CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zahid78

Supplemen Pemutih yang Terlaris diserbu KKM....Dutanya artis cantik rupawan...

[Copy link]
Post time 28-7-2013 05:31 PM | Show all posts
yg aku pelik, org yg menjual produk kecantikan, produk kesihatan tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan... mane dorg belajar formula tu... ramai pulak saintis melayu kat malaysia nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2013 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk yg x sayang buah pinggang... telan la pil macam2... buah pinggang kita ada dua ketul tu je... nanti jgn sakit nak salahkan org lain...aku ni klu demam seme nak makan ubat dr klinik macam2 pon takut ...sian buahpinggang aku nak proses macam2 dadah .... aku ni jenis minum air putih and langsung tak penah minum kopi teh bagai pon takut .... aku tak tau la org telan segala bihin macam2 produk tu... yaksayang organ dalaman ker?? Bagi aku biarla kulit aku gelap yg penying aku sihat boleh buat ibadat... lagi satu aku ni think yoo much kot.. afraid of mutasi gen klu chemical masuk dlm badan sgt ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 09:11 PM | Show all posts
Kalau nak kulit putih, pergilah buat Vitamin C Iontophoresis.

Kat Singapore, satu session lebih kurang $100. Buat lah dua minggu sekali - kulit putih bersih.

Tak perlu telan pil yang entah mana asal usulnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 10:25 AM | Show all posts
abfarha posted on 26-7-2013 11:23 AM
Aku paling xleh terima kalo org jual pb tu x kurus mane.nntah2 kate cegah kanser tu nk coverline s ...

PB nih ramai sgt balaci yg tukang jual.... yg si penjual 90% GEMOK ok. google je berderet nama seko2 malaun keluar tayang PB n iklan np hp.cure cancer??? wtf baik tak payah belajar susah2 jadik doctor.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:08 AM | Show all posts
mizkajura posted on 29-7-2013 10:25 AM
PB nih ramai sgt balaci yg tukang jual.... yg si penjual 90% GEMOK ok. google je berderet nama sek ...

iye weh..mahal tak berbaloi nak pakai
pastukan pinggang jadi kecik nau bila pakai baju ketat
ade la gak aku diajak join PB kena bayar RM 20k
suh wat loan lagi..baik la aku menabung dari aku amik loan semata nak jual PB nih

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:55 AM | Show all posts
abfarha posted on 29-7-2013 11:08 AM
iye weh..mahal tak berbaloi nak pakai
pastukan pinggang jadi kecik nau bila pakai baju ketat
ade ...

Aku pn bli yg org jual utk clear stock je dlm 1k++
Dlu aku 44kg tp dh jd 54kg sbb x konsisten pkai
ade buruk n baik jg
baiknye ade le shape tp aku jd bselera mkn
buruknya aku rimas le nk pkai 3pcs ni
dh le ketat, mcm x sesuai utk makhluk yg aktif spt aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2013 01:09 PM | Show all posts
juliahanif posted on 29-7-2013 11:55 AM
Aku pn bli yg org jual utk clear stock je dlm 1k++
Dlu aku 44kg tp dh jd 54kg sbb x konsisten pka ...

kawan aku penah pakai
pastu yg hazabnya aku tukang tolong pasang
mmg ketat gila la
pastu lepas pakai dia dok pening2
ikut kesanggupan masing2 kot
janji rase selesa
tapi rimas la sikit 3 pieces kan

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:23 PM | Show all posts
maxim posted on 28-7-2013 02:54 PM
pi tanya @miawpink ngan @mrsrezza dll yg rajin tepek pic bape byk dah dorg dapat sejak iols jdik m ...

uols lah momod yg plg banyak kasi iols tacang kat sini...uols mmg baik hati, pemurah, avvy ensem..





p/s: motip bodekkan...haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 01:30 PM | Show all posts
abfarha posted on 29-7-2013 01:09 PM
kawan aku penah pakai
pastu yg hazabnya aku tukang tolong pasang
mmg ketat gila la

Tp ade yg jns pb tegar, mcm batang balak pn ferasan kurus
aku bkenan yg cosry nye, lg murah dlm 1k lbh je
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:39 PM | Show all posts
abfarha posted on 29-7-2013 11:08 AM
iye weh..mahal tak berbaloi nak pakai
pastukan pinggang jadi kecik nau bila pakai baju ketat
ade ...

nasib baik kau pandai beb. siap buat loan yg paling kesian pada yg tertipu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:41 PM | Show all posts
abfarha posted on 29-7-2013 01:09 PM
kawan aku penah pakai
pastu yg hazabnya aku tukang tolong pasang
mmg ketat gila la

pakai kau tolong. Bukak pun kau yg tolong ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 02:07 PM | Show all posts

AWAS! Ciri-ciri krim kosmetik yang bermerkuri!

Assalammualaikum untuk semua readers yang cantik cun melecun!

Hehe untuk entry kali ini lebih specific to female jadi I puji readers yang cun melecun sahaja lah, yang handsome kacak bergaya lain kali I puji. Memandangkan sebelum ini I bagitahu tentang 5 kosmetic beracun yang tidak selamat digunakan, ramai juga yang bertanya tentang apakah kesan sampingan barangan kosmetic bermerkuri, macam mana nak bezakan, dan segala yang berkaitan dengan merkuri.

Ciri-ciri krim kosmetik bermerkuri
1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. Tektik lettew.

2.  Tidak homogen : Maksudnya cenggini, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.

3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi? Bajet ada orang nak kiss kau sambil berkata wanginya bau pipi?


4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.

5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.

6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Cheh waktu itu bajet macam kulit kita dalam proses pemutihan lah padahal anda tertipu. Kulit anda sedang berlaku irritation.

7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.

8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan

9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga  kuman/ bakteria  tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!

10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.

11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka. -_-

12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai).

BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.
1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.

2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.

3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.

4. Kerosakan buah pinggang : Seperti yang I cakap tadi, merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pon menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.

5. Resiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.

Sumber : http://totinx.com/?p=5778 (blogger ni doktor)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 02:12 PM | Show all posts
Cancellation of Notification of Cosmetic Products


UNTUK MAKLUMAN

PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.


Bil
Nama produk
No.notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
Pemegang Produk
Pengilang
Label
1.
Aveana Night Revival Cream
NOT110404581K
Tretinoin
Owi Lab (M) Sdn. Bhd. Owi Lab (M) Sdn/ Bhd. PDF. 247KB  
2.
Blemished Skin Ampoules
NOT110204305K
Asid Azelaik
Noble Aspect Sdn. Bhd. Noble Aspect Sdn. Bhd. PDF. 390KB  
3.
Golden Horse B&W Cream - GH902-1
NOT120905460K
Merkuri
Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd. Chin San Chemical Works, Taiwan PDF. 522KB  
4.
Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
NOT120905219K
Betamethasone
Europe Cosmeceutical Industries  Sdn Bhd Centre De Recherches Biocosmetiques S.A., Switzerland PDF. 450KB
5.
Natural 99 Night Cream
NOT120300526K
Mercury  
Auraqu Enterprise CV Raja Kosmetik, Indonesia PDF. 174KB
6.
Natural 99 Day Cream
NOT120300524K
Mercury
Auraqu Enterprise CV Raja Kosmetik, Indonesia PDF. 170KB
7.
SF Beauty Night Cream (Facial)
NOT120602462K
Mercury  
SF Infinity Resources Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise) PDF. 135KB
8.
SF Beauty Day Cream (Facial)
NOT120602461K
Mercury
SF Infinity Resources Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise) PDF. 135KB   
9.
Acrena Pure Herbal Papaya Soap
NOT100802337K
Tretinoin
Haresh Enterprises Sdn Bhd Re-X Products Co., Ltd., Thailand PDF. 277KB
10.
White Complex
NOT100801451K
Tretinoin
NB Natural Beauty Facial & Slimming (Uda) Sdn. Bhd Cylin Cosmetic Sdn Bhd PDF. 302KB
11.
SS Pearl Cream
NOT110602263K
Mercury   
Shin Viky Beauty Global Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan
N/A
12.
SS Vita C Night Repair
NOT110602264K
Mercury   
Shin Viky Beauty Global Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan
N/A

Tahun 2012

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Daily Protecting Cream - Joie et BeauteNOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury
2La Bliss Skin Brightening CreamNOT100200697KTretinoin
3Sans Dynamic Intensive Light CreamNOT100400422KMercury
4Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485KMercury
5Bio-Clear Intensive Renewal ComplexNOT120503338KTretinoin
6MS Wellmood Enhancing CreamNOT100602405KTretinoin
7Renewing CreamNOT100101066KTretinoin
8E Beaute Total Revitalizer Night CreamNOT100601840KMercury
9MS Wellmood Lightening ComplexNOT100601840K
Mercury
10MULTI CREAMNOT100764415KTretinoin
11DQISTEE NIGHT CREAMNOT100802185KMercury
12DQISTEE BEAUTY DAY CREAMNOT100802184KMercury

Tahun 2011

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMercury
2Derma-Rx Arbutin-R CreamNOT090601556KTretinoin & Hydroquinone
3DS.1 BLEMISH CONTROL CREAMNOT091201931KAzelaic Acid
4EZEE SUNBLOCK CREAMNOT100601213KMercury
5MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUENOT090700043KLead

Tahun 2010

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin

Tahun 2009

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin

Tahun 2008
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin
Senarai ini dikemaskini pada Julai 2013

SUMBER DARI BIRO FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN.KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:06 PM | Show all posts
pelangisenja posted on 30-7-2013 10:47 AM
aku ada dua screenshot pasal kesan org yg mkn figure up ni...takper ker aku tepek sini ?

mana??? bagi la, sekurang2 nya org akan tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:49 PM | Show all posts
pelangisenja posted on 30-7-2013 12:45 PM
aku takleh tepek la, line slow sgt, hang tlg tepek blh? bg emel, aku send gmbr kat hg, hang tlg te ...

[email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:02 PM | Show all posts
pelangisenja posted on 30-7-2013 01:00 PM
dah send dah tau

hokey aku gi ngechek jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 01:08 PM | Show all posts
pelangisenja posted on 30-7-2013 01:00 PM
dah send dah tau

tak der la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:25 PM | Show all posts
ceh tak jadik nak tepek picture
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:33 PM | Show all posts
mizkajura posted on 30-7-2013 01:25 PM
ceh tak jadik nak tepek picture



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.065970 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list