View: 26906|Reply: 296
|
[Tempatan]
lelaki malaysia pilih perempuan dari negeri utara!#185 ramai call agensi!
[Copy link]
|
|
Edited by TuntungReturn at 16-7-2016 01:12 PM
Ada apa dengan wanita Utara?
14 Julai 2016 3:42 PM
Drama Mok Cun Zainudin Mad Jaafar
KUALA LUMPUR 14 Julai - Populariti wanita dari Utara Semenanjung Malaysia sebagai calon isteri pilihan lelaki Malaysia tiba-tiba hangat diperkatakan.
Semuanya gara-gara laporan fokus Utusan Malaysia baru-baru ini menyebut wanita dari negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menjadi pilihan lelaki Malaysia untuk disunting menjadi isteri.
Wartawan, Syukri Shaari melaporkan, Pengurus Agensi Jodoh, Zainudin Mad Jaafar yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun menguruskan perniagaan mencari jodoh, mengakui bahawa wanita dari negeri-negeri utara lebih dicari lelaki berbanding wanita dari negeri lain.
“Saya pun tidak pasti apa keistimewaan wanita dari utara, tetapi berdasarkan pengalaman saya, lelaki banyak memilih wanita dari sana.
“Mungkin ada keistimewaan atau ciri-ciri tertentu yang diidamkan lelaki pada wanita-wanita dari negeri-negeri berkenaan,” kata Zainudin.
Justeru, ada apa dengan wanita dari utara sehingga mencetuskan tarikan terhadap lelaki dari negeri-negeri lain untuk disunting menjadi suri rumah?
“Ramai yang sangka wanita utara ini mulut kasar, tetapi mereka tidak boleh dinilai dengan hati dan perasaan,” kata seorang pelayar, Siti Hajar Long dalam ruangan komen di Facebook Utusan Online.
Mungkin ada benarnya. Perkataan yang keluar dari mulut wanita utara serta tingkah laku mereka dikatakan agak kasar. Namun dari segi lain, ramai yang menyifatkan wanita dari utara selain cantik, bijak dalam menguruskan suami dan keluarga.
Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Zakuan Adha Abd. Razak yang memperisterikan wanita utara iaitu pelakon, Ayu Raudhah yang berasal dari Alor Setar menjelaskan, wanita utara lemah lembut, pandai memasak dan menjaga hati mertua.
“Wanita utara ini memang pandai memasak dan bijak ambil hati. Kalau cakap pasal kecantikan, itu satu bonus,” jelas Zaquan Adha.
Sementara suami kepada pelakon Almy Nadia yang berasal dari Pulau Pinang, Fizz Fairuz juga bersetuju kebanyakan wanita utara pandai memasak dan menjaga hal rumah tangga dengan baik.
“Mana-mana negeri pun saya rasa sama sahaja. Cuma mungkin kelebihan yang ada mereka pandai masak. Seperti isteri saya, cakap sahaja, semua dia tahu masak.
“Lagipun wanita utara ini cantik-cantik. Tapi, seperti saya cakap, ini semua jodoh,” kata Fizz Fairuz yang juga seorang pelakon.
Selain cantik, pandai memasak dan pandai menguruskan rumah tangga, wanita utara juga dikatakan mempunyai sifat humor dan boleh bergurau.
“Wanita utara ini kelakar. Mereka kalau marah atau membebel, keluar semua bahasa dalam loghat utara yang kadang-kadang saya tidak pernah dengar,” kata suami pelakon Faezah Elai, Heykal Hanifah yang juga seorang pengarah drama.
Dalam pada itu, Pensyarah Program Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Sabasiah Husin berkata, wanita utara mempuntai karakter berdikari selain rajin bekerja dan mencari rezeki.
“Apa yang saya lihat, kalau mahu melangsungkan perkahwinan di utara lebih mudah. Tidak banyak ragamnya, tidak terlalu banyak prosedurnya,” kata Sabasiah.
Manakala Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datin Noor Aziah Mohd. Awal pula berpendapat wanita utara sebagai kumpulan yang boleh dibawa berunding dan berbincang.
“Mereka juga tidak terlalu terikat dengan adat tertentu seperti yang ada di beberapa negeri lain. Ini mungkin menyebabkan lelaki lebih selesa untuk menjadikan mereka sebagai isteri,” kata Noor Aziah.
Namun tidak dinafikan ‘populariti’ wanita utara sehingga ‘dicari-cari’ turut dibantu oleh drama-drama popular di kaca televisyen seperti Kiah Perkasam dan Mok Cun.
Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Prof. Madya Dr. Huzili Hussin berkata, kekuatan drama tersebut menyebabkan pelakon utama iaitu Rozita Che Wan dan Erma Fatimah menjadi ikon wanita utara bagi masyarakat.
“Ditambah pula dengan pengaruh media seperti drama-drama oleh pelakon terkenal sehingga di mana-mana orang tidak kekok menggunakan bahawa utara seperti hang (awak),” kata Dr. Huzili.
Namun persoalannya, adakah dengan peningkatan polulariti ini, nilai hantaran wanita utara juga bakal melonjak? - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/a ... thash.KOXW69Q3.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-7-2016 04:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
perempuan utara pandai sembang, pandai amik ati mak mertua. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn dapat yg mcm Rita royani sudahhhh.......makannn tak habisssss kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
tp kulit orang utara ni karat sikit banding orang selatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah orang perempuan utara kalau dah menjejak kaki ke KL atau selatan dah mula tukaq loghat KL.. Naik menyampah/meluat aku bila sama2 utara pon nak cakap KL.. |
|
|
|
|
|
|
|
zakuan yg komen? aidil taknak komen? rita dulu pun orang utagha jugekk |
|
|
|
|
|
|
|
contoh yg di bagi semua jenis x semenggah..
patut pon ada sorang minah kt twitter kena bash sbb dia kata kalau dia jd lelaki dia xnk kawen ngan minah utara..hingaq mcm petir mulut depa. kata dia lah...aku mcm nk agree bab hingaq tu..hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon minat pompuan Utara |
|
|
|
|
|
|
|
mokcikKSKB replied at 14-7-2016 08:45 AM
contoh yg di bagi semua jenis x semenggah..
patut pon ada sorang minah kt twitter kena bash sbb ...
Tapi mokcik lelaki memula memang la suka yang senyap dan pemalu.lepas kawin point2 tu la yang derang suka komplen kat gf2 derang.bini i senyap lah xreti sembang i xboleh nak diskusi pun dengan dia.Gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
mokcikKSKB replied at 14-7-2016 04:45 PM
contoh yg di bagi semua jenis x semenggah..
patut pon ada sorang minah kt twitter kena bash sbb ...
Hinyaq tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Streotype Orang utara....pembersih, rajin, kuat kerja, tak kenegerian sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke orang utara ni ketagaq ?
|
|
|
|
|
|
|
|
ahaha...kalau nk menggatal bini bechok pon jd masalah bam ghost...
tp mmg belah utara jenis hingaq sket. tp hati baik...ni depa katalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandai sembang sangat pun susah jugak, kaki sembang lebat, kuat bodek kaki ampu, pastu kat belakang kuat ngumpat...
p/s: aku xmaksudkan pompuan utara, aku maksudkan mana2 negeri pun ada yg macam tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenegerian sangat.. Kalau bawa balik KL, Selangor terus lupa asal usul dr Kedah.
Rajin dan Kuat kerja sampai minum ayaq ketum.
Pembersih....Sebab tu mulut diorg riuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom replied at 14-7-2016 04:46 PM
Aku pon minat pompuan Utara
Biseknya uol. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 14-7-2016 04:54 PM
Biseknya uol.
Malam2 bergayut dengan mamat kedah... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-7-2016 04:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
| |
|