|
aduii...mudahnya tertipu....dari cite tu, jururawat tu tak ramai kenalan...tu le pasal, tak campur org...kan dah kene tipu..hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pikir at 5-10-2005 11:20 AM
aduii...mudahnya tertipu....dari cite tu, jururawat tu tak ramai kenalan...tu le pasal, tak campur org...kan dah kene tipu..hmmm
ye la..hari pertama bekerja mesti la innocent lagi..so sapa yang tegur dulu dia la kawan..agaknya romeo ni mesti hensem kot..patut paper paparkan je muka dia tu kat muka depan...so kalau dia terlepas orang dah kenal muka dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by valkries at 5-10-2005 11:09 AM
pompuan senang betul percaya kat lelaki..
alahaaii.... dia tu tk ramai kawan... agaknya laki tu mcm yakinkan dia kut..tu yg dia boleh percaya tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
tp aku dok peratikan budak2 skg ni kalo mamat tu ensem sket n ade kete mesti senang je ajak jln2...ayat takyah power dah |
|
|
|
|
|
|
|
tahler bebudak skang nih pk.... suka sgt melayan nyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apala nak jadi nih.... main pukul2 lak....
Jururawat koma dipercayai dipukul bekas suami
Oleh: AZMAN IBRAHIM
MELAKA 5 Okt. - Seorang jururawat kanan, Nor Asmah Ismail, 36, koma dipercayai dipukul oleh bekas suaminya di Kampung Cantik, Pengkalan Batu di sini, awal pagi ini.
Mangsa yang berkhidmat di Hospital Pantai di sini, dipukul pada kepala antara pukul 3 dan 5 pagi di ruang tamu rumah bekas suaminya itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Mohd. Khasni Mohamed Nor berkata, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di Batu Berendam membawa mangsa ke rumah berkenaan pada pukul 10 pagi semalam.
Menurutnya, mangsa yang tinggal di Alai telah bercerai dengan suspek Ogos tahun lalu.
Difahamkan, mangsa dibawa ke rumah itu untuk berbincang mengenai masalah keluarga dan empat orang anak mereka.
``Suspek dipercayai bertengkar dengan mangsa sebelum memukulnya,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kegagalan fungsi otak akibat pukulan kuat.
Katanya, polis telah menahan suspek dan memeriksa tempat kejadian bagi membantu siasatan.
``Polis mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah. Suspek juga direman selama seminggu bermula hari ini,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Beg berisi ubat diragut, janda mati sesak nafas
Oleh NURUL HUDA HASSAN
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Seorang pegawai sebuah syarikat yang menghidap asma kronik, meninggal dunia akibat gagal mendapatkan rawatan setelah beg mengandungi ubatnya diragut di Glenmarie, Shah Alam dekat sini, semalam.
Ainun Idris, 42, pegawai Perhubungan Korporat Kumpulan Usahawan Usaha Berhad (KUUB) ditemui mati oleh rakan serumahnya di rumah sewa mereka di USJ Seksyen 8 Subang Jaya.
Mangsa, seorang janda ditemui mati pukul 9 malam tadi selepas begnya mengandungi ubat asma, wang tunai RM3,000, dua buah telefon bimbit serta dokumen penting, diragut dalam kejadian pukul 10 pagi semalam.
Menurut kakak mangsa, Aizan Idris, 45, dalam kejadian ragut itu, beg adiknya telah dipotong dan mangsa ditolak menyebabkan tangannya terkehel dan kaki cedera.
Katanya, ketika itu adiknya hendak ke bank untuk membayar wang ansuran kereta syarikat berjumlah RM3,000.
``Beg tangan mangsa diragut oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan pejabatnya di Glenmarie,'' katanya di sini hari ini.
Menurutnya, selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan ke klinik untuk rawatan.
Tambahnya, mangsa kemudian pulang ke rumah dan menelefon rakannya pada pukul 6.30 petang supaya membelikan ubat asma inhaler.
Menurut Aizan, rakan serumah mangsa yang pulang ke rumah pada pukul 8 malam mendapati pintu rumah berkunci.
Rakan serumah Allahyarham Ainun telah menemui tuan rumah dan meminta bantuannya untuk membuka pintu yang berkunci itu.
``Setelah pintu rumah berjaya dibuka dengan bantuan tuan rumah, mayat mangsa ditemui di ruang tamu dengan berpakaian kerja,'' ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Abdul Wahab Embong ketika dihubungi berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan ke atas kejadian ragut itu sedang dilakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ajal dia nak buat camne..kalau nak ikutkan inhaler tu boleh dibeli kat mana2 klinik rasanya..takyah la nak telefon kawan suruh beli..apa2 pun dah ajal dia..takziah kat keluarga dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk dalam 999 hari nih cekup yg duk buat maksiat kat pantai seagate ngan sp..huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #264 Pikir's post
hehe...tul2..yang penting ada motor..helmet arc..terus leh ajak gi jenjalan :p |
|
|
|
|
|
|
|
Penyelia stesen minyak mati dipukul
PULAU PINANG 25 Okt. - Seorang penyelia sebuah stesen minyak maut dipercayai dipukul dalam satu pertengkaran di Pangsapuri Jade View di Jalan Bukit Gambir, di sini hari ini.
Mangsa, Mohd. Khairul Mohd. Isa, 27, yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk muka dan kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Hamzah Md. Jamil berkata, mangsa dipercayai dipukul di sebuah rumah milik sepasang suami isteri kira-kira pukul 8.45 pagi.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berada di dalam rumah itu bersama seorang wanita iaitu isteri kepada pemilik rumah berkenaan ketika suaminya tiada di rumah.
``Apabila lelaki itu pulang dan mendapati mangsa berada di dalam rumah bersama-sama isterinya, berlaku pertengkaran antara mereka,'' katanya.
Beliau memberitahu, dalam pertengkaran itu, mangsa dipercayai dibelasah dengan topi keledar dan batang penyapu mengakibatkan kecederaan parah.
Katanya, mangsa dihantar ke HPP untuk rawatan namun meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Berikutan kejadian itu, polis menahan pasangan berkenaan serta tiga orang lagi yang kebetulan datang ke rumah tersebut ketika kejadian berlaku.
Difahamkan, wanita itu merupakan rakan sekerja mangsa manakala suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Wang zakat RM12,500 dilari peragut
BATU PAHAT 25 Okt. - Wang zakat sebanyak RM12,500 yang sepatutnya diagihkan kepada 526 penerima dilarikan dalam kejadian ragut bersenjata dalam tempoh dua minit di sini pagi ini.
Insiden itu berlaku sebaik sahaja dua petugas wanita keluar dari kereta kira-kira 40 meter dari pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam pada pukul 10.15 pagi.
Ketua bahagiannya, Samsol Bari Jamali ketika menceritakan kejadian itu berkata, mereka baru pulang mengeluarkan wang tersebut dari sebuah bank di Parit Raja untuk diagih RM25 seorang kepada 526 penerima yang layak di Parlimen Ayer Hitam.
Tiba-tiba tiga lelaki menaiki kereta Proton Wira putih lalu di depan petugas berkenaan. Salah seorang daripadanya meluru keluar sebelum mengacukan parang ke leher salah seorang petugas wanita tersebut.
``Peragut terus merampas sampul surat berisi wang bersama tas tangan wanita itu sebelum melarikan diri tetapi tidak mencederakan kedua-dua petugas wanita itu.
``Kita dapat mengesan nombor kenderaan itu JED 1771 dan tengah hari tadi difahamkan mereka menghala ke Kota Tinggi,'' katanya di sini hari ini.
Samsol memberitahu, beliau sudah memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ahmad Latiffi Yaakob.
Jurucakap Balai Polis Ayer Hitam ketika dihubungi mengesahkan Samsol membuat laporan polis mengenai insiden tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon, tiga krew disyaki hisap ganja
Oleh Mona Ahmad
KOTA BHARU: Seorang pelakon wanita dan tiga krew sebuah syarikat produksi drama ditahan polis kerana disyaki menyalahguna dadah di sebuah rumah penginapan di Kubang Kerian, awal pagi semalam.
MALU: Pelakon
wanita ditahan
reman selama
enam hari.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, polis turut merampas dua bungkusan dipercayai ganja.
Ketua Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintendan Zaaba Budin, berkata pelakon itu yang juga bekas pengacara rancangan hiburan bercorak remaja dan tiga krew berkenaan, kini ditahan reman selama enam hari mulai semalam.
Pelakon berusia 24 tahun itu dikatakan berada di negeri ini bagi menjalani penggambaran drama bersiri sejak awal Ramadan.
Zaaba berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda. |
|
|
|
|
|
|
|
Hasrat bawa keluarga pulang tidak kesampaian
TAIPING: Anggota polis berpangkat lans koperal yang koma selepas dipercayai dipukul di kepala, dua hari lalu, berhasrat membawa pulang keluarganya ke Kuala Muda, Kedah, untuk menguruskan perpindahan keluarganya ke sini, selepas menyambut Aidilfitri di rumah bapanya.
Isterinya, Norhaliza Mohd Salleh, 39, berkata suaminya, Tajul Ariffin Mohd Yusof, 50, keluar dari rumah bapanya, Mohd Yusof Putih, 79, di Kampung Pinang, Kamunting, dekat sini, dengan menaiki kereta untuk mengeluarkan wang di sebuah bank bagi urusan perpindahan itu, pada jam 9 malam, Ahad lalu.
Malah, kira-kira jam 10.15 malam iaitu sebelum dia diserang, beliau sempat mengirim mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan jadual tugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Larut, Matang dan Selama (LMS) selama enam jam mulai jam 1 pagi.
"Ketika keluar rumah, dia beritahu mahu mengeluarkan wang di bank dan akan menggunakannya untuk menghantar saya dan anak-anak pulang ke Kuala Muda pada jam 9 pagi, kelmarin, bagi urusan berpindah ke Taiping.
"Saya dan anak, Mohd Izat, 4; Nor Azilah, 10; Mohd Alif, 13, dan Nor Syuhada, 15, tinggal di Kedah dan pulang ke Kamunting sempena Aidilfitri manakala suami saya tinggal bersama bapanya sejak bertukar dari IPD Kuala Muda, Ogos lalu," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Norhaliza berkata, beliau cuba menghubungi telefon bimbit suaminya pada jam 9.30 pagi tetapi tiada sebarang jawapan.
Katanya, beliau amat terkejut apabila dimaklumkan kejadian menimpa suaminya setengah jam kemudian dan percaya suaminya dirompak kerana wang di dalam dompet serta telefon bimbitnya hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita bunuh anak dibebas
IPOH: Seorang wanita yang dituduh membunuh anak kandungnya berusia 2 tahun setengah terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan tertuduh dibebaskan kerana tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Azman Husin ketika membacakan keputusannya mengarahkan tertuduh, Foong Sau Peng, 25, ditahan untuk rawatan pemulihan psikiatri di Hospital Bahagian Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, dekat sini.
Foong dituduh melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian Wong Jun Huan yang dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Wong ditemui mati di atas katil bersebelahan ibunya, di rumah mereka di Taman Ipoh Selatan dengan kedua-dua pergelangan tangannya dipotong.
Ketika keputusan dibacakan, tertuduh hanya berdiri diam tanpa menunjukkan sebarang reaksi.
Tertuduh dibawa terus ke hospital bahagia semalam.
Mohd Azman berkata, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan kematian anaknya tetapi mahkamah juga mendapati tertuduh tidak siuman ketika kejadian.
"Mahkamah membebaskan tertuduh dan mengarahkan ditahan mengikut Seksyen 348 Kanun Keseksaan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Bahagia Hulu Kinta," katanya.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusuff, manakala tertuduh diwakili peguam Kerpal Singh.
Kerpal dalam hujah pembelaannya berkata, keterangan Pakar Psikiatri Forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh mengesahkan tertuduh menghidap `skizofrenia' ketika kejadian.
"Dr Rabaiah mengatakan dia (tertuduh) tidak waras dan tidak sedar bahawa perbuatannya salah di sisi undang-undang, |
|
|
|
|
|
|
|
Tukang jahit maut diragut dua lelaki
IPOH 14 Dis. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku lagi apabila seorang tukang jahit, Chang Poh Wan, 29, menemui ajal akibat terjatuh daripada motosikal setelah beg tangannya diragut di Batu 10, Jalan Jelapang-Chemor, di sini petang semalam.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia di Hospital Ipoh pada pukul 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Che Sab Hanafiah berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang, wanita yang masih bujang itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Kuang, Chemor di sini.
Katanya, tiba-tiba muncul dua lelaki yang menaiki motosikal, meragut beg tangan mangsa menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah di kepala.
``Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan oleh orang ramai ke hospital dan disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 7 malam, selepas kira-kira lima jam bertarung nyawa,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, polis segera melancarkan operasi mengesan suspek dan menahan dua pemuda berusia 19 dan 37 tahun untuk membantu siasatan.
Che Sab berkata, suspek pertama berusia 19 tahun merupakan seorang pekerja kilang, manakala rakannya adalah seorang penganggur.
``Kedua-dua mereka ditahan di sebuah rumah di Kampung Sri Klebang pada pukul 11.45 malam tadi dan sudah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut pagi ini.
``Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Jamaluddin Osman di talian 019-2336003,'' katanya.
Beliau berkata, insiden malang menimpa Poh Wan merupakan kes ragut pertama melibatkan kematian dilaporkan berlaku di Perak pada tahun ini.
Sementara itu, ibu mangsa, Yap Kim Fong ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini memberitahu, kehidupan sehariannya banyak bergantung kepada Poh Wan yang tinggal serumah dengannya.
``Poh Wan merupakan anak perempuan tunggal saya, abang sulungnya yang sudah berkahwin tinggal di United Kingdom manakala adik bongsunya bekerja di Singapura.
``Saya pula tidak bekerja kerana menderita sakit tua dan darah tinggi. Selama ini, saya dijaga oleh Poh Wan, dia baik,'' katanya.
Menurut Kim Fong, anaknya yang menghidap penyakit thalasemia bekerja menjahit baju di rumah sendiri dan terpaksa berulang-alik ke hospital mendapatkan ubat bagi merawat penyakitnya.
``Biarpun dia sendiri sakit tetapi Poh Wan tidak pernah mengabaikan saya. Dialah yang bersusah payah mencari duit untuk menampung perbelanjaan seharian, mengemas rumah dan memasak,'' katanya.
Diminta menceritakan perwatakan anak gadis kesayangannya itu, Kim Fong berkata, Poh Wan seorang anak periang dan gemar bersiar-siar pada masa lapang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakitangan JPJ diserang
Lima lelaki ugut penguat kuasa dengan parang ketika periksa lori
IPOH: Lima lelaki bersenjatakan parang menyerang empat kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memeriksa sebuah lori dipercayai memuatkan arang batu berlebihan yang ditinggalkan tepi jalan di Pusing dekat sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, keempat-empat kakitangan JPJ itu berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke Balai Polis Pusing yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada jam 9.40 malam.
Ketua Polis Perak, Datuk Zainal Mohd Tahir, berkata polis sudah menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit untuk membantu siasatan.
揕elaki itu direman hari ini bagi membantu siasatan. Setakat ini, polis belum menemui senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
揝iasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah, |
|
|
|
|
|
|
|
hehe naik balik topik kesayangan mike nih yer gadis... |
|
|
|
|
|
|
|
Penjara 20 tahun dikekal
Oleh Rasheffa Abdul Rashid
IPOH: Mahkamah Tinggi semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang lelaki tua 71 tahun bagi kesalahan merogol dan meliwat seorang kanak-kanak.
Abdul Rahman Mat, yang berasal dari Tanjung Rambutan dekat sini, menghadapi dua tuduhan merogol dan dua tuduhan meliwat seorang kanak-kanak berusia 12 tahun antara Jun hingga Ogos 2004.
Dia yang ditahan pada 22 Ogos 2004 mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu.
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan merogol pada 17 September 2004 dan penjara 20 tahun bagi kesalahan meliwat pada 6 April tahun lalu. Kedua-dua hukuman berjalan serentak.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengekalkan keputusan itu apabila pihak pendakwaan menarik balik rayuan supaya hukuman itu dijalankan secara berasingan berikutan jenayah yang dilakukan tertuduh adalah berat.
Beliau membatalkan rayuan itu dan mengekalkan keputusan awal.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Badariah Mohd Yusof memberitahu mahkamah, selepas mengkaji semula penghakiman Mahkamah Sesyen, pihaknya mendapati keputusan itu dibuat berdasarkan usia tertuduh.
"Saya tidak berhasrat untuk meneruskan rayuan yang dibuat memandangkan tertuduh sudah berusia 71 tahun sekarang. Dia berusia 69 tahun ketika melakukan kesalahan itu, |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|