|
SEPAH & SEPAHTU VOL 6 ~ RESUME SAPEKAH BERJAYA MENARIK HATI JEP
[Copy link]
|
|
Honey_Inara posted on 1-5-2013 07:50 PM
ni keratan akhbar bile fulakks noks?
abam pon,ngaku jela kalo dah ade gf..takdenye peminat lari ...
utusan hari ahad lepas uols...
kat akhbar tu siap tulis abam jepp mesra sambil pegang2 tgn ngan gf dia..
tapi rasa itu hanya nak gempakkan citer je...
tapi yg kata abam jepp tolong shiro tu kan..
iols ada baca..
kata pelawak tu ada masuk jugak MLM..
so nak kata abam jepp macam x betul..
sebab abam jepp cuma masuk ML je...MLM lum lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
masterdyanna91 posted on 1-5-2013 08:16 PM
utusan hari ahad lepas uols...
kat akhbar tu siap tulis abam jepp mesra sambil pegang2 tgn ngan g ...
yg tolong tu betul je iols rase..
bese la..deols khenn kawan2..
msti ade share2 idea..
tak silap sharol pn prnh sbut kt sinar fm dlu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Honey_Inara posted on 1-5-2013 09:24 PM
yg tolong tu betul je iols rase..
bese la..deols khenn kawan2..
msti ade share2 idea..
owh ye ke uols..
tapi bile shiro dah ada gossip negative camni dah nampak diorang tu popular...
macam abam jepp..
mula2 dituduh besar kepala..
ni kena tuduh hipokrit lak..
|
|
|
|
|
|
|
|
masterdyanna91 posted on 1-5-2013 10:24 PM
owh ye ke uols..
tapi bile shiro dah ada gossip negative camni dah nampak diorang tu popular...
...
bese le...orang berhati bucuk ade dimane2..
tak leh tgk orang naik sikit....
|
|
|
|
|
|
|
|
REALITI HIDUP JEP
"Jep yang dahulunya pernah dikenali menerusi kumpulan pelawak Sepah bersama Mamat dan Shuib,kini mampu bergerak solo.Kosmo! mendekati Jep yang kini meneruskan perjuangan bersama Shuib di bawah nama Sepahtu untuk mengetahui latar hidup dan kisah kariernya yang semakin meningkat."
PENCUCI MESIN KEPADA PELAWAK
Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.
Lawak hambar ketika bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.
Ujar Jep,28,atau nama sebenarnnya Mohd.Nadzri Zainal Abidin,dia dan dua teman serumahnya merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.
"Saya pernah hampir berputus asa,hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai,Johor.Bagaimanapun,saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup",kata Jep membuka bicara.
Dia yang ditemui sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra,Bukit Jalil,Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.
Katanya:"Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan.Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.
"Alhamdulillah,proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang.Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun."
PEMAIN BOLA SEPAK
Jelas Jep,realitinya,permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun..
"Takdir mungkin mengubah angin hidup saya.Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak,tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.
"Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah,tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai,saya kecewa!",ceritanya.
Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.
"Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The News Straits Time Press (Malaysia) Berhad).Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam ujibakat Raja Lawak musim ketiga.
"Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak,saya dalam dilema sebenarnya,keluarga tidak menentang,tapi ayah saya tidak menyokong,"ujar Jep yang menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.
Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata Juara Maharaja Lawak 2011 itu,dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.
Malah kata Jep,untuk berjaya dalam dunia pelawak,resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.
"elawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat,bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat"
"engetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,"kongsi Jep.
SENSITIVITI
Lawak yang mempunyai dwi makna dan perlakuan yang menyerupai wanita mengajar Jep untuk lebih berhat-hati.Jep mengakui kesilapan lampau dan cuba mencatur langkah dengan lebih berwaspada.
"Lawak double meaning adalah universal dan sebagai pelawak tugas kami adalah untuk memberikan hiburan.Apabila orang tidak suka saya akan ubah dan lawak sebegitu bukan senjata untuk melawak walaupun niat mahu memuaskan hati hati penonton.
"Saya banyak terima teguran apabila berpakaian wanita dan saya akui hukumnya haram.Selepas ini saya akan lebih mengambil berat dan jika karakter itu menuntut saya menjadi wanita,saya hanya mengambil syarat sahaja tapi tidak akan berpakaian wanita lagi lepas ini.
"erkara itu mungkin tidak keterlaluan kerana menyampaikan pengajaran dan orang tahu itu saya.Kenapa orang tidak pandang nasihat sebaliknya pakaian saya?
"Apapun,salah tetap salah dan selain lawak slapstik,ada banyak alternatif melawak.Semua orang belajar daripada kesilapan dan saya jadikan ini pengajaran masa hadapan",kata Jep.
WANITA DALAM HATI JEP
DITANYA mengenai wanita dalam kehidupan seorang Jep,katanya ringkas:"ibu saya adalah awek saya."
Diasak lagi mengenai wanita yang mungkin pernah atau bakal bertakhta dalam hatinya,Jep menunduk malu.Ulasnya,dia buka terlalu obses dengan wanita.
Jangan tersalah sangka!Maksud Jep dia tidak mengejar wanita kerana kariernya masih muda dan menantikan saat sesuai apabila betul-betul sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.
"Kalau diletakkan wanita sebagai ujian,Insya-Allah saya boleh lepas.Tapi saya tetap ada keinginan untuk berkahwin suatu masa nanti.
"Kalau sebelum ini saya pernah dikaitkan dengan seorang produser,saya hanya ketawa apabila gosip itu timbul.Cerita itu tidak benar dan saya kasihan apabila dia menjadi mangsa,"katanya yang menyifatkan gosip itu timbul gara-gara pembabitan mereka bersama dalam satu projek.
Terbaharu,Jep khabarnya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang kelibat mereka dalam keadaan mesra di Damansara baru-baru ini dilaporkan menerusi sebuah akhbar Ahad lalu.
Bagaimanapun,Jep menyifatkan wanita yang mampu mencuri hatinya adalah wanita yang boleh menghormati ibu dan bapanya.
"Saya mengidamkan wanita yang jujur dan mendengar kata walaupun tahu memang susah mencarinya.Cantik itu satu bonus tapi asalkan sedap mata memandang sudah memadai,"kata Jep yang menyasar mahu menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun.
TRIVIA
*Jep pernah membuka restoran di Kulai,Johor selama empat bulan.Bagaimanapun,bisnes makanannya gagal.
*Jep anak keempat daripada tujuh beradik dan tidak berenggang dengan ibu dan ayahnya sejak kecil.
*Terbabit dengan rancangan Karoot Komedia X yang akan bersiaran sebanyak 52 episod tidak lama lagi.
*Selain itu,selepas filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau dan Sepah The Movie,Jep akan tampil menerusi filem Oh Mak Kau bersama Shuib,Ain Nordin dan Didie Alias yang akan ditayangkan pada 16 Mei ini.
*Lima perkara mengenai Jep :
1.Panas Baran
2.Suka budak kecil.
3.Minat permainan video PS3.
4.Menggemari masakan Asam Pedas
5.Peminat pemain bola sepak Belanda iaitu Jaap Stam
iolls sedey.. iolls hrp sgt, kalau ade insan yg dah bertakhta di hati heolls, iolls hrp gadis itu adalah seorang gadis yg baik2.
|
|
|
|
|
|
|
|
EllaJepp posted on 2-5-2013 04:38 PM
termenung seminit daku baca mende ni..
alahai jep
|
|
|
|
|
|
|
|
masterdyanna91 posted on 1-5-2013 02:59 AM
owh ye ke abam jepp byk tolong..
tapi for sure yg lupa diri tu tak betul...
biasa la reporter..
...
lupa diri tuh merujuk kepada shiro bukannya jep pun uols
|
|
|
|
|
|
|
|
Honey_Inara posted on 1-5-2013 06:06 PM
wslm...selamat hari buruh uolsss...
semalam iols gi jemputan kawin kat JB semasa hari buruh uols...
motip cakap padahal takde sape tanya pun khennn
|
|
|
|
|
|
|
|
Honey_Inara posted on 1-5-2013 06:21 PM
paper bile tu noks yg diorang lupa diri tu?
tak ingat la uols...
cuma ajak n shahrol sesama publish kat instagram masa tuh...
diorang gelak jah...
best kot ada gossip...
ye la takde erti jadi retis kalau plain tanpa gossip khennn
|
|
|
|
|
|
|
|
Honey_Inara posted on 1-5-2013 07:45 PM
yup...satu musim je..
iols mengenali heolss sbg hairi safwan dulu,
hahaha...!!! uols selalu cam tuh...
terbalik kot khennn...
teringat uols cite pasal shahir hari tuh
kekdah skg hairi tuh pakai nama hairi safwan la yer...
|
|
|
|
|
|
|
|
Honey_Inara posted on 1-5-2013 07:47 PM
mudanya sudah dpt pendedahan internet....
iols lepas habis sekolah bru reti tenet segala..{:fai ...
iols lagik laa dah keja baru menerokai alam maya nih uols
|
|
|
|
|
|
|
| |
|