CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
Post time 8-9-2005 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by tutankhamun! at 8-9-2005 10:06 AM
selagi ade polis selagi tue ade penjenayah, cube polis takde......??


hehe...kalo polis takde?? tak dpt bayangkan

lagipn kat mana negara dlm dunia ni takde polis??...kalo takde polis ade askar lak:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 10:18 AM | Show all posts
idak, i mean that kalao official polis takde, mungkin setiap anggota masyarakat mengambil peranan dan tanggungjawab.
Askar pun lebeh kuang same ar jugak, gang2 jahatzz nie lagi ditangkap lagi suke dier buat jahatz
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 10:32 AM | Show all posts
kalo official polis takde pn rasa tak jalan...anggota masyarakat ni susah sket...pagi2 ramai yg pegi keje...sapa nak buat rondaan??
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 10:37 AM | Show all posts
tue yg kije, tp anggota masyarakat ramai yg tak keje keje.. Deme lar yg buat rondaan, kekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2005 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by tutankhamun! at 8-9-2005 10:37 AM
tue yg kije, tp anggota masyarakat ramai yg tak keje keje.. Deme lar yg buat rondaan, kekeke



ahakss.. nak sgt le dorg yg tk bekerja tu buat rondaan cam polis tu..... amik kesempatan lagik ada le kut... yg smlm dis baca dlm metro tk silap.. bangla nih kena tipu dek 2 org penyangak mengaku polis... abih duit bangla tu yg dh kumpui dekat 10 tahun.. konon nk balik bangladesh kawin... tk jadi dia... sian....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 10:48 AM | Show all posts
pasai aper deme menyamar polis? Pesal tak menyamar jadik KPDNHEP ker, JPJ ker...nampak kan polis nie cmne
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2005 09:47 AM | Show all posts
Mayat bayi masih bertali pusat ditemui


IPOH: Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui seorang penduduk kampung yang menangkap ikan di Sungai Kuala Pari dekat Kampung Seri Kinta di sini, semalam.



Bayi yang masih bertali pusat berserta uri ditemui terapung dan terlentang dipercayai baru beberapa jam dicampakkan ke dalam sungai berkenaan.

Penangkap ikan, Zulkifli Abd Latif, 31, berkata ternampak mayat bayi berkenaan ketika menjala ikan di sungai itu kira-kira jam 12 tengah hari semalam.



Beliau yang memancing bersama rakannya, Azman Hamid, 29, berkata, selepas dikuis dengan kayu, kulit bayi itu tersiat menyebabkannya yakin itu adalah mayat dan bergegas membuat panggilan polis menggunakan telefon bimbitnya.

"Saya tidak berani meninggalkan kawasan ini dan menunggu sehingga polis sampai. Bagaimanapun, orang ramai mula mengerumuni kawasan ini selepas rakan saya meminta bantuan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Che Sab Hanafiah mengesahkan kejadian itu dan polis masih menjalankan siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 09:48 AM | Show all posts
Edisi Utara: Jala ikan jumpa mayat bayi

Oleh Mohd Hamizar Hamid dan Mohd Azam Shah Yaacob
[email protected]

IPOH: 揝aya ingatkan anak patung, rupa-rupanya mayat bayi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2005 09:56 AM | Show all posts
sedih arr hampir tetiap hari ada jer kes buang bayi.. manusia skrg dah hilang pertimbangan,
dah kurang kasih sayang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by nurin at 14-9-2005 09:56 AM
sedih arr hampir tetiap hari ada jer kes buang bayi.. manusia skrg dah hilang pertimbangan,
dah kurang kasih sayang.



dua2 kes tu kat ipoh ler nurin..... rosak dah org perak nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 10:14 AM | Show all posts
ko ada baca tak bharian hari ni... budak form 6 tikam g/f pasal hamil... kenapa sampai macam
tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 10:19 AM | Show all posts
laki tu giler nk gugurkan kandungan pompuan tu ler...di tikam nyer perut pompuan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2005 10:18 AM | Show all posts
Lelaki maut digilis lori


IPOH: Seorang pekerja kilang maut digilis lori pembancuh simen ketika menunggang motosikal ke tempat kerja selepas membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini, semalam.

Kejadian langgar lari itu menyebabkan kepala mangsa yang dikenali Gurmit Kaur, 41, pecah manakala perutnya terburai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Che Sab Hanafiah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika mangsa dari Taman Fu Onn di sini, mahu membelok ke kanan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat di simpang empat di jalan berkenaan.

揝ebuah lori simen dari arah belakang dikatakan melanggar motosikal mangsa sebelum menggilisnya.

揚emandu lori simen itu dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian berkenaan,
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 10:20 AM | Show all posts
camner dia hilangkan diri tu? lari ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 08:19 AM | Show all posts
mcm ayah pin menghilangkan diri kut....naik ke langit...:lol

ntah2 pemandu lori ni pengikut ayah ping
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2005 11:07 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: 'Tiada siapa maafkan kamu'

Oleh Rasheffa Abdul Rashid
[email protected]

IPOH: Dua lelaki yang menyamun seorang guru wanita berusia 26 tahun di rumahnya di sini, sebelum mangsa diculik dan dirogol di Selangor, 24 Ogos lalu, dijatuhi hukuman penjara lima tahun serta lapan sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Peniaga makanan, Mahathir Ashar Mohd Khairy, 23, dan penganggur, Mohd Rie Zairil Mohd, 29, dua daripada empat lelaki yang terbabit dalam kes itu, mengaku bersalah di hadapan Majistret Teoh Chin Chong.

Sebaik keputusan dibuat, kedua-dua tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi pada wajah masing-masing sebaliknya, Mohd Rie Zairil memohon mahkamah supaya dihantar ke Penjara Kajang, Selangor dan bukan ke Penjara Tapah, dekat sini.

Mahathir Ashar yang berasal dari Batu Kurau, Kamunting, dekat sini, dan Mohd Rie Zairil dari Subang Perdana, Selangor, juga mengaku fakta kes yang dibacakan kepada mereka adalah benar.

Teoh dalam keputusannya kira-kira jam 3 petang semalam berkata, dalam kes itu keselamatan orang awam harus diutamakan berbanding pengakuan bersalah tertuduh yang menjadi faktor memberatkan hukuman akan dijatuhi ke atas mereka.

Beliau berkata, mahkamah mendapati pada kebiasaannya penjenayah kes samun akan melarikan diri dari tempat kejadian sebaik menyamun harta benda mangsa terbabit.

Katanya, namun keadaan sebaliknya bagi kes ini, kerana berdasarkan fakta kes kedua-dua tertuduh dan dua lagi masih tidak berasa puas hati selepas menyamun mangsa.

揝elepas menyamun kereta mangsa, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta wang tunai mangsa, mereka masih tidak berpuas hati dan membawa mangsa ke RHB Bank di Ipoh Garden, di sini, dan mengeluarkan RM1,000 lagi.

揢ntuk tujuan itu mereka memaksa mangsa memberitahu nombor pin kad ATM itu. Mereka tidak berpuas hati lagi, kedua-dua tertuduh bersama dua lagi membawa mangsa balik semula ke rumahnya dan menyamun satu komputer riba kepunyaan kerajaan yang ketika itu dalam milikan mangsa.

揑a termasuk perakam cakera padat digital (DVD) dan barang kemas. Seterusnya membawa mangsa ke bank HSBC dan cuba mengeluarkan wang tetapi gagal,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2005 05:47 PM | Show all posts
kat gerik esp felda bersia masalah dadah jerk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 09:47 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Wanita mengaku curi kain batik huni penjara dua bulan


KUALA LUMPUR: Seorang wanita dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencuri lima kain batik bernilai RM49.50 di sebuah kedai pakaian.

Normah Hashim, 40, mengaku salah mencuri empat kain batik jenama Puteri Sunee dan sehelai kain batik jenama Tiga Serangkai, di Pusat Pakaian Harian, Jalan Sri Sentosa 8, di sini, kira-kira jam 7.45 malam, 12 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, Normah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda.

Sebelum ini, Normah yang tidak diwakili peguam mempunyai kesalahan lampau, termasuk melarikan diri daripada pusat pemulihan dan mencuri.

Pendakwaan dijalankan Cif Inspektor Wong Chan Yim di hadapan Majistret Mohd Khairi Haron.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang wanita mengaku bersalah mencuri dua baju dan kasut, beg tangan dan dua patung permainan bernilai RM436.40

Norizan Bidin, 37, mengaku mencuri baju jenama Arcadia, baju jenama Peter Rabbit, patung 慓ifted Bear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2005 10:50 AM | Show all posts
Kasanova Chow Kit punyai 12 rekod jenayah

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Polis percaya penjaja yang ditangkap semalam kerana menyamar doktor untuk memikat seorang jururawat sebenarnya penipu dan kasanova yang mempunyai 12 rekod jenayah.

Modus operandinya ialah berpura-pura memikat dan mencintai wanita untuk mengikis wang serta harta benda mereka.

Lelaki berusia 43 tahun terbabit yang mengaku kepada polis menjaja di Chow Kit sebenarnya penganggur, malah namanya tersenarai sebagai orang yang dikehendaki.

Siasatan juga mendapati lelaki tersebut mempunyai 12 rekod jenayah kerana terlibat dalam kes dadah, samun berkawan, pecah rumah dan pelbagai lagi.

Jurucakap polis berkata, maklumat awal yang diperoleh menunjukkan lelaki terbabit berpura-pura memikat dan jatuh cinta pada jururawat berkenaan semasa hari pertama gadis berusia 22 tahun itu bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut jurucakap itu, dipercayai jururawat berkenaan yang tidak mempunyai banyak kenalan akhirnya terpikat dengan pujuk rayu lelaki terbabit apa lagi setelah dia mengaku bekerja sebagai doktor Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Mejar.

``Selepas berjaya memikat jururawat itu, lelaki terbabit mula mengadu mempunyai masalah kewangan dan meminta pertolongan kekasihnya membuat pinjaman.

``Kerana sayang, jururawat itu dipercayai telah membuat pinjaman bank sebanyak RM22,000 dan menyerahkan duit berkenaan serta barang-barang kemas miliknya kepada lelaki terbabit.

``Bagaimanapun kata jurucakap itu lagi, pasangan itu dikatakan bertengkar apabila jururawat itu mula mengesyaki kekasihnya menipu dan kerana tertekan dia dipercayai menelan pil tidur berlebihan,'' katanya.

Semalam, lelaki itu ditahan polis kerana didapati menyamar.

Penyamaran penjaja itu dibongkar oleh bapa jururawat berkenaan dengan pertolongan abangnya yang menghubungi pihak ATM.

Dua pegawai Cawangan Siasatan Jenayah, Kor Polis Tentera Diraja, ATM yang datang ke HKL untuk menemui penjaja itu, telah menyerahkannya ke balai polis setelah pasti lelaki itu hanya menyamar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 5-10-2005 10:50 AM
Kasanova Chow Kit punyai 12 rekod jenayah

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Polis percaya penjaja yang ditangkap semalam kerana menyamar doktor untuk memikat seorang jururawat sebenarnya penipu dan kasanova ...


pompuan senang betul percaya kat lelaki..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065833 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list