|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RAMADHAN TIBA
[Copy link]
|
|
benang gif sana dh katup ke
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
buleh je tido kat meja tp aket tengkuk ler khen
|
|
|
|
|
|
|
|
yeker?
ada gambar x yg telah digoreng tanpa minyak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Blue Ghost, binaan firma angkasa lepas AS mendarat di bulan

Bulan melewati kapal angkasa Blue Ghost Firefly Aerospace menjelang pendaratannya. Foto Reuters
WASHINGTON - Sebuah syarikat angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) telah berjaya mendaratkan kenderaan qamari di bulan, menjadikannya organisasi swasta kedua yang mencapai kejayaan itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Siaran langsung menunjukkan pendaratan Blue Ghost, yang dibina oleh Firefly Aerospace, di bulan pada Ahad.
Kenderaan itu dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida, pada Januari menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX, syarikat yang diasaskan oleh jutawan teknologi Elon Musk.
Blue Ghost mendarat di Mare Crisium, sebuah dataran rendah berdiameter kira-kira 500 kilometer.
Berketinggian sekitar dua meter dan lebar tiga meter, Blue Ghost akan menjalankan eksperimen selama dua minggu menggunakan beberapa instrumen saintifik.
Kenderaan itu dijadualkan menggerudi permukaan Bulan untuk mengambil sampel serta merakam gambar matahari terbenam di lokasi pendaratannya.
Misi ini bertujuan mengumpul data mengenai bagaimana batuan longgar di bulan bertindak balas terhadap pengaruh matahari ketika senja.
Pendaratan komersial pertama di bulan dicapai pada Februari 2024 menerusi kenderaan Nova-C milik syarikat AS, Intuitive Machines.
|
|
|
|
|
|
|
|
MEE GORENG RESEPI MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air): - 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah kecil
- ½ biji bawang merah besar
- 1 paket kecil udang kering
- 3 sudu makan cili kisar
Bahan-bahan lain: - Mee kuning (Gardenia atau jenama lain)
- Sedikit daging
- 10 ekor udang (dikupas, kepala dan badan jangan buang, rebus kepala dan badan udang hingga berbuih, toskan air rebusan untuk digunakan dalam mee goreng)
- 4 ekor sotong
- Beberapa bebola ikan
- 1 batang lobak merah (dipotong mengikut cita rasa)
- Sawi atau daun kucai (pilihan)
- 2 biji cili padi (dihiris)
- 1 biji tomato (dipotong)
Bahan sos dan perasa: - Karamel masakan
- Kicap manis
- Sos tiram
- ½ kiub ayam
- Sos tomato
- Sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak: - Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan bebola ikan, masak hingga sedikit garing. Masukkan daging, masak hingga daging masak.
- Masukkan udang dan sotong, kacau selama 5 minit hingga udang dan sotong masak.
- Masukkan lobak merah dan cili padi, masak seketika.
- Masukkan bahan perasa: karamel masakan, kicap manis, sos tiram, ½ kiub ayam, sos tomato, dan sos cili. Masak selama 10 minit hingga sedikit garing.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa (ingat, sos sudah mengandungi perasa).
- Masukkan air rebusan udang, masak hingga kuah sedikit pekat.
- Masukkan mee kuning, kacau rata hingga semua sos menyaluti mee.
- Jika terlalu kering, tambahkan lagi air rebusan udang. Jangan lupa untuk rasa kuah.
- Masukkan sawi dan tomato, kacau selama 5-7 minit.
- Hidangkan panas.
Nota: - Air rebusan kepala dan badan udang sangat penting untuk memberikan rasa yang sedap pada mee goreng
- Jumlah garam dan gula perlu diubah mengikut cita rasa sendiri
- Sekiranya karamel masakan tidak ada boleh digantikan dengan kicap pekat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aliff diberi amaran, jangan cuba nak dekati Bella
KETIKA ramai sedang bersorak dan menyokong percintaan olok-olok Bella Astillah dengan Syed Saddiq, tiba-tiba tular pula video Aliff Aziz menyanyi.
Dalam video tersebut, Aliff dilihat membuat persembahan pada sebuah majlis tertutup dengan mendendangkan lagu Dealova.
Bukan nyanyian Aliff dipuji sebaliknya penyanyi itu diberi amaran.
Lain macam netizen yang membanjiri ruangan komen apabila meninggalkan amaran agar Aliff tidak lagi mengganggu dan kembali kepada bekas isterinya.
Kata netizen, Bella sedang gembira dengan Syed Saddiq dan meminta Aliff mencari wanita lain yang mampu membahagiakannya.
“Tolong jangan ganggu Bella kami lagi. Awak nak bahagia pergi cari orang lain.
“Harap tak kembali kepada Bella, biarlah bekas isteri awak bahagia dengan lelaki yang tepat,” komen netizen.
Fuh! Diva pula takut baca komen. Iyalah, Aliff hanya menyanyi tetapi bertalu-talu pula amaran yang tiba.
Tak mengapalah, mungkin Aliff pun sedang bahagia dan gembira dengan kehidupan sendiri. Kita lihat sahaja apa penamat kisah mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 3-3-2025 09:04 AM
pes day pose
harap hr ni ok
Hari ni second day posa la |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 3-3-2025 09:04 AM
iftar roti saja ye semlm?
Ha ah.. peyut meragam |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 3-3-2025 09:04 AM
sha yg mkn lauk ikan keli
Bestnya.. masak apa? |
|
|
|
|
|
|
|
tu kita bitau ttg semlm, kan u saket peyot semlm.
so hr ni dh ok?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|