam esoknya tu plak, kol 9 mlm camtu. masa nak masuk bilik aku tengok area kat bilik hujung sekali tu cam suram-suram aje. pastu nampak ada sorang lelaki tengah mengadap mcm nak masuk bilik jugak.  tapi aku tengok dia berdiri tegak aje. sbb gelap sket, so tak nampak la muka dia camner. aku dok pandang2 jer dia sementara member aku nak bukak pintu.

aku tanya kat member aku (busy body sgt kan) apa tu wei? member aku kata - ntah. pastu tetiba mamat tu pandang kat kita orang. huwaaaaaa...lintang pukang masuk bilik.

eeiii...sangap tol. ntah2 betul orang kan? aku jer yg penakut nak mampus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:08 PM | Show all posts
ni nak citer kisah last week..

aku outstation kat temerloh .. kami bertiga all perempuan dok satu bilik kat hotel seri malaysia temerloh... kami sampai temerloh dah lewat petang n check in around maghrib.... lepas layan nora eleena kami gi ke coffee hous hotel dok lepak2 n berbual..

dalam berbual tu sorang member  dok bukak cite hantu kat resort di rompin bulan lepas..  weol suspen gak.. pastu balik bilik sambung tgk tv while aku sambung layan forum n check facebook..  

seri malaysia temerloh ni sunyi kawasannye.. belakang hutan/semak n terus bersambung ngan sungai pahang .. mmg angker rupanya n lampu jenis malap n suram..

tapi sepanjang kat bilik aku takde rasa pape.. biasa jeee... mayb sbb aku tak pernah nak pikir pasal 'benda' tu..

then esoknya siang hari kami meeting seharian kat hotel ni.. aku rasa pelikkk sgt sbb dlm tgh hari badan rasa sakit.. cam bahu ko lenguh tahapp gaban... padahal kejenya meeting je.. bukan keje beratt... ingat aku salah tido ke hape.. tanya member sorang ni pun rasa the same.. mmg pelik but aku tak pikir ape.. just baca2 selawat.. n pikir mayb sbb katilnye tilam tak empokk..

petang tu kami checkout n lewat petang weol terus balik kl.. aku sampai umah dah pas maghrib..

yg member aku ni sampai umah dah dekat kul 10 then dia rasa penatt sgt .. lenguh seluruh badan... husband dia jenis boleh merasa kalo ade 'benda' nii.. so husband dia dah rasa cam sesuatu pelik ngan bini dia ni.. but dia diamm je...

malam tu dlm kul 3 pagi husband dia terjaga... tup tup kat tepi katil tuu ade pochong dok diam2 ngadap dia.... bini dier aka member opis ni tido tak sedor ape.. husband dia baca2 then benda tu hilang..

ari sabtu lepas baru husbandnya bukak cite ni.. n gi jumpa ustaz.. takot la kot benda tu ade ngikut lagi or bermastautin kat umah dia.. ustaz tu ckp benda tu ngikut member aku tu.. now dah takdo.. (dah balik temerloh kot)..

so maybla pasal tu kami dok rasa sakit bahu kat seri malaysia temerloh tu .. or benda ngikut balik .. sbb highway temerloh-kl pun lalu hutan.. wallahualam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 05:19 PM | Show all posts
aku dulu keje kat sebuah hotel di Johor. Nama hotel xyah lah aku bgtw eh! Aku keje sbg FOA. walaupun aku x pernah kena kacau tp kwn2 sekerja dan guest yg banyak story kat aku. Nanti aku update cerita guest kene kacau di tingkat 24, nombor bilik di rahsiakan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 06:02 PM | Show all posts
ok aku sambung cerita.......

Ada satu guest ni bernama Alan (bkn nama sbnr) mmg dah regular check in kat hotel tempat aku kerja. So, satu hari ni aku bg dia check in kat tingkat 24 ni (masa tu aku baru gak keja, so taktau bilik tu ade 'sumthing').. Dia bertiga dengan kawannya. So, dia request extra bed..
Malam tu dia tidur kat bahagian kanan sekali, dats mean dekat dengan tingkap bilik. Alan kata malam tu dia terlupa nak tutup curtain. Sedang asyik tidur tiba-tiba Alan terjaga sebab dia ada dengar suara perempuan mengongoi menangis. Bunyinya sayup dan jauh sikit. Orang tua-tua kata kalau dengar bunyi tu jauh bermakna dia dkt dgn kita dan sebaliknya.
Alan terkejut bunyi suara tu. Dia tengok kawan dia dua orang tu dah nyenyak tidur di katil masing-masing dengan tv yg masih terpasang. Remote di ambil pastu dia tutup lah tv tu. Baru nak tarik selimut tv tu on balik. Dia dah seriau dah. Alan layan lagi dengan off kan balik tv tu.
Tiba-tiba dia perasan ada kelibat perempuan kat toilet. Pantas dia bangun nak jengah tapi sampai dalam toilet takde apa-apa. Alan balik semula ke katil. Niat dia nak kejutkan kawan-kawan dia. Entah macamana paip kat bilik air tu terbuka sendiri. Berderaulah darah dia. Alan terus melompat naik ke atas katil. Dia selubung satu badan.
Entah macamana dia terlelap jap. Lepas tu dia terjaga balik sebab lemas lama-lama dalam selimut dia. Tiba-tiba dia dengar suara orang berbisik-bisik betul-betul kat tepi telinga dia. Bulu roma dah meremang habislah... Tak jadi dia nak buka selimut. dia cuba pejam mata walaupun dia tak ngantuk dah angkara gurauan manja dari 'benda' tu..
Dalam seminit benda tu berbisik-bisik lepas tu senyap dah. Lega tapi Alan tetap taknak buka selimut dia.. Baru nak pejam mata dia dengar suara kawan dia yg bernama Lee (bukan nama sbnr). Gembiralah dia sebab dia agak kawan dia bangun dari tidur.
Selimut di buka dan jeng..jeng..jeng.... Rupanya lampu bilik dah terpadam. Siapa padamkan pun dia tak pasti. rasanya dia yang last tidur masa kene ganggu kat toilet tadi. Makin seram lah member.. Dia pun panggil Lee tapi Lee tu tak bernyaut pun. Lampu bilik Alan buka balik kat tepi katil. Dia tengok Lee kat sebelah tengah nyenyak tidur. Si Richard kat hujung pun sama gak tengah nyenak tidur.
Tak lama dia dengar ada suara orang berbisik kat luar tingkap. Pantas dia toleh tengok. Alan nampak seorang perempuan tengah berjalan sambil wajah dia je pandang pada dia dengan senyuman yang sikit menggerunkan. Alan senyumlah balik dan tak fikir apa-apa.
Apa perempuan tu buat malam-malam buta ni? Tapi Alan memang tak amik port sgt sbb hotel tu are bandar. Dia dah lega sikit sekurang-kurangnya perasaan seram yang ganggu dia tadi dah hilang.
Baru nak pejam mata Alan baru teringat yang dia duduk kat tingkat 24 jadi siapa perempuan yang berdiri di luar tingkap dia?? Maknanya perempuan tu berdiri tak jejak tanah. Terus selimut dia tarik dan dia terlena dalam kelemasan..

Esok pagi masa dia check out dia cerita kat aku. Dan rupanya Richard juga mengalami perkara yang pelik malam tu. Nanti aku sambung cerita ye.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 02:12 PM | Show all posts
Hmm...kacang terkenangkan satu kejadian masa kacang keja hotel dulu....benda ni jadi awal tahun 2008...masa underground apartmant baru buka....staff pulak semuanya takut nak turun underground level bersihkan & set up bilik2 apartment tuh...ade 5 bilik kat level tu yg akan dijual...lain2 floor (yg lagi bawah) belum dibuka lagi...

So...nak dijadikan cerita, staff yg sepatutnya cuci bilik tu cuti & kacang pulak nasib malang sebab kena bersihkan dengan kadar yg segera...so tarik la troli...turun lif (emergency lift yg kat hujung dunia tu) Sampai je kat floor tu....dengan gelap...sunyi..& lambap2 panas skit sbb air-cond tak 'on'.lantai pun masih dilapik plastik lagi...tengah2 khusyuk mencuci & set up perabut semua tetiba ja dengar ramai budak2 berlari2 kat corridor (saya berada di bilik hujung). Memang tak terfikir apa2 time tu...cuma geram sebab guests lain mana boleh turun ke floor ni...mana boleh pandai2 biar anak2 main2 kat sini...memang ramai bunyi masa tu...dah tu...lari pegi balik2...rimas kacang!!:@ Apa lagi, kacang tinggal kejap kerja terus langkah keluar bilik..konon nak sound la sket....tengok2 je kat luar corridor tu....gelap gelita...tiba2 nampak satu susuk tubuh tgh jalan menghampiri kacang...hati rasa xsedap dah...sebab kacang tau superbisor kacang xkan dtg punya sbb dia penakut.....bila dah dekat barulah persan tu cuma pakcik guard..diorang ada cctv room kat floor bawah sekali..(kacang dok kat underground foor 7..diorang kat floor11..kira basement la tu)

Kacang tanya la pakcik tu...sapa biar budak2 tadi turun bawah...pakcik cuma diam je...'mana ade sapa turun...ni pakcik baru abis buat round' pakcik ckp...walaupun xsedap ati...kacang buat bodoh je la...kerja harus disiapkan jugak...pakcik tu temankan kacang sampai lunchtime...dia cerita la pasal selalu nampak baby merangkak2 kat luar cctv room diorang tu memalam...bukan sorng je yg nampak tp 3-2 org guard pada masa yg sama...byk kali juga terjadi....DAN pasal budak2 yang berlari2 tu.....memang selalu jadi....mengikut pakcik guard tu...tak kira siang atau malam...memang 'diorang' ni akan mengusik...masa tu hanya tuhan saja yang tau mcm mana perasaan kacang....terus lembik lutut...pakcik cakap budak2 tu suka memain merata floor...tp especially floor underground ni la...'ala...ni baru anak-anak kecik yang main2...kat bawah sana tu...baby dia...hang xjumpa mak dia lagi'....adoi pakcik nih!!!!! **gulp** errr 'Mak dia'???? haruskah kacang pun apa lagi...suruh pakcik temankan naik atas ke pejabat..nak pegi break....cerita lepas lunchtime bersambung dipost yang seterusnya.... bila mak dia plak datang... **sengal**

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 02:16 PM | Show all posts
fuh siap leh senyum balik tu.. sib baik "minah" tu tak terjatuh chenta... sueyy jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 02:24 PM | Show all posts
tq mod santeira sbb bg tacang....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 02:25 PM | Show all posts
fuh siap leh senyum balik tu.. sib baik "minah" tu tak terjatuh chenta... sueyy jer
adnil Post at 17-6-2011 14:16



kalo dah jatuh chenta kompom si mamat Alan tu akan di ikut balik kan??
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 02:41 PM | Show all posts
Reply 2272# kacanghazel


    peh! bukan setakat abang & kakak, baby & mak dia pun conquer setiap floor. memang impian diorang nak duduk hotel secara free terlaksana! dapat pulak kacanghazel yg rajin mengemas bilik ni hehe
kan ku nanti cerita mu yg selanjutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 02:56 PM | Show all posts
ha sblm kacang sambung cite die, meh aku sbg cite aku dulu..

Richard rupanya pun kene ganggu gak tp tak teruk macam Alan. Richard kena tindih dengan 'benda' tu. Masa tu Richard terjaga sebab dengar bunyi dengusan nafas. Dia buka mata and terkejut sbb ada sesusuk lembaga berdiri kat sebelah katil dia. Baru dia nak bangunkan badan tiba-tiba dia rasa dia kene hempap dan terus di tindih. Sesak nafas usah cakaplah..
Dalam 2-3minit Richard berkeadaan macam tu, lampu bilik tiba-tiba terpadam sendiri. Richard cuba nak bangunkan Lee dengan Alan yang nyenyak tidur tapi suara dia tak bole nak keluar. Bergerak pun tak mampu.
Kemudian sedang Richard cuba melepaskan diri dari di tindih tu, dia ternampak kelibat Alan dalam gelap sedang buka suis lampu bilik. Richard cuba panggil Alan tapi suara dia seakan tersekat kat kerongkong. Dia dengar suara Alan panggil Lee yang nyenyak tidur tu dengan nama dia tapi dia tak boleh nak nyahut. Dia memang harapkan Alan datang tepuk badan dia.
Lepas tu dia nampak seorang perempuan kat luar tingkap tengah senyum ke arah dia seolah mengejek dia yang tengah bergelut untuk melepaskan diri dari di tindih. Richard nampak yang Alan juga nampak perempuan tu. Dia pelik bila Alan membalas senyuman perempuan misteri tu dan takde langsung perasaan takut dari diri Alan.
Richard makin lemas bila dia tengok Alan dah pun selimut badan dia semula. Agak lama dia di tindih oleh benda tu dan tak lama barulah dia di lepaskan.
Esok pagi dia nak tanya Alan apa yang dia nampak masa malam tu tapi mulut dia berat nak tanya. Niat Richard nak tanya masa mereka dah keluar dari bangunan hotel tu nanti. Tak sangka Alan dah buka mulut cerita pada aku dulu kat kaunter reception masa tengah check out.
Yang paling nyenyak tidur ialah Lee seorang. Hanya Lee je yang tak di ganggu malam tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 02:58 PM | Show all posts
ok...sambung...

Lepas lunch kacang bawak staff sorang temankan kacang buat keje...staff lelaki ni...mesti tak takut punya... sambung mengemas...dah nak dekat kul 2ptg...alhamdulillah...xde yang menyakat...kami pun letih & rehat jap...staff kacang ni...lepak la kat sofa yg bertentanagn ngan pintu masuk....tgh syok layan TV (boss xde..heheh) tetiba jer trolly yg kami parking betul2 depan pintu bergerak ke kiri & kanan...lepas tu stop....staff ni ingatkan pakcik guard tgh sakat kami...dia pun pegi la kat trolley tu...jenguk2 kat corridor...time tu kacang ada kat dapur..tgh mengelap...tetiba BOOM bunyi pintu depan tertutup kuat...apa lagi...kelam kabut kacang lari keluar tgk...nampak si staff ni kat atas sofa...muka mcm xcukup darah je..pucat bkn main...'pasaipa tutup pintu?' kacang tanya dia....dia tak jawab...so kacang buka la balik pintu tu...(ape hal plak dok dlm bilik berdua ngan pintu tutup camtu...nak mampos!!) 'Wei jgn bukak pintu..wei!!' staff kacang jerit...skali lagi kacang tanya kenapa..dalam hati kacang mcm dah tau dah...at last dia ckp masa dia jenguk luar tu....dia nampak kelibat perempuan berbaju putih melayang ke hujung koridor...ape lagi panik la...dan dalam pada tu...'dia' lalu lagi belakang trolley kami tu...apa lagi beb....trus angkat phone...call housekeeping office suruh assistant boss naik dtg kat kami la....mana tahan wei.. memang terasa mcm sedang diperhatikan...kitorang cepat packing barang pastu beredar je masa boss datang....boss x kasi crita kat sapa2 sebab tak nak diorang takut....motif???? memang takut pun....!!!! Boss cakap memamng dah ramai yg ternampak kelibat2 tu....difahamkan juga kawasan hotel tu dibina...ada a few kubur2 lama milik satu keluarga....dari situ baru kami paham kenapa ada yg nampak baby...budak2..and perempuan tu....roh2 yg tak aman....hmmmm masing2 mencari satu sama lain.......wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 03:03 PM | Show all posts
patutlah ada anak beranak ganggu uols dalam hotel tu..ghupenye ada kubur femili kat situ... soram den donga..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply 2270# babette


    wahhh babette....FOA pung 'diorang' nak kacau ker.....adusss....best kan keje hotel....takut nak mampos pun kerja jalannnnn!!! byk pengalaman kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 03:05 PM | Show all posts
patutlah ada anak beranak ganggu uols dalam hotel tu..ghupenye ada kubur femili kat situ... soram de ...
babette Post at 17-6-2011 15:03



    kubur lama giler....ntah bila zaman punya...hhuhuhuhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.486794 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list