CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

“Jangan Undi Anwar! PKR Dan Keluarganya Mesti Diberi Pengajaran” - Siti Kasim

[Copy link]
Post time 19-9-2018 04:36 AM | Show all posts
Edited by ResellerMaxis at 19-9-2018 04:37 AM
akusukaq replied at 18-9-2018 09:25 AM
biar la abg non plk jd piem.dia belum pun terbukti makan rasuah mcm yg ada ni. dah lama sgt dia meng ...
Anwar dihukum penjara 6 tahun -- Bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana menyalah guna kuasaKUALA LUMPUR 14 April - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.
Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini.
Hakim Augustine berkata, pendakwa dapat membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah, dan kesudahannya Anwar didapati bersalah sebagaimana tuduhan yang dihadapinya.
Keputusan itu diumumkan kira-kira pukul 10.45 pagi ini, setelah Anwar membaca sendiri satu kenyataan bertulis lima muka surat dalam bahasa Melayu untuk dipertimbangkan bagi meringankan hukuman.
Anwar juga gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dengan ikat jamin, sementara menunggu rayuan.
Menurut Hakim Augustine, kesalahan yang dilakukan oleh Anwar adalah serius dan undang-undang yang berkaitan telah diluluskan untuk mencegah ahli politik dan pegawai awam daripada menyalahgunakan kuasa mereka.
Beliau merujuk satu kes membabitkan seorang pegawai rendah dihukum penjara dua tahun kerana menyalahgunakan kuasa.
''Saya teringatkan kes Pendakwa Raya melawan Nunis, memandangkan Anwar adalah kapten politik Malaysia dan orang nombor dua di negara ini, saya menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas setiap empat kesalahan kamu,'' kata Hakim Augustine.
Sebaik sahaja mendengar hukuman itu, Anwar yang berada di kandang tertuduh bangun bertanya: ''Enam tahun atau 16 tahun?''
Hakim Augustine: ''16 tahun adalah salah di sisi undang-undang kerana hukuman maksimum 14 tahun.''
Di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 itu, sekiranya terbukti, hukuman maksimum penjara adalah 14 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000.
Sebaik sahaja Hakim Augustine mengumumkan Anwar didapati bersalah di atas empat tuduhan terbabit, Raja Aziz Addruse yang mengetuai barisan sembilan peguam bela, meminta penangguhan selama 10 minit untuk berbincang dengan Anwar sebelum hukuman dijatuhkan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah mewakili pasukan pendakwaan tidak membantah permintaan Raja Aziz itu.
Hakim Augustine membaca secara ringkas penghakiman bertulis setebal 391 muka surat pada pukul 9.23 pagi pada penghujung perbicaraan Anwar yang masuk hari ke-78 hari ini.
''Setelah menimbangkan dengan amat teliti, maka kini tibalah peringkat penghakiman perbicaraan ini,'' kata beliau.
Hakim Augustine berkata, pada dasarnya, beliau membaca semua pertuduhan dan dalam penghakiman itu menjelaskan mengapa beliau meminda tuduhan terhadap Anwar.
''Saya juga jelaskan dalam penghakiman mengapa saya membuat pindaan dan mengapa saya menggugurkan sesetengah keterangan dan ini saya berikan garis kasarnya kepada pihak berkenaan,'' kata beliau.
Beliau berkata, persoalan yang ditimbulkan terhadap bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd. Said Awang sama ada beliau bersubahat dengan bekas timbalannya, Datuk Amir Junus, juga diteliti.
Hakim Augustine: ''Saya meneliti keterangan pembelaan dan menjelaskan mengapa saya mengetepikan konspirasi politik, butiran keterangan mengenai pita rakaman, keterangan dalam profesion guaman dan menilai laporan-laporan akhbar.
''Saya menilai laporan kedua (laporan yang didakwa mengandungi nama tokoh-tokoh politik yang ingin menjatuhkan Anwar) sebagai keterangan dengar cakap.
''Saya juga membincangkan tentang prinsip yang dikendalikan oleh pembelaan yang mempertikaikan kredibiliti saksi-saksi pendakwa.
''Perkara yang utama adalah sama ada pendakwa membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.
''Ini adalah pertimbangan pendapat saya selepas meneliti dengan cermat undang-undang dan fakta asas keseluruhannya bahawa pendakwa membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.''
Pada peringkat ini, kedengaran bunyi ''Ooooh'' dari bahagian bangku yang diduduki oleh keluarga Anwar.
Bagaimanapun sebelum hukuman diputuskan Hakim Augustine mengarahkan Raja Aziz sebagai peguam bela utama mewakili Anwar untuk mengemukakan rayuan memohon hukuman ringan.
Selepas sesi mahkamah, Anwar ditanya oleh wartawan tentang perasaannya.
''Saya tidak terkejut, anda terkejut?,'' kata Anwar.
Dr. Wan Azizah pula didengar berkata: ''Ya Tuhanku'' apabila mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atas suaminya.
Anwar sempat memeluk Dr. Wan Azizah dan empat orang anaknya sebelum dibawa ke Penjara Sungai Buloh pada tengah hari.
Dia dijangka dipindahkan ke Penjara Kajang untuk memulakan hukumannya.
Saudara mara Anwar yang berbual dengan wartawan juga mengatakan mereka telah bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan dalam keputusan kes hari ini.
Suasana di galeri awam penuh sesak termasuk di bahagian bangku keluarga Anwar.
Sebanyak 23 wartawan tempatan dan 21 wartawan asing serta diplomat yang hadir sebagai pemerhati, memenuhi ruang yang terhad di galeri awam.
Empat bangku khas disediakan untuk isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah, anak-anaknya dan saudara mara serta beberapa orang sahabat handainya.
Hanya 20 orang awam yang bernasib baik dapat masuk mengikuti keputusan kes itu, setelah beratur panjang sejak awal pagi.
Beberapa wartawan media tempatan juga hampa untuk membuat liputan keputusan hari ini apabila bilangan wartawan asing mendahului satu barisan masuk ke dalam mahkamah.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz5RUIVkvoe © Utusan Melayu (M) Bhd

dia dah pernah di penjara pun atas kesalahan rasuah / salah guna kuasa ni..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 04:43 AM | Show all posts
kucingTomey replied at 14-9-2018 09:10 PM
buku dr in the house tu dalam tu madey menyebut dengan jelas...."kalau negara nak maju...jangan ad ...

dengan kata lain..negara yang baru nak start membangun perlukan pemerintahan yang autokrat / komunis / diktator..bila negara dah stabil n membangun..baru sesuai di reform dan jadi lebih demokrasi..

sebab tu sekarang memang waktu yang sesuai untuk reform negara kita..dan sebab itu juga tun m menyokong reformasi dan sedang melaksanakan segala bentuk reformasi di negara kita..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 04:45 AM | Show all posts
kucingTomey replied at 14-9-2018 09:14 PM
mad yaakob ngaku dan dia jadi pm mudah saja dibodohkan org keliling dia....adekah hebat sorang pm  ...

bagi lah fact n figure sikit bro..
berapa amount yang kerajaan bailout syarikat anak dia..bailout macam mana??mof bayarkan hutang macam kes 1mdb sekarang ke macam mana??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 04:50 AM | Show all posts
pinkzara replied at 13-9-2018 11:32 PM
Aku kesian bila org kata tun M mcm2.
Aku nampak dia sebagai seorang yg brilliant. nampak jelas.
...

brilliant, cintakan negara and always fight for what he believe as the right thing..
yang kutuk tun ni cuma geng geng lobai yang iri hati orang tolak mereka n sokong tun m..dah puas mereka fitnah tun m sebagai anti islam, tengok porn dengan cucu, hina nabi, hina pewaris nabi, hina ulamak dan bermacam macam brainwash lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 04:52 AM | Show all posts
pinkzara replied at 13-9-2018 11:36 PM
aku kesian kat rafizi tu. dah lama berjuang.
we all sebaya, tapi kesian dia, anak baru 1.
tak ta ...

xpayah kesian rafizi..invoke dia tu dah kaya raya dengan duit sumbangan orang..

rafizi siap setup berbagai company untuk jadi vendor kepada invoke (ngo) milik beliau dengan fund orang ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 05:02 AM | Show all posts
Seloloy replied at 13-9-2018 05:37 PM
Bak kata wan Azizah

“Dia dah dipenjara 10, 11 tahun dan sekarang apa maksud kamu dan kamu nak  ...

dia duk penjara sebab salah dia sendiri jadi peliwat n perasuah.. kalau semua peliwat n perasuah nak kena bagi chance jadi pemimpin..jahanam lah negara wan azizah oi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2018 12:08 AM | Show all posts
v(T.T)v replied at 14-9-2018 11:12 AM
Msia tarak orang muda ke yg layak jadi PM?

ada. tapi diorang tak masuk bertanding pru.
nak naik sau-satu level tu mkn masa.
tambah dgn situasi politik yg tak ketahuan skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:53 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 13-9-2018 10:36 AM
lapar betul nak bertanding..

lama tak rasa nikmat bertanding you.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 06:16 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 19-9-2018 04:45 AM
bagi lah fact n figure sikit bro..
berapa amount yang kerajaan bailout syarikat anak dia..bailout ...

far eastern economic review bagitahu 1.7 billion malaysia ringgit (myr) madey bailout anak dia ...pembelian konsortium perkapalan berhad oleh petronas harga 2 billion malaysia ringgit (myr)  untuk cover 1.7 billion malaysia ringgit (myr) hutang mirzan.....tu aku tak cite lagi pasal intrakota ngan park may renong tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 06:18 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 19-9-2018 04:43 AM
dengan kata lain..negara yang baru nak start membangun perlukan pemerintahan yang autokrat / komun ...

agak2 la sedara nak sokong kata madey tu ..hahahaha......dulu kita de macai  umngok ..skarang kita taknak dah ade bende bernama mahacai ph....

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 06:21 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 19-9-2018 04:50 AM
brilliant, cintakan negara and always fight for what he believe as the right thing..
yang kutuk t ...

kalau dia cintakan sgt la negara dengan bangsa dia..kenapa pesempadanan semula zaman pemerintahan dia kawasan melayu takde bertambah??pergi cek negeri2 majoriti melayu ape jadi ??lepas 99 punya pru.....ape jadi kawasan parlimen majoriti melayu...ape jadi??
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 06:30 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 19-9-2018 04:50 AM
brilliant, cintakan negara and always fight for what he believe as the right thing..
yang kutuk t ...

ni salah satu contoh mahathirisme yang pernah madey jajah satu ketika dahulu.kamu salah sorang yang terjajah bende ni..bila org kritik madey...haa ni makan dedak....haa ni lobai...sedara org kritik madey bukan sebab madey curi awek saya .....org kritik madey pasal permerintahan dia yang merosakan sistem  tu sendiri..........tak de keje sedara org nak jadi lobai......org pon cerdik jugak  bkn standart lobai sedara
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey replied at 20-9-2018 06:21 PM
kalau dia cintakan sgt la negara dengan bangsa dia..kenapa pesempadanan semula zaman pemerintahan  ...

Sayangkan negara kenapa kawasan melayu kena bertambah plak??

Sekarang ni sesetengah kawasan macam penduduk parlimen petaling jaya utara bilangan pengundi sampai dekat 150k. Sedangkan  terdapat parlimen kawasan melayu yang xsampai 50k pengundi..

So penduduk petaling jaya utara telah disabotaj..3 undi mereka adalah bersamaan 1 undi kawasan yang pengundi kurang dari 50k..

Sepatutnya kawasan kawasan bandar ni yang harus dibanyakan lagi parlimen untuk realisasikan 1 to 1 undi untuk seluruh rakyat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 20-9-2018 06:56 PM
Sayangkan negara kenapa kawasan melayu kena bertambah plak??

Sekarang ni sesetengah kawasan mac ...

sedara baca pemecahan melayu madey cakap baru ni..yg dia tuduh parti lain...madey macam biasa ...dia x salah org lain salah...lepas tu baca isu sempadan semula kawasan org melayu pasca 99
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Anthony loke for pm. Biar Anwar mati kempunan mata terbukak.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey replied at 20-9-2018 06:16 PM
far eastern economic review bagitahu 1.7 billion malaysia ringgit (myr) madey bailout anak dia ... ...

Dah lama tak dengar majalah far eastern review ni. Nostalgia sangat
Tentu dah kertu awak ni. Hehehe. Joke ok

Memang zaman TunM dulu zaman kroni. Tapi to be fair, not all bad about kroni. Pernah baca buku syed mokhtar yg kulit dia warna hitam tu. Boleh katakan dia pun kroni gak kot but in return banyak gak benefit yg terhasil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 10:30 PM | Show all posts
Elated replied at 20-9-2018 10:02 PM
Dah lama tak dengar majalah far eastern review ni. Nostalgia sangat
Tentu dah kertu awak ni. Hehe ...



saya tak setuju sistem yang dibawa mahathir mohamad ni...satu dasar yang mengkayakan satu dua org dan yang ramai jauh lebih miskin ketinggalan....skarang ni cube bagitahu saya ..sape berani cakap pasal tol??dulu berdentum dentam macam petir cakap nak mansuh tol...bila madey cakap tol mesia lebih murah dari japan dalam malaysia kini jan 2018 .....sampai ke hari ini ..takdak sape berani cakap pasal tol dalam pakatan harapan.....sebab ape ..tun daim nak campak mane..demam dia kalau cakap tol mansoh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey replied at 20-9-2018 10:30 PM
saya tak setuju sistem yang dibawa mahathir mohamad ni...satu dasar yang mengkayakan satu dua  ...

Tepi rasanya dia against the idea. Sebab kalau tak silap diacpernah cakap about macam mana nak maintain kalau takde tol

Tapi pkr dan dap yg kuat nak hapuskan tol. Walaupun ramai yg tahu dlm penang masterplan utk transport pun ada beritahu yg twrowong bawah laut tu pun akan ada 30 tahun konsesi tol.

Tapi semua tu dah berlalu. Emosi utk turunkan najib tersangat kuat menjdikan manifesto yg tak masuk akan pun org boleh terima.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056780 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list