|
RIANZ PARADISE VOL. 63 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 17-2-2009 10:21 PM
ijah ingat beranak mcm period kot... men suka suki jer turun katil
dia kn bius so tak rasa sakit lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Korang nak diskus sikit ni; hari tu masa beli BH ada lebih duit sebab minggu terakhir instead of having to buy 7 days paper kena beli 6 days jer. So the person yg last kasik duit was peminat Riz dari seberang tambak, so kira balance tu dari duit dia.
So since abg masuk finals, we will handover the money to RizFC as they are continuing to vote pukal. Ini kena declare; so takde salah faham. Nanti duit tu kita masukkan ke akaun Muzlia. |
|
|
|
|
|
|
|
ok..mood ok mlm ni akk sambung...menceriakan adik2 sekelian
"Mmg pun, kalau nak itu, yg itu aje, jgn sapa2 dok pandai2 tukar?kata emaknya dgn bersahaja.
"Zam dgr cakap mak lah yg Zam pilih Ijah ni, mana ada degilnya? kata Azam memandang ke wajahku yg tersenyum melihat mrk berdua.
"Tgklah sapa cari menantu?" kata mak mertuaku sambil tersenyum-senyum lagi. Anakku di tangan nya sudah mula merengek-rengek perlahan dan semakin kuat pula suaranya kemudian. Cepat-cepat Azam mengambil dr tgn emaknya dan diletakkan di lenganku untuk ku susukan. Mata mertuaku mengamati kami berdua dgn tersenyum senang.
Walaupun berada di dalam pantang tp dgn adanya mertuaku seleraku sentiasa terbuka dgn makanan istimewanya. Daging masak kicap, hati masak lada hitam dan sayur-sayuran yg menjadi pilihannya serta ulam-ulaman. Katanya supaya cepat sembuh, perut tak berangin dan proses pengeluaran darah kotor menjd cepat. Kalau setengah2 org tdk membenarkan meminum air ttp mertuaku pula menyediakan minuman-minuman akar kayu yg suam untuk tujuan perubatan. Walaupun pahit tp mengingatkan kpd itu sebagai satu cara penyembuhan aku ikuti tanpa banyak soal, cuma Azam sahaja yg sentiasa membebel marahkan ibunya sbb katanya badanku berbau krn pelbagai benda yg dilumur setiap hari. Sesekali terdengar juga kata2 sinis dr ibunya yg menyindirnya sebagai doktor krn mempertikaikan cara perubatan mertuaku.
"Sudah-sudahlah tu mak, comot muka Ijah tu, berbaulah ubat-ubat tu" kata Azam sewaktu pulang dr kerja melihat ibunya yg sibuk melumurkan pelbagai bedak bercampur herba ke wajah dan tubuh badanku.
"Ha, hang ingat doktor tau semua benda, ingat senang Zam oi nak jaga org beranak ni, bukan takat cantik luar, dalam lagi penting. Esok-esok umur tak sampai tiga puluh sakit merata, hang juga yg susah" sambil tgnnya melurut ke tubuhku sempat lg mulutnya menjawab kata2 Azam tadi.
Sambil berjalan masuk ke bilik Azam sempat mengintai anaknya di buaian dan kemudian duduk berdekatan dgnku.
"Berbaulah, mak ni, sakit kepala saya, daun apa ni?" Azam tiba2 merungut lagi dan terus bangun menuju ke bilik. Aku dan mertuaku tergelak kecil sambil tersenyum melihat telatah Azam.
Anak lelaki kami yg comel itu dinamakan Alif, pendek sahaja namanya sebagai anak yg pertama kata Azam. Nama itu mmg padan dgn orgnya tp kalau menangis lapar sebatu pun blh dgr suaranya. Susu badanku yg agak lambat mengalir seringkali membuatkannya mengamuk kerana terlalu lapar. Merah muka dan telinga bila suara nyaringnya berkumandang. Sesekali aku sarankan Azam membeli susu formula saja memandangkan susu badan bagai tdk cukup untuk anaknya tp kata Azam biar sahaja begitu, lama-lama tentulah banyak. Selain dr susu ibu lebih berkhasiat ia juga sebagai satu cara merancang keluarga semula jadi dan membantu mengecutkan rahim dgn cepat.
Badanku yg agak berisi ketika mengandungkan Alif kini susut dgn cepat, maklumlah Alif mmg kuat berjaga malam, sekejap2 lapar sampaikan setiap hari aku hanya tidur beberapa jam sahaja. Sesekali tangisnya lantang bila perutnya kembung, nasib baiklah suamiku berpengalaman, kalau aku seorang tentu saja panik bila melihat anakku menangis teresak2 sehingga berjam-jam. Selepas sahaja minum susu cepat2 Azam menepuk belakang anaknya sehingga sendawa dan setitik dua gripe water disuapkan ke mulut Alif supaya dia boleh tidur dgn tenang.
Hanya beberapa hari selepas melahirkan badan ku diurut oleh seorg tukang urut berpengalaman untuk tempoh beberapa hari. Tuhan sahaja yg tahu bertapa sakitnya badanku dibengkok begitu dan begini, tp sesungguhnya mmg berkesan bila terasa sungguh ringan badanku selepas itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 17-2-2009 10:24 PM
Korang nak diskus sikit ni; hari tu masa beli BH ada lebih duit sebab minggu terakhir instead of having to buy 7 days paper kena beli 6 days jer. So the person yg last kasik duit was peminat Riz ...
walaupon terkilan Nadia maybe x ke final... redha jer dgn apa yg berlaku
still happy Riz made it to final, alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mialynn at 17-2-2009 10:10 PM
tajuk ape joen??
pkl 10.10 tu ker?
aku tgh layan sweet 18 kat musoju..best gak citer dia...
kol 9 la beb....boys over the flower kalo xsilap aku
dia tiru citer jepun....hana yori dango / hana kimi (aku xingt which one)
kelakar...semlm start 1 ep |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 17-2-2009 10:29 PM
walaupon terkilan Nadia maybe x ke final... redha jer dgn apa yg berlaku
still happy Riz made it to final, alhamdulillah
definately stacy n Liana Jasmay masuk final |
|
|
|
|
|
|
| |
|