|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: OUR HAPPY PLACE, THIS IS US
[Copy link]
|
|
Program Biasiswa Al-Falah Madani tidak terhad kepada orang Islam
Mohd Na’im bersama penerima biasiswa pada Majlis Penyampaian Biasiswa Al-Falah Madani di bawah produk MYWAQAFPTPTN di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
KUALA LUMPUR: Yayasan Waqaf Malaysia menyediakan sebanyak RM900,070 biasiswa untuk diberikan kepada 70 pelajar dalam kalangan B40 dan M40 bagi melanjutkan pengajian di peringkat diploma. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata biasiswa di bawah Program Biasiswa Al-Falah Madani itu adalah lambang komitmen pihaknya dalam mengangkat nilai wakaf sebagai pemangkin pendidikan negara. Mohd Na'im yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia, memaklumkan biasiswa itu juga adalah program dibawah salah satu produk myWaqafPTPTN. "Selain mahasiswa dari keluarga asnaf yang disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri, penerima manfaat program ini juga adalah terdiri daripada mahasiswa keluarga B40 dan M40, yang tidak terhad kepada beragama Islam sahaja.
"Di sinilah kita dapat melihat betapa indahnya wakaf, apabila manfaatnya boleh dinikmati oleh masyarakat. "Kepada mahasiswa yang menerima manfaat Biasiswa Al-Falah Madani ini. Hari ini anda bukan sekadar penerima bantuan, tetapi juga membawa amanah pewakaf dan penyumbang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Biasiswa Al-Falah Madani, hari ini. Mohd Nai'im berkata penerima biasiswa itu perlu memperoleh kejayaan sebagai balasan kepada setiap sen dan kepercayaan yang diberikan oleh penyumbang. "Gunakan peluang ini untuk mencipta masa depan yang cemerlang, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga, masyarakat dan negara. "Jadikan biasiswa ini sebagai batu loncatan untuk melakar kejayaan yang membanggakan. Ingatlah, ilmu yang diperoleh dengan keberkatan akan membawa manfaat yang jauh lebih besar daripada yang kita bayangkan," katanya. Sementara itu, penerima biasiswa, Kalvindra Cuandramohan@Kasava, 18, meluahkan rasa syukur dengan pemberian biasiswa berkenaan kerana ia dapat menampung pengajiannya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). "Ibu bapa saya mendapat maklumat mengenai biasiswa ini daripada aplikasi WhatsApp, jadi mereka minta saya memohon. "Saya tidak sangka dipilih sebagai penerima dan sangat berterima kasih kepada pihak berkaitan kerana dengan biasiswa ini, ia sangat membantu pelajar yang kurang berkemampuan seperti saya," katanya yang mengambil jurusan Pengurusan Logistik di UPNM. Seorang lagi penerima, Alyaa Afifah, 18, berkata ketika menerima maklumat bahawa dirinya diterima, beliau tidak mempercayainya dan menganggap ia sebagai cubaan penipuan atas talian. "Mereka pada mulanya hanya menghantar pesanan ringkas kepada saya, jadi saya tidak percaya kerana ingatkan ia 'scam'. "Tapi apabila pihak berkenaan menghubungi dan menerangkan secara lanjut mengenai biasiswa ini, barulah saya percaya. "Saya sangat bersyukur kerana biasiswa ini dapat bantu saya ketika pengajian kerana keluarga saya bukannya dari golongan yang senang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334712/program-biasiswa-al-falah-madani-tidak-terhad-kepada-orang-islam
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah mok2 tapi tak sedor diri |
|
|
|
|
|
|
|
Kos haji masih belum dimuktamadkan - Mohd Na'im
Kaunter urusan Tabung Haji di Menara TH, Kuala Lumpur. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Penetapan sama ada kos bagi mengerjakan haji meningkat atau kekal akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. Beliau berkata, buat masa ini, ia belum dimuktamadkan kerana masih dalam perbincangan.
"Kita masih lagi dalam peringkat akhir perbincangan dan bila ia sudah dimuktamadkan, perkara itu akan dibawa kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Kita kini sedang dapatkan tarikh untuk bertemu (Anwar), kemudian beliau akan beri pandangan dan jika ia dipersetujui barulah kita akan umumkan (mengenai kos haji). "Selepas itu, bila pengumuman kos haji sudah dibuat, kita akan mulakan agih surat pada mereka yang layak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Biasiswa Al-Falah Madani, hari ini. Ogos lalu, Na'im mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di Kuala Lumpur dan membincangkan mengenai pelbagai perkara termasuk berkaitan kuota dan kos mengerjakan haji. Dalam pertemuan itu, Mohd Na'im turut menyatakan hasrat untuk menambah kuota haji negara ini berbanding diperuntukkan pada tahun lalu sebanyak 31,600 orang.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334692/kos-haji-masih-belum-dimuktamadkan-mohd-naim
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohamad adakan lawatan lima hari ke Arab Saudi bermula esok
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi bermula esok hingga Sabtu ini bagi menghadiri mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC). Kementerian Luar dalam kenyataan, berkata Mohamad akan mempengerusikan mesyuarat itu bersama rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud. SMCC adalah mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama dan bertindak sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara dalam lapan bidang utama iaitu politik, keselamatan, pertahanan, perdagangan serta pelaburan, tenaga dan alam sekitar, hal ehwal Islam, pendidikan serta sosiobudaya. Kedua-dua menteri juga dijadual menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) iaitu mengenai kerjasama dalam bidang pembangunan sosial dan MoU mengenai pengecualian visa untuk lawatan jangka pendek kepada pemegang pasport diplomatik dan rasmi atau khas.
Mohamad juga akan terbabit dalam perbincangan peringkat tinggi dengan menteri Arab Saudi yang lain, termasuk Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif bin Abdulaziz dan Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfig bin Fazwan Al-Rabiah untuk membincangkan perkara saling berkepentingan serta meneroka bidang kerjasama baharu, dengan penekanan khusus terhadap sektor utama seperti keselamatan, visa, umrah dan haji serta kesalinghubungan. "Lawatan ini mempamerkan komitmen berterusan Malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan dan mengukuhkan kerjasama dengan Arab Saudi dalam pelbagai sektor untuk kepentingan kedua-dua negara," kata kenyataan itu. Malaysia adalah rakan dagang terbesar Arab Saudi dalam kalangan negara anggota ASEAN dan yang ketujuh terbesar di dunia. Pada 2023, Arab Saudi menjadi rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Barat dengan jumlah dagangan bernilai RM50.52 bilion (AS$11.06 bilion). Dari Januari hingga Ogos 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dan Arab Saudi bernilai RM30.09 bilion (AS$6.43 bilion). – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334694/mohamad-adakan-lawatan-lima-hari-ke-arab-saudi-bermula-esok
|
|
|
|
|
|
|
|
Dewan Rakyat lulus RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2024
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2024 yang antara lain memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia. Pindaan terhadap Akta Profesion Undang-Undang 1976 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 10 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan RUU berkenaan bagi bacaan kali kedua berkata melalui kuasa itu, Ketua Audit Negara dapat menjalankan audit secara berkala, memastikan semua transaksi kewangan dijalankan dengan betul dan mengikut prosedur ditetapkan. "Langkah ini amat penting untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan lembaga terbabit, sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem perundangan," katanya.
Beliau berkata, pindaan itu juga membenarkan penubuhan firma guaman sebagai perkongsian liabiliti terhad selaras dengan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Selain itu, pindaan turut membenarkan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam menubuhkan satu atau dua cawangan dalam mana-mana negeri di luar pejabat utama. Azalina berkata pindaan akta itu penting dalam memastikan profesion undang-undang di Malaysia kekal relevan, berdaya saing dan terus maju seiring dengan perkembangan semasa.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334704/dewan-rakyat-lulus-ruu-profesion-undang-undang-pindaan-2024
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap ke tiramisu kiwi tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
ke salah orang |
|
|
|
|
|
|
|
nuki12 replied at 9-12-2024 05:12 PM
sedap ke tiramisu kiwi tu?
Tiramisu kiwi ka???? Oh tidakkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya tiramisu
|
|
|
|
|
|
|
|
masuk masuk nampak tiramisu |
|
|
|
|
|
|
|
Doktor gigi rugi RM269,000 diperdaya scammer
Gambar hiasan
BESUT – Gara-gara terperdaya dengan sindiket penipuan kononnya nombor telefonnya digunakan untuk aktiviti penipuan, seorang doktor gigi kerugian RM269,000. Selain wang simpanan, sebahagian kerugian tersebut merupakan pinjaman bank yang dibuat mangsa yang merupakan wanita berusia 26 tahun. Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md. Sani Md. Salleh berkata, pada mulanya, doktor gigi itu menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa kononnya daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) pada pukul 12 tengah hari, 12 Oktober lalu. “Mangsa terkejut apabila dimaklumkan kononnya nombor telefonnya telah digunakan untuk tujuan penipuan di sekitar Kuantan, Pahang sebelum panggilannya disambung pula kepada individu lain kononnya pegawai polis. “Dia kemudiannya didakwa kononnya disyaki sebagai keldai akaun dengan akaun banknya terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram,” katanya di sini hari ini. Md. Sani berkata, biarpun menafikan dakwaan itu, wanita tersebut mendakwa telah diarahkan suspek untuk membuat laporan polis secara atas talian. Tambah beliau, doktor gigi berkenaan juga diarahkan memasukkan wang RM269,000 ke dalam sembilan akuan bank berasingan kononnya sebagai jaminan bagi menyelesaikan kes. “Mangsa yang terperdaya telah menurut arahan suspek menerusi 15 transaksi ke dalam akaun bank berkenaan. “Dia akhirnya menyedari tertipu sebelum membuat laporan polis. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/09/doktor-gigi-rugi-rm269000-diperdaya-scammer/
|
|
|
|
|
|
|
|
innocent until proven guilty |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|