CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 18-8-2006 10:34 AM | Show all posts
sokabar Hairan Metrock tak abis2 crita artis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 18-8-2006 10:03 AM
Edisi KL: 'Dia tampar betul-betul'
Oleh Hartati Hassan Basri dan Ramlah Zainal
[email protected]



KUALA LUMPUR: "Dia (Rita Ru ...

lohhhhhhhhh aparaaaa depa ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 12:16 PM | Show all posts
rita kat kg masa wartawan sibuk2 tu..
lisda ni dulu havoc gak kes tak bayaq utang nadia ka sapa, sorang dramatis gak laa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 09:28 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by kubus at 17-8-2006 08:59 AM
KANGAR 16 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 18-8-2006 10:13 AM


rita stil menten cun dlm gado2 tu...:lol lis pulak :kant:



tengok muka rita tu "kerek" semacam ja:lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 06:10 PM | Show all posts
Satu ibu 21 anak
Oleh Munir Ana抋m Zuljadan dan Alias Abd Rani

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu, Esah Mamat, 49, terpaksa diberi suntikan perancang keluarga bagi mengelaknya hamil selepas anaknya kini mencecah 21 orang.

Bagaimanapun, suaminya, Said Deraman, 58, atau lebih dikenali sebagai `Pok Id Jual Ikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2006 09:53 PM | Show all posts

Reply #246 jj's post

rezeki tu........
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 09:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2006 10:01 AM | Show all posts
Siti mungkin tak naik kereta kuda
Oleh Adha Ghazali, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Norakmah Mat Youb


KUALA LUMPUR: Impian peminat menyaksikan perarakan berkuda pasangan Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa mungkin tidak kesampaian kerana acara itu dikatakan terpaksa dibatalkan berikutan masalah keselamatan.

Selain ribuan peminat Siti, perarakan melalui Taman KLCC ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dijadualkan 28 Ogos ini, juga dikhuatiri dihadiri golongan yang kurang senang dengan perkahwinan berkenaan.

Malah, sumber memberitahu Berita Minggu, ada segelintir pihak memang menunggu masa untuk mensabotaj perarakan berkenaan termasuk membaling telur busuk bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Kamal Pasha Jamal, ketika dihubungi semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan termasuk khabar angin berhubung balingan telur yang disebarkan sesetengah pihak.

Beliau berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang maklumat sah mengenai ancaman ke atas pasangan pengantin itu.

?Bagaimanapun, sehingga kini juga tiada sebarang permohonan permit diterima berhubung perarakan berkenaan, sama ada dari pihak Datuk Khalid ataupun Siti. Malah, saya sendiri mendapat tahu mengenainya melalui akhbar.

?Jika benar perarakan itu ingin diadakan, polis akan pastikan keselamatan kedua-dua mempelai dan tetamu yang hadir terjamin. Saya juga nasihatkan pihak pengantin menghantar permohonan segera bagi memudahkan proses kelulusan permit, selain persediaan keselamatan oleh polis,? katanya ketika dihubungi.

Kebiasaannya, penganjur setiap perhimpunan awam perlu membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah sekurang-kurangnya 48 jam sebelum permit dikeluarkan.

Sementara itu, upacara pernikahan pasangan itu dijadualkan tepat jam 12.01 tengah hari di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, esok. Menurut sumber, pemilihan waktu berkenaan adalah atas permintaan Khalid sendiri.

Tinjauan Berita Minggu di pekarangan Masjid Wilayah semalam mendapati tiada sebarang persediaan dilakukan. Bagaimanapun, seorang kakitangan masjid mengesahkan segala persiapan akan dilakukan pengantin lelaki bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Mohd Rodzi Ismail, berkata pihaknya menerima permohonan daripada pengantin untuk mendapatkan khidmat kawalan keselamatan sepanjang majlis berlangsung.

?Bagaimanapun, kita hanya dapat menyediakan beberapa anggota untuk pemantauan keselamatan dan jenayah ketika majlis berkenaan, manakala pengawalan akan dilakukan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela),? katanya.

Sementara itu, kakak ipar Siti, Rozie Razak, berkata pada majlis akad nikah esok, tetamu perlu mematuhi peraturan masjid. Setiap tetamu wanita perlu berpakaian sopan, menutup aurat dan tidak boleh memakai selendang jarang.

Pihak media pula ditempatkan di bilik khas bagi mengelakkan kesesakan. Hanya dua jurukamera TV3 dibenarkan masuk bagi merakamkan majlis akad nikah itu, selain seorang jurufoto yang dilantik khas mewakili semua media cetak.

?Semua peraturan ini bertujuan melancarkan majlis berbahagia itu selain menghormati masjid,? katanya.

Siti akan memakai busana anggun rekaan Radzuan Radziwill pada majlis itu. Tujuh dulang hantaran berwarna merah jambu, emas dan krim disediakan pihak lelaki dan akan dibalas sembilan dulang berwarna perak dan hijau daripada pihak Siti.

Majlis jamuan serta persandingan mereka akan berlangsung di Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 28 Ogos ini, jam 8 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 10:15 AM | Show all posts
Tengku Zawyah mengintai bahagia
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN dan NIEZAM ABDULLAH

RUMAH besar bergaya Inggeris yang dianggarkan bernilai lebih RM7 juta di Bukit Antarabangsa itu kami kunjungi. Tersergam indah dan mewah sehingga pada awalnya membuka sedikit takut dan ragu.

Bimbang `bertakung
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 19-8-2006 06:10 PM
Satu ibu 21 anak
Oleh Munir Ana抋m Zuljadan dan Alias Abd Rani

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu, Esah Mamat, 49, terpaksa diberi suntikan perancang keluarga bagi mengelaknya hamil selepas anaknya ...


tu dia aihhhhhhh............

rezeki pun kalau sampai mudarat tak baik jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 10:24 AM | Show all posts
semoga ct, pakcik K & makcik zawiyah menemui bahagia yg mereka cari...

didik anak2 jadi org yg berguna
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by 7276 at 20-8-2006 10:15 AM
Tengku Zawyah mengintai bahagia
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN dan NIEZAM ABDULLAH

RUMAH besar bergaya Inggeris yang dianggarkan bernilai lebih RM7 juta di Bukit Antarabangsa itu kami kunju ...
Aazief juga pernah mengalirkan air mata apabila melihat sebuah rancangan yang menemubual khas bapanya. Dalam rancangan selama satu jam itu, Khalid bercerita tentang saat-saat indah percintaannya dan kisah perkahwinan yang bakal dilalui bersama Siti Nurhaliza.

揇ia tengok tv, tetapi matanya melilau ke arah lain, tetapi saya tahu dia dengar apa yang diperkatakan. Tak lama kemudian dia teresak-esak seorang diri,拻 katanya.




kesian ..............
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by 7276 at 20-8-2006 10:15 AM
Tengku Zawyah mengintai bahagia
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN dan NIEZAM ABDULLAH

RUMAH besar bergaya Inggeris yang dianggarkan bernilai lebih RM7 juta di Bukit Antarabangsa itu kami kunju ...



sedihnyaaa akuuu....:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 12:16 PM | Show all posts
Siti, Datuk K tak naik kereta kuda
Oleh Adha Ghazali, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Norakmah Mat Youb


KUALA LUMPUR: Impian peminat menyaksikan perarakan berkuda pasangan Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa mungkin tidak kesampaian kerana acara itu dikatakan terpaksa dibatalkan berikutan masalah keselamatan.


SENTUHAN AKHIR: Perunding majlis perkahwinan Datuk K dan
Siti Nurhaliza, Shah Rezza membuat persiapan akhir
hantaran daripada kedua-dua pihak
di Kuala Lumpur, semalam.

Selain ribuan peminat Siti, perarakan melalui Taman KLCC ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dijadualkan 28 Ogos ini, juga dikhuatiri dihadiri golongan yang kurang senang dengan perkahwinan berkenaan.

Malah, sumber memberitahu Berita Minggu, ada segelintir pihak memang menunggu masa untuk mensabotaj perarakan berkenaan termasuk membaling telur busuk bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Kamal Pasha Jamal, ketika dihubungi semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan termasuk khabar angin berhubung balingan telur yang disebarkan sesetengah pihak.

Beliau berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang maklumat sah mengenai ancaman ke atas pasangan pengantin itu.

揃agaimanapun, sehingga kini juga tiada sebarang permohonan permit diterima berhubung perarakan berkenaan, sama ada dari pihak Datuk Khalid ataupun Siti. Malah, saya sendiri mendapat tahu mengenainya melalui akhbar.

揓ika benar perarakan itu ingin diadakan, polis akan pastikan keselamatan kedua-dua mempelai dan tetamu yang hadir terjamin. Saya juga nasihatkan pihak pengantin menghantar permohonan segera bagi memudahkan proses kelulusan permit, selain persediaan keselamatan oleh polis,
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 03:34 PM | Show all posts
Jerat percintaan Siti Nurhaliza
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

MELIHAT Siti Nurhaliza lahir, membesar dan dewasa di pentas seni seluruh nusantara, hati berbunga harum yang semerbak setanggi.

Tekanan makin bertambah apabila Siti secara terbuka memberitahu, benar, Khalid Muhamad Jiwa lelaki yang menjadi tambatan jiwanya pada Julai lepas.

* Dibenci kerana cinta

Gara-gara cinta kepada seorang lelaki, Siti dibenci sebahagian peminat yang selama ini menjadi nadi dan kekuatannya.

Kita boleh saksikan di mana-mana saja, baik dari cakap-cakap di kedai kopi, sehinggalah di akhbar dan Internet kata-kata bangkangan yang tidak menyokong calon suami pilihan Siti ini sampailah sehingga ke hari-hari terakhir ini.

Masih ramai yang kurang bersetuju meskipun pada akhirnya mereka kena akur bahawa soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut bukan di tangan manusia.

Benarlah cinta itu buta dan tidak mengenal sesiapa. Kalaulah kerana cinta Siti dibenci, Siti nampaknya rela menerima natijahnya. Kalaulah demi kerana cinta dia menghadap duka, maka dia rela menempuh segalanya.

Cinta Siti seteguh karang, sesetia pantai pada lautan untuk Khalid seorang. Muktamad!

Dan esok, sejarah baru akan bermula untuk seorang Siti Nurhaliza.

Pukul 11 pagi esok, pasangan ini akan menerima ijab dan kabul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur. Majlis persandingan yang bakal dihadiri oleh ribuan tetamu kehormat akan berlangsung pada 28 Ogos ini di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.

Permata yang sebutir ini bakal mengakhiri zaman emasnya dengan memilih seorang lelaki yang menjadi belahan hati dan jiwanya, lelaki berkumis tebal tetapi penuh dengan ciri-ciri romantik.

Dan ironinya, perkahwinan itu bukan yang dipersetujui oleh sebilangan besar peminatnya.

Khabarnya kedua ibu bapa juga menghalang di awal cinta mereka tetapi api cinta pasangan ini tidak mampu dibendung lagi. Ia terus membakar perasaan yang rindu dendam lalu mengikat mereka ke tali perkahwinan.

Akhirnya diberikan restu oleh keluarga agar pasangan ini mendapat berkat dan azimat dari perkahwinan yang termeterai. Ini juga barangkali pengorbanan dan kasih sayang dari sebuah keluarga yang mahu menyaksikan kebahagiaan Siti Nurhaliza yang selama ini telah memberikan sinar baru kepada mereka.

Siti memilih untuk mendengar kata hatinya dalam soal masa depan dan hari tuanya.

Khalid dianggap sebagai lelaki terbaik untuk menghuni rumah-rumah bahagia bersama permata hati yang bakal dilahirkannya kelak.

Secara tiba-tiba saya teringat akan lagu pertama yang menjadikan Siti kegilaan Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2006 03:36 PM | Show all posts
Lirik lagu Jerat Percintaan amat bertepatan untuk menggambarkan segala perasaan cinta dalam dada yang sedang sarat ditanggung oleh Siti terhadap lelaki berkenaan.

Dalam persimpangan ini

Aku terperangkap sudah

Dalam jerat percintaan

Yang tidak disangkakan

Aku hampir jadi lupa

Siapa diriku ini

Engkau juga dihanyut

Oleh arus percintaanmu

Setelah lebih sepuluh tahun lagu itu dinyanyikannya, akhirnya Siti benar-benar tahu apa yang berselindung di sebalik patah liriknya.

Benarlah Siti hanyut dalam percintaan yang tidak pernah disangkakannya.

Saya percaya Siti sendiri tidak pernah menduga yang jodohnya dengan seorang duda beranak empat. Memang tidak ada salahnya dara bertemu dengan duda, tetapi ada yang mahu melihat jodoh Siti dengan orang lain. Lelaki lain yang lebih muda barangkali.

Tetapi biar siapapun Khalid di mata dan pandangan pihak-pihak lain, pada Siti lelaki itu juga yang terbaik buat dirinya.

Sementelah isu rumah tangga Khalid bersama bekas isteri yang terus dijadikan bahan bualan, Siti tegar dengan keputusannya mengakhiri kisah solonya dengan lelaki itu.

揑ni jalan yang Siti pilih. Suka ke, duka ke Siti akan tanggung juga akhirnya,
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 03:38 PM | Show all posts
kuang kuang kuang....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 05:53 AM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 20-8-2006 12:16 PM
Siti, Datuk K tak naik kereta kuda
Oleh Adha Ghazali, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Norakmah Mat Youb


KUALA LUMPUR: Impian peminat menyaksikan perarakan berkuda pasangan Siti Nurhaliza Tarud ...

kak lahai,aritu hg ygkata nak baling teloq kannnnn kan kan




takut gak rentua tu kena gempaq ngan aku nooo...:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 09:54 AM | Show all posts

28 hantaran moden, tradisional

Oleh Hartati Hassan Basri

KUALA LUMPUR: Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa menyediakan 28 hantaran untuk majlis pertunangan dan pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, pagi ini.

Perunding majlis perkahwinan pasangan itu, Datuk Shah Rezza, dari Nusantara Gems, berkata 12 dulang ditetapkan untuk majlis pertunangan dan 16 dulang untuk pernikahan.

?Bagi majlis pertunangan, Datuk K memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh Siti, manakala majlis pernikahan membabitkan tujuh dulang, dibalas sembilan.

?Siti memilih konsep tradisional untuk hantaran kepada Datuk K. Hantaran Datuk K kepada Siti pula mengikut konsep moden. Warna pilihan ialah merah jambu bagi Datuk K dan manakala Siti memilih hijau.

?Setiap hantaran juga dinamakan sempena lagu popular Siti sama ada lagu irama Malaysia atau moden, antaranya Cindai, Adi Warna, Sanggar Bayu dan Sebenar Cinta.

?Pelamin dinamakan sebagai Mahligai Asmara dan Mahligai Impian,? katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, orang ramai boleh melihat keindahan seni tradisional Melayu untuk pelamin dan hantaran di masjid itu.

Contohnya, penggunaan kain tenun Pahang dan songket Terengganu manakala pelamin menggunakan konsep Perak dinamakan Gunung.

?Ia sering digunakan untuk majlis perkahwinan Kesultanan Deli,? katanya mengakui semua gubahan sangat istimewa dan eksklusif untuk perkahwinan Siti dengan Datuk K.

Mengenai hantaran daripada bakal suami Siti, Rezza berkata, ia barang lazim sebagaimana majlis pertunangan dan pernikahan seperti pakaian, al-Quran, telekung, sejadah, bunga rampai, sirih junjung dan manisan.

Rezza juga mengakui tidak mengetahui jumlah mas kahwin dan hantaran Siti kerana tiada dalam senarai barang hantaran yang digubahnya.

?Apa yang boleh saya katakan majlis pernikahan nanti akan menjadi majlis yang menyentuh kalbu. Sebagai artis popular yang punyai ramai peminat, saya faham mereka juga menganggap Siti sebagai hak mereka.

?Sudah tentu sukar bagi peminat melepaskan Siti melangkah kehidupan baru. Majlisnya biasa saja kerana dari awal lagi saya ditekankan dengan majlis sederhana tetapi meriah,? katanya.

Dia turut dibantu beberapa pihak kerana dia tidak mampu melakukannya sendiri.

Majlis di Kuala Lipis pada 3 September ini pula akan dilakukan pihak lain.

?Apabila diberi kepercayaan ini, saya tidak kisah berkongsi dengan mereka yang pakar dalam majlis perkahwinan kerana saya tidak mampu melakukan segala-galanya. Contohnya kapas untuk gubahan pelamin dan gubahan hantaran dibantu Raja Sani.

?Alhamdulillah saya tidak menghadapi masalah kerana setiap minggu iaitu setiap Rabu kami mengadakan pertemuan dengan semua pihak terbabit,? katanya yang sibuk menyiapkan hantaran untuk kedua-dua pihak, semalam.

Difahamkan, kerja-kerja akhir dilakukan sehingga lewat petang, terutama gubahan sirih junjung untuk memastikan daun dan bunga hiasan tetap segar hingga hari ini.

Semua hantaran yang siap digubah dibawa ke masjid jam 4 petang manakala kerja membuat pelamin siap sebelum tengah malam.

Rombongan Datuk K dengan 10 kereta dijangka tiba di masjid jam 10 pagi ini untuk majlis pertunangan diikuti pernikahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049791 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list