CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???

[Copy link]
Post time 27-4-2012 10:13 PM | Show all posts
Kau kena bawa sumber yang kau percaya untuk dibuat pertimbangan sewajarnya.... baru adil. Janganlah bawa sumber yang kau sendiri tak percaya for the sake of making CONFLICTING NEWS, then simply reject fatwa of Ulama!

Please... I feel you are a good person even though I don't know you, please be fair!mnm77 Post at 27-4-2012 12:39


Please be fair kapla hotak kau ..... kalau kau nak fair maka kau kena baca dan dengar pandangan dari berbagai2 pihak lah , bukan hanya dari pandangan yang kau setuju dan mahu percaya aje plak ! Aku lampirkan apa yang perlu aku lampirkan untuk buktikan apa yang aku perlu bukti kan . Kalau kau tak nak baca maka skip aje la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2012 10:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-4-2012 22:38

Tunjuk mai kat aku sepanjang sejarah dunia nan fana nih kerajaan manakah yang lakukan pembunuhan kemudian rekodkan aksi pembunuhan itu lalu upload ke internet untuk senang di cerca oleh masyarakat dunia dan untuk bagi bukti mudah agar dapat di adili oleh mahkamah antarabangsa kelak  .

Kerajaan Israel dan kerajaan Amerika pun tak pernah buat gitu padahal berapa banyak pembunuhan yang mereka dah lakukan ? Berapa banyak rakyat palestine yang dah di bunuh secara kejam oleh askar2 Israel... ada nampak satu video pun kat youtube yang memaparkan walau satu pun aksi2 pembunuhan2 tu ( aksi pembunuh tengah dok bunuh )? Kenapa tak dak ? Kenapa secara tiba2 berlambak2 video2 yang memaparkan aksi2 pembunuhan2 yang diclaimkan sebagai perbuatan kerajaan syria di youtube ? Buat apa kerajaan syria nak bagi bukti2 gitu plak ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 10:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-4-2012 23:03
semua ulama2 tu tipu belaka. yusuf qaradawi tu tipu belaka. ikhwan muslimin mesir tu pun tipu belaka.  video yg byk2 tu pun lakonan pura2 mati belaka. gambar2 berhala Assad tu pun make up artis belaka. tobby Post at 27-4-2012 11:44


Manusia mana pun boleh tertipu melainkan Nabi dan Rasul aje yang selamat selain dari tu semua boleh aje tertipu  , tak bermakna mereka menipu tapi mereka boleh tertipu . Syaitan cukup licik dalam agendanya menipu manusia .... dikala penduduk iraq bersorak ria kerana tumbangnya patung saddam , kemudian naiklah pulak kerajaan puppet di iraq yang mengamalkan sistem taghut tanpa patung dan rakyat iraq sampai sekarang masih lagi menderita seperti sebelum tumbangnya patung saddam tu .... adakah history akan berulang lagi di syria ? Tumbangnya patung assad membawa kepada naiknya satu kerajaan puppet tanpa patung tapi masih menyebabkan rakyat syria terus merana tak berkesudahan sama macam rakyat iraq ?

Tumbangnya patung batu tapi sayangnya patung berhala masih wujud di hati dalam bentuk ideology politik songsang, so apa yang nak di gembirakan sangat kalau yang naiknya kelak adalah sistem politik beracuankan ideology tajaan kerajaan Amerika dan Israel yang terang2 menyekutukan Allah  .
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 11:25 PM | Show all posts
Please be fair kapla hotak kau ..... kalau kau nak fair maka kau kena baca dan dengar pandangan dari berbagai2 pihak lah , bukan hanya dari pandangan yang kau setuju dan mahu percaya aje plak ! Aku lampirkan apa yang perlu aku lampirkan untuk buktikan apa yang aku perlu bukti kan . Kalau kau tak nak baca maka skip aje la.
blastoff Post at 27-4-2012 22:13


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Cara kau reply menunjukkan kau bukan cuba nak faham point yang saya bawa, nampaknya memang kau nak menang kan? Ambillah kesemua kemenangan kalau kau rasa dengan cara itu kau puas hati.

Bila saya cakap please be fair tu, merujuk kepada sumber yang kau bawa tapi KAU SENDIRI TAK PERCAYA. Kau nak baca sejuta pandangan dari berbagai pihak ka, apa ka, itu hak engkau.

Tapi kalau kau berhujjah guna sumber yang kau sendiri tak percaya, maksudnya kau nak timbulkan keraguan semata-mata TANPA kau tahu pun siapa betul siapa salah. Kau sendiri dah mengaku yang kau tak tahu siapa betul siapa salah, tapi kau EGO nak menang hujjah.

Saya cuba berhujjah dengan lembut, di awal thread. Kemudian saya masuk dengan agak keras. Dan berbalik lembut dalam page ni, tapi nampaknya EGO kau terlalu tinggi. Saya ada beberapa post dalam thread ni yang saya setuju dengan anda, dan saya nyatakan hal demikian, sebab saya tak berdendam dengan kau, personally no hard feeling.

Saya boleh jawab setiap post kau dan saya boleh cari banyak lagi kelemahan logik kau, tapi semua tu tak berguna jika niat saya untuk memburukkan kau semata-mata kerana mahu menang. Tentu kau cukup geram dengan saya sampai keluar KAPLA HOTAK KAU, sambil kau tak tangkap pun point sebenar saya. Kemarahan membara tu menampakkan ketidak-matangan berhujjah!

Apabila saya 'lembutkan' reply saya dalam beberapa post sebelum ni, saya ingin lihat bagaimana reaksi kau bila saya ajak bangun malam, bertahajjud mohon petunjuk dari Allah.

Namun petunjuk yang kau beri, semakin kesat kata-kata kau yang kononnya kau ni seorang yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadith, sambil guna kehebatan akal kau dalam memperlekehkan orang lain....

Saya tak pasti kau ni lelaki ke perempuan ke? Mungkin kau ni perempuan yang tak suci ketika ini dan tak boleh bertahajjud, sambil emosi terganggu... saya tak pasti. Sila anda jelaskan sebab saya tak pasti, jangan kata saya fitnah! Kalau kau betul-betul ikhlas, dan kau seorang lelaki, saya tiada masalah untuk atur pertemuan supaya kita berbincang secara berdepan. Tak perlu dedah maklumat peribadi di sini, sebab bukan tujuan nak dedah personal info. Tujuan ialah untuk murnikan hujjah dengan cara yang lebih baik, dan masing-masing boleh bawa Ulama masing-masing atau ustaz/kawan sebagai saksi, supaya tidak berlaku berat sebelah.

Kalau tak sanggup berdepan, saya cadangkan ada orang tengah untuk moderate. Kalau ussopp baca post saya ni, saya cadangkan ussopp jadi orang tengah, memandangkan blastoff nampak begitu hormat kepada ussopp. Ataupun saudara kupia?

Saya akan bercuti untuk beberapa hari.... maaf dari saya kepada semua yang terguris.... mana-mana kesalahan saya, saya minta maaf. Mana-mana kesalahan terhadap saya, juga saya maafkan atas dasar saya masuk ke forum untuk berkongsi KEBENARAN, bukan atas dasar nak tunjukkan diri paling hebat.

Sesungguhnya yang paling berkuasa, hanyalah ALLAH.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 11:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-4-2012 23:57
Di post #169 tu aku ka yang quote dari HRW atau penulis artikel yang aku lampirkan tu yang bernama Tony Cartalucci yang quote dari HRW ? Artikel tu di tulis oleh aku ka atau oleh penulis yang bernama Tony Cartalucci ? Kau tak tahu bezakankah antara aku dengan penulis artikel tu ? Kami bukan orang yang sama . Blur kaa?

Itulah , aku kata kau fitnah aku tapi kau nafikan jugak , sekarang dah terang lagi bersuluhlah kan bahwa kau ni memang fitnah aku pun ..... aku tak pernah quote dari HRW dan artikel yang ditulis tu bukan di tulis oleh HRW , tapi ditulis oleh penulis yang tak bekerja untuk HRW pun .
blastoff Post at 27-4-2012 21:28


Satu lagi.... sebab saya masih dituduh membuat fitnah.

Memang lah saya tahu artikel tu ditulis oleh Tony Cartalucci, lagi mau cakap blur?

Kau sedar tak yang dia ambil dari sumber HRW? Bukan saya kata kau yang tulis, SAYA CAKAP PASAL SUMBER. Kau ingat saya tak tahu beza reference sapa yang tulis?

Tony tu ambil sumber mana? Kau sedilik tak? PLEASE CHECK SUMBER. Dah terang benderang sumber HRW.

Bila kau quote Tony, dan dalam quote Tony tu dia quote HRW, bermakna kau yang bertanggung jawab bawa sumber HRW ke sini. Secara tak  langsung kau quote (atau kau ter quote tanpa sedar) dari HRW.

Masih kau nak kata saya fitnah? Siapa yang fitnah siapa ni?

Personal attack.... ni cara-cara berhujjah di RSF dan CI dah berjangkit masuk ke board Muslimin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 11:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-4-2012 23:44
أعوذ بالله من ال&# ...
mnm77 Post at 27-4-2012 23:25


kalau aku kata "kapla tak dak hotak kau" barulah kau patut rasa aku emosi ka hapa, tapi aku kata kapla hotak kau yang membawa makna kepala kau ada otak so what's wrong with that ? Kepala kau ada otak kan ?  Itu pun kau nak terasa kaaa ? Kau ni kot yang emosional lebey ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2012 11:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-4-2012 23:51
kalau aku kata "kapla tak dak hotak kau" barulah kau patut rasa aku emosi ka hapa, tapi aku kata kapla hotak kau yang membawa makna kepala kau ada otak so what's wrong with that ? Kepala kau ada otak kan ?  Itu pun kau nak terasa kaaa ? Kau ni kot yang emosional lebey ?
blastoff Post at 27-4-2012 23:42


Kalau saya emosi saya boleh kata balik, tapi saya maafkan saja awak ni yang lumrah berhujjah cara gitu....

Mengeluarkan perkataan sebegitu bukan tanda berjenaka.... apatah lagi dalam situasi berhujjah secara ilmiah!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 11:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-4-2012 00:02
Bila kau quote Tony, dan dalam quote Tony tu dia quote HRW, bermakna kau yang bertanggung jawab bawa sumber HRW ke sini. Secara tak  langsung kau quote (atau kau ter quote tanpa sedar) dari HRW.
mnm77 Post at 27-4-2012 23:33


Kau yang percaya bahwa seseorang tu perlu percaya pada isikandungan artikel 100 % untuk membolehkan artikel tu dilampirkan kat forum , tapi aku tak berpegang kepada kepercayaan kau tu ok, kau dan aku tak share kepercayaan yang sama dari sudut tu ok. Jangan nak paksa kepercayaan kau tu kat aku plak .

Aku percaya yang aku tak perlu percaya isi kandungan artikel yang aku nak lampirkan untuk membolehkan aku lampirkannya di forum kerana aku lampirkannya berdasarkan keperluan bukan berdasarkan kepercayaan .... kat CI sendiri berbagai2 artikel dari berbagai2 sumber dilampirkan tanpa perlu nak percaya atau idak pun, banyak yang sekadar nak mulakan perbincangan aje pun atau simply nak survey pandangan para forummer , tak dak sapa merungut apa pun . Kau aje yang nak control segala plak macam kau yang punya forum ni plak dah .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2012 12:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-4-2012 00:31
Kau yang percaya bahwa seseorang tu perlu percaya pada isikandungan artikel 100 % untuk membolehkan artikel tu dilampirkan kat forum , tapi aku tak berpegang kepada kepercayaan kau tu ok, kau dan aku tak share kepercayaan yang sama dari sudut tu ok. Jangan nak paksa kepercayaan kau tu kat aku plak .

Aku percaya yang aku tak perlu percaya isi kandungan artikel yang aku nak lampirkan untuk membolehkan aku lampirkannya di forum kerana aku lampirkannya berdasarkan keperluan bukan berdasarkan kepercayaan .... kat CI sendiri berbagai2 artikel dari berbagai2 sumber dilampirkan tanpa perlu nak percaya atau idak pun, banyak yang sekadar nak mulakan perbincangan aje pun atau simply nak survey pandangan para forummer , tak dak sapa merungut apa pun . Kau aje yang nak control segala plak macam kau yang punya forum ni plak dah .
blastoff Post at 27-4-2012 23:56


Bila masa saya paksa? Kau dah buat dengan cara kepercayaan kau....bukan saya boleh paksa pun. Saya minta berlaku adil, tapi kau kata kapla hotak pulak.

Sesungguhnya sangat tak adil bawakan sumber yang diri sendiri tak percaya untuk dijadikan hujjah. Tapi kalau kau anggap itu perkara kecil, itu kaedah kau sendiri lah...

Dalam menentukan hujjah kebenaran, tentu dilihat dari segi kepercayaan sesuatu sumber. Kita orang Islam, kita ada kaedah untuk percaya... bukan boleh kaut mana yang suka tanpa mengetahui sumber... kalau nak ikut di CI, Al-Quran dan Hadith bukannya asas atau sumber rujukan utama... itulah bezanya di sini....

Berdasarkan Al-Quran dan Hadith, sumber yang diperolehi dari orang yang dipercayai sahaja yang boleh dikira benar (berkaitan agama). Kalau dari sumber yang tidak dipercayai, tidak boleh dijadikan hujjah untuk menentukan kebenaran (berkaitan agama). Ini bukan bermakna setiap apa saja dari sumber orang kafir itu dikira tidak benar, tetapi DALAM ISU AGAMA, sumber orang kafir tak boleh dijadikan hujjah kerana melibatkan kesucian AGAMA. Isu Syria dah jadi isu AGAMA. Apabila datang bukti orang Islam dibunuh, ini dah libat agama. Sebab tu ULAMA berfatwa.

Oklah... nampaknya tak berkesudahan isu sampingan boleh dipanjangkan.... orang Islam Syria dibunuh dan jadi pelarian tu... kalau nak kata palsu selidik dulu.... kalau tak tahu...cakap tak tahu... itu lebih baik dari pertikai fatwa Ulama... ada juga Ulama yang datang dari Syria sendiri.... boleh selidik Ulama tu dulu kalau nak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 07:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-4-2012 07:26
Bila masa saya paksa? Kau dah buat dengan cara kepercayaan kau....bukan saya boleh paksa pun. Saya minta berlaku adil, tapi kau kata kapla hotak pulak.

Sesungguhnya sangat tak adil bawakan sumber yang diri sendiri tak percaya untuk dijadikan hujjah. Tapi kalau kau anggap itu perkara kecil, itu kaedah kau sendiri lah...
mnm77 Post at 28-4-2012 00:10


Mai aku perlihatkan kat forummer sekelian siapa sebenarnya yang tak adil kat sini ..... forummer yang boleh guna akal untuk berfikir nescaya akan nampak kewajaran apa yang aku sampaikan ini .  

Dalam thread khurafat guna garam untuk halau setan aku ada lampirkan artikel2 mengenai kepercayaan penganut agama kristian dan agama shinto yang menganggap berkesan untuk halau setan(unsur jahat) guna garam dan lada ..... aku juga lampirkan artikel mengenai kepercayaan harun din dan para pengikutnya yang guna garam lada untuk halau setan dan kepercayaan tarikat nasyahbandi yang mengamalkan zikr sesat .

....aku lampirkan artikel2 tu bukannya kerana aku percaya segala kepercayaan mereka tu sebagai betul, tapi kerana aku nak tunjukkan bahwa wujudnya penganut agama lain yang berkepercayaan begitu , dan aku nak tunjukkan khurafatnya kepercayaan mereka2 itu , samalah jugak dengan kes pembunuhan kat syria nih yang mana HRW dan media alternatif lain termasuk penulis artikel tu sendiri tony cartalucci yang percaya pembunuhan di syria dilakukan oleh puak pemberontak , bukannya aku yang percaya begitu tapi mereka yang percaya begitu ....

.... aku tak share kepercayaan mereka hanya semata-mata kerana aku lampirkan artikel2 tu, dan aku pun tak perlu nak percaya kepercayaan mereka untuk membolehkan aku melampirkan artikel yang menyebut apa yang mereka percaya .

Tujuan aku lampirkan artikel2 tu semua bukannya kerana aku berkepercayaan sama dengan orang yang di sebut di artikel2 tu tapi kerana aku nak memperlihatkan wujudnya kepercayaan begitu , kepercayaan yang aku sendiri menganggapnya sebagai batil, khurafat , tak betul etc  !

Di dalam Al Quran sendiri Allah menceritakan mengenai berbagai2 kepercayaan taghut yang di amalkan manusia dari penyembahan berhala hinggalah kepada penyembahan nafsu, syaitan, pendapat manusia , nabi Isa, maryam .....tak bermakna semata2 kerana Allah lampirkan dalam Al Quran segala maklumat mengenai kepercayaan2 taghut tu semua bermakna Allah nak agar manusia ikut percaya sama segala kepercayaan taghut ittew , dan tak juga bermakna Allah sendiri percaya segala kepercayaan taghut tu sebagai betul !

Kalau nak kena percaya baru boleh lampirkan makna dalam seluruh isi kandungan Al Quran akan hanya wujud pernyataan mengenai kepercayaan yang ada kaitan dengan Islam sajalah semata-mata ! Tapi hakikatnya tak gitu kan .

Allah menyebut segala kepercayaan batil yang di amalkan manusia dalam Al Quran agar kita faham bahwa kepercayaan batil itu memang benar2 wujud dan memang benar2 di amalkan manusia di dunia nyata , agar kita menjauhi kepercayaan batil tu, bukannya agar kita ikut percaya sama plak !

Islam tak melarangpun untuk kita ambil tahu apa2 kepercayaan yang di amalkan manusia lain walaupun kita sendiri tak ikut percaya sama pun , sekadar untuk ambil tahu bermakna hanya untuk meluaskan pengetahuan kita mengenai ciptaan Allah yang bernama manusia yang kompleks dan pelbagai fahaman mereka agar kita menyedari tanda2 kekuasaan Allah ,  itu aje .....

mnm77 aje yang beridea yang bercanggah dengan Quran Sunnah tapi masih nak paksa orang untuk ikut idea batil nya tu walaupun dah jelas sangat dah bahwa tak ada keadilanpun dalam idea yang dia berpegang itu . Taksub tak hengat !
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 07:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-4-2012 07:56
Kalau kau betul-betul ikhlas, dan kau seorang lelaki, saya tiada masalah untuk atur pertemuan supaya kita berbincang secara berdepan. Tak perlu dedah maklumat peribadi di sini, sebab bukan tujuan nak dedah personal info. Tujuan ialah untuk murnikan hujjah dengan cara yang lebih baik, dan masing-masing boleh bawa Ulama masing-masing atau ustaz/kawan sebagai saksi, supaya tidak berlaku berat sebelah.

Kalau tak sanggup berdepan, saya cadangkan ada orang tengah untuk moderate. Kalau ussopp baca post saya ni, saya cadangkan ussopp jadi orang tengah, memandangkan blastoff nampak begitu hormat kepada ussopp. Ataupun saudara kupia?

mnm77 Post at 27-4-2012 23:25


Kenapa pulak aku nak kena jumpa dengan kau pulak untuk membolehkan aku berhujah dengan ikhlas kerana Allah di forum nih ? Kau di tugaskan oleh Allah untuk pantau niat orang kaa ?   Nak kena bawak ustaz atau ulama sebagai saksi ? Kuang3 ulama atau ustaz telah Allah lantik sebagai pemantau keikhlasan hati manusia ka ? Atau kau suka nak menyorok belakang ulama atau ustaz bila kau stuck tak boleh jawab hujah ?  

Aku perempuan ka atau aku lelaki ka tak dak kena mengena pun dengan kau atau dengan isu yang di perbincangkan di thread ni . So kau peduli apa aku berjantina apa sekali pun . Lebih elok kau fokus pada sudut pandangan buah pemikiran aku yang aku utarakan di thread ni dari dok fokus kat fizikal peribadi aku plak .... aku tak pernah ambik tau personal peribadi kau dan tak hingin pun aku nak ambik tau , yang aku address adalah idea dan pandangan kau yang kau utarakan kat thread ni .

Nak masuk rumah orang pun Allah suruh ketuk/bagi salam 3 kali aje, dan kalau tak buka pintu jangan dok paksa untuk orang tu bukak jugak2 untuk force entry plak , atau pot pet pot pet berleter depan pintu dia untuk paksa dia bukak jugak2  .... dalam ertikata lain respek kehidupan personal orang lain laa hokkay .
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 08:02 AM | Show all posts
takkan korang x taw perancangan Yahudi dan Amerika nak hancurkan islam?

mereka pecahbelahkan umat Islam dan biar umat Islam membunuh sesama sendiri...

bukan skrg je berlaku,zaman Nabi pun ada,sampai zaman sahabat hinggalah jatuhnya khalifah Osmaniyyah...

tengokla Iraq...apa bagus kehidupan sekarang berbanding era Saddam?

sejahat2 Saddam pun,rakyat hidup aman damai,mudah mencari rezeki,skrg hari2 bom sana sini.....

Yahudi bangsa bijak..mereka gunakan kebijaksaan untuk hancurkan Islam dengan pelbagai cara....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 08:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-4-2012 08:19
Yg pasti, Barat tdk mahu mengotorkn tangan mereka.
Yg kita khuatirkn mereka akan menuding jari kpd
makhluk asing a.k.a. 'Alien'.
Dan menyedihkn bila satu dunia menerimanya...Dzulqarnain Post at 27-4-2012 05:17


Barat sedar mereka melakukan kesilapan apabila invade iraq untuk mereka ubah sendiri kerajaan saddam kerana telah menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang terlalu banyak yang mengakibatkan mereka mengalami krisis ekonomi yang teruk , dan mengakibatkan kehilangan nyawa ramai askar tentera mereka kerana askar2 mereka sendiri terpaksa turun berperang darat yang telah menyebabkan sokongan rakyat mereka sendiri jadi meloroih lalu kalah langsung dalam pilihanraya seperti yang dialami oleh presiden bush ....


....jadi barat mengubah taktik untuk jatuhkan sesatu kerajaan dengan cara cetuskan huruhara politik di antara rakyat dan kerajaan negara tu sendiri untuk mewujudkan perang saudara di negara yang mereka nak ubah kerajaannya , oleh itu rakyat tu sendirilah yang akan berbunuhan sesama sendiri once kebencian jadi meluap2 antara penyokong kerajaan dan penyokong puak pemberontak di negara tu  ... maknanya barat cuma bertindak selaku penghasut saja, lebih murah tenaga dan wang ringgit serta tak perlu korbankan nyawa sorang pun askar mereka untuk mengubah sesatu kerajaan agar menjadi pro mereka !
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 08:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-4-2012 08:48
takkan korang x taw perancangan Yahudi dan Amerika nak hancurkan islam?

mereka pecahbelahkan umat Islam dan biar umat Islam membunuh sesama sendiri...

bukan skrg je berlaku,zaman Nabi pun ada,sampai zaman sahabat hinggalah jatuhnya khalifah Osmaniyyah...

tengokla Iraq...apa bagus kehidupan sekarang berbanding era Saddam?

sejahat2 Saddam pun,rakyat hidup aman damai,mudah mencari rezeki,skrg hari2 bom sana sini.....

Yahudi bangsa bijak..mereka gunakan kebijaksaan untuk hancurkan Islam dengan pelbagai cara....GuaAnakMelaka Post at 28-4-2012 08:02


video2 yang menggambarkan aksi bunuh yang dilakukan oleh kerajaan syria dan oleh puak pemberontak tak berpadanan dengan norma2 naluri manusia yang Allah ciptakan , kerana Allah menciptakan manusia dengan naluri yang tak ingin kejahatannya di ketahui umum untuk dia mengelak dari menerima pengadilan dan hukuman di dunia, so manusia mana pun seboleh2nya dia akan sorok perlakuan jenayah kejam yang dia buat  .

Melainkan pembunuh yang nak bunuh diri sesudah melakukan penbunuhan kejam sajalah yang akan provide segala bukti ke tatapan umum untuk dilihat manusia, kerana dia sedar dia akan terlepas pengadilan dan hukuman manusia kat dunia apabila dia bunuh diri kelak , so dia tak takut akibat yang akan menimpa dia apabila dia dedahkan bukti perlakuan dia melalui video tape lah .

Adakah kerajaan syria atau puak pemberontak yang dikatakan melakukan berbagai pembunuhan kejam itu nak bunuh diri sesudah melakukan pembunuhan kejam hingga mereka sanggup video tape aksi mereka tengah dok bunuh orang tanpa peduli akibat yang bakal menanti mereka di mahkamah dunia kat hague tu ?

Kerajaan syria dan puak pemberontak nak hidup dan nak nikmati kuasa , bukannya nak bunuh diri atau nak masuk mahkamah dunia . So mereka takkan sebodoh itu untuk nak tape dan upload ke internet untuk provide bukti plak kalau betul2 mereka nak bunuh orang.

Ternyata video2 tu samalah macam bangunan WTC yang runtuh secara menegak menjadi debu halus keseluruhan bangunan tu dalam beberapa saat yang tak berpadanan dengan hukum fizik untuk menimpa bangunan tinggi yang terbakar di tingkat atas saja .

Video2 tu dan runtuhan bangunan tu melanggar norma2 alam yang membawa makna ia merupakan perancangan licik manusia tertentu untuk kenakan sesatu negara aje . Ia bukan kejadian natural atau semulajadi tapi ia dirancang untuk frame orang agar masyarakat dunia melihat masyarakat syria dan kerajaan syria sebagai barbaric dan kejam , agar orang2 arab di nilai masyarakat dunia sebagai manusia tak bertamadun yang kejam umpama binatang ... agar apabila barat bertindak mengebom dan memusnahkan masyarakat tu seluruh dunia akan kata padan muka kejam sangat ambik habuan !

Dalam ertikata lain untuk menjatuhkan kehormatan seluruh negara syria di mata dunia !
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 10:52 AM | Show all posts
Reply 293# blastoff

Dlm Barat² yg byk dicerita,
hampir tiada siapa pn yg menyebut Great Britain.
Kaitannya dgn dunia hari ni pn kabur dok ada.
Yg kita tahu sejarah England dgn monarki slps ditawan Vikings.
Kebetulan plk slps wafatnya Imam kita nabi Muhammad s.a.w.
Amerika yg menyelamatknnya drpd submarine German semasa WWII pn dilupakan.

Yg jelas hari ni, bkn perang antara agama,
malah Islam-Islam, Kristian-Kristian, Yahudi-Yahudi.
Lbh dasyat di India/Pakistan/Selatan Asia - berbilang agama.
Inilah yg dikatakan huru-hara.

Diketahui juga 'sistem² sekular' sbg chop mohor ke'merdeka'an,
hanya utk turut serta dlm PBB atau League of Nations ciptaan siapa?
Yg akhirnya kita dapati, lgsung x memberi faedah kpd negara masing²,
sekadar diperhambakan seluruhnya utk kepentingan satu 'identiti'.
Saya katakan yg kewujudan 'sistem²' ni nk menguasai seluruhnya,
sambil menyedut semua kekayaannya.
Itulah Barat, disatukan dlm kesatuan Eropah,
dan hamba² yg taatnya tu Amerika dan ketua² negara merdeka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 12:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 28-4-2012 12:15

Salam forumer sekalian,

Ini semua balasan Tuhan kerana golongan sunni & syiah telah banyak membuat onar & menumpahkan darah orang-orang yang tak berdosa di dalam dunia islam......


قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ  6:65
6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengutuskan kepada kamu azab dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu atau untuk mengelirukan kamu sebagai golongan-golongan (@ sebagai penyokong-penyokong @ sebagai syiah-syiah), dan untuk merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebagian (yang lain)." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi akan ayat-ayat itu, mudah-mudahan mereka akan memahami.



Oleh kerana itu, berdasarkan ayat di atas, adalah sudah menjadi sunnah Tuhan untuk menghapuskan kedua-dua puak yang korup lagi bersengketa ini....

Semoga Tuhan melaksanakan rancangan ini, yaitu menghapuskan sunni & syiah dari muka bumi Nya & akhirnya yang tinggal hanyalah orang-orang Islam yang sebenar sahaja...

(Islam maksudnya damai, sejahtera.. dan orang-orang islam itu ialah orang-orang yang damai lagi sejahtera sahaja)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 01:07 AM | Show all posts
Reply 296# Isyroqiyyin

Sunni-syiah mgkin di Syria dan Iran je,
tp di selatan Thai, Somalia, Zimbabwe, Semenanjung Balkan, etc.?
Bila Adam a.s. tu muslim, skop nya perlu seluas dunia
dgn mengambil kira setiap keturunannya.

Nk jelas 2-puak yg Allah akan hapuskn tu spt dlm firman Allah:



Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan,
bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj,
serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar,
maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak:
"Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami
daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
(Al-Anbiyaa' 21:95-97)


Islam tu berserah diri kot?
Salam tu yg sejahtera.
Selam plk, yg dok ikut²...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 11:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-4-2012 12:00
Kau sedar tak yang dia ambil dari sumber HRW? Bukan saya kata kau yang tulis, SAYA CAKAP PASAL SUMBER. Kau ingat saya tak tahu beza reference sapa yang tulis?

Tony tu ambil sumber mana? Kau sedilik tak? PLEASE CHECK SUMBER. Dah terang benderang sumber HRW.

Bila kau quote Tony, dan dalam quote Tony tu dia quote HRW, bermakna kau yang bertanggung jawab bawa sumber HRW ke sini. Secara tak  langsung kau quote (atau kau ter quote tanpa sedar) dari HRW.
mnm77 Post at 27-4-2012 23:33


Kenapa yang kau anti sangat dengan sumber HRW ? Kenapa sumber HRW tak boleh di lampirkan kat forum ni plak ? Kenapa aku perlu percaya pada sumber HRW baru aku nak boleh lampirkan apa2 punlah mengenai HRW ?



Bacalah banyak mana pun kau nak baca, yang palsu ka yang benar ka, terpulang. Tapi bila pertikai, please, please, guna sumber yang kau percaya.
mnm77 Post at 27-4-2012 12:41


kalau diamalkan apa yang kau sebut ni maknanya tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran tidak dapat dilaksanakan di forum dengan berkesan lah .

Kerana tiada perbincangan berilmiah yang dapat di buat langsung mengenai apa pun jua bentuk kemungkaran apabila segala artikel mengenai kemungkaran yang nak di cegah itu tidak dapat di lampirkan untuk di buat perbincangan memandangkan orang yang nak melampirkan artikel itu nak kena percaya dulu pada kemungkaran tu untuk membolehkannya melampirkan artikel2 tu plak .

Tanpa artikel maka hanya akan jadi cakap2 mulut di forum aje lah , so macam mana nak tahu dengan pasti betulkah kemungkaran yang nak diperbincangkan tu benar2 wujud dalam masyarakat kalau stakat rely kat cakap2 kosong gitu aje .....

So idea kau ni menyebabkan keadilan terhalang sebenarnya kerana kemungkaran tidak dapat di bongkar dan didedahkan di forum keburukannya apabila segala artikel mengenai kemungkaran itu tidak dapat di lampirkan langsung .

Adil apanya kalau hanya pandangan dari sebelah pihak aje yang mahu di dengar dan di nilai . Islam suruh ambil tahu kebaikan dan kemungkaran kerana kebaikan boleh dijadikan panduan untuk di ikut dan kemungkaran pulak boleh di jadikan sempadan untuk di jauhi . Bukan hanya ambil tahu perkara yang di anggap benar aje .
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 11:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-4-2012 13:13
Masalahnya kau pertikai orang dengan sumber yang kau sendiri tak percaya. Tolong bawa sumber yang kau percaya. Please.
mnm77 Post at 27-4-2012 12:41


Nak kenali kemungkaran maka nak kena diadakan perbincangan mengenainyalah dan nak kena di lampirkan artikel2 yang berkaitan dengan kemungkaran itu agar dapat di analisa dan di teliti kandungannya .

Yang di sebutkan di thread ni adalah berkenaan kemungkaran , yakni pembunuhan . Jadi nak kena di bawa artikel2 yang menyebut mengenai pembunuhan2 itu lah untuk di analisa dan di kaji agar satu kesimpulan dapat di ambil .

Listen from all sides baru lah adil. Kat mana adilnya kalau kau sekadar nak dengar tuduhan pelbagai pihak terhadap kerajaan syria aje tapi tuduhan pelbagai pihak terhadap puak pemberontak kau tak nak ia wujudpun di thread nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 12:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-4-2012 12:54
Berdasarkan Al-Quran dan Hadith, sumber yang diperolehi dari orang yang dipercayai sahaja yang boleh dikira benar (berkaitan agama). Kalau dari sumber yang tidak dipercayai, tidak boleh dijadikan hujjah untuk menentukan kebenaran (berkaitan agama). Ini bukan bermakna setiap apa saja dari sumber orang kafir itu dikira tidak benar, tetapi DALAM ISU AGAMA, sumber orang kafir tak boleh dijadikan hujjah kerana melibatkan kesucian AGAMA. Isu Syria dah jadi isu AGAMA. Apabila datang bukti orang Islam dibunuh, ini dah libat agama. Sebab tu ULAMA berfatwa.
mnm77 Post at 28-4-2012 00:10


Video2 yang Tobby lampirkan tu bersumberkan siapa ? Adakah orang2 yang merakamkan video2 itu ( perakam sebenar video tu )mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku mereka beragama Islam dan berfahaman ASWJ  ?

Mana sapa pun boleh tahu apa agama sebenar si perakam video2 ittew tapi cepat pulak kau menerima video2 tu semua sebagai bukti benar naaaa . Pasai pa lagu tu plak ? Awat kau tak pastikan dulu apa agama siperakam video ittew, kan kau sendiri yang tegaskan nak kena beragama Islam aje baru jadi sahih pada kau ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.286575 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list