|
★ BORAK2 WARGA CERLY [VERSI KE - 16 ~ Jom Borak-Borak ] ★
[Copy link]
|
|
moyas posted on 23-10-2012 10:30 AM
tp rasanya dinde da x belek2 semenjak 14 taun lalu rasanya
dinde jgn tipu kande sedar saje je buat2 tido
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 23-10-2012 10:42 AM
dinde jgn tipu kande sedar saje je buat2 tido
mmg tdo la... mana der buat2 plak |
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 23-10-2012 02:29 PM
mmg tdo la... mana der buat2 plak
baut je tu
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 23-10-2012 04:22 PM
baut je tu
BAUT tue haper? |
|
|
|
|
|
|
|
Muhasabah, berdoa, tingkat ibadah pada hari Arafah
Wukuf di Arafah adalah kemuncak ibadah haji. Ketika wukuf di Arafah jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang seterusnya memohon keampunan Allah SWT serta meraih keredaannya.
Jika Allah menerima taubat mereka dan perjalanan hidup seterusnya mereka tidak lagi melakukan dosa, maka bayangan syurga akan dapat digapai. Malaikat turun
Ada riwayat menyatakan, kehadiran malaikat dan Allah Taala turun ke langit serendah-rendahnya menyaksikan jemaah yang wukuf di Arafah.
Rasulullah SAW bersabda: “Mengerjakan haji adalah satu jihad. Perjuangan yang hebat dan besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Di dalam ibadah haji, menentang hawa nafsu menjadi ujian terbesar jika hendak mencapai haji mabrur. Sesungguhnya hawa nafsu sekiranya tidak dikawal ia akan mendorong manusia ke lembah kejahatan dan kemungkaran.”
Doa termakbul
Di Padang Arafah, doa kita. Kerana di situ Allah Taala turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya, dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penghuni langit dan berkata kepada mereka: Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.” (Riwayat Imam Ahmad)
Hari wukuf
Amalan yang digalakkan kita yang tidak menunaikan ibadah haji lakukan pada hari wukuf ialah berdoalah kepada Allah segala yang dihajati bagi kehidupan.
Daripada Saidatina Aisyah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu hari di mana Allah Taala paling banyak membebaskan hamba-Nya dari neraka selain dari hari Arafah.” (Sahih Muslim)
Berpuasa pada hari Arafah, adalah digalakkan sebagai amalan terbaik dan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia tidak kurang juga yang berpuasa pada hari Arafah untuk mendapat ganjarannya.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.”
Mohon keampunan
Bertaubat, meninggalkan maksiat dan dosa pada hari Arafah, mengharap keampunan dan rahmat-Nya. Kerana maksiat adalah punca seseorang terhalang daripada mendapat rahmat Allah.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak suka apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya.” (Muttafa ‘Alaih)
nota : jom pose hari khamis ni |
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 24-10-2012 05:59 AM
BAUT tue haper?
baut tu buat la..typo le
|
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 24-10-2012 02:38 PM
patot dinde x paham. ingat tue bahase org perokk
dinde org perok jugak kan
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 24-10-2012 04:39 PM
dinde org perok jugak kan
bukan la. dinde org utara tdk, selatan pon tdk |
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 25-10-2012 09:32 AM
bukan la. dinde org utara tdk, selatan pon tdk
oo tu org hutan le tu..org hutan ek bukan org utan
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 25-10-2012 09:41 AM
oo tu org hutan le tu..org hutan ek bukan org utan
org hutan ek bukan org utan
belit2nya ayat |
|
|
|
|
|
|
|
jom la kanda wat kerja. x elok asyik nipu2 kerja khen... nati dpt upah gaji x barokah |
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 25-10-2012 09:44 AM
jom la kanda wat kerja. x elok asyik nipu2 kerja khen... nati dpt upah gaji x barokah
kerje dah siap
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 25-10-2012 09:50 AM
kerje dah siap
awalnya... camtu ngaji jom |
|
|
|
|
|
|
|
MUSTAJAB DOA KETIKA JEMAAH HAJI WUKUF DI ARAFAH (THE STARTING POINT OF HAJJ)
Kerja haji bermula dengan wukuf di Arafah dari waktu gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Wukuf ialah berada di bumi Arafah walau sesaat pun dalam tempoh berkenaan dan umat Islam di seantero dunia digalakkan mengambil kesempatan bagi memperbanyak amalan ibadah seperti berpuasa sunat, membasahkan lidah dengan zikrullah dan bertaubat.
Kepentingan wukuf sebagai rukun haji jelas ditegaskan dalam sebuah hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah, al-hajju 'arafah, iaitu "Haji itu (ialah wukuf di) Arafah." Semua jemaah berpakaian ihram dan telah memasang niat haji. Jemaah Malaysia biasanya bergerak dari Makkah pada hari tarwiyyah, iaitu tanggal 8 Zulhijjah.
Kelebihan dan kemuliaan hari wukuf dijelaskan dalam sebuah hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim, mafhumnya:
"Tidak ada satu hari pun apabila hamba Allah lebih ramai dibebaskan dari neraka berbanding dengan hari Arafah. Bahawa Allah Subhanahu Wata'ala dekat kepada mereka, lalu berbangga dengan mereka Malaikat-malaikatnya dengan berkata: Alangkah mulianya keinginan mereka."
Dalam sebuah hadith lain (riwayat Ahmad dan at-Tabrani), sabda Nabi, mafhumnya:
"(Allah berfirman kepada para malaikat): Lihatlah hamba-hamba-Ku! Mereka datang kepada-Ku dengan rambut kusut dan berdebu, kerana mengharapkan Rahmat-Ku. Maka aku bersaksi kepadamu bahawa Aku telah mengampunkan mereka."
|
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 25-10-2012 02:35 PM
awalnya... camtu ngaji jom
dah khatam
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 25-10-2012 02:40 PM
dah khatam
khatam byk kali pon xper...
|
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 25-10-2012 02:44 PM
khatam byk kali pon xper...
betul jom2
|
|
|
|
|
|
|
|
SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA
|
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 25-10-2012 04:53 PM
SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA
salam aidiladha juga utk chipryo jugek |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|