|
AKASIA: TEMAN LELAKI UPAHAN (TLU) - SPICE VI - SOULMATE FOREVER
[Copy link]
|
|
Edited by xfilesfan at 16-4-2015 05:37 PM
@eazy kata teringin nak baca jugak karangan orang lain... so I write this down because of you okeh? sebagai tanda terima kasih YANG TIDAK TERHINGGA (sila jerit) atas kesudian u share your feelings which is sangat2 sammmmer lah dengan apa yang kurasa.
hmmm this is something yang i'm not good at. You know, expressing myself in words. I can describe what I saw, what I heard tapi susah benar nak cari ayat menggambarkan perasaan sendiri. Tak per lah yer. I just nak share my experience berkaitan dengan TLu.
Selalunya bila balik kerja, memang I pasang jer siaran drama tv3 tu, tengok tak tengok belakang kira sebab TV rumah I ni kecik jer, dah tu pakai arial tanduk yang boleh adjust kembang kuncup, letak kat mana2 tu sampai dpt gambar. I bukan astroians.
TLU memang tengok dari first EP tapi bila nak masuk ep 4-5 barulah I got hooked. Especially lepas scene Kyra ketersuapan udang oleh EL itu.
Tahap kesawanan aku rasanya setara dengan kawan2 kat sini. Senyum sorang2 macam org bercinta. Suka pukul 7pm, suka hari isnin, Hati berbunga bunga. Tak suka weekends. Rindu. Ok dah.
Aku lebih sayangkan watak Kyra berbanding EL which is agak sukar utk aku dpt geng kerana those yang aku kenal, rata-ratanya team EL, so minat aku pada TLU ni aku pendam saja. Yang tahu, tak sampai 5 orang rasanya... Diorang rasa Kyra terlalu kejam, sombong. Tapi aku rasa watak heroin begitu sangat segar dlm dunia drama melayu. Susah nak jumpa. Rata-rata heroin baik hati, rendah diri, berkorban utk orang lain, pasrah bla bla bla... aduh. Melihat Kyra sebagai heroin aku rasa 'this is good!' Akhirnya! Ada lagi drama yang mengangkat watak antagonis begini sebagai heroin. Dan pemilihan Elizad sebagai Kyra adalah sangat bertepatan. Dia buat arrogance ada class dan cool. Dia deliver everything flawlessly. Mungkin ada flaw tapi aku telah dibutakan olehnya. Siti Elizad adalah nama yg familiar tapi aku tak pernah beri perhatian lebih pada dia. Yang aku tau dia pandai nanges. nanges. nanges.
Ungku Ismail. Aku kenal dia sebab Sara Ali. Time tu aku tengah gigih mencari citer2 lakonan sara ali, just to get to know about her acting. I don't want to know about her real life. Tu hak peribadi dia. So aku jumpa diorang dalam SELIGAR. Aku penah tengok UIA berlakon sebelum sebelum ini tapi aku tak ambil tahu siapa dia. SELIGAR highlights him. Character naif, daif yg dibawaknya buat kita simpati, kesian. Biler dia nangis dengan Ogy di hari raya, memang tak boleh tahan beb. Kiter yang takder kena mengena ni pun pi nangis sekali. Apakah dosaku....
WELL EL di tangan UIA memang superb. Dia buat lakonan hilang makna. Lakonan bukan lagi lakonan. Dia buat kerja sepenuh hati dan dia menjadi EL dan tidak berlakon. Dia jadi EL. Sebab tu bila dia perlu jatuh cinta dengan Kyra, dia macam memang betul betul jatuh cinta. Sebab dia pernah tulis kat IG dia beserta satu video sweet dengan caption "Love is work". Baginya cinta adalah kerja, dan dia berkerja bersungguh-sungguh.
Last sekali yang aku tengok citer heroin antagonis adalah Drama Duri yang pernah disiarkan di Astro. Walaupun aku tak der astro, aku gigih mencari drama ini di internet (dan juga sumbangan dari seorang sahabat. hehe) kerana Duri adalah one of my favourite novel karya Fauziah Ashaari. Duri mengangkat heroin yang bukan jenis pasrah, dia jenis melawan. Bila dia disakiti, dia akan menyakiti orang itu balik. Bila ibu mertua sendiri nak buli dia, dia buli balik dengan cara yang paling halus tapi berkesan. Watak utama Duri adalah Shera Ayob. Dia tak lah jelita, tapi ada manisnya. Lakonannya tak over dan sangat menjadi. Mungkin aku suka heroin garang sebab tu tak susah utk aku menyukai Sara Ali. Dan selalunya pelakon yang wartawan tak suka tu, adalah pelakon yang suka menjadi diri sendiri, sebab tu tak dapat puaskan hati wartawan. Yuna pun pernah dicap sombong oleh wartawan kerana tidak memenuhi kehendak mereka. Ok, enough with Duri, Sara Ali dan Yuna. Part ni aku memang tak boleh expect semua akan agree kan. Tak per tak per.
Berbalik pada TLU. Aku sangat suka ep 1-24. Bila masuk minggu akhir... aku rasa TLU dah tukar jadi drama tipikal. Kyra dah tak garang, dia juga banyak mengalah, gincu dia dah tak tebal, bedak dia dah nipis. Aku rindu muka sombong dia, ayat tajam menikam dia. Aku geram pulak bila semua tu dah takder. Memang kecewa dengan minggu akhir TLU. Namun episod 28, banyak mengubat kekecewaan. Walaupun tak cukup untuk memuaskan hati kerana ada perkara yang tidak resolved rasanya, namun dapat tengok diorang bersanding di pelamin pun sudah cukup untuk buat aku rasa tenang
Mulanya tak terfikir nak beli novel ni sebab ada baca review yg komplen mengenai bahasa inggeris dlm citer ni tak up to the standard. Tapi... lepas dah tengok TLU, nampaknya aku kemungkinan besar akan mendapatkan novel ini utk menampal rasa-rasa kekurangan dalam minggu akhir kisah ini.
Apabila TLU hampir tamat, baru lah aku log in balik ID cari forum yang ntah dah berapa kurun aku tak bukak. Aku cari korang. Aku jumpa korang. Aku suka korang. Aku nak share TLU dengan cara aku sendiri. Aku suka dialog diorang, so aku suka kumpul diorang punya quotes. So disebabkan itulah aku muncul di sini, berkongsi petikan dialog EL & Kyra. Mungkin korang dah pernah baca di mana-mana. Dan di sini bukan aku sorang saja buat dialog throwback, namun aku tetap nak share versi aku. Versi yang aku dengar sendiri, versi yang aku faham sendiri dan versi yang aku taip sendiri.
Terima kasih kerana menerima aku di sini. tak nak sendu.
mungkin karangan aku lintang pukang, ntah ke mana opening, ntah ke mana ending. keluar tajuk masuk tajuk sesuka hati. Sebab tulah aku tak pandai wat karangan. tapi... tu jer lah ye. Nampaknya my skill lebih kepada retype dialog throwback sahaja. huhu....
oh... aku juga SR sejak SPICE I
okeibai. (nyorok bawah selimut)
|
|
|
|
|
|
|
|
ko memahami @kyrana.. brp kali aku try retrieve password benaunya
sebab tak malula aku masuk sini @ubatnyamuk... mcm warm2 huggs je bila masuk.
padahal aku terjebak TLU masa episod 3rd last kowt. itupun sbb MIL aku datang dia beria tukau channel. menanhantu dia yang sopan ni bertahun dah meninggalkan telemovie bagai.
karangan ilmiah kalo aku start kang takut terhover panjang. nnti2 reserve dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
@xfilesfan ahkak bagi 5 bintang kat ko punye karangan. suke2
tulisla lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
huf huf huf...!!!
thorbaekk!
throwback pon same...!
karangan...auumm..!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Darrlyn at 16-4-2015 05:18 PM
ubatnyamuk replied at 16-4-2015 03:22 PM
Huu
FC heols cakap deols suka tgk jejari bang mael bila ditanya oleh DJ radio apa yg fc minat kat ...
Hi I SR. Ya memang betul masa interview GalaksiMusikRTM ada hamba Allah tanya soklan daring cenggitu.
FC fan:"Akak nak tanya Ungku memalam tido pakai baju ke tak?"
Ternganga UIA, "Hape ni? Ini untuk self fantasy ke, Gurau" "ya saya pakai baju. Sebenarnya saya tak tahan sejuk, saya cepat lelah. sy pakai kain & seluar dalam, mana tahu ada yg wondering. Dah alang2 kepalang."
Budak2 FC lain gelak2 & sorak. Jujur betul answer Ungku.
Takde ke soklan intelek sikit yg boleh ditanya?
|
|
|
|
|
|
|
|
suker...suker...teruskan menulis
|
|
|
|
|
|
|
|
berbakat jg mengarang @xfilesfan....
tahniah, apa yg dikarang, itulah yg dirasa oleh kebanyakan
peminat TLU..teruskan throwback..kaka salah seorang
peminat yg slalu baca smbil membygkn EL dan Kyra
|
|
|
|
|
|
|
|
xfilesfan replied at 16-4-2015 04:38 PM
@eazy kata teringin nak baca jugak karangan orang lain... so I write this down because of you okeh ...
Wah..best jugak karangan u.. I suka lah...rajin awak semua buat karangan yer.? Apa yg awak kata tepat sangat...i pun suka watak kyra lydia sikit dr watak el cuz bila el becakap.,,dialog dia tak berapa nak jelas lah..tp tuk keseluruhan i suka dgn maelejad cuz i rasa lakonan diorang jujur..masa el suap bubur kat kyra...lawak kan..i kalo tengok tu ketawa jak..beiya iya el suap..kyra pulak tepaksa telan jak bubur yg tak berapa nak sedap ..sempat lgmaelejad tergelak...i suka sangat time tu cuz babak tu natural..memang bubur tu tak sedap kan haaha..tp selamba jer maelejad. Sweet je
|
|
|
|
|
|
|
|
I see so meaning ejad dgn hubby mmg dah duduk sebumbung since january....lama tu la jugak kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
@xfilesfan, I rasa mcm nak upah U buat transkrip I.
malas nye nak ngadap transkrip I punya interview ittew |
|
|
|
|
|
|
|
wahh sume karangan panjang2.. suker suker..
ni lah hasil didikan cikgu BM kiter.. hahaha..
walau cikgubm tu terer bi |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik @xfilesfan I pun mmg suka character kyra dari el...selalu perempuan kalau arrogant mmg ada attitude problem..kurang ajaq..tapi kyra styloooo
|
|
|
|
|
|
|
|
ubatnyamuk replied at 16-4-2015 05:11 PM
Hai SR!
Ya hampunnnnn
Yeah I ada record part of the interview. I uploaded kat my ig part fan suka jari tu then delete.
Tp tak sanggup nk share part soklan tak pakai baju ni. Tak segan kah yg bertanya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya masak soklan berbajukah Bang Mael masa tido, adalah secara live face to face la ek?
Bukan caller yg tanya la ek?
Ish.
|
|
|
|
|
|
|
|
nour73 replied at 16-4-2015 05:25 PM
terbaik @xfilesfan I pun mmg suka character kyra dari el...selalu perempuan kalau arrogant mmg ada ...
Kyra lydia arrogant yg baik kan heehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
ubatnyamuk replied at 16-4-2015 05:29 PM
Kiranya masak soklan berbajukah Bang Mael masa tido, adalah secara live face to face la ek?
Buk ...
DJ Ima just bagi FC fans kat konti tu bertanya. One to one. Face to face. Tak buka chance untuk caller langsung.
Nnti lah I figure out camner nk share video tu kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesape rajin tolonglah buat gambar kelas TLU....Pengetua Iols rasa Azma & Ido la....pastu cikgu ikut subjek memasing...bahahahah mcm best la plak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|