|
paste pi la..... pg2 dah baca citer lepa......
Siti bukan punca perceraian saya ? Datuk K
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 15 Ogos ? ?iti Nurhaliza bukan punca perceraian saya. Kalau bukan Siti pun, saya tetap akan bercerai.?
Begitu luahan Datuk Khalid Muhamad Jiwa yang popular dengan panggilan Datuk K pada majlis bermesra bersama pihak media di Sri Pentas, TV3 hari ini.
?ecara jujurnya, sebagai orang Islam dan dengan nama Allah, hubungan saya dengan Siti bermula selepas perceraian dengan isteri saya. Kalau tidak percaya, boleh rujuk dengan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan),? katanya.
Penjelasan tersebut dibuat bagi menjawab tohmahan sesetengah pihak yang menuduh penyanyi terkenal itu sebagai punca perceraiannya dengan Tengku Zawyah Tengku Izham, 43.
Malah, Datuk K memberitahu rancangan pernikahannya dengan Siti Nurhaliza Tarudin, 27, direstui oleh anak- anaknya.
?eempat-empat anak saya pernah berjumpa Siti. Mereka bercakap dari hati ke hati. Saya tidak menyertai perjumpaan tersebut tetapi selepas itu tidak seorang pun daripada mereka yang menyatakan bantahan terhadap perkahwinan kami kerana itu saya menganggap mereka merestuinya,? jelas Datuk K.
Pernikahan dan persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk K yang bakal berlangsung pada 21 dan 28 Ogos ini hanya akan dihadiri oleh anak ketiga Datuk K, Mohamed Ashraf, 14.
Dua lagi anak Datuk K akan bersama ibu mereka ke Australia untuk melawat anak sulungnya yang belajar di sana.
?ebenarnya anak-anak ingin hadir pada majlis itu tetapi demi menjaga hati ibu, mereka menemaninya ke Australia,? katanya.
Kepada bekas isteri, pesan Datuk K: ?abar dan tabah menghadapi ujian ini kerana jodoh dan maut ditentukan Tuhan. Semoga selamat dunia akhirat dan saya akan menolongnya kerana dia merupakan ibu kepada anak-anak saya.?
Menurut Datuk K, dia dan Tengku Zawyah pernah bercerai pada 1998, bagaimanapun tidak sampai tiga bulan, mereka rujuk semula.
Pada 2002 pula, rumah tangga mereka kembali menghadapi masalah menyebabkan penceraian terjadi pada 13 April 2005.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang turut hadir pada majlis itu menyatakan, sejak dari awal dia sudah bersedia menerima tuduhan sebagai perampas suami orang.
?iti sudah merasakan akan digelar perampas suami orang. Namun Siti banyak bersabar dan mendiamkan diri supaya isu ini tidak menjadi besar,? kata Siti.
Namun, jelasnya, dia pernah berjumpa beberapa kali dengan bekas isteri Datuk K tetapi hubungan mereka tidak begitu rapat.
Bagaimanapun, kata Siti, jauh di hatinya tidak terlintas sedikit pun untuk menggantikan peranan ibu kepada anak-anak Datuk K.
?iti dengan serendah-rendah hati ingin memohon maaf kalau kenyataan Siti pernah menyinggung mana-mana pihak. Siti cuma memberikan jawapan positif apabila ditanya wartawan tentang kesediaan Siti menerima anak-anak Datuk K selepas berkahwin,? tambahnya.
Siti Nurhaliza yang mendedahkan Datuk K merupakan cinta sejatinya turut menyatakan antara panggilan Datuk K kepada dirinya yang disukai ialah my soulmate. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #221 gambiaq's post
front page pulak tu...makin meluat ada la, simpati sori.... |
|
|
|
|
|
|
|
belom kawen lagi dah soulmate :puke: |
|
|
|
|
|
|
|
tipu la...semua orang tau TZ was peminat siti..........
slalu dia seleberet besday siti, ajak mai umah...
and the bladipul leh lak kata- tak kenai rapat....
tengok la TZ seniri kata- dia tu family pren....
makin lama makin meluat lak ngan siti nie....
(kak bunga, i'm not eating tebuan again, am i??) |
|
|
|
|
|
|
|
ya la..kemarin, TZ kata famili fren..ri ni dia kata tak rapat sabgat..hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gambiaq at 16-8-2006 08:21 AM
Secara jujurnya, sebagai orang Islam dan dengan nama Allah, hubungan saya dengan Siti bermula selepas perceraian dengan isteri saya. Kalau tidak percaya, boleh rujuk dengan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), katanya.
ekekekeek...JAWI pulak kena... |
|
|
|
|
|
|
|
ni apa jadah ni:kant:
---------------------------------------
Edisi Timur: Ketua kampung durjana
Oleh Rosliza Mohamed
[email protected]
KOTA BHARU: Seorang ketua kampung didakwa merogol seorang gadis sebanyak dua kali, apabila permintaannya melakukan hubungan seks dengan gadis itu sebagai ?upah? menyelesaikan masalah gadis itu ditahan bersama kekasih kerana berkhalwat, ditolak.
Sebelum itu, ketua kampung berusia 50-an terbabit bersama imam menyertai serbuan sepasukan anggota polis menahan mangsa dan teman lelakinya kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Felda Ciku 3, dekat Gua Musang, pada 8 Ogos lalu, kira-kira jam 2 pagi.
Mangsa dan teman lelakinya yang berusia lingkungan 20-an itu kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, hasil campur tangan ketua kampung terbabit, pasangan itu dibebaskan sebelum diarahkan pulang ke rumah masing-masing.
Tetapi, kira-kira jam 3.45 pagi, ketua kampung itu didakwa ke rumah gadis itu yang kebetulan bersendirian kerana keluarganya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, kerana menemani bapa yang sedang sakit.
Setibanya di rumah gadis berkenaan, ketua kampung berkenaan dikatakan mengajaknya ke sebuah rumah yang masih dalam pembinaan tidak jauh dari kediamannya untuk membuat `tawaran? berkaitan dengan kes tangkapan khalwatnya itu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shafie Ismail, berkata ketua kampung terbabit mendakwa menagih upahnya kerana membantu menyelesaikan masalah gadis itu.
Menurutnya, ketua kampung terbabit dipercayai meminta gadis berkenaan melakukan hubungan seks dengannya tetapi ditolak mangsa.
?Ketua kampung terbabit yang dipercayai tidak berpuas hati selepas permintaannya ditolak bertindak nekad merogol gadis itu dua kali di kawasan rumah yang masih dalam pembinaan itu.
?Selepas selesai merogol gadis berkenaan, ketua kampung itu menghantar mangsa pulang dan memberi amaran supaya perkara itu tidak dihebohkan kepada orang lain,? katanya.
Bagaimanapun, Shafie berkata, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada abangnya.
Menurutnya, terkejut dengan dakwaan adiknya itu, abang mangsa membuat laporan di Balai Polis Paloh, Gua Musang.
?Menyedari laporan polis dibuat, ketua kampung terbabit menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang kira-kira jam 10 pagi, semalam,? katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Penculik mirip bapa
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
GOMBAK: Ibu bapa dua beradik berusia empat dan lima tahun yang disyaki diculik seorang lelaki misteri Ahad lalu dari kediaman mereka di Taman Melati, di sini, masih keliru mengenai kejadian berkenaan berikutan motifnya masih kabur.
Bapa mangsa, Mohd Amin Abdullah, 38, berkata dia terperanjat apabila diberitahu anaknya, Nur Humairah Mohd Amin, 4, dan Ummu Aiman, 5, bahawa lelaki aneh yang melarikan mereka mempunyai wajah miripnya.
Menurutnya, lelaki terbabit yang tidak banyak bercakap didakwa memimpin tangan kedua-dua anaknya dari taman permainan di bawah flet didiami sebelum hilang begitu saja.
Ada jiran mendakwa terlihat kelibat dua anak saya berdiri di depan kaunter di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati namun lelaki yang dimaksudkan itu tidak dilihat bersama mereka.
Malah anak saya memberitahu 'lelaki bertubuh besar yang dipanggil 'kawan' itu melayan mereka dengan mesra malah mencium pipi Humairah', katanya.
Amin berkata, lelaki itu dipercayai membawa kedua-dua anaknya menaiki bas ke pusat peranginan Genting Highlands sebelum meninggalkan mereka di taman air yang menjadi tumpuan pengunjung bermandi- manda.
Anehnya lelaki itu sengaja membiarkan anak saya bersuka ria dan mandi di taman air terbabit sebelum ghaib begitu saja.
'Pengawal keselamatan di pusat peranginan itu hanya menyedari sesuatu tidak kena selepas mendapati dua anak saya masih berada di taman air itu tanpa penjaga apabila operasi pusat peranginan itu hampir tamat sekitar jam 10 malam', katanya.
Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan kedua-dua anaknya demam terkejut sehingga terpaksa dibawa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran semalam.
Kejadian itu menyebabkan Aiman seperti hilang semangat dan tidak lagi petah bercakap seperti sebelumnya. Dia banyak berdiam diri dan seolah-olah sukar untuk mengingati apa yang berlaku.
Humairah pula memberitahu lelaki terbabit sempat memberinya makan ayam goreng. Walaupun motif kejadian ini kabur dan sukar dipercayai, 'saya bersyukur anak saya selamat,' katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di kediamannya, semalam.
Ibu kanak-kanak terbabit, Ainon Shaharuddin, 34, pula mendakwa anaknya sebelum ini pernah dibawa ke tempat sama di Genting Highlands lima hari sebelum kejadian itu berlaku.
'Aiman dan Humairah kemudian berulang kali meminta kami membawa mereka semula ke sana selepas pulang ke rumah', katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 16-8-2006 11:37 AM
ni apa jadah ni:kant:
---------------------------------------
Edisi Timur: Ketua kampung durjana
Oleh Rosliza Mohamed
[email protected]
KOTA BHARU: Seorang ketua kampung didakwa merogol s ...
harapkan pagar, pagar tak leh harap.....
siot jer ketua kampung nie...:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kubus at 16-8-2006 01:42 PM
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
GOMBAK: Ibu bapa dua beradik berusia empat dan lima tahun yang disyaki diculik seorang lelaki misteri Ahad lalu dari kediaman mereka di Taman Melati, di sini, ma ...
jangan biarkan idop anda diselubungi misteri............. |
|
|
|
|
|
|
|
Surat akuan kematian wali palsu: Pasangan diarah bercerai
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kubus at 17-8-2006 08:59 AM
Khairul Anuar berasal dari Pulau Pinang dan Azriyanfitri dari Utan Aji di sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguam mereka, Ahmad Zaini manakala Azizan diwakili peguam syarie, Zulmi Sabri.
Ada sapa2 kenai dak nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenderaan LMG berada di pasaran 15 September
JOHOR BAHRU 16 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by ebok at 17-8-2006 10:25 AM
Kenderaan LMG berada di pasaran 15 September
JOHOR BAHRU 16 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: 'Dia tampar betul-betul'
Oleh Hartati Hassan Basri dan Ramlah Zainal
[email protected]
KUALA LUMPUR: "Dia (Rita Rudaini) dengan sengaja menampar pipi saya betul-betul sehingga mata kiri saya sakit dan lebam sedangkan kami hanya menjayakan satu babak dalam lakonan.
"Lebih teruk lagi, ketika babak bergaduh dalam kolam renang dia juga menarik rambut dan merejam kepala saya ke dalam air hingga tengkuk saya bengkak dan sakit," kata pelakon Lis Dawati menceritakan insiden perkelahiannya dengan Rita Rudaini ketika penggambaran drama bersiri 'Kau Yang Ku Sayang' di sebuah hotel di Pulau Pinang, Selasa lalu.
Lis mendakwa, sebelum babak pergaduhan antara Lia, watak Rita dengan Linda (lakonannya) bermula, dia sudah memberi amaran kepada penolong pengarah dia tidak ingin ditampar betul-betul dan berharapkan mereka beritahu Rita.
Sambil menunjukkan kesan lebam di mata kiri yang dakwanya ditampar Rita, Lis yang pernah dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin 2005 menerusi drama Miftahul Jamilah, mendakwa Rita memang berniat mencederakannya ketika berlakon dalam drama arahan Rasyid Sibir itu.
Ketika berkunjung ke pejabat Harian Metro di sini, semalam, Lis atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 28, berkata kejadian berlaku ketika dia menjayakan babak pergaduhan dalam episod ke-19 drama bersiri 26 episod itu antara jam 4 hingga 6 petang.
Menurut Lis, babak pergaduhan itu tiada dalam skrip asal.
"Apabila saya berada di Pulau Pinang untuk menjayakan drama ini, baru pengarah beritahu mengenai babak pergaduhan antara Lia dan Linda itu.
"Sebelum babak ini bermula, saya bertanya dia (Rita) sama ada dia akan tampar saya dengan tangan kanan atau kiri, tapi dia enggan beritahu.
"Saya akui menggigil apabila mula buat babak ini dengannya. Bila babak pergaduhan bermula, dia (Rita) terus tampar saya dengan kuat dan saya cuba elak tapi kena pipi.
"Dia terus tolak bahu saya menyebabkan berlaku babak tolak-menolak dan dia kemudian tarik rambut serta rejam saya dalam air. Sepatutnya, watak Linda yang menyerang Lia dan bukan sebaliknya.
"Ketika babak pergelutan dalam kolam, saya tidak sedar dia terus memukul saya dengan niat mencederakan saya. Bila saya mengadu kepada pengarah, Rita pula sebaliknya memberitahu produksi, badannya termasuk tengkuk dan lengannya pula calar-calar," katanya.
Lis mendakwa, dia yakin Rita memang ada niat hendak memukul dan mencederakannya dengan menggunakan peluang menerusi babak pergaduhan berkenaan.
Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia membuat laporan di Pondok Polis HKL, 16 Ogos lalu.
Selain Rita dan Lis Dawati, drama ini dijayakan pelakon Fahrin Ahmad dan Zed Zaidi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ish2 malu nya......:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
la ni sapa yg buat citer? rita ka lisda? artis..artis..udah2 la tu..
[ Last edited by kubus at 18-8-2006 10:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kubus at 18-8-2006 10:08 AM
la ni sapa yg buat citer? rita ka lisda? artis..artis..udah2 la tu..
rita stil menten cun dlm gado2 tu...:lol lis pulak :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
gaduh, ceta abis sume...dunia artis...publisiti...
. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|