|
KPH - VILLA 100TH ~ DAPATKAN ALBUM KEDUA HAFIZ DI PASARAN SKRG!!!!
[Copy link]
|
|
Cara Hafiz asah vokal
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Kemunculan Hafiz di pentas sentiasa mendapat sambutan daripada penonton. Setiap kali dia beraksi, tenaganya sentiasa mantap menyebabkan peminat turut mendendangkan lagu yang dibawakan. Nyata sekali anak muda ini mempunyai aura yang disenangi dan diminati.
Baru-baru ini Hafiz muncul di Malam Amal 100 Kesyukuran anjuran Aura One Resources dan Herba Timur (M) Sdn. Bhd. Majlis penuh meriah ini turut meraikan Pertumbuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang, Klang dan Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih, Puchong, Selangor.
Walaupun hanya mendendangkan dua buah lagu, Hafiz menjadikan suasana majlis begitu menyeronokkan. Penonton terhibur dengan keletah anak-anak yatim yang mampu menyanyi bersama Hafiz.
Hafiz pula tidak berkira melayan kerenah anak-anak itu. Wataknya yang ceria menarik anak-anak yatim ke atas pentas dan tanpa silu menyanyi bersama-sama menjadikan ia pengalaman menggembirakan buat anak-anak ini.
“Sudah menjadi tugas saya menghiburkan peminat. Apabila berhadapan dengan peminat yang berlainan kelompok dan majlis, saya harus pandai menyesuaikan diri.
“Saya membuat kajian sebelum tampil di hadapan penonton supaya persembahan saya sesuai dengan mereka. Apa yang penting ketika berada di atas pentas, saya mahu peminat berasa dekat dengan saya.
“Saya bukan menyanyi semata-mata. Saya perlu mengambil kira perasaan mereka. Apabila ruang pentas menjadi milik saya, tidak susah untuk saya menarik minat mereka.
“ Jika bersama kanak-kanak, saya harus membawa diri dalam mood gembira. Pada masa sama, saya tidak boleh melampau kerana masih ada penonton terdiri daripada orang dewasa,” ujarnya yang dianugerahkan vokal yang mantap.
Berlatih setiap hari
Ramai yang meminati penyanyi ini kerana suaranya yang mantap. Akui Hafiz untuk mengekalkan vokal itu dia menjalani latihan demi latihan setiap hari.
“Saya akan menyanyi setiap masa tidak kira di mana sehingga orang menuduh saya gila kerana asyik menyanyi. Tapi begitulah saya mengasah vokal dan saya tidak kisah apa kata orang.
“Menyanyi adalah pekerjaan saya. Selain berlatih menyanyi saya perlu mengekalkan tenaga untuk membuat persembahan. Kerana itu saya mementingkan penjagaan kesihatan mental dan fizikal. Saya juga perlu sentiasa berfikiran positif dengan keyakinan tinggi sebelum muncul di pentas,” katanya.
~~~ karangkraf.com ~~~
Last edited by blackberry90 on 5-9-2013 09:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk Warga Kuching, Sarawak dan kawasan sekitar!
|
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Suip Dominasi Pencalonan APM 2013
KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER 2013: Penyanyi, Hafiz Suip merupakan satu-satunya penyanyi yang berjaya mendominasi pencalonan Anugerah Planet Muzik 2013 yang akan berlangsung pada acara kemuncaknya di Suntec, Singapura, 18 Oktober ini.
Sebanyak, 7 anugerah yang berjaya didominasi penyanyi muda itu antaranya Artis Lelaki Terbaik, Duo/Kumpulan Terbaik (bersama Dato' Siti Nurhaliza), Lagu Terbaik, Lagu Terbaik (bersama Dato' Siti Nurhaliza ), Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular (bersama Dato' Siti Nurhaliza) dan Ikon Media Sosial.
Sementara itu, penyanyi, Shila Amzah, Aliff Aziz, band Indonesia Noah, penyanyi dari Singapura Hady Mirza serta kumpulan Sleeq masing-masing berjaya tercalon dalam 5 kategori di APM 2013.
Manakala, artis baru seperti Asmidar, Bo Amir Iqram, Shae, Cakra Khan turut tercalon dalam Anugerah Artis Baru (Vokal Terbaik).
Dalam pada itu, penganjuran kali ke-12 APM kali ini turut menampilkan satu anugerah baru iaitu Band Terbaik.
Band muzik yang tercalon dalam kategori ini adalah Bunkface, Gigi, Kotak, Mojo dan Noah.
Pencalonan bagi APM 2013 kali ini dihakimi oleh 9 orang juri yang membabitkan setiap negara serantau.
Juri yang mewakili Malaysia adalah Pengurus saluran Astro, Raqim Ahmad, penyanyi Rahmat Mega dan pemuzik Edry Hashim.
Mengulas mengenai penjurian kali ini, Rahmat Mega selaku juri memberitahu cabaran untuk melakukan pencalonan daripada 3 negara dalam masa yang sama dalah sangat rumit.
"Hendak membuat penjurian APM 2013 ini memang sangat sukar, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan 3 negara serumpun.
"Bila dengar satu persatu lagu yang dihantar susah untuk menilai mereka daripada negara mana kerana cara nyanyian mereka lebih kurang sama dan sukar untuk dibezakan.
"Jadi, awal-awal lagi kami sudah menolak soal kerakyatan ke tepi dan hanya menilai lagu serta nyanyian yang punya mutu dan kualiti untuk dicalonkan," katanya di sidang media APM 2013 di Hard Rock Cafe, semalam.
Penerimaan pencalonan bagi karya muzik yang dikeluarkan kepada umum antara 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012 telah ditutup pada 20 Ogos 2013 lalu.
APM 2013 dianjurkan oleh stesen radio Mediacorp Ria, Warna serta MediaCorp Suria.
Ia akan berlangsung secara langsung menerusi saluran Suria (Singapura), Astro Ria (Malaysia dan Brunei) serta Net Media (Indonesia).
Sejumlah 18 anugerah akan disampaikan di APM 2013 termasuk anugerah Artis Baru Lelaki dan Wanita Terbaik, Duo/Kumpulan Terbaik dan juga kategori baru yang diperkenalkan, Band Terbaik.
Selain itu, anugerah Lagu Terbaik dari setiap 3 negara Malaysia, Indonesia dan Singapura turut bersaing untuk merebut Anugerah Lagu Serantau Terbaik.
Peminat muzik dari Singapura, Malaysia dan Indonesia juga diberi peluang untuk mengundi lagu dan artis kegemaran mereka untuk kategori-kategori Paling Popular di laman www.facebook.com/Anugerah.Planet bermula 3 September hingga 10 Oktober ini.
Kategori Paling Popular adalah Artis Singapura Paling Popular, Lagu Singapura Popular, Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular, ikon Media Sosial dan Nova Media Sosial.
~~~ murai.com.my ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2013
KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER 2013: Anugerah Planet Muzik 2013 (APM 2013) akan kembali penonton tahun ini dan akan berlangsung di Suntec, Singapura, pada 18 Oktober depan.
Penyanyi popular negara kita, Hafiz Suip, dilihat mendominasi senarai calon akhir APM 2013 dengan tujuh pencalonan dalam enam kategori.
Anugerah ini turut membariskan pencalonan penyanyi dari Singapura dan Indonesia bagi merebut 18 kategori dipertandingkan.
Berikut ialah senarai pencalonan penuh Anugerah Planet Muzik 2013:
VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)
Ammir (I Love You)
Bo Amir Iqram (Lagu)
Cakra Khan (Harus Terpisah)
Jamiel Said (Nafas Ku)
VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)
Asmidar (Biar Sampai Ke Bintang)
Citra Scholastika (Everybody Knew)
Giselle (Pencuri Hati)
Kamaya (Terperangkap Cinta)
Shae (Sayang)
KOLABORASI TERBAIK
Aliff Aziz & Adira - Keajaiban Cinta (Manusia Putih)
Art Fazil & Imuda - Rilek Brader (Art Fazil)
Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul - Sahabat (Najwa Latif/Ika Latif & SleeQ)
Sheikh Haikel feat. Ila Damiaa - Eh Lah! (A'Trez/Sheikh Haikel & Ahmad Tihamy)
The Trisno Trio feat. Altimet - Dunia (Trisno & Altimet)
ARTIS LELAKI TERBAIK
Glenn Fredly (Malaikat Juga Tahu)
Hady Mirza (Betapa Berat Cintaku)
Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
Judika (Aku Yang Tersakiti)
Tompi (Waktu Takkan Mampu)
ARTIS WANITA TERBAIK
Agnes Monica (Muda)
Bunga Citra Lestari (Cinta Sejati)
Maudy Ayunda (Perahu Kertas)
Nicky Astria (Terus Melangkah)
Shila Amzah (Masih Aku Cinta)
DUO/KUMPULAN TERBAIK
Black & Malique (Teman Pengganti)
Hafiz & Dato` Siti Nurhaliza (Muara Hati)
Tangga (Cinta Tak Mungkin Berhenti)
The Trisno Trio feat. Altimet (Dunia)
Truth (Hati-Hati dengan Hati)
BAND TERBAIK
Bunkface (Panik)
Gigi (Mutiara Yang Hilang)
Kotak (Kecuali Kamu)
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
NOAH (Separuh Aku)
LAGU TERBAIK SINGAPURA
Akur - Dinodi feat. 2kangkata & Erma (Reyza Hamizan/Reyza Hamizan, 2Kangkata & Idi Hakim)
Babak Cinta - Tengku Adil (Tengku Adil, Hang Dimas & Awi Rafael/Tengku Adil)
Betapa Berat Cintaku - Hady Mirza (Hady Mirza & Maman/Hady Mirza)
Jangan Ganggu Pacarku - Aliff Aziz (Panji Sakti)
Jauh - Seyra (Seyra/Sarah Ismail)
LAGU TERBAIK MALAYSIA
Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo (Edry Abdul Halim)
Bahagiamu Deritaku - Hafiz (LY/Baiduri)
Masih Aku Cinta - Shila Amzah (Shila Amzah)
Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza (Manusia Putih)
Pelangi Senja - Stacy (Taja/Tun Teja)
LAGU TERBAIK INDONESIA
Harus Terpisah - Cakra Khan (Aldi Nada Permana)
Hati-hati Dengan Hati - Truth (Titi DJ)
Kecuali Kamu - Kotak (Pay, Dewiq & Kotak/Dewiq)
Perahu Kertas - Maudy Ayunda (Dewi Lestari)
Separuh Aku - NOAH (David & Ihsan Nurrachman)
ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
Aliff Aziz
Audionauts
Awi Rafael
Didicazli
Diorama
Hady Mirza
Sezairi Sezali
SleeQ
Taufik Batisah
Zahidah
LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
Babak Cinta - Tengku Adil
Belaian Rindu - Teacher's Pet
Betapa Berat Cintaku - Hady Mirza
Dikalung Kasihan - Imran Ajmain
Diriku Dirimu - Wawan
Hipokrasi - Diorama
Kalut - Audionauts
Nadi Simfoni - Raven
November Itu - Northbound
Untuk Dia - SleeQ feat. Najwa
ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
Agnes Monica
Aliff Aziz
Bunga Citra Lestari
Cakra Khan
Hady Mirza
Hafiz
NOAH
Rossa
Shila Amzah
SleeQ
Taufik Batisah
Yuna
LAGU SERANTAU PALING POPULAR
Aku Bersahaja - Taufik Batisah & Rossa
Anak Kampung - Jimmy Palikat feat. One Nation Emcees
Andai Ku Bercinta Lagi - MOJO
Cinta Sejati - Bunga Citra Lestari
Harus Terpisah - Cakra Khan
Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza
Patah Seribu - Shila Amzah
Rindu - Agnes Monica
Separuh Aku - NOAH
Sudah Cukup Sudah - Nirwana
Teman Pengganti - Black & Malique
Terukir Di Bintang - Yuna
NOVA MEDIA SOSIAL
Afie Khalid
Afrina Adnan
Ari Safitria
Fairul Adzreen
Hafiz Zainal
Isa Abdillah
Ivan Saputra
Norhafizah
Sufie Rashid
The Siti
IKON MEDIA SOSIAL
Agnes Monica
Aliff Aziz
Bunkface
Hafiz
Imran Ajmain
Mizz Nina
Najwa Latif
NOAH
Sherina Munaf
Shila Amzah
SleeQ
Vidi Aldiano
~~~ murai.com.my ~~~
Last edited by blackberry90 on 5-9-2013 11:27 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum&Morning Warga KPH...Harap sihat2 semuanya...macam biasa den masuk sat tuk post artikel yg den jumpa so far....
Sumber Berita Harian 5 Sept 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekian...Selamat Mengundi & Selamat Berforum Dengan Aman.... |
|
|
|
|
|
|
|
Anok_Tupa posted on 5-9-2013 12:28 PM
Sekian...Selamat Mengundi & Selamat Berforum Dengan Aman....
Wow....tahniah hafiz |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... Tahniah Hafiz atas 7 Pencalonan. Semoga Berjaya di APM |
|
|
|
|
|
|
|
Sunyi nyer rumah Hafiz tak sangka my reply above is the last one hehehe....
Okay saje nak active kan rumah ney...nak buat ramalan pasal Nominations Hafiz kat APM 2013
Artis Lelaki Terbaik - ada peluang besar nak menang sebab lagu Bahagiamu Deritaku mendapat sambutan yang baik even di Indonesia. Saingan dekat Hafiz, Judika. Sebab Lagu Aku yang Tersakiti pun sangat popular sangat baik vocally. I really hope Hafiz dapat mempertahankan Anugerah ini. Aminnnnnnn
Duo/Kumpulan Terbaik (bersama Dato' Siti Nurhaliza) - I think Black & Malique will take this.
Lagu Terbaik - Bahagiamu Deritaku - Hafiz Aminnnnnnnn
Lagu Terbaik (bersama Dato' Siti Nurhaliza) - Bahagiamu Deritaku menang, Aminnnnnn
Artis Serantau Paling Popular - Hardy Mirza, sebab voting dari Singapura sangat kuat.
Lagu Serantau Paling Popular (bersama Dato' Siti Nurhaliza) - Aku Bersahaja - Taufik Batisah & Rossa
sebab voting dari Singapura sangat kuat.
Ikon Media Sosial - SleeQ, sebab voting dari Singapura sangat kuat.
Anyway ini ramalan personally jerr....
What do guys think pulak ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bantu mangsa kebuluran
ACARA jalan kaki amal World Hunger Relief (WHR) anjuran KFC dan Pizza Hut Malaysia yang bakal berlangsung di Istana Kehakiman Presint 3, Putrajaya pada 5 Oktober nanti, membariskan artis-artis ternama tempatan yang akan mengisi ruang persembahan selain larian amal.
Penghibur tersohor Anuar Zain, Hafiz Suip, Black & RJ, Najwa Latiff dan Sleeq, akan menggegarkan pentas persembahan di karnival mini WHR sebelum acara larian bermula sekitar jam 1 tengahhari hingga 4.30 petang.
Acara larian amal pula menampilkan Celepets yang dibarisi Atilia, Sazzy Falak, Aishah Sinclair, Dynas Mokhtar dan Daphne Iking serta pasangan suami isteri Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.
Masih mengekalkan tema, ‘Be The Movement’, acara itu bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Program Makanan Dunia (PMD) yang dinaungi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).
Penyertaan bagi program itu terbuka kepada orang ramai selain turut disertai golongan kurang bernasib baik dari pelbagai badan amal tempatan, wakil media serta kakitangan restoran terbabit.
Atilia mewakili teman Celepets berkata, mereka berasa sangat teruja menyertai larian amal itu bersama-masa masyarakat Malaysia yang lain sebagai tanda sokongan terhadap program ini yang bertujuan membasmi masalah kebuluran, kekurangan makanan dan kemiskinan.
“Acara amal seperti ini bukan pertama kali kami jayakan. Kami Celepets sering melihat acara amal ini sebagai salah satu cara untuk berdampingan dengan masyarakat secara dekat. Sekali gus memberitahu golongan selebriti juga prihatin di atas apa yang berlaku terhadap masyarakat kekurangan makanan,” katanya.
Najwa Latiff yang akan berpadu suara dengan Sleeq menerusi lagu hit mereka Untuk Dia, juga berharap acara itu turut disertai golongan muda seperti mereka.
Sementara Black yang menampilkan RJ, berkata, peminatnya harus datang menyaksikan konsert itu kerana ia antara persembahan terakhir sebelum dia memberi tumpuan kepada persiapan majlis perkahwinannya.
“Peminat harus datang sebagai tanda sokongan kepada misi kami. Hari itu ada ramai artis popular seperti abang Anuar Zain, antara penyanyi yang cukup hebat di negara ini.
“Selain itu persembahan ini juga menampilkan seorang lagi penyanyi lelaki cukup saya hormati Hafiz termasuk Najwa Latiff, Sleeq dan RJ,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyertai acara larian, yuran penyertaan hanya RM25 bagi setiap peserta. Mereka akan menerima baju t-mikrofiber ‘Be The Movement’ edisi terhad untuk dipakai pada acara jalan kaki amal selain sijil penyertaan, kupon makanan dan pek cenderahati.
Semua hidangan dijual sempena promosi itu dikenakan bayaran tambahan 50 sen untuk KFC dan 60 sen untuk Pizza Hut serta PHD sebelum dana keseluruhan disalurkan kepada tabung WHR.Kutipan itu kelak akan disalurkan kepada usaha membasmi kebuluran di negara mundur seluruh dunia dan sebahagiannya diagihkan kepada badan amal tempatan.
Majlis perasmian program itu akan disempurnakan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Pendaftaran kini dibuka kepada orang ramai bermula sekarang hingga Ahad ini yang boleh dibuat di empat cawangan KFC iaitu di Sungei Wang Plaza, KL Sentral, KLCC dan Mid Valley Megamall serta enam cawangan Pizza Hut iaitu di Alamanda Putrajaya, Sunway Pyramid, Subang Parade, IOI Mall Puchong, 1 Utama dan Kajang.
Selain itu, orang ramai boleh melayari laman www.hooha.asia atau melalui Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (F.T.A.A.A), Twenty
First Century Sports (M) Sdn Bhd.
~~~ hmetro.com.my ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & Good Morning Warga KPH...Den masuk sat tuk post artikel yang den simpan so far...
Sumber News Sabah Times 6 Sept 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Metro 11 Sept 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Media Hiburan 7 Sept 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekian...Selamat Berforum Dengan Aman.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selebriti Popular Sertai Kempen Basmi Kelaparan
Teks oleh Haswari Ali
Email: [email protected]
KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2013: Dua penyanyi lelaki popular Anuar Zain dan Hafiz Suip bakal menghangatkan suasana Dataran Putrajaya pada 5 Oktober ini sempena berlangsungnya kempen global World Hunger Relief (WHR).
Acara tahunan yang dianjurkan atas inisiatif KFC dan Pizza Hut Malaysia itu turut menampilkan penyanyi popular Najwa Latif, Sleeq, dan Black (Mentor) yang akan memberikan persembahan hebat menerusi konsert mini seawal jam 1.30 tengah hari pada hari berkenaan.
Kempen besar-besaran yang bakal dihadiri ribuan orang ramai itu akan turut mendapat sokongan daripada wajah komersial popular iaitu Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Aishah Sinclair, Atilia, Dynas, Daphne Iking dan Sazzy Falak untukacara jalan kaki amal, 'Be The Movement' yang turut diadakan sehingga lewat petang.
Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, program berkenaan merupakan atas keinsafan pihak KFC dan Pizza Hut Malaysia yang sentiasa komited untuk membantu membasmi isu kelaparan.
"Setiap hari kita meneruskan rutin harian dengan makanan yang cukup tiga kali sehari, seharusnya kita berhenti dan berfikir sejenak tentang mereka yang terpaksa mengharungi kepayahan untuk mendapat sesuap nasi hanya untuk hidup," katanya dalam satu kenyataan.
Sempena acara besar-besaran itu, turut diadakan peraduan Facebook Photo Story akan bermula dari 18 September hingga 18 Oktober ini.
"Ini adalah kali pertama kami mengadakan peraduan bersempena dengan kempen WHR ini bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta melalui media sosial, dalam membantu kami mencari golongan yang miskin dan benar-benar memerlukan bantuan.
"Melalui peraduan ini, kami berharap orang ramai akan menjadi lebih sensitif dan peka kepada keadaan sekeliling, dan memainkan peranan dalam membasmi isu kemiskinan dan kelaparan"
"Bagi jalan kaki amal pula, ini merupkan tahun keenam penganjurannya dan kami menyasarkan seramai 14,000 penyertaan.
"Ianya bertujuan untuk mengumpul dana WHR serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai situasi semasa yang dihadapi di negara-negara mundur yang menghadapi kesukaran untuk menyediakan makanan yang cukup kepada rakyatnya, disamping kesedaran dalam membasmi kebuluran," tambah Datuk Ahmad Zaki.
Acara jalan kaki amal akan meliputi laluan yang bermula dan berakhir di hadapan Dataran Putrajaya , Presint 3 dan akan dilancarkan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, isteri kepada Sultan Johor.
Yuran pendaftaran bagi individu yang ingin menyertai acara ini adalah RM25 dan setiap penyertaan akan mendapat kemeja T microfiber edisi terhad 'Be The Movement ' untuk dipakai sewaktu acara jalan kaki amal, sijil penyertaan, kupon makanan dan beg cenderahati. Pendaftaran telah bermula dan akan berakhir pada 3 Oktober 2013.
Orang ramai boleh mendaftar di 14 buah restoran KFC dan Pizza Hut atau melalui Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (F.T.A.A.A), Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd atau dengan melayari laman www.hooha.asia.
Sebanyak tujuh restoran KFC yang mengendalikan pendaftaran untuk acara ini ialah Wangsa Maju Drive Thru, Subang 2 Drive Thru , KLCC, Seksyen 7 Shah Alam, Tasik Prima Puchong Drive Thru, KL Sentral, dan The Mines. Tujuh cawangan Pizza Hut adalah Mid Valley, Sunway Pyramid, Alamanda Putrajaya, Kajang Semenyih, Kuchai Lama, Kota Damansara dan Kepong Metro.
Sejak permulaan kempen WHR pada tahun 2007 dan sehingga tahun lepas, KFC dan Pizza Hut telah mengutip sebanyak RM 8.6 juta dalam usaha amal ini.
Sumbangan yang dikumpul telah disalurkan kepada United Nations WFP bagi membantu kebuluran di negara dunia ketiga, negara-negara mundur dan juga kepada pelbagai badan amal tempatan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkenaan WFP dan menyertai jalan nkaki amal boleh layari: www.facebook.com/WHRMalaysia.
~~~ murai.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 12-9-2013 05:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
jozlynnhanania Huhu kecoh apabila @hafizsuip bertemu #johan dlm propaganzaaaaa thx 2 abg pandora aka manager hafiz sb tlg ambilkan gambar walaupon gegel2 n separuh bdn ku ilang.. hahaha 3h
|
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz will be making an appearance on the 5th October! Join the cause and have some fun while you're at it! How to join? Just visit home.hooha.asia/WHR-2013.aspx
|
|
|
|
|
|
|
| |
|