CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 16-2-2006 08:23 AM | Show all posts
Originally posted by sepaileman at 8-2-2006 01:12 PM
hehe naik balik topik kesayangan mike nih yer gadis...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2006 08:34 AM | Show all posts
Edisi Utara: Ditoreh suami kerana SMS

GEORGETOWN: Seorang suami mengamuk lalu menikam isterinya dengan sebilah pisau dipercayai cemburu apabila mengetahui mangsa sering menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lelaki.

Difahamkan, kejadian itu hanya terbongkar apabila mangsa berusia 30 tahun menceritakan bahawa dia ditikam serta ditoreh dengan pisau kepada doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang merawatnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Hamzah Md Jamil, berkata kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Tanjong Tokong, di sini, kira-kira jam 4 pagi kelmarin.

Beliau berkata, kejadian itu adalah kali pertama dilaporkan berlaku di daerah ini tahun ini dan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di pipi kiri, telinga serta dada selain ditoreh pada muka.

揝ebelum kejadian itu, pasangan suami isteri terbabit bergaduh kerana suspek cemburu dengan mangsa yang selalu menerima SMS daripada seorang lelaki yang tidak dikenali.

揂kibat itu, lelaki terbabit mengamuk menyebabkan mangsa cedera akibat ditikam dengan pisau sebelum dihantar ke HPP sebelum dimasukkan ke wad C11 untuk rawatan lanjut,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2006 08:35 AM | Show all posts
Edisi KL: Perancangan rapi wanita mangsa culik

KUALA LUMPUR: Wanita yang mendakwa 慸iculik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2006 08:29 AM | Show all posts
Kuih Pau perangkap 2 peragut


KAMPAR: Dua peragut yang melakukan jenayah secara berterusan akhirnya terperangkap ketika terbabit dalam satu percubaan mencuri kuih pau yang nilainya tidak seberapa daripada seorang wanita tua di kawasan pasar di Kampar, di sini, Selasa lalu.

Polis berjaya menahan kedua-dua lelaki berusia 31 tahun itu selepas mendapat maklumat berhubung tiga kejadian ragut membabitkan mereka di sekitar Kampar sehari sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Fawzi Arshad, berkata polis bertindak pantas mengesan dan memberkas kedua-dua lelaki itu ketika mereka terbabit dalam kejadian melarikan kuih pau daripada seorang wanita tua di kawasan pasar itu kira-kira jam 10 pagi.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas beberapa barangan seperti sebuah motosikal, dua telefon bimbit, beg dan beberapa dokumen daripada kedua-dua lelaki itu yang dipercayai milik mangsa.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menjumpai wang tunai RM200 yang dilaporkan dicuri mereka kerana dipercayai sudah habis dibelanjakan.

揔edua-dua lelaki itu berasal dari Mambang Diawan, dekat sini. Seorang daripada mereka dikatakan bekerja di Kuala Lumpur dan pulang ke daerah ini untuk menyambut Tahun Baru Cina.

揝ebelum terbabit dalam kes ragut kuih pau di kawasan pasar Kampar itu, mereka terbabit dalam tiga kes ragut sehari sebelumnya membabitkan tiga pelajar perempuan iaitu seorang berusia 16 tahun manakala dua berusia 18 tahun di Bandar Baru Kampar dan Jalan Idris, di sini di antara jam 7.27 hingga 11.40 malam.

揔edua-dua lelaki itu kini ditahan reman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan berhubung kes itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 02:22 PM | Show all posts
Edisi Utara: 4 mangsa dera bapa


BALING: Hanya kerana keluar membeli burger di gerai berdekatan rumah, empat beradik mendakwa dipukul dengan teruk oleh bapa kandung mereka sehingga menyebabkan kecederaan serius di beberapa bahagian badan.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech), dekat Kulim, kira-kira jam 6.30 petang Isnin lalu, ketika dua daripada kanak-kanak itu yang lapar keluar membeli burger tanpa pengetahuan bapa dan ibu tiri mereka.

Bapa mereka yang berusia 41 tahun dikatakan berang dan terus memukul dua lagi anaknya yang berusia 12 dan 14 tahun apabila mendapati dua adik mereka yang berusia 11 dan tujuh tahun tiada ketika dia pulang ke rumah.

Norhafiz Basri Mohd Basri, 12, berkata, bapanya memukul dia dan abangnya, Noriduan, 14, dengan rotan yang dikembar tiga.

Katanya, selepas adik perempuannya, Siti Intan Norbaya, 11, dan adik bongsunya, Mohd Azamudin, 7, pulang daripada membeli burger, mereka turut dipukul sambil diperhatikan ibu tiri berusia 40-an.

揂yah memukul saya di kepala dan punggung manakala abang (Noriduan) dipukul di betis, punggung dan tangan.

揑ntan (Siti Intan Norbaya) pula ditarik rambut masuk ke dalam bilik dan dipukul di belakang badan serta dipijak di muka dan diketuk di kepala, manakala Azamudin dihentak kepalanya pada dinding selain ditendang,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 02:22 PM | Show all posts
Edisi Tengah : Pil gadis putus cinta


MELAKA: Penyalahgunaan pil penenang jenis 慸omi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2006 08:20 AM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Rogol budak lepas beri arak

Oleh Meor Riduwan Ahmad
[email protected]

KLANG: Seorang pekerja kilang minyak sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun yang mabuk akibat diberikan minuman keras, di sebuah jambatan, 26 Februari lalu.



Mohd Hamyrool Azmy Abd Hamid didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 3 pagi hingga 6.30 pagi di Jalan Kampung Johan Setia.

Pendakwaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh berusia 21 tahun itu, mulanya mengaku salah sejurus selepas pertuduhan itu dibacakan, namun menukar pengakuan apabila jurubahasa menjelaskan sebab dan akibat pengakuan bersalah itu.

Dia tidak mengaku bersalah merogol mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya, Md Azar Irwan Mohd Ariffin membantah jaminan diberikan kepada tertuduh dengan alasan kesalahan mengikut Seksyen 376, tuduhan adalah serius dan membawa hukuman penjara yang panjang.

Menurutnya, pihak pendakwa bimbang sekiranya tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin, dia mungkin tidak hadir untuk perbicaraan kes itu.

揝elain itu, tertuduh dan mangsa tinggal dalam satu daerah sama, dikhuatiri dia akan mengganggu mangsa yang juga saksi utama pendakwaan dalam kes ini. Justeru, pendakwa membantah sebarang jaminan terhadap tertuduh,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2006 09:43 AM | Show all posts
Edisi KL : 20 Pistol, ratusan peluru dirampas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mencatat kejayaan besar apabila merampas lebih 20 pistol dan beratus-ratus peluru dalam operasi membanteras kumpulan penjenayah di kalangan perompak dan sindiket curi kereta sejak Januari lalu.

Kejayaan dalam tempoh kurang tiga bulan pertama tahun ini membuktikan kecekapan polis ibu kota menangani kes jenayah berat membabitkan penggunaan senjata api.

Kebanyakan pistol yang dirampas itu membabitkan model Glock, Norinco Smith Wesson, Taurus, Baretta, Star 7.56mm, Llama, Colt dan Revolver.

Penjenayah terbabit dipercayai mendapat senjata api itu daripada sindiket tertentu yang diseludup melalui negara jiran.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah (gambar kanan), berkata kejayaan menumpaskan beberapa kumpulan penjenayah, sekali gus merampas pelbagai senjata api membuktikan pihaknya bersungguh-sungguh menurunkan kadar jenayah ke tahap minimum.

Menurut beliau, walaupun rampasan itu boleh dianggap satu kejayaan besar, masih banyak yang perlu dilakukan bagi memerangi jenayah membabitkan penggunaan senjata api.

Sehubungan itu, pihaknya sudah menubuhkan pasukan khas yang ditugaskan mengendali semua kes membabitkan senjata api.

揔ami dapati terdapat dua cara penjenayah mendapatkan pistol, sama ada membeli dari sindiket tertentu yang membawa masuk senjata api atau mereka sendiri pergi ke negara jiran untuk mendapatkannya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2006 09:44 AM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Hadapi 2 tuduhan rogol anak saudara


KLANG: Seorang lelaki tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan melakukan sumbang mahram membabitkan anak saudaranya yang menumpang rumahnya, pada 1999 dan 2001.



Bapa kepada dua anak berusia 51 tahun itu dituduh melakukan perbuatan terbabit di rumahnya di Jalan Masjid Lama, Banting, dekat sini, pada tengah malam, 1999.

Bagi tuduhan kedua, dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan sumbang mahram membabitkan mangsa berkenaan di tempat sama pada tengah malam pertengahan 2001.

Dia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa merogol mangsa yang berusia 10 tahun ketika kejadian dan dituduh mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam tahun hingga 20 tahun penjara dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Md Azar Irwan Mohd Ariffin membantah sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan dua tuduhan itu serius dan membawa hukuman penjara yang panjang dan sebatan.

Menurutnya, mangsa adalah anak saudara tertuduh yang kini berusia 16 dan masih bersekolah.

揧ang Arif, tertuduh mengetahui tempat tinggal mangsa. Pendakwa khuatir jika dia dibebaskan dengan ikat jamin, dia akan mengganggu mangsa,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2006 09:46 AM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Ibu hiba anak dipenjara 30 tahun 16 sebatan


MUAR: Seorang ibu tidak dapat menahan hiba apabila mendengar hukuman penjara 30 tahun dan 16 sebatan dijatuhi ke atas seorang lagi anaknya, yang mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol adik kandung berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.



Wanita berusia lingkungan lewat 50-an itu kelihatan menangis tersedu-sedu selepas Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menjatuhkan hukuman ke atas remaja berusia 19 tahun itu.

Remaja yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan bagi setiap pertuduhan. Hukuman dijalankan secara berturutan dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Pada 6 Mac lalu, mahkamah sama menjatuhi hukuman sama terhadap abang remaja berkenaan atas tuduhan sama yang dilakukan di rumah mereka di Jalan Abdul Rahman pada November 2004 dan 24 Januari lalu.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa merogol adiknya di sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, dekat sini, pada Mei 2005.

Manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di tempat sama pada 14 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Di kandang tertuduh, remaja berkenaan membuat rayuan bagi meringankan hukuman dengan alasan mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan mengaku salah terhadap perbuatannya.

Namun, ketika Hakim bertanya mengapa tertuduh merogol adiknya sendiri, tertuduh menjawab perbuatan itu dilakukan kerana tertekan selepas kematian bapanya pada Mei tahun lalu.

揔amu merogol adik sendiri kerana tertekan atas kematian bapa kamu, tidakkah kamu tahu perbuatan kamu itu menimbulkan masalah yang lebih besar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2006 09:47 AM | Show all posts
Samun: Penganggur dipenjara, 15 sebatan
PULAU PINANG 22 Mac - Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan dan sebatan 15 kali oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas lima tuduhan melakukan samun bersenjata di sekitar bahagian pulau sejak Disember tahun lalu.

Majistret Ainul Shahrin Mohamad memerintahkan Ooi Peng Sun, 37, dari Alor Star, Kedah dihukum penjara 12 bulan dan sebatan tiga kali bagi setiap pertuduhan yang didakwa terhadapnya.

Bagaimanapun, beliau memerintahkan hukuman penjara terhadap Peng Sun berjalan secara serentak mulai hari ini.

Mengikut tuduhan pertama, Peng Sun didakwa menyamun wang tunai RM160 milik kedai roti dan kek Grace Pastry pada kira-kira pukul 8 malam, 29 Disember tahun lalu di No.438, Jalan Penang di sini.

Beberapa hari kemudian, dia didakwa melakukan kesalahan serupa iaitu menyamun sebuah motosikal milik Lau Woon Hoe, 35, dan wang tunai RM150 milik Saw Hean Lee, 33, dengan bersenjatakan pisau di antara pukul 7 malam dan 9.45 malam, 11 Januari dan 15 Januari lalu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Southern Bank, Jalan Ria, Komtar dan kedai roti dan kek Grace Pastry, Jalan Penang di sini.

Peng Sun didakwa mengulangi kesalahan yang sama empat hari selepas itu dengan menyamun sebuah motosikal milik Wong Kean Leck, 21, dan sebuah telefon bimbit jenis Nokia 2100 milik Koay Hun Meng, 24.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di antara pukul 7.25 malam dan 7.30 malam, 19 Januari lalu di hadapan BSN, Jalan Macalister dan di Forever Love Bridal, Jalan Datuk Keramat di sini.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda serta sebatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2006 09:49 AM | Show all posts
Tujuh perompak penumpang kereta api diberkas
MELAKA 22 Mac - Polis menahan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 18 dan 23 tahun kerana dipercayai merompak seorang penumpang kereta api di Pulau Sebang dekat sini, hari ini.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan Khas Negeri, Deputi Supritendan Mansor Hussein berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.30 pagi ketika mangsa yang hanya dikenali sebagai Low, 22, seorang mekanik dari Alor Gajah tidur bersama rakannya dalam gerabak kosong kereta api yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

``Leher mangsa tiba-tiba dijerut dari belakang menggunakan seutas rantai oleh seorang lelaki yang mengarahkannya menyerahkan barang-barang berharga.

``Low kemudiannya menyerahkan wang tunai RM240 dan S$180 (RM410.50) kepada lelaki tersebut sebelum suspek melarikan diri bersama enam lagi rakannya,'' kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Menurut Mansor, mangsa kemudiannya berjaya menghubungi pegawai bertugas di stesen kereta api Tampin dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

``Pegawai tersebut kemudiannya menghubungi polis sebelum sepasukan anggota menahan kesemua suspek yang berasal dari Labis, Johor di stesen Tampin semasa kereta api berhenti di sana kira-kira pukul 5 pagi,'' jelas beliau.

Tambah Mansor, kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2006 08:30 AM | Show all posts
Tertuduh ada motif bunuh teman wanita


SHAH ALAM 27 Mac - Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini, seorang jurugambar polis berpangkat Lans Koperal yang menghadapi tuduhan membunuh Tengku Teh Susilawati Tengku Akhirat memang mempunyai motif untuk membunuh teman wanitanya itu dan keakraban hubungan mereka akan diperkukuhkan lagi oleh pihak pendakwaan menerusi keterangan ujian DNA.

Pendakwaan juga menegaskan akan memanggil ahli kimia untuk memberikan keterangan bahawa kesan air mani yang dijumpai pada calitan kemaluan vaginal swab Allahyarham Tengku Teh Susilawati adalah kepunyaan tertuduh Lans Koperal Abdul Halim Hasan.

Begitu juga dengan rambut yang ditemui pada seluar yang dipakai oleh mangsa, menyamai rambut tertuduh. Kesan tapak tangan (palm print) yang terdapat pada kotak televisyen juga adalah kepunyaan tertuduh.

Fakta-fakta tersebut dibentangkan oleh Ketua Unit Pendakwaan (KUP) Selangor, Salehuddin Saidin ketika membuka tirai pendakwaan kes Abdul Halim yang dituduh membunuh Tengku Teh Susilawati, 20, pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

``Allahyarham Tengku Teh Susilawati juga menerusi beberapa pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya turut mengadu bahawa dia telah dipukul dan didera malahan diugut akan dibunuh oleh tertuduh, disebabkan dia ada berkawan dengan lelaki lain,'' tegas Salehuddin.

Abdul Halim yang diwakili barisan empat peguam bela diketuai oleh Abdul Halim Yahya dibicarakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.

Tertuduh turut diwakili peguam K. Munjeet Singh, G. Subramaniam Nair dan Roy Angau Anak Datuk Gingkoi.

Pendakwaan pula dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dan Alfred Egih.

Mengikut laporan, mayat Allahyarham ditemui di dalam sebuah kotak televisyen jenama LG 29 inci berhampiran kediaman kakitangan Universiti Malaya dengan bajunya tersingkap hingga menampakkan buah dada dan mulut serta hidungnya yang berlumuran darah.

Kotak tersebut dijumpai di tepi Jalan 12/5, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini. Allahyarham dipercayai bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat landskap.

Abdul Halim, 50, didakwa telah membunuh Tengku Teh Susilawati di antara pukul 1.30 pagi dan 10.30 pagi, 6 Mei 2005, di kawasan perhentian bas, bertentangan stesen LRT Kelana Jaya dekat sini.

Tertuduh berasal dari Alor Star, Kedah dan telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pada perbicaraan hari pertama hari ini, tiga orang jurugambar polis memberi keterangan selaku saksi pendakwaan mengenai bahan bukti (kotak televisyen) termasuk bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perbicaraan bersambung esok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2006 08:31 AM | Show all posts
copy n paste dari Harian Metro

Mahkamah Majistret: Sebak dituduh bunuh isteri, tiga anak

JOHOR BAHRU: Perasaan sebak tidak dapat disembunyikan seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga anak, apabila tiba di perkarangan Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi, semalam.

Tertuduh, Mohd Zahari Embong, 36, dihadapkan ke mahkamah atas empat tuduhan membunuh isteri dan tiga anaknya, di rumah mereka di Taman Kota Masai, 11 Mac lalu.

Dia yang juga seorang kontraktor syarikat penghantaran tiba di perkarangan mahkamah memakai kemeja-T putih dan seluar hitam.

Bagaimanapun, lelaki itu mengawal perasaan dan tenang ketika tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, di hadapan Majistret Faizal Noor Hadi.

Mahkamah Majistret itu dipenuhi orang ramai terutama keluarga tertuduh yang dipercayai menunggu sejak jam 7 pagi dan turut sama mengikuti prosiding di mahkamah berkenaan.

Mahkamah tidak mengambil sebarang pengakuan tertuduh dan menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan bagi mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib manakala Mohd Zahari diwakili peguam bela, G Subramaniam Nair.

Mohd Zahari dituduh membunuh isterinya Mardziah Mansor, 32 tahun enam bulan, di rumah Nombor 80, Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai pada jam 7 malam hingga 8.40 malam, 11 Mac lalu.

Dia juga menghadapi tuduhan kedua, ketiga dan keempat membunuh anaknya Muhammad Zamrie, 6 tahun empat bulan; Muhammad Zairie, 2 tahun sembilan bulan dan Intan Zaharah, 1, pada tempat, tarikh dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sementara itu di luar mahkamah, Subramaniam berkata beliau akan menemui anak guamnya beberapa hari lagi bagi mendapat arahan lanjut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2006 08:25 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Padah jual klip video lucah

KUALA LUMPUR: Seorang penjual telefon bimbit didenda RM10,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah memiliki komputer riba dan cakera keras mengandungi 301 klip video lucah, minggu lalu.




Majistret Hamidah Mohd Deril menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Wai Siong, 23, yang didakwa memiliki komputer riba jenama Acer dan cakera keras luaran jenama Travelstar mengandungi klip video lucah yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di ruang legar tingkat bawah berhadapan kedai Padenia, Pertama Kompleks, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, jam 4 petang, 20 Mac lalu.

Lim dari Setapak di sini, didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, polis membuat pemeriksaan terhadap komputer riba milik Lim di kuanter jualan telefon bimbit selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti pengedaran, muat turun dan penjualan video klip lucah untuk telefon bimbit di situ.

Lim dalam rayuannya, memohon hukuman ringan kerana dia baru menamatkan pembelajarannya dan belum mempunyai pekerjaan tetap.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Zakwan Hafiz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2006 08:25 AM | Show all posts
Mahkamah Tinggi: Mangsa beritahu didera, diugut bunuh

SHAH ALAM: Tengku Teh Susilawati Tengku Akhirat, 20, yang mayatnya ditemui di dalam kotak televisyen, Mei tahun lalu, pernah menghantar beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya memaklumkan dia dipukul, didera dan diugut bunuh oleh teman lelakinya, seorang anggota polis kerana berkawan dengan lelaki lain.

Dalam ucapan pembukaannya pada hari pertama kes bunuh gadis itu di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin, berkata pihaknya akan mengemukakan keterangan bagi menunjukkan sebelum kematian mangsa, si mati ada menelefon kakaknya mengatakan, dia berkawan dengan seorang polis lelaki bekerja di Petaling Jaya.

Katanya, Abdul Halim Hassan, 49, didakwa membunuh Tengku Teh yang mayatnya ditemui di dalam kotak televisyen jenama LG 29 inci di tepi Jalan 12/5, Sea Park, Petaling Jaya, jam 10 pagi, 6 Mei tahun lalu.

揇alam membuktikan tertuduh bertanggungjawab dalam pembunuhan si mati, pendakwaan akan membawa keterangan menunjukkan tertuduh orang terakhir dilihat bersamanya, pada jam 11 malam, 5 Mei 2005 dan mempunyai motif membunuh si mati.

揓uga akan dikemukakan melalui saksi pendakwaan, berserta panggilan telefon antara tertuduh dengan si mati bagi menunjukkan tertuduh berkawan rapat sebelum kematiannya. Keterangan DNA akan mengesahkan lagi tahap hubungan mereka,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2006 10:30 AM | Show all posts
Murid tahun 6 pukul guru

KUALA LUMPUR: Seorang guru hanya berdiam diri apabila dipukul dengan kayu penyodok sampah oleh muridnya yang tiba-tiba ?aik angin? selepas didenda menulis sambil berdiri di sebuah sekolah kebangsaan di Taman Desa di sini, pagi kelmarin.

Murid tahun enam berusia 12 tahun itu dikatakan bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan hukuman dikenakan guru terbabit terhadapnya berikutan kesalahan tidak menyiapkan kerja rumah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.55 pagi sebaik guru terbabit memasuki kelas untuk mengajar.

Katanya, guru berusia 26 tahun itu cedera di tangan dan menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran sekolah berkenaan.

?ebaik memasuki kelas, guru berkenaan terus memeriksa kerja rumah yang diberikannya sebelum itu tetapi seorang daripada murid gagal menyiapkannya. Berikutan itu, guru itu mendenda murid terbabit dengan mengarahkannya menulis sambil berdiri.

?agaimanapun, ketika guru terbabit berjalan ke mejanya di depan kelas, tiba-tiba murid yang didenda itu mencapai sebatang kayu penyodok sampah dan memukulnya,? katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, guru berkenaan tidak bertindak balas sebaliknya hanya berdiam diri ketika diserang muridnya itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, murid berkenaan tidak hadir sekolah ketika guru itu memberi kerja rumah dan dia bukan sengaja tidak mahu menyiapkan tugasan yang diberikan.

?uru terbabit membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini selepas kejadian itu.

?olis akan mengambil keterangan murid itu untuk mengetahui punca sebenar kejadian,? katanya.

Mohd Dzuraidi berkata, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara.

Polis turut memuji sikap penyabar guru terbabit yang seharusnya dicontohi kerana bertindak mengikut undang-undang serta tidak bertindak balas mengikut perasaan terhadap muridnya itu.

Harian Metro cuba menghubungi guru terbabit semalam, untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian itu tetapi beliau enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyatakan kes berkenaan sudah selesai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2006 10:00 AM | Show all posts
Edisi KL : Indon larikan bayi


GOMBAK: Seorang wanita Indonesia pantas melarikan seorang bayi berusia setahun ketika bapanya membayar minuman di sebuah restoran di Taman Seri Gombak di sini, Ahad lalu.

Bayi itu, Mohamad Yazid dilarikan wanita terbabit selepas diminta menjaganya buat sementara oleh bapa bayi itu, Mohammad Muhayadin Jaybrah, 45.

Muhayadin berkata, dia langsung tidak menyangka wanita yang dikenalinya itu sanggup melarikan anak bongsunya.

Sehingga kini, dia dan isteri, Salasiah Wazi, 34, gagal menjejaki wanita itu dan anaknya walaupun mereka sudah mencari di sekitar kawasan berkenaan sejurus kejadian.

?aya membawa Mohamad Yazid dan anak sulung, Mohd Yassin, 4, ke restoran berkenaan untuk menghilangkan dahaga pada tengah hari Ahad lalu sebelum terserempak dengan wanita terbabit.

?ami kemudian berbual kira-kira sejam di restoran itu sebelum saya memintanya menjaga Mohamad Yazid sementara saya membayar minuman. Apabila menoleh ke belakang, saya terkejut apabila mendapati anak bongsu dan wanita terbabit sudah tiada di meja minum.

?anya Mohamad Yasin berada di situ tetapi dia kurang faham apa yang berlaku walaupun ditanya berkali-kali,? katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Muhayadin kemudian terus bertanyakan kepada pelanggan lain tetapi tiada seorang pun yang cam wanita terbabit, sebaliknya hanya memberitahu mereka nampak dia membawa bayi berkenaan keluar.

?erderau darah saya selepas gagal menemui wanita terbabit di sekitar restoran selain beberapa tempat di kawasan erhampiran.

?atutlah dia begitu gembira bermain-main dengan kedua-dua anak saya. Saya tidak sangka dia berniat buruk sehingga tergamak melarikan Mohamad Yazid,? katanya yang berasal dari Jalan Perdana, Cheras.

Muhayadin berkata, dia hairan tidak dapat mencari wanita itu sejurus kejadian walaupun baru lima minit anaknya dilarikan.

Bimbang kejadian buruk menimpa Mohamad Yazid, dia terus menghubungi isteri sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang Baru.

?uas saya mencari wanita terbabit di sekitar Gombak, Selayang dan kawasan lain dengan bantuan rakan dan anggota keluarga lain.

?agaimanapun, sehingga kini, kami masih gagal menemuinya. Hidup saya sekeluarga menjadi tidak keruan terkenangkan nasib Mohd Yazid di tangan wanita terbabit,? katanya yang juga seorang kontraktor.

Menurutnya, wanita Indonesia itu tidak menunjukkan sebarang sikap ganjil atau perbuatan mencurigakan sepanjang mereka mengenalinya sejak setahun lalu.

Sementara itu, Salasiah berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan suaminya anak kesayangan mereka dilarikan.



Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau melihat wanita terbabit bersama bayi malang itu boleh menghubungi Muhayadin atau Salasiah di talian 012-2342616, 012-2591271 atau 03-42966506.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengatakan wanita terbabit masih diburu.

?awalan keselamatan di beberapa pintu keluar utama sudah diketatkan untuk mengelakkan wanita terbabit meloloskan diri.

?ami turut berharap orang ramai memaklumkan sebarang pergerakan mencurigakan wanita warga asing yang membawa bayi kepada pihak berkuasa untuk memudahkan tindakan,? katanya enggan mengulas lanjut kerana kes dalam siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2006 10:00 AM | Show all posts
Sindiket curi motosikal besar tumpas


JOHOR BAHRU: Polis percaya dapat menumpaskan satu sindiket mencuri motosikal berkuasa tinggi selepas merampas pelbagai motosikal bernilai lebih RM400,000 dalam serbuan di Jalan Kebangsaan, Taman Universiti di sini, malam kelmarin.

Tiga lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu di sekitar bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu, turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Johari Yahya, berkata sepasukan polis yang bertindak hasil maklumat risikan menyerbu dua rumah yang disewa sindiket berkenaan di Jalan Kebangsaan, Taman Universiti.

Katanya, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui enam motosikal berkuasa tinggi yang mana setiap satu bernilai lebih RM80,000 serta dua motosikal berkuasa rendah yang disembunyikan di dalam beberapa bilik di rumah itu.

"Pemeriksaan awal mendapati empat motosikal berkuasa tinggi yang ditemui itu adalah milik warga Singapura yang dilaporkan hilang di sekitar bandar raya sebelum ini,? katanya di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis juga menemui sebuah Perodua Kenari, pelbagai barangan alat ganti motosikal serta projektor, radio kereta dan pelbagai dokumen yang disyaki turut dicuri sindiket berkenaan.

"Polis percaya ketiga-tiga lelaki yang ditahan turut terbabit dalam kegiatan ragut di sekitar bandar raya ini," katanya

Johari berkata, polis masih menyiasat untuk mengenal pasti orang tengah yang yang bertindak melupuskan barangan curi berkenaan.

Ketiga-tiga lelaki itu kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan akan didakwa mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri motosikal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2006 03:11 PM | Show all posts
Isteri terserempak suami rogol ibu saudara


KOTA BHARU: Seorang wanita mendakwa dirogol anak saudaranya ketika isteri lelaki terbabit keluar berniaga dalam kejadian di Kampung Kulim Hilir, Pasir Puteh, Rabu lalu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 25 tahun hanya membuat laporan di balai polis berdekatan, kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shafie Ismail, berkata mangsa membuat laporan dipercayai selepas didesak isteri lelaki terbabit yang terserempak mereka melakukan hubungan seks di rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, sebelum kejadian, isteri lelaki terbabit meninggalkan anak tunggalnya tidur bersama suaminya di rumahnya.

?angsa tinggal menumpang di rumah itu di bilik bersebelahan.

?angsa mendakwa ditarik ke bilik lelaki terbabit dan diarah menanggal pakaian sebelum dirogol.

?agaimanapun kejadian itu disedari isteri lelaki itu yang pulang dari berniaga dan terkejut melihat kejadian itu,? katanya di sini semalam.

Beliau berkata, berikutan itu isteri lelaki terbabit mendesak mangsa beberapa kali membuat laporan polis, sebelum meminta diceraikan suaminya.

Katanya, mangsa yang sudah bersuami tinggal di situ memandangkan suaminya bekerja di luar Kelantan.

?ebaik menerima laporan, polis menahan lelaki terbabit di rumahnya untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

?ika disabitkan kesalahan hukuman penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebat,? katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055599 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list