Ebit kekal popular, kem motivasi dapat sambutan
Oleh KOSMO!
20 Ogos 2021, 12:08 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA – Sambutan orang ramai untuk menyertai kem motivasi dan bina semangat, ceramah dan seminar kendalian Ustaz Ebit Lew semakin mendapat tumpuan di sebalik apa yang berlaku ketika ini ke atas penceramah terkenal itu.
Jurucakap urusetia kem tersebut berkata, ketika ini semua urusan kem motivasi dilakukan secara online ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa bagi mengekang penularan Covid-19.
“Setakat ini, pendaftaran masih berjalan seperti biasa dan semakin mendapat sambutan. Apa yang berlaku ke atas ustaz seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan pun.
“Ramai yang sayang dengan ustaz dan kita berharap agar apa yang berlaku akan segera berakhir dan segala urusan dapat kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.
Baru-baru ini, imej Ebit selaku penceramah terkenal sedikit tercalar apabila terpalit dengan isu bantuan ke Gaza yang didakwa menggunakan cara salah untuk masuk ke Palestin seperti yang dikatakan oleh penyanyi Caprice.
Lebih mengusutkan keadaan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut membuat dakwaan yang sama apabila mengeluarkan kenyataan Ebit membayar syarkat Hala untuk ke Gaza.
Semalam, Ebit dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya. -K! ONLINE
Euw baru tengok video, jijik nya muka dia. Apa kata bidadari saya tu? Dekat fb semua ckp, akhir zaman. Zaman fitnah, sedangkan Nabi lagi teruk kena fitnah.
ingat ni gereja pastor ke main maaf-maaf sesi confession.Agama kristian je suka perkataan maafkan semua,cinta dan sayang semua.korang tengok ustad ada surat tauliah jakim,jais atau jaij ada ke kata tiap bentar saya maafkan semua,saya sayangkan semua.tak tau lah ustad mualaf lain belum ada lagi cakap saya maafkan semua,saya sayang semua berulang-ulang kali.ala-ala sesi confession lak cuci dosa
Jijik gila muka dia.. Iols nak tanya apa pendapat bidadari tentang hal ni
Adakah macam ayu rodoh. Katanya video untuk dia sendiri dari lakinya yg 2b
Kita nantikan