|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: BLOOMING ORCHARD
[Copy link]
|
|
wahahaa
iolss dok post lagi kat situ
sbb tak kunci lagi
boleh lah buat mcm ni esok
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak ye berita belanjawan |
|
|
|
|
|
|
|
iolss boleh tepek sikit je |
|
|
|
|
|
|
|
harap nuki boleh tepek banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Belanjawan 2025: Mahasiswa naik bas percuma tahun hadapan
Gambar hiasan.
PETALING JAYA – Pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) bakal menikmati tambang bas percuma tahun hadapan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambang percuma itu melibatkan semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara “Tambang bas percuma itu melibatkan mereka yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY,” katanya. Anwar berkata, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen bagi laluan sehala. “Sebagai permulaan, stesen yang terlibat ialah di Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai dan LRT Melati,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/18/belanjawan-2025-mahasiswa-naik-bas-percuma-tahun-hadapan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sampai rmh kul 8 lebih malam |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai jer terus letak baju dlm machine cuci,
Sapu rumah dan bersauna.. byk peluh kuar
Sepanjang perjalanan demam gigil.. ku gagahi jua |
|
|
|
|
|
|
|
Belanjawan 2025: RM20 juta buat e-Sukan, kriket dapat RM1 juta
PASUKAN Selangor Red Giants meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Dunia e-Sukan di Riyadh pada Julai lalu. - ESPORTS WORLD CUP 2024
PETALING JAYA – Kerajaan mengiktiraf kejayaan Selangor Red Giants selepas dinobatkan sebagai juara Piala Dunia e-Sukan 2024 bagi permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) di Riyadh, Arab Saudi pada Julai lalu. Kejayaan itu memastikan kerajaan akan terus menyokong dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM20 juta untuk memperkasa ekosistem dan pembangunan bakat serta menaik taraf arena e-Sukan tempatan. Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Parlimen sebentar tadi. Turut mencuri tumpuan apabila kriket mendapat perhatian dengan peruntukan RM1 juta untuk pembangunan sukan itu. “Berikutan sambutan hangat saat berkunjung ke India, Pakistan dan Bangladesh baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada pembangunan sukan kriket,” kata Anwar. Selain itu, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan ke atas hadiah kemenangan diterima atlet individu dan pasukan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang diuruskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Selaras usaha menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, kerajaan telah memperuntukkan RM27 juta bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara. Inisiatif itu bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan di seluruh negara. Dalam usaha berterusan untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih aktif, kerajaan juga bercadang untuk memperluaskan pelepasan cukai bagi perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan kepada ibu bapa. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/18/belanjawan-2025-rm20-juta-buat-e-sukan-kriket-dapat-rm1-juta/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiga kanak-kanak lemas, kereta terjunam dalam sungai
Anggota bomba melakukan selaman di sekitar kenderaan dalam kejadian di Lawas hari ini.
LAWAS – Tiga kanak-kanak meninggal dunia dalam kejadian Perodua Alza yang membawa 10 penumpang terjunam ke dalam sungai di Kampung Awat-Awat di sini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata ketiga-tiga mangsa adalah dua lelaki dan seorang perempuan dikenali sebagai Mohamad Nazran Ag. Matasan, 10, Mohd Fayard Mohd Azmi, 5, dan Eryna Akifa Imani Zukri, 8. Menurutnya, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 1.15 petang tadi, kereta yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu sedang membawa lapan orang kanak-kanak yang merupakan pelajar SK Agama (MIS) Lawas termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang merupakan anak pemandu terbabit. “Enam orang berjaya menyelamatkan diri selepas pemandu terbabit bertindak membuka pintu bonet belakang kereta. “Manakala tiga orang kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sundar, Lawas sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Selain itu, katanya seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun juga dalam keadaan kritikal dan telah dibawa ke Hospital Miri. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/18/tiga-kanak-kanak-lemas-kereta-terjunam-dalam-sungai/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Belanjawan 2025: PDRM pastikan insentif dimanfaatkan sepenuhnya – KPN
Razarudin.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan segala insentif Belanjawan 2025 yang diperuntukkan dimanfaatkan sepenuhnya dengan tata kelola kewangan terbaik, demi memelihara ketenteraman dan keamanan negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pasukannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas peruntukan dan insentif ikhtiar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. Katanya, pasukan itu menyambut baik dan menghargai jasa kerajaan dalam menyalurkan peruntukan yang bakal dinikmati warga PDRM. “Sehubungan itu, PDRM akan memastikan segala insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya dengan beramanah dan urus tadbir kewangan terbaik demi memelihara ketenteraman dan keamanan negara sejajar dengan usaha kerajaan.
“PDRM kekal komited dengan fokus menyampaikan perkhidmatan berpaksikan integriti dan tata kelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. Hari ini, Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen mengumumkan peruntukan lebih RM2.12 bilion bagi aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) demi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu.
Selain itu, empat pejabat polis baharu akan dibina dengan kos RM2.1 bilion membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, IPD Petaling Jaya, dan Balai Polis Tanjung Minyak, Melaka. Seterusnya, RM 5 juta disediakan bagi membekalkan air bersih secara hibrid menggunakan air hujan dan air bawah tanah susulan kekangan bekalan air di kawasan Esszone, Sabah Turut diumumkan lebih RM1.8 bilion disediakan bagi membina menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara, dan rumah keluarga angkatan tentera.
Anwar juga mengumumkan penjawat awam bakal menerima manfaat perlindungan sosial, ex-gratia bencana kerja yang bakal diperluas dan dipermudah antaranya ex-gratia operasi (RM50,000) ex-gratia pukal (RM20,000) dan kadar elaun layanan sentiasa (RM500 ke RM1,500). Sejumlah RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara dan RM20 juta untuk memperhebatkan peranan Pusat Respons Penipuan Negara (NSRC). Beliau turut mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/10/18/belanjawan-2025-pdrm-pastikan-insentif-dimanfaatkan-sepenuhnya-kpn/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
5 pekayuh hilang, perahu karam ketika latihan Regatta Sarawak
Operasi pencarian lima pekayuh yang hilang selepas perahu mereka karam ketika menjalani latihan Regatta Sarawak, petang tadi.
KUCHING – Lima orang pekayuh perahu regatta dikhuatiri lemas selepas karam di kawasan Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa, di sini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 4.20 petang tadi apabila perahu membawa 16 orang pekayuh itu karam ketika menjalani latihan Regatta Sarawak, yang bakal berlangsung bermula 1 hingga 3 November nanti. “Sebelas orang berjaya menyelamatkan diri dan lima orang masih gagal dijumpai,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata lima mangsa terbabit dikenali sebagai Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23. Menjelas lanjut, beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). Katanya, operasi SAR dimulakan dengan melakukan pencarian di permukaan air sebelum diteruskan oleh Polis Gerakan Udara (PGU) dengan menggunakan dron dan pencarian menggunakan ‘sonar’ oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).
Beliau menambah, setakat pukul 8.54 malam tadi, pencarian turut dilakukan secara selaman oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba namun ia tidak dapat diteruskan kerana arus sungai deras. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/19/5-pekayuh-hilang-perahu-karam-ketika-latihan-regatta-sarawak/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baling banjir lagi, air sungai melimpah deras ke rumah penduduk
Salah sebuah rumah di Kampung Haji Abas di Baling yang terjejas teruk dalam kejadian banjir, hari ini.
BALING – Sekurang-kurangnya lapan kampung di sini kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini. Antara kampung terjejas adalah Kampung Haji Abas, Kampung Kuala Kedua, Kampung Banggol Derom, Kampung Tanjung Merbau dan Lubuk Pedati. Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan Dewan Tun Abdul Razak dengan jumlah mangsa sedang dalam bancian. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab. Aziz berkata, dua PPS dibuka dan dalam proses mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/18/baling-banjir-lagi-air-sungai-melimpah-deras-ke-rumah-penduduk/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tema horror ni pagi dgn petang je boleh menempek umtuk iolss
malam tak berani
memang horror betul |
|
|
|
|
|
|
|
terkejut tengok gif nuki |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|