tobby posted on 7-5-2014 10:48 AM
zaman la ni... org ramai mempunyai kepercayaan bhw hanya billionaire saja boleh berlaku adil kpd b ...
of kos la tobby...skrg ni semua guna duit...ppuan plak ramai gj lebih dr laki...ala klu mampu kawen la ramai mana pun...dpt bini2 redha katanya...ok je...
chandrahusin posted on 7-5-2014 10:57 AM
hikmah poligami - mendamai kan jantan2 yg selalu betelagah di CI sbb politik
bab poligami saling so ...
bagus laa dia x mati dlm masa sembunyi kawin 2 tu, kalo x abis laa berantakan keluarga dia dgn dua keluarga saling berebutkan harta peninggalan....rumit wooooo mendalah nih, jgn sebab nak seronok jer abaikan kesan perbuatan tu bila mati kelak......
Segelintir orang gemar menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah,’ hingga membekaskan kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa, poligami itu digalakkan dalam Islam, mulia dan menjadi keperluan untuk dilakukan oleh semua lelaki Muslim yang berkemampuan meskipun tiada apa-apa darurat yang mendesaknya.
Namun anehnya, golongan yang menyebut-nyebut ‘poligami itu sunnah’ tidak pula menyebut ‘perceraian’ dan ‘perhambaan’ itu sunnah sedangkan ‘perceraian’ dan ‘perhambaan’ juga turut dilakukan oleh Nabi. Apa pula alasan mereka ketika meninggalkan ayat ‘perceraian itu sunnah’ dan ‘perhambaan itu sunnah?’
Mari kita kaji tentang maksud ‘sunnah’ agar kita bukan sahaja ‘tahu’ secara tepat tetapi perlu ‘faham’ secara jelas.
Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak berdosa, atau pendek kata ia digalakkan.
Sunnah di sisi ahli hadis lebih luas maksudnya meliputi kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, persetujuan Nabi (Taqrir) dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak.
Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata Nabi, perbuatan Nabi dan persetujuan Nabi (Taqrir) kerana ia mempunyai kesan hukum.
Mungkin orang yang mengungkapkan ayat ‘Poligami itu sunnah’ bermaksud mengatakan ia sunnah secara umum, iaitu sunnah yang meliputi semua perbuatan Nabi. Namun, ayat ini selalu difahami oleh masyarakat daripada sudut pengertian hukum fiqh (iaitu digalakkan).
Kekeliruan ‘sudut pandang’ menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam tidak menggalakkannya malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan ‘adil’.
Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut begini, “Poligami itu sunnah tetapi hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan.” Hmm, ok tapi panjangnya ayat ni! Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda, maka sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami. Sudut pandang ini perlu dijelaskan kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.
Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai ‘rukhsah’ dalam masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Inilah pendapat jumhur ulama’. Asal perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama’ di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqh waadillatuhu bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.
Hukum asal yang lebih tepat bagi poligami menurut jumhur ulama adalah harus, bukannya sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini. Manakala hukum asal bagi perkahwinan ‘monogami’ ialah sunnah. Hukum asal bagi perkahwinan ‘monogami’ ini memang disepakati, maka memang wajar mengatakan ‘monogami itu sunnah’.
Jadi, wajarkah terus menggunakan perkataan ‘poligami itu sunnah’ dengan hujah menggunakan takrif ahli hadis dan ahli usul, sekiranya nanti masyarakat memahaminya sebagaimana takrif Fiqh?
Maka pada hemat penulis, ayat ‘Poligami itu sunnah,’ wajar ditinggalkan sebagaimana wajarnya kita meninggalkan ayat ‘Perhambaan itu sunnah’, ‘Pemerdagangan orang itu sunnah,’ ‘Perceraian itu sunnah.’Supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan, lantaran Nabi memang melakukan hal-hal ini atas sebab-sebab yang tertentu sebagai rukhsah apabila darurat mengikut konteks zaman itu.
Bagi lebih memendekkan perkataan, tinggalkan sahaja ayat “Poligami itu sunnah” dan bertukar kepada ayat, “Poligami cuma harus.” “Poligami cuma rukhsah.” Sudut pandang ini lebih menjernihkan Islam daripada fitnah golongan orientalis dan missionary sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi bahawa mereka mendakyah Islam ini agama poligami sedangkan poligami dalam Islam bukan perintah, bukan pula digalakkan. Dakyah mereka ini menyebabkan berlakunya islamphobia di Barat terutamanya di kalangan wanita-wanita seluruh dunia. Mari membela Islam dari fitnah!
Poligami Menurut Yusuf al-Qaradhawi Asal Perkahwinan Muslim Adalah Berkahwin Satu
-Para gerakan Kristian dan orientalis menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan-galakan Islam. Ini adalah sesat lagi menyesatkan.
-Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim adalah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya yang itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumahtangga, tempat menyimpan rahsia. Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-Quran. Bukan Keharusan Secara Mutlak
Berkata Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Malamih al-Mujtama' al-Muslim allazi nansyuduhu...
"Para ulama berkata, adalah dilarang lelaki yang mampu mencukupkan dirinya dengan satu isteri untuk bernikah lagi kerana hal itu dikhuatiri akan menjebakkan dirinya kepada yang HARAM."
Fiqh Prioriti: Bernikah Satu Lebih Utama
Berkata Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Malamih al-Mujtama' al-Muslim allazi nansyuduhu lagi bahawa tidak dapat dinafikan BERNIKAH SATU lebih baik daripada BERPOLIGAMI.
Poligami akan membuatkan seseorang menimpa kesulitan di dunia serta di akhirat.
Memerhati Kemaslahatan Semua Pihak
-Yusuf al-Qaradhawi walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat yang menyeru kepada mengharamkan poligami. Biarlah hukumnya kekal harus, bukan haram kerana melihat kepada maslahat yang pelbagai.
-Orang yang mahu melakukan poligami perlu berkeyakinan mampu berlaku adil tanpa khuatir terjatuh dalam kezaliman seperti keterangan surah al-Nisa’, ayat 3.
-Isteri pertama memiliki kemaslahatan agar tiada yang mengganggu suami dan keluarganya, maka dia ada hak menolak untuk dimadu.
-Suami memiliki kemaslahatan takut terjebak ke dalam zina dan kemaslahatan bagi mendapatkan zuriat, maka dia ada hak dalam isu poligami.
-Isteri kedua memiliki kemaslahatan untuk tidak hidup menjadi anak dara tua ataupun menjanda, maka dia juga ada hak dalam isu poligami.
-Begitu juga masyarakat, mereka memiliki kemaslahatan bagi melindungi warganya, maka mereka ada hak menyokong pernikahan yang bertanggungjawab dan sebaliknya.
Tidak Setuju Mengharamkan Terus Poligami
Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: “Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanah air Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku kepada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan berkenaan keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur berkenaan keburukan zina yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini."(hal 31, cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi lagi, “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat, ia adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: “Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ia tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan sudah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ia tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan yang indah lagi padat ketika menyifatkan Rasulullah SAW, seperti yang dikhabarkan oleh buku ahli kitab, iaitu: (maksudnya) " (Sifat-sifatnya di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka). Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka." (Surah al-`Araf :157).
Al-Qaradawi menyambung, “Inilah apa yang diraikan oleh syariat Islam dalam persoalan poligami, ia menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudiannya ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat, bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya), “Jika kamu takut tidak berlaku adil maka (nikahlah) hanya seorang isteri. (hal. 133-134).
lurve82 posted on 7-5-2014 10:46 AM
ifan...ko mampu tak kawen 4? blh la apply andartu...ajak abg @Peterpan17 tu sekali...
apa?? Kahwin lagi tambah bini?? Eh!! tak payah. Terimakasih sajalah. Aku hidup aman damai saja skrg. Klu tambah bini, nanti botak terus kepala. Si abang Ifan kot bolehlah tambah bini andartu
axl_bach posted on 7-5-2014 10:59 AM
bagus laa dia x mati dlm masa sembunyi kawin 2 tu, kalo x abis laa berantakan keluarga dia dgn dua ...
aku dh lama ckp mcm tu bro, ingat kan dia
dia ckp belum time lagi..belum time lagi
sekali ada kawan pecah lobang
ni tgh krisis hebat..bini tua duduk dalam bilik tak keluar2 tak layan dia pun
tak boleh plk nak jumpa bini muda sbb nak jaga hati bini tua
-Imam Ghazali terkenal sebagai ulama yang sering membela kaum wanita.
-Beliau kurang membicarakan persoalan poligami.
-Dalam bukunya, Nahwu al-Tafsir al-Maudu’I li Suwari Al-Quran, beliau membahaskan isu poligami dengan amat terhad. Menurutnya poligami dalam Islam mempunyai aturan khusus, tidak seperti di Barat yang lelakinya mempunyai satu isteri tetapi isteri haramnya sampai sepuluh.
-Dalam Islam, lelaki bujang yang tidak mampu berkahwin dianjurkan berpuasa, soalnya bagaimana pula lelaki yang tidak mampu berpoligami? Menurutnya orang seperti itu tidak boleh dibiarkan, dia tidak akan mampu berlaku adil.
-Ghazali melihat dalam perkahwinan tidak boleh ada paksaan. Oleh itu, wanita bebas untuk menerima ataupun menolak bagi dimadu.
-Sekiranya seorang isteri khuatir dimadu oleh suaminya, dia boleh mengajukan syarat itu dalam perjanjian perkahwinannya. Si suami perlu berpegang teguh dengan perjanjian itu. Sekiranya tidak, dia hendaklah menceraikannya. Ini perlu kerana hubungan keluarga perlu dibina atas dasar takwa, keadilan dan kedamaian.
-Menurut Ghazali, perkahwinan adalah ibadah, dan keluarga adalah jambatan menuju sebuah kehidupan yang mulia, dan tempat pembinaan iman dan budayannya. Itu juga harapan ibad al-Rahman iaitu rumahtangga yang damai dengan isteri dan anak cucu yang menyejukkan pandangan mata. Bagi mewujudkan hal itu perlu kerjasama orang tua.
-Ghazali menekankan bahawa perkahwinan bukan tujuan tetapi hanyalah wasilah. Ia jalan bagi berlakunya pertumbuhan keluarga yang beriman, adil, tenteram, cinta kasih, dan penuh rahmat terpulanglah sama ada dengan cara poligami ataupun tidak.
Poligami Menurut Syaltut Poligami Terikat Pada Syarat Keadilan
-Dalam mengambil kesimpulan (istimbat) hukum poligami, Syaltut seperti mana Abduh mensyaratkan berlakunya keadilan.
-Perbezaan terletak pada prosesnya. Abduh melarang poligami kecuali kerana terpaksa. Manakala Syaltut membahaskan lagi berkenaan kebolehan poligami menurut kemahuan individu tanpa sebab-sebab yang memaksanya.
-Persoalan ini, kata Syaltut, banyak mengundang perdebatan antara pengkaji keagamaan dan sosiologi.
-Para pengkaji agama apabila merespons teks-teks ayat poligami berpendapat, asalnya poligami terlarang kecuali terpaksa. Segelintirnya berpendapat poligami pada asalnya harus dilakukan kecuali ada kekhuatiran bahawa negatifnya lebih banyak daripada positifnya, maka ia menjadi haram dan terlarang.
-Bagi pakar sosiologi, poligami adalah suatu tindakan jenayah sosial yang berlaku dalam wilayah keluarga. Maka ia sedapat mungkin mesti dibatasi.
-Menurut Syaltut, Islam dan bangsa Arab adalah antara agama dan bangsa yang pernah mengesahkan harusnya poligami. Poligami pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia termasuk sebahagian nabi-nabi sebelum Muhammad.
-Dua surah al-Nisa’, ayat 3, dan 129 di atas menurutnya sentiasa relevan dengan hikmah berlakunya syariat (hikmah al-tasyrik) dalam masyarakat. Sekiranya dua ayat ini difahami secara utuh, ini akan menghasilkan pemahaman bahawa ‘keadilan’ dalam ayat 3 adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditawar-tawar.
-Perkara yang dilarang dalam ayat 129, menurut Syaltut adalah kecenderungan yang berlebih-lebihan kepada seorang isteri, kemudian mengabaikan yang lain.
-Syaltut berbeza daripada Abduh dengan tidak meletakkan syarat keterpaksaan dalam masalah poligami. Dia menyerahkan kepada individu bagi menentukan keadaan dirinya sama ada mampu berlaku adil ataupun tidak, kemudian dia jawab sendirilah depan Allah.
-Syaltut melihat bermulanya poligami disahkan adalah bagi memberi jalan keluar kepada pengasuh anak yatim supaya tidak terjebak dalam kezaliman akibat perbuatannya yang tidak adil terhadap mereka. Oleh itu menurut Syaltut, apa yang penting dalam poligami adalah keadilan bukan keterpaksaan.
Desakan Masyarakat Melarang Poligami
-Pada tahun 1945, desakan masyarakat yang meminta poligami dibataskan atau dilarang memang bergelombang, seperti yang datang daripada Urusan Sosial Mesir.
-Antara tuntutannya adalah kebenaran daripada Pengadilan Agama (syariat) selepas adanya penelitian terhadap mereka yang mahu berpoligami, dengan mengambil kira moraliti, kemampuan, dan tanggungjawab nafkah yang bukan hanya untuk orang yang berada dalam tanggungannya tetapi untuk keluarga terdekat.
-Realiti menunjukkan poligami berbahaya terhadap kehidupan berkeluarga.
-Malah, hal ini membebankan pemerintah kerana ramainya orang yang terpinggir dan terbiar daripada keluarga, memutuskan silaturrahim dan cenderung mengabaikan pendidikan anak.
-Syaltut meminta menimbangkan antara kebaikan dan kejahatan poligami, mana yang lebih banyak dengan kajian sosial yang lebih mantap. Apabila ia diharuskan, menurutnya, kebaikannya daripada sudut sosial lebih banyak.
-Syaltut berpendirian poligami biarlah terus diharuskan tanpa melarangnya.
-Manakala keluarga yang sudah berpoligami tetapi ternyata dia tidak mampu daripada sudut nafkah maka ia perlu dibantu.
- Menurut pengkaji Zulkifli Haji Mohd Yusuff dan Aunur Rafiq, idea Syaltut ini sekiranya direalisasikan tanpa pengawasan cermat terhadap pelaku poligami, maka ia juga tidak akan membina. Bahkan mungkin poligami menjadi 'wadah' pemuas nafsu lelaki, dan lahirnya keluarga yang penuh konflik, persaingan tidak sihat, khususnya di kalangan isteri yang dimadu. Biasanya faktor penting yang menjadi permulaannya adalah merebut cinta dan perhatian suami, bukannya merebut harta.
-Abduh menegaskan, orang yang merenungi dua ayat iaitu al-Nisa’, ayat 3 dan al-Nisa’, ayat 129 nescaya akan faham bahawa poligami dalam Islam adalah perkara yang sangat berat, tidak boleh dilakukan kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa.
-Malah orang yang mahu melakukannya disyaratkan memiliki keyakinan yang sangat kuat dengan kemampuannya menegakkan keadilan.
Analisis Muhammad Imarah Terhadap Pandangan Abduh
Poligami Boleh Lenyap Bersama Lenyapnya Pendukung
Tradisi berkahwin lebih daripada satu isteri pernah berlaku kepada orang Timur seperti Tibet dan Mongol. Bahkan di negara Barat seperti Jerman juga tradisi itu pernah wujud. Sebahagian biskop pernah membenarkan berkahwin lebih daripada seorang untuk para raja selepas masuknya agama Kristian ke Eropah. Faktanya, aturan ini mengikut situasi dan kontekstual, bukan hanya milik orang Timur apatah lagi milik Islam. Ia akan lenyap bersama lenyapnya pendukungnya.
Tradisi Poligami Menyusuli Perang
Berkembangnya sistem poligami berkait rapat dengan pertumbuhan jumlah wanita yang melampau jumlah lelaki dalam beberapa komuniti akibat perang pada masa lalu, antaranya masyarakat awal Arab. Biasanya, mereka yang menyokong sistem ini adalah mereka yang memiliki kekuasaan dan harta.
Islam Bertujuan Menghapuskan Sistem Poligami Jahiliah Secara Bertahap
Islam berbeza dengan apa yang dituduh oleh para orientalis bahawa, agama ini mengambil sistem tradisi jahiliah. Islam sebaliknya mengambil sikap kritis dalam masalah ini. Tujuannya jelas, iaitu menghapuskan sistem ini dengan pendekatan bertahap (tadarruj). (Sebagaimana Islam berjaya menghapuskan sistem perhambaan secara bertahap walaupun ia masih disebutkan dalam Al-Quran). Oleh itu, apabila ada yang masuk Islam dengan sepuluh isteri, Rasulullah SAW hanya membatasinya dengan empat orang . (Jelas, Rasulullah pernah menyuruh mengurangkan isteri namun tidak pernah menyuruh menambah lagi isteri). Kesalahan orientalis itu bertitik tolak daripada pandangan mereka terhadap fenomena atau tradisi umat Islam yang mereka teliti, kemudian dengan mudah memberikan kesimpulan bahawa tradisi-tradisi yang berlaku itu termasuk sebahagian daripada agama.
Poligami Bertujuan Sebagai Jalan Keluar Daripada ketidakadilan Yang Menimpa Anak Yatim
Batasan poligami bertujuan memberikan jalan keluar daripada ketidakadilan yang menimpa anak yatim. Lazimnya anak yatim menjadi mangsa para penjaganya. Mereka mengahwininya kerana rakus terhadap hartanya. Oleh itu Islam menegur kaum lelaki yang menjadi penjaga agar tidak seperti itu. Perumpamaannya perlu dilihat begini, “Daripada kamu nikahi anak yatim yang menyebabkan kamu berbuat zalim (dengan mengambil hartanya), baik kamu kahwin dengan wanita baik dan berharta yang lain, 2, 3 atau 4. Itupun payah juga mengelakkan daripada berbuat zalim, baik kamu nikah satu sahaja. Nikah satu itulah yang terbaik kerana paling jauh daripada berbuat zalim.”
Poligami di Dalam Al-Quran Bukan Satu Dorongan (Targhib) Tetapi Satu Ancaman/ Tidak Disukai (Tarhib)
Menurut Abduh, Islam memberikan syarat berlakunya keadilan mutlak. Seandainya seseorang memiliki sangkaan sedikit sahaja mengenai ketidakmampuannya berpoligami, maka dia perlu berkahwin satu sahaja. Poligami yang disebutkan dalam ayat itu tidak bererti memberikan dorongan (targhib) tetapi menunjukkan sikap yang tidak disukai (tarhib). Sekiranya orang yang hendak berpoligami itu berfikir berkenaan syarat keadilan itu, nescaya dia akan berkahwin satu sahaja.
Sistem Poligami dan Perhambaan
Menurut Abduh, amalan poligami serupa dengan amalan perhambaan. Islam tidak mengajarkan seperti itu. Fenomena seperti itu menurut Abduh adalah tradisi jahiliah, tidak ada hubung kaitnya dengan Islam.
Boleh Melarang Poligami
Menurut Abduh, boleh untuk melarang berpoligami sebagaimana bolehnya melarang perhambaan. (Ia tidak dikira melarang hukum Allah). Pernyataan ini diungkapkan semasa menjawab pertanyaan berkenaan boleh tidaknya menegah poligami. Ini kerana menurutnya keadilan adalah syarat mutlak yang perlu dipenuhi, sedangkan berlakunya keadilan seperti itu boleh dikatakan 'tidak ada' dalam masyarakat hari ini. Sesungguhnya, orang yang boleh berlaku adil, sangat-sangat jarang, dan sesuatu yang jarang tidak boleh dijadikan pegangan dalam hukum. Di samping itu, berpoligami secara realiti boleh mengundang pertelagahan antara isteri, begitu juga antara anak-anaknya. Atas dasar ini, Abduh menganjurkan agar poligami dilarang, kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa, misalnya isteri mandul. Sekiranya berlaku demikian barulah hakim perlu membantunya.