CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 23-4-2005 09:45 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Reman bekas artis rap disambung 4 hari lagi


AMPANG: Mahkamah Majistret di sini, semalam membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tahanan reman bekas penyanyi berkumpulan rap yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah selama empat hari lagi mulai semalam.



Majistret Mohamad Kamil Nizam membenarkan reman bekas artis rap berusia 30-an itu disambung sehingga Jumaat ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Artis itu pernah merakam lebih tiga album berkonsepkan remaja awal 90-an, sebelum ini direman empat hari bermula Jumaat lalu.

Akhbar sebelum ini melaporkan artis berkenaan pernah memiliki syarikat rakaman dan penerbitan sendiri bersama dua rakan ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Ampang Jaya, dekat sini, baru-baru ini, kira-kira jam 9.30 malam. Polis turut merampas sejumlah ganja dalam serbuan itu

Penahanan mereka susulan daripada tangkapan seorang penyanyi berkumpulan wanita dan seorang pelakon lelaki serta lima rakan mereka berusia 23 hingga 45 tahun oleh pasukan polis dari bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sebuah kondominium di Taman Mulia Jaya berhampiran Bukit Antarabangsa.

Tahanan reman artis wanita itu dan enam rakannya (termasuk pelakon lelaki yang juga adik penyanyi rap berkenaan) bermula 12 April lalu berakhir hari ini dan mereka dijangka dituduh di mahkamah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2005 09:45 AM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Kerabat Raja kena penjara tujuh tahun

Oleh Murni Wan Omar

PETALING JAYA: Seorang wanita kerabat diraja dihukum penjara sejumlah tujuh setengah tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan RM1.12 juta pada 1993.



Hakim Nurmala Salim memerintahkan Tengku Nazian Raja Azhan dipenjara tiga setengah tahun untuk tuduhan pertama iaitu menipu membabitkan RM400,000.

Bagi tuduhan kedua, menipu membabitkan RM721,000, Tengku Nazian dihukum penjara empat tahun. Kedua-dua hukuman itu diarahkan berjalan serentak, bermula semalam.

Nurmala bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela, Phang Ah Hee untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu, sehingga rayuan kes berkenaan didengar.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan jaminan terhadap Tengku Nazian dinaikkan kepada RM155,000.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof membantah penangguhan itu, memohon jumlah jaminan sebelum ini ditetapkan pada RM150,000 dinaikkan memandangkan tertuduh sudah didapati bersalah.

Phang bagaimanapun memohon penangguhan dan jaminan dibenarkan kerana anak guamnya menghidap penyakit kencing manis serta tekanan emosi.

Tengku Nazian, 54, dihadapkan ke mahkamah pada 17 April 2000. Dia didakwa menipu Lim Poh Thin, dengan memperdayakannya untuk mempercayai dia boleh mendapatkan permit mengeluarkan pasir di Lot 25519 Mukim Petaling.

Berikutan itu, Lim membayar RM1,121,000 kepada tertuduh. Bagi tuduhan pertama Tengku Nazian menerima bayaran RM400,000 dalam tiga pembayaran, diikuti tuduhan kedua menerima tiga pembayaran berjumlah RM721,000.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada 30 Jun 1993 dan Ogos 1993, di Hotel Subang Merlin, Subang Jaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2005 09:15 AM | Show all posts
Air kencing Shereen disah positif heroin

Shereen positif heroin.
--------------------------------------------------------------------------------












PETALING JAYA 28 Jun - Laporan ujian air kencing pelakon dan penyanyi Noor Shereen Mohamad Hadzim atau dikenali sebagai Shereen yang dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini disahkan positif mengandungi heroin.

Sampel air kencing teman lelakinya pula, Ku Faizal Ku Baharum, 28, yang dianalisis menggunakan ujian yang sama disahkan bebas daripada dadah.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai pendakwa, Asisten Supritendan Chang Chee Fang ketika kes disebut semula hari ini.

Justeru, Majistret Khainur Aleeza Ismail melepaskan dan membebaskan, Ku Faizal daripada pertuduhan.

Jurubahasa mahkamah kemudiannya menerangkan keputusan ujian sampel air kencing kepada Shereen yang masih memohon supaya dibicarakan atas pertuduhan.

Shereen yang berambut panjang hadir di mahkamah dengan ditemani oleh ibu dan bapa serta adiknya. Dia diwakili peguam Badrul Munir Bukhari yang menyebut bagi pihak peguam bela utama, Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Sementara Ku Faizal yang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh kerana menghadapi pertuduhan mengedar dadah, diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican.

Shereen, 33, dan Ku Faizal Ku Baharum, 28, serta Mohd. Nizam Halami, 33, masih memohon supaya dibicarakan atas tuduhan pindaan, mengawal dadah berbahaya iaitu ganja seberat 0.66 dan 0.78 gram Methamphetamine.

Seorang lagi rakan yang turut ditangkap bersama mereka, Mohd. Hafiz Nasib, 28, bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah atas semua tuduhan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 pagi, 15 Mac lalu di rumah C1-1-C3, Pangsapuri Subang Ville Ehsan, Jalan PJS 1011, Taman Sri Subang di sini.

Ku Faizal dan Mohd. Hafiz adalah penganggur manakala Mohd. Nizam bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Mereka telah didakwa pertama kali di mahkamah pada 23 Mac lalu.

Pendakwa raya turut meminda dua daripada tiga pertuduhan terhadap Ku Faizal secara individu.

Dengan pindaan tersebut, kes terhadap Ku Faizal dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan disebut di hadapan Hakim Nurmala Salim.

Menurut pertuduhan pindaan, Ku Faizal didakwa mengawal 173.67 gram ganja tanpa sebarang kuasa pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Nurmala menetapkan perbicaraan pada 11 dan 12 Januari tahun depan.

Sementara itu, bagi satu lagi kes iaitu mengedar dadah (berat bersih masih belum diketahui), Ku Faizal didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah berat bersih ditentukan kerana ia memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah menetapkan 19 Julai bagi sebutan semula kes tersebut.

Ku Faizal juga menghadapi tuduhan telah mengawal dadah seberat 0.942 gram Methamphetamine.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) akta yang sama.

Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 10 Januari tahun depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2005 09:17 AM | Show all posts
Sian nyer bebudak nih...... naya jer jd mangsa orang sakit mental nih...


Edisi Utara: Rempuh 17 murid

KEPALA BATAS: Kira-kira 200 murid Sekolah Kebangsaan Kepala Batas (SKKB) yang baru selesai menjalani raptai majlis penyampaian anugerah cemerlang di kawasan sekolah, bertempiaran lari apabila sebuah kereta meluncur laju ke arah mereka, semalam.





5 TERPEROSOK BAWAH

KERETA

Sebelum kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, pemandu Proton Waja itu yang dipercayai mengalami masalah mental dikatakan mengambil kesempatan memasuki kawasan sekolah ketika pintu pagar dibuka bagi membolehkan waris mengambil pelajar prasekolah.

Lelaki berusia 32 itu dikatakan membuat satu pusingan sebelum memasuki dataran perhimpunan yang menghala ke bangunan terbuka tempat pelajar terbabit berkumpul bersama guru.

Selepas berhenti sekejap di dataran itu, lelaki berkenaan dikatakan memecut kereta secara tiba-tiba lalu merempuh sekumpulan murid.

Lima murid dikatakan terperosok di bawah kereta berkenaan yang tersekat selepas tayar hadapannya masuk ke dalam longkang.

Akibat rempuhan itu, 17 murid - tujuh lelaki, 10 perempuan - cedera dan dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB).

Seramai 14 pelajar menerima rawatan sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang, manakala tiga pelajar tahun lima iaitu Nur Adilah Roslan, 11, Mohd Faris Fildza Mohd Idza, 11, dan M Kuganishan, 11, dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Nur Adilah cedera di muka dan rusuk kanan, Mohd Faris pula cedera di kaki kanan dan kepala manakala Kuganishan pula kesakitan dalam badan.

Bagaimanapun, Pengarah HKB, Dr Mohd Sabri Othman berkata, keadaan mereka stabil.

Seorang pelajar yang menyaksikan kejadian itu, Zaidatunnajla Johari, 12, berkata dia melihat kereta Proton Waja yang pada mulanya berhenti sebelum memecut secara tiba-tiba.

揝aya nampak kereta itu merempuh beberapa pelajar sebelum lima daripada mereka terperosok bawah perut kereta. Seorang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki yang tersepit menjerit meminta tolong manakala yang lain lari ketakutan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2005 08:56 AM | Show all posts
Edisi KL : Pil jerat gadis

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

DAMANSARA: Sebuah klinik swasta, di sini, dikesan menjual secara haram sejenis pil khayal yang terkenal dengan jolokan 憄il rogol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2005 09:28 AM | Show all posts
Mahkamah Tinggi: Bunuh kerana bela rakan

IPOH: Seorang remaja yang membunuh seorang lelaki kerana membela sahabatnya yang dituduh mencuri seekor ayam milik jiran mereka kira-kira tiga tahun lalu, berdepan hukuman maksimum 20 tahun penjara selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Tertuduh yang kini berusia 20 tahun mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan membunuh tanpa niat jiran sekampungnya itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Dia dituduh mencederakan hingga menyebabkan kematian Hasrizal Zakaria, 19, di tepi jalan di Lorong B, Perumahan Awam Kampung Makmur, Sungai Galah di Kampung Gajah, dekat sini, antara jam 9 hingga 10 malam, pada 12 Disember 2002.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu ketika masih berusia 17 tahun dan lima bulan.

Pertuduhan asal terhadapnya ialah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk V T Singham menetapkan 16 September ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh bagi membolehkan pihak pendakwa mendapatkan laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mahinderjit Singh.

How sebelum itu memberitahu mahkamah, keputusan mengemukakan pertuduhan pindaan dilakukan selepas mendapat arahan Jabatan Peguam Negara.

Beliau turut memohon kepada mahkamah mengeluarkan satu surat arahan mendapatkan laporan akhlak daripada JKM.

Sehubungan itu, mahkamah bersetuju mengeluarkan satu surat arahan kepada JKM dan laporan itu perlu disiapkan sebelum 13 September ini.

Mengikut fakta kes, tertuduh tidak puas hati apabila Hasrizal dikatakan menuduh rakan tertuduh, Mohamad Suhaimy Abd Karim, 20, mencuri ayam seorang jiran di kampung mereka menyebabkan berlaku perselisihan faham sehingga berlaku pergaduhan.

Tertuduh didakwa menikam bertubi-tubi tubuh si mati termasuk di bahagian paha kanan menggunakan sebilah pisau lipat sehingga mengakibatkan mangsa lemah dan terbaring di atas jalan sehingga mengalami pendarahan yang banyak.

Seorang saksi, Azizan Alias, 31, bertindak menarik tertuduh bagi mengelaknya terus mencederakan Hasrizal, manakala pisau lipat yang digunakannya dirampas seorang lagi saksi, Mohd Bazli Shah Jalani, 24, dan mencampak pisau berkenaan di kawasan paya berhampiran.

Selepas pergaduhan dileraikan, saksi kemudian membalut luka Hasrizal lalu membawa mangsa ke Hospital Batu Gajah (HBG) manakala tertuduh meninggalkan tempat kejadian. Hasrizal disahkan meninggal dunia di HBG.

Sepasukan polis menahan tertuduh di Taman Seri, Sungai Besar, Selangor pada 13 Disember 2002.

Pakar Patologi Forensik HBG, Dr Khairul Azman Ibrahim menjalankan bedah siasat terhadap mangsa pada 13 Disember 2002 dan mendapati punca kematian Hasrizal adalah akibat kehilangan banyak darah terutama kesan tikaman di paha kanan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2005 09:44 AM | Show all posts
ayam punya pasall......... hek elehhh.............sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 09:54 AM | Show all posts
lorrr...kes tuduh curi ayam pun sampai bunuh2...mesti ayam nih ayam sabung kot :lol  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2005 09:54 PM | Show all posts
Sedih aku dengor...takkan pasal ayam berbunuhan jadinya...kalau sebab nak melindungi tanahair berbaloi jugak, tapi aku rasa dia mesti ada masalah lain masa dia "terbunuh" orang tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2005 10:23 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Tiga suspek culik guru direman

Oleh Hafizan Taib

IPOH: Tiga lelaki ditahan reman 10 hari bagi membantu siasatan berhubung kes samun seorang guru berusia 26 tahun di rumahnya di Bercham di sini, sebelum diculik dan dirogol di Selangor, 24 Ogos lalu.

Majistret Rohaida Ishak membenarkan ketiga-tiga lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun itu direman bermula semalam hingga 16 September ini.

Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, jika didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun serta didenda dan sebatan.

Difahamkan, mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, bersabit kes itu sebelum seorang daripada mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk pertuduhan kes rogol.

Dalam kejadian 24 Ogos lalu, guru wanita yang tinggal di Bercham di sini, dilarikan empat penculiknya sejauh lebih 200 kilometer ke Kundang, Selangor, sebelum diperkosa dalam kereta.

Mangsa diserang empat perompak ketika berada dalam rumahnya kira-kira jam 1 tengah hari.

Sumber polis sebelum ini dilaporkan berkata, dua daripada empat perompak menceroboh rumah mangsa untuk mendapatkan kunci kereta Proton Gen.2, sebelum memaksanya mengikut mereka dengan menaiki Perodua Kancil.

Mangsa dipaksa mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) sebanyak RM1,000.

Perompak yang tidak berpuas hati dengan wang diperolehi membawa mangsa pulang semula ke rumahnya sebelum merampas dan melarikan barang kemas serta komputer bimbitnya.

Bagaimanapun, selepas itu mangsa tidak dibebaskan sebaliknya terus dilarikan ke Rawang, Selangor dengan menaiki Proton Gen.2 itu.

Penjenayah memberhentikan kereta di kawasan kebun getah berhampiran Kundang, sebelum seorang daripada mereka memperkosa mangsa dalam kereta.

Mangsa ditinggalkan di kawasan kebun getah itu selepas diperkosa sekitar jam 6 petang sebelum membuat laporan di balai polis berdekatan.

Susulan laporan itu, polis mengadakan operasi besar-besaran dan membuat lapan tangkapan berhubung kes itu.

Tiga lagi suspek masih disiasat polis Bahagian Narkotik, sementara isteri serta teman wanita dua lagi suspek yang sebelum ini turut ditahan, dibebaskan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Che Sab Hanafiah berkata, lelaki keempat berusia lewat 30-an yang terbabit dalam kejadian samun berkenaan masih bebas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 10:26 AM | Show all posts
mcm2 org skg nih:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 11:13 AM | Show all posts
org macm nih patut kena hukum gantung,baru padan muka  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2005 08:54 AM | Show all posts
Tauke diperas ugut sebelum kedai dibom


IPOH: Letupan bom buatan sendiri di sebuah kedai menjual kenderaan di Sitiawan, dekat Seri Manjung, kelmarin, dipercayai bermotifkan peras ugut berikutan pemiliknya menerima panggilan telefon meminta wang tunai RM700,000 sejurus sebelum bom berkenaan meledak.



Ketua Polis Perak, Datuk Zainal Mohd Tahir, berkata ada orang menghubungi pemilik premis itu dan meminta menyerahkan wang serta membuat ancaman meletupkan kedai berkenaan.

揚olis setakat ini belum mengenal pasti atau mendapat petunjuk mengenai pemanggil itu,
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 08:59 AM | Show all posts
geng2 samseng cina
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2005 09:07 AM | Show all posts
Setakat ini, kita tidak dapat mengaitkan kes itu dengan kumpulan kongsi gelap Geng 24 iaitu kumpulan melakukan peras ugut diketuai lelaki dengan gelaran Sakai yang meminta wang perlindungan dan keganasan daripada peniaga khususnya penternak burung layang-layang dan penternak udang harimau di Sitiawan dan Seri Manjung sekitar 2001 dan 2003


ish... seram lak dengor kongsi2 gelap nih...... :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 09:23 AM | Show all posts
kalo dengo kongsi raya camner?? :cak:

tak pun kongsi cerah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 09:36 AM | Show all posts
wa, lu olang jangan banyak maen wo sama itu gang-gang cina. Dier punyer kongsi gelap talak tunjuk sama olang, tapi kalau dah buat spoil siaplar. DUlu2 ada kene kat stesen bas Ipoh, katok kepala berdarah2 wooooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2005 10:00 AM | Show all posts
geng kongsi gelap nih agak2 bila ler nak lenyap ek.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 10:03 AM | Show all posts
bila geng2 kongsi gelap ni dah dikuasai oleh geng2 kongsi putih...

hehe...lawak je:lol

selagi ada penjenayah, selagi tu derang ade
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 10:06 AM | Show all posts
selagi ade polis selagi tue ade penjenayah, cube polis takde......??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.122089 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list