|
KPH - VILLA 100TH ~ DAPATKAN ALBUM KEDUA HAFIZ DI PASARAN SKRG!!!!
[Copy link]
|
|
Selebriti lelaki berambut afro...
1. Johan Raja Lawak
2. Hafiz Suip
3. David dan mendiang Loganathan Arumugam (Alleycats)
|
|
|
|
|
|
|
|
ladydolph posted on 2-9-2013 10:27 AM
sori nyampuk....
fyi, ada la Astro ulang raya ni tadi..
i siap rekod lagi guna pvr.....
owh ada ye..
time sy kerja kut
takper arr
lain kali ada lagi kut...
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 3-9-2013 08:38 PM
RadioCTFM - Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza
@Hafizsuip & @CTNurhaliza11 tercalon 3 Kategori di #APM2 ...
semuga berjaya
selamat malam bb
selamat malam kph
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizsuip I know I can 11h
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam...Dari Fanpage Hafiz AF7:
Jangan lupa vote Hafiz untuk Anugerah Planet Muzik 2013 Di Laman FB Anugerah Planet Muzik Bagi Kategori:
1) Artis Serantau Paling Popular (Bahagiamu Deritaku)
2) Lagu Serantau Paling Popular (Muara Hati)
3) Ikon Media Sosial (Hafiz)
Undian berlangsung dari 3 September 2013,Selasa 5PM Sehingga 10 Oktober 2013,Khamis 11.59PM. Selamat Mengundi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kategori APM2013 :
1) Artis Lelaki Terbaik (Bahagiamu Deritaku)
2) Duo/Kumpulan Terbaik (Muara Hati)
3) Lagu Terbaik Malaysia (Bahagiamu Deritaku & Muara Hati)
4) Artis Serantau Paling Popular (Bahagiamu Deritaku)
5) Lagu Serantau Paling Popular (Muara Hati)
6) Ikon Media Sosial (Hafiz)
Mudah2an rezeki berganda tahun ni Insyaa Allah...Selamat Mengundi... |
|
|
|
|
|
|
|
Anok_Tupa posted on 4-9-2013 06:00 PM
Kategori APM2013 :
1) Artis Lelaki Terbaik (Bahagiamu Deritaku)
2) Duo/Kumpulan Terbaik (Muara Hat ...
Wow! Byknya kategori utk Hafiz! Alhamdulillah......let vote!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Budiey ‏@Budiey 26m
Tahniah Hafiz. Dapat 7 pencalonan dalam #APM2013
budiey Pencalonan paling banyak! @hafizsuip
Tahniah Hafiz!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
APM 2013: Amaran awal Hafiz
2013/09/05 - 07:25:34 AM
Wakil penganjur bersama sebahagian artis yang dicalonkan pada APM 2013 di Kuala Lumpur.
Penyanyi Bahagiamu Deritaku terima tujuh pencalonan akhir Anugerah Planet Muzik 2013
Penyanyi popular negara ini, Hafiz Suip, mendominasi senarai calon akhir Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 dengan tujuh pencalonan dalam enam kategori.
Artis kelahiran Sarawak itu dicalonkan dalam kategori Artis Lelaki Terbaik, Duo/Kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik Malaysia (dua pencalonan), Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular dan Ikon Media Sosial.
Dua daripada tujuh pencalonan itu, Hafiz disenaraikan bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, hasil gandingan mantap mereka menerusi Muara Hati. Masing-masing dalam kategori Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Serantau Paling Popular.
Selain Hafiz, artis lain yang turut menerima pencalonan terbanyak ialah Shila Amzah, Sleeq, Noah, Hady Mirza dan Aliff Aziz. Semua artis berkenaan menerima lima pencalonan akhir.
APM yang akan berlangsung di Suntec, Singapura, pada 18 Oktober depan turut membariskan pencalonan penyanyi dari Singapura dan Indonesia bagi merebut 18 kategori dipertandingkan.
Memasuki edisi ke-12 penganjuran, anugerah kali ini dibawakan oleh stesen radio Singapura, Mediacorp Ria, Warna dan MediaCorp Suria, dengan kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi.
Memperkenalkan sedikit kelainan, APM kali ini turut menyediakan kategori baru iaitu Band Terbaik yang menyaksikan saingan antara Bunkface, Gigi, Kotak, Mojo dan Noah.
Utamakan keadilan dalam penjurian
Penolong Naib Presiden Radio Mediacorp, Hassan Salleh, berkata setiap tahun pihaknya berhadapan cabaran besar dalam menentukan calon akhir kerana anugerah itu membabitkan penyertaan penggiat seni tiga negara.
“Meskipun setiap tahun pembabitan artis Singapura adalah kurang berbanding negara lain, sebagai penganjur, kami tetap mengutamakan keadilan dalam pemilihan calon akhir.
“Semua pencalonan dari ketiga-tiga negara dinilai sejak 1 Januari 2012 hingga 31 Disember tahun lalu. Kami juga menetapkan tarikh tutup pencalonan sehingga 20 Ogos 2013, iaitu selama lapan bulan.
“Pencalonan akhir ini ditentukan sembilan juri profesional, iaitu tiga wakil dari setiap negara,” katanya.
Peluang artis dikenali di negara luar
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, pula berkata peluang kerjasama dalam penganjuran APM banyak memberikan kelebihan kepada dunia seni muzik tanah air.
“Setiap tahun Astro akan menjadi penyiar rasmi dan saya melihat kerjasama ini turut membuka laluan mudah buat artis yang dicalonkan untuk dikenali di negara luar, khususnya Singapura dan Indonesia.
“Seperti dimaklumkan wakil dari Indonesia, lagu nyanyian Hafiz memang cukup dikenali di Indonesia. Maka tidak hairanlah dia antara artis yang menerima pencalonan terbanyak pada APM tahun ini,” katanya.
Shila enggan berharap
Sementara itu, Shila yang terkejut dengan lima pencalonan diraihnya begitu teruja menantikan acara gilang-gemilang itu.
“Tahun lalu saya hanya dicalonkan dalam dua kategori saja iaitu Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik (Malaysia). Alhamdulillah, saya membawa pulang anugerah bagi kedua-dua kategori itu menerusi lagu Patah Seribu.
“Tahun ini sekali lagi berlaku kejutan apabila lagu nyanyian dan ciptaan saya sendiri, Masih Aku Cinta, menerima lima pencalonan.
“Begitupun saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi, sebaliknya saya lebih teruja untuk mengikuti majlis APM yang menghimpunkan artis dari tiga negara serumpun. Saya juga seronok untuk mengenali komposer, orang industri hiburan dan media dari Indonesia serta Singapura,” katanya.
INFO
Kategori/Calon akhir APM 2013:
1. Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)
- Asmidar (Biar Sampai Ke Bintang)
- Citra Scholastika (Everybody Knew)
- Giselle (Pencuri Hati)
- Kamaya (Terperangkap Cinta)
- Shae (Sayang)
2. Kolaborasi Terbaik
- Aliff Aziz & Adira (Keajaiban Cinta)
- Art Fazil & Imuda (Rilek Brader)
- Najwa Latif, Sleeq & Syamkamarul (Shabat)
- Sheikh Haikel & Illa Damiaa (Eh Lah!)
- The Trisno Trio & Altimet (Dunia)
3. Artis Lelaki Terbaik
- Glenn Fredly (Malaikat Juga Tahu)
- Hady Mirza (Betapa Berat Cintaku)
- Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
- Judika (Aku Yang Tersakiti)
- Tompi (Waktu Takkan Mampu)
4. Artis Wanita Terbaik
- Agnes Monica (Muda)
- Bunga Cinta Lestari (Cinta Sejati)
- Maudy Ayunda (Perahu Kertas)
- Nicky Astria (Terus Melangkah)
- Shila Amzah (Masih Aku Cinta)
5. Duo/Kumpulan Terbaik
- Black & Malique (Teman Pengganti)
- Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza (Muara Hati)
- Tangga (Cinta Tak Mungkin Berhenti)
- The Trisno Trio & Altimet (Dunia)
- Truth (Hati-Hati dengan Hati)
6. Band Terbaik
- Bunkface (Panik)
- Gigi (Mutiara Yang Hilang)
- Kotak (Kecuali Kamu)
- Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
- Noah (Separuh Aku)
7. Lagu Terbaik (Malaysia)
- Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo)
- Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
- Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
- Muara Hati (Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza)
- Pelangi Senja (Stacy)
8. Artis Serantau Paling Popular
- Agned Monica
- Aliff Aziz
- Bunga Cinta Lestari
- Cakra Khan
- Hady Mirza
- Hafiz
- Noah
- Rossa
- Shila Amzah
- Sleeq
- Taufik Batisah
- Yuna
9. Ikon Media Sosial
- Agnes Monica
- Aliff Aizi
- Bunkface
- Hafiz
- Imran Ajmain
- Mizz Nina
- Najwa Latif
- Noah
- Sherina Munaf
- Shila Amzah
- Sleeq
- Vidi Aldiano
~~~ bharian.com.my ~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
hafiz suip ‏@hafizsuip 10h
Alhamdulillah thanks my family,friends and lovely fans
|
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Suip beraksi di Panggung Udara 7 September ini
Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 04-Sep-2013
KEMUNCAK sambutan Hari Bandaraya bakal menyaksikan Konsert Grand Finale pada 7 September (Sabtu) ini, 8 malam, bertempat di Panggung Udara, Jalan Budaya, Kuching. Konsert ini akan dihadiri oleh Menteri Perumahan Dan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg. Grand Finale merupakan simbolik kepada penutupan Pesta Kuching 2013 di mana ia menjadi acara tahunan DBKU dan MBKS.
Pesta Kuching adalah program yang sentiasa dinantinantikan serta menjadi kebanggaan warga bandar raya sejak Kuching diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988. Sepanjang berlangsungnya Pesta Kuching pada tahun ini, DBKU dan MBKS telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik dan program bertujuan untuk memeriahkan Pesta Kuching pada tahun ini. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sebagai pengisian Kalendar Aktiviti Pesta Kuching.
Antara yang menarik yang telah dianjurkan ialah Majlis Agenda DBKU 2013, Regatta BandarayaKU 2013, Hari Arbor 2013, Let’s Share the Road, International Cat Show, Health Walk BandarayaKU, Festival Fair, Trade Fair, Garden Show, Horseback Riding, Kuching Got Talent, dan Yuanji Dan Performance, International Conference on City With a Soul, dan yang paling terkini 2nd International Orchid Show 2013.
Konsert Grand Finale pada tahun ini menjanjikan kemeriahan dengan adanya persembahan oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Hafiz Suip. Selain persembahan turut diadakan upacara penurunan Bendera Pesta Kuching 2013, persembahan Band DBKU, tarian dan pertunjukan Bunga Api dan Laser. Seluruh warga kota Kuching dijemput hadir ke konsert tersebut bagi merasai kehangatan dan kemeriahan Konsert Grand Finale 2013 nanti.
~~~ utusansarawakonline.com ~~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|