CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmad_fazill

Wiwi Kikin Fan Club

[Copy link]
Post time 16-12-2008 10:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 10:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 10:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 10:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 10:12 PM | Show all posts


Semua Foto Adalah Hak Milik Astro & Mazlan Yunos Photography
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 11:23 PM | Show all posts
AKU SUKA GAMBO YG TUNJUK BELAKANG TU SEBAB TAK YAH TENGOK MUKA  DEPA YG KELAKO TU.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2008 05:51 AM | Show all posts
mekaseh semua meriahkan umah wiwi kikin ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 06:02 AM | Show all posts

Ina tak hadir majlis perkahwinan mawi

Ouch. Ina nampaknya tegas dalam hal ini apabila menyatakan beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan Mawi & Ekin kerana tidak mahu dikaitkan lagi dengan Mawi.

Ina Naim, 23 yang pernah bertakhta di hati pemuda Felda Taib Andak ini juga menyatakan keputusan tersebut juga di’buat demi menghormati suami yang juga ketua keluarganya kini.

“Cukuplah dengan segala tohmahan yang saya terima selama ini. Sekarang lebih penting, saya kena jaga hati dan perasaan suami saya (Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota In-Team). Saya juga kena hormati kedudukan dia sebagai suami dan ketua keluarga.”

“Dia sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan Mawi. Sebab, kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang terhadap saya.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 06:03 AM | Show all posts

Mawi batal suite rm1500 malam pertama

Satu tindakan bijak oleh Mawi & Ekin untuk mengurangkan belanja mewah pada hari bahagian mereka.

Harian Metro melaporkan yang Mawi & Ekin telah membatalkan tempahan suite di sebuah hotel mewah di Johor Bahru pada saat-saat akhir.

Suite bernilai RM1,500 semalam itu kini sedang giat dikemaskan bagi menimbulkan suasana bulan madu mengikut konsep kontemporari moden oleh kontraktor dilantik hotel terbabit.

Malah, seluruh tingkat yang menempatkan suite itu juga di’katakan bakal di’tutup kepada orang ramai. Begitu sekali layanan pihak hotel terhadap Mawi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 08:03 AM | Show all posts
dik mad.....rombongan cik kiah ke majlis sanding mawi ada kosong lagi tak??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2008 04:22 PM | Show all posts

Balas #250 britney_sapiah\ catat

dah penuh la kaka sapi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2008 04:23 PM | Show all posts
bila diorang kawen ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_fazill at 19-12-2008 04:22 PM
dah penuh la kaka sapi..



sampai ati dik mad tak booking satu seat tuk kaka sapi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 11:21 PM | Show all posts
baju kikin cantikkan masa nikah td dik mad
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 11:46 PM | Show all posts


selamat pengantin baru cik wiwi ngan cik kikin...

p/s: td lalu kt stadium bandaraya jb tu (belakang umah aku jer)...siap psg spotlight tu dpn stadium...ade banner sebesar2 alam kt depan stadium
ingat nk gi jd paparazzi..tp malas la plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 06:36 AM | Show all posts

'Wedding of the year' - Persandingan Mawi-Ekin meriah!

Semua hak milik mstar.com.my
'Wedding of the year' - Persandingan Mawi-Ekin meriah!

Oleh NURUL AIN MOHAMMAD HUSSAIN



SEPADAN... Penyanyi popular Mawi, 27, dan isterinya Ekin, 29, ceria bersanding di atas pelamin pada majlis persandingan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baharu.

JOHOR BAHRU: Berkonsepkan moden kontemporari, majlis resepsi perkahwinan, pasangan pengantin baru Mawi dan Ekin diraikan dengan penuh kemeriahan dalam majlis yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini malam tadi.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu berlangsung hampir empat jam dimulakan dengan perarakan masuk pasangan merpati dua sejoli yang diiringi enam orang 'flower girls' yang menabur bunga di atas karpet merah menuju ke pelamin nan indah.

Nyata pelamin rekaan Naz The Great Ideas nyata menaikkan seri dan aura perkahwinan juara AF 3 ini, dan beliau sememangnya wajar diberi pujian.

Pelamin rekaannya dihiasi hampir 90 peratus bunga ros hidup nyata memberi impak yang berjaya memukau setiap hadirin yang hadir.

Tetamu kenaamaan dan pihak media juga tidak melepaskan peluang mengabdikan kenangan bersama pasangan Raja Sehari, Mawi dan Ekin di singgahsana mereka.

Majlis resepsi yang menggabungkan konsep perkahwinan dalam taman turut diisi dengan beberapa majlis menepung tawar oleh keluarga pengantin, diikuti dengan persembahan menghiburkan kumpulan nasyid dan tarian zapin dan diakhiri dengan upacara memotong kek.

Pasangan raja sehari, Mawi dan Ekin nyata kelihatan segak dan cantik apabila mengenakan persalinan rona krim keemasan dan hitam rekaan Putra Aziz dari butik Cosry.

Pada majlis memotong kek, Mawi tampil segak dengan tuksedo berwarna putih keemasan manakala Ekin jelita dengan gaun berwarna putih persis puteri Ciderella.

Majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 1300 orang tetamu yang terdiri dari kalangan ahli keluarga, rakan terdekat serta tetamu VIP.

Antara artis yang membuat persembahan pada majlis tersebut adalah Akma (AF4) dan Haziq (AF5).

Pagi tadi, kedua pasagan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Sesuai dengan gelaran 'weeding of the year' yang dilabelkan pada perkahwinan Raja SMS ini, nyata pakaian pengatin serta makanan yang disediakan sangat memuaskan hati para hadirin.

Penyanyi popular dengan lagu Kian ini berkata beliau sangat bersyukur kerana majlis resepsi pada hari ini berjalan lancar dan beliau berharap media serta peminatnya akan terus memberi sokongan kepadanya terutamanya menjelang majlis resepsi pihaknya di Felda Taib Andak hujung minggu hadapan.

Sementara itu bagi Ekin, walaupun sudah boleh menarik nafas lega dengan berakhirnya majlis resepsi tersebut namun beliau pada masa yang sama meminta segala kekurangan atau kecacatan yang berlaku sepanjang majlis pernikahan sehingga majlis resepsi ini dapat dimaafkan.

"Saya mintak maaf jika ada apa-apa kecacatan atau kekurangan yang berlaku. Dalam mana-mana majlis perkahwinan tak ada yang sempurna 100 peratus.

"Kami sudah cuba memberikan yang terbaik, jika ada kekurangan mintak maaf la. Mungkin lepas ini kami boleh perbaiki," ujarnya.

Pasangan sama cantik sama padan ini memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Korea sebagai lokasi bulan madu mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2008 06:38 AM | Show all posts

Galeri Foto Majlis Persandingan Mawi-Ekin


MERPATI DUA SEJOLI... Mawi dan Ekin pada majlis persandingan Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baharu.



RESTU IBU... Ibu Mawi, Ramlah Sarlan merenjis air mawar dan menepung tawar pada pada majlis persandingan anak lelakinya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 06:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 06:40 AM | Show all posts

Hentikanlah sebar fitnah yang bukan-bukan pada Ekin, kata Mawi



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 06:40 AM | Show all posts
JOHOR BAHRU: Pengantin baru Mawi dan Ekin menarik nafas lega kerana segala persiapan majlis akad nikahnya berjalan lancar.

Majlis bersejarah pasangan mempelai itu turut dihadiri oleh ibu pengantin lelaki, serta ahli keluarga lain, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Ketika ditemui selepas majlis akad nikah itu, pasangan merpati dua sejoli ini melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka berakhir dengan perkahwinan selepas lebih dua tahun pasangan ini menyulam cinta.

"Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya rasa amat gembira sekali kerana yang penting acara akad nikah ini telah pun berakhir.

"Pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sepanjang majlis ini berlangsung.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha ini juga berharap semua pihak berhenti meyebarkan fitnah dan tohmahan kepada Ekin yang kini bergelar isterinya.

"Dia seorang wanita yang kuat menghadapi semua cabaran sejak kami kenal hingga hari ini. Saya mintak kalau boleh lepas ini semua pihak hentikanlah menyebarkan fitnah yang bukan-bukan kepada dia, sebab semuanya tak betul,” kata bintang AF 3 ini.

Mawi yang terkenal dengan gelaran Raja SMS, berharap semua peminatnya mendoakan kebahagiaan hubungan yang baru dibina bersama Ekin kekal sehingga ke akhir hayat.

Sementara itu, Ekin juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar meskipun mengakui agak gementar ketika saat diijabkabulkan.

Dia juga dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mendengar nasihat dan pesanan dari bonda tersayang, Fatimah Saad, selepas upacara penyerahan dan penerimaan tanggungjawab di antara ayahanda Ekin, Rahmat Mohamad kepada Mawi.

Bagi Ekin keakraban hubungan dengan ibunya itu membuatkan dia betul-betul terharu dan rasa seperti kehilangan tempat mengadu.

"Selama ini ibulah tempat saya mencurahkan segala rasa hati. Saya risau tak akan kehilangannya selepas berumah tangga," ujar Ekin ceria.

Menurutnya, beliau rasa lega dan bahagia sekali kerana pelbagai dugaan dan rintangan telah dihadapi bersama Mawi sebelum mereka bergelar suami isteri.

"Terlalu banyak yang dah saya lalui sebelum sampai ke tahap ini. Saya rasa bahagia sangat selepas kawin dengannya (Mawi)," katanya.

Majlis pernikahan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Oasis (106).

Pada sebelah malam nanti majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru,bermula pada jam 8 malam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.330936 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list