CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SaVilara

JOZAN MANSION v.16!! - SUPPORT JOZAN FOREVER!!

[Copy link]
Post time 11-5-2012 05:16 PM | Show all posts
oke... wa mau balek.. mau lilek dilumah....

mau tido puas2... semoga esok wa mangun dan wa sehat dan gagah seperti lulu...

bye uols

jaga diri...
jangan curang dengan pasangan yek <sambey add fb mamat2 kacak dan gagah>
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2012 05:58 PM | Show all posts
kalaulah bang pahrin gigih nak kat muka nie,
sumpah makan sate 40cucuk sis tak cari laen  ...
Gnola83 Post at 11-5-2012 16:56


hohoohohoho aamiiinnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 08:48 PM | Show all posts
Johan (Raja Lawak) Nafi Sertai Sepahtu



PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Johan menegaskan khabar angin bahawa dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepahtu adalah tidak benar sama sekali.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, berkata, dia terkejut apabila khabar angin tersebut menjadi perbualan umum malah telahpun diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar Ahad lalu.

"Khabar angin itu tidak benar. Saya pun terkejut apabila membaca ruangan pojok yang ditulis pada akhbar tersebut yang mengatakan saya bakal sertai Sepahtu.

"Bagi saya, ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Johan yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak dengan nada berseloroh menambah, berita itu timbul mungkin kerana ada sebilangan orang yang ingin melihatnya dalam kumpulan tersebut.

sumber
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 09:13 PM | Show all posts
Zizan berehat dua bulan



BARU saja keluar dari hospital kerana mengalami radang otot, artis pelbagai bakat ini kembali menjalankan tugas walaupun diarahkan doktor untuk berehat sebaik-baiknya selama dua bulan. Dalam tempoh itu dia diminta tidak melakukan kerja berat. Namun, atas rasa tanggungjawab, Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Zizan Razak, masih ke lokasi penggambaran menjayakan tugasnya sebagai pelakon.

Ditemui di lokasi penggambaran Tokan di Jonker Street, Melaka, baru-baru ini, Zizan yang menghidupkan watak Mat Lobe, masih kelihatan tidak bertenaga. Namun, demi kerjaya, digagahkan juga kerana dirinya, jadual penggambaran filem itu terganggu.

Zizan dilihat agak sensitif apabila perihal kesihatannya disentuh. Apabila ditanya, dia hanya menjawab dirinya sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah. Siapa tahu apa yang terselindung di sebalik riak wajah pengacara yang semakin meningkat popular ini. Mana tidaknya, Zizan terlalu komited dengan aktiviti seninya sehingga tidak putus menerima tawaran kerja.

Seperti kata pengurusnya, Marina Juki, yang turut hadir menemani, seboleh-bolehnya Zizan tidak mahu mengembar-gemburkan masalah kesihatannya kerana tidak mahu merisaukan banyak pihak. Dia juga berasa bersalah jika dirinya tidak untuk menunjukkan persembahan yang baik kerana sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada kerjayanya.

Zizan sudah beransur pulih, namun dia masih memerlukan rehat secukupnya. Justeru, selepas tamat penggambaran filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar, yang berbaki beberapa hari lagi, Zizan akan berehat selama dua bulan. Dia hanya akan kembali sibuk dengan penggambaran filem pada pertengahan Julai.

Dalam tempoh dua bulan itu, Zizan hanya akan menjayakan dan menghadirkan diri ke majlis tertentu.

"Seperti dikatakan doktor, jika Zizan memaksa diri untuk terus bekerja keras tanpa rehat secukupnya, dia boleh diserang demam panas, secara tidak langsung memberi kesan lebih teruk kepada dirinya. "Oleh itu, buat sementara waktu Zizan tidak akan terbabit dengan mana-mana penggambaran filem atau telefilem, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai hos Melodi, peserta Super Spontan, dan menghadiri beberapa majlis anjuran Mutiara Motors memandangkan Zizan ialah duta kepada M7 serta aktiviti yang diadakan Rempit United sebagai ahli. Kemungkinan Zizan akan pergi bercuti," ujarnya.

Zizan sendiri mengaku, dari hujung bulan ini hingga pertengahan Julai, dirinya akan terbabit dalam beberapa majlis penting saja.

"Bukannya saya berehat terus, tapi hanya buat seketika. Sekarang saya juga perlu memilih kerja dan hanya menerima yang penting saja. Saya suka bekerja dan perkara yang terjadi ini tidak boleh saya elak. Bukannya saya tidak memilih sebelum ini, tapi aktiviti yang saya lakukan ini sudah dijanji sejak tahun lalu. Bagaimanapun saya mesti buat kerana ia rezeki saya.

"Selain itu, saya juga akan fokus dengan aktiviti produksi saya sendiri, Zizan Co. Sebagai artis Astro, saya akan tampil dengan program saya sendiri, tapi ia masih dalam perbincangan. Saya akan tampil dengan persembahan TV dihasilkan produksi saya. Perancangan itu sudah ada, tapi penggambaran saja belum dilakukan," katanya yang akan muncul bersama filem Mael Lambong The Movie pada 21 Jun nanti.

Zizan dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre pada 29 April lalu kerana mengalami kekejangan di bahagian otot belakang badannya. Ketika itu Zizan baru memulakan perjalanan ke Ipoh, Perak, bagi menjayakan rancangan Melodi. Ditahan di wad selama beberapa hari, Zizan diberikan protein, vitamin, antibiotik serta diarahkan mengambil makanan tidak bergoreng. Sebelum itu, Zizan berada dalam keadaan kurang sihat, apabila dia sering batuk dan sengal-sengal badan.

Sementara itu, berbicara mengenai kesanggupan dirinya menerima tawaran lakonan dalam filem Tokan terbitan Pensil Pictures, Zizan menyifatkan wataknya dalam filem itu berbeza. Menghidupkan watak Mat Lobe, Zizan menggemari watak yang dikatakan mencabar kredibilitinya sebagai pelakon, kerana ia memerlukan dia tampil serius dan berbeza.

"Sebenarnya saya takut juga dengan penerimaan orang ramai nanti mengenai pembaharuan yang saya bawa. Saya membawakan watak serius, sebagai seorang tokan dan bermain dengan komedi yang gelap, di mana saya tidak perlu berlawak untuk membuatkan orang tertawa," ujarnya yang teruja dapat berlakon bersama pelakon berbakat besar seperti Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay.

Filem Tokan menyelami kisah pengedaran dadah yang semakin berleluasa kini, apabila kegiatan ini semakin menjerat ramai rakyat tempatan.

sumber
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 08:16 PM | Show all posts
sedih la..papa johan kena boikot..huhu cam nak nanges je..kena kutuk bertubi2 lak tu..tak sanggup nak baca. harap papa johan kena lebih berhati2 lps ni.

http://www.facebook.com/pages/Kami-Boikot-Johan-Raja-Lawak
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 01:38 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2012 04:55 PM | Show all posts
sedih la..papa johan kena boikot..huhu cam nak nanges je..kena kutuk bertubi2 lak tu..tak sanggup na ...
As_Qein Post at 12-5-2012 20:16


dont worry yang....yg boikot sorang, kta lg ramai.....dont worry  k.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 06:24 PM | Show all posts
Reply 287# aKudaRikayanGan


    hehe tq dh kurang sedih dah..sbenarnya ramai jgk yg back up papa johan dr belakang..harap2 papa johan bertabah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 07:43 AM | Show all posts
Reply  aKudaRikayanGan


    hehe tq dh kurang sedih dah..sbenarnya ramai jgk yg back up papa jo ...
As_Qein Post at 15-5-2012 18:24


thu xpe....stiap org ada yg xska kt dia n sebaliknyer...sma cm papa....tp sorg je yg xska papa 9 lg ska gler kt papa....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 12:30 AM | Show all posts
miss u guys
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 01:25 AM | Show all posts
miss u guys
Gnola83 Post at 26-5-2012 00:30



   

      miss u too Nola....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 05:27 PM | Show all posts
miss u too Nola....
cloudnine_mm Post at 27-5-2012 01:25




kak kelaud
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 05:29 PM | Show all posts
sedih la..papa johan kena boikot..huhu cam nak nanges je..kena kutuk bertubi2 lak tu..tak sanggup na ...
As_Qein Post at 12-5-2012 20:16




jangan dibaca seme tu Qein.. kang lagik menyirap je darah..
ngek... langsung taleh nak jentik, mula la nak boikot.. busan btol
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 05:31 PM | Show all posts
thu xpe....stiap org ada yg xska kt dia n sebaliknyer...sma cm papa....tp sorg je yg xska papa 9 ...
aKudaRikayanGan Post at 16-5-2012 07:43



  
bukan 9 la...
sorang je tasuke papa.. tapi 9000000000 lagik suke papa yang makin comel tu


*sambey terbayang papa gelek2 nari lagu sudirman.. comel siot!
ade tak laki yang stok macam johan nie eyh??? wa nak order satu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 05:32 PM | Show all posts
macam over pulak sampai 9000000000 tu...

kalau 9000000000 sah2 papa yang menang ABP... bukan mat haron tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 05:35 PM | Show all posts
takde sapa nak masok borak same keeeeeeee...
wa meroyan kang



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 05:40 PM | Show all posts
meh layan lelagu dari video muzik songsang






Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 05:43 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 11:15 PM | Show all posts
ehem.. ehem... lamanye x jejak kt sini.. nerbes la pulak
moh kita undi papa n jijan... jore n naib jore SS
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 01:15 AM | Show all posts
Congrats JoZan !!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057409 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list