dilaOHdila posted on 12-9-2013 08:33 PM 
tak ada Ustad Ustad atau Alim Ulamak yang menasihatkan bapaknya ni. Kesian kat mayat yang duk kejan ...
mufti dan pengarah jabatan agama islam perak dah bg nasihat pun sebelum ni.....
Haram sengaja lambat kebumikan jenazahOleh Nurhayati Abllah
2013/08/30
Ipoh: Tindakan melambatkan urusan pengebumian jenazah seseorang Muslim secara sengaja adalah haram, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Katanya, pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes kematian perlu menyegerakan siasatan kerana tindakan melambatkan proses itu sehingga menyebabkan mayat lambat dikebumikan juga adalah haram.
Pihak berkuasa perlu uruskan jenazah
Justeru, katanya, jenazah Shaerol Aizam Mohd Damanhuri, 27, yang ditemui mati tersepit di tingkap dapur rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, di sini, 19 Julai lalu dan kini masih ditempatkan di Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, mesti dikebumikan.
Jika keluarga tak mahu tuntut dan menyempurnakannya, pihak berkuasa lain perlu buat sesuatu termasuk memohon perintah mahkamah untuk menguruskan jenazah pemuda itu. Dalam Islam, pengebumian mayat hendaklah disegerakan, katanya ketika dihubungi, semalam.
Jenazah Shaerol Aizam belum dituntut selepas keluarganya tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sebelum mendesak jenazah dibedah siasat semula.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, sebelum ini turut menasihatkan keluarga arwah supaya menyegerakan pengebumian pemuda berkenaan.
Sewajarnya keluarga berkenaan menerima ketentuan Allah dan takdir yang berlaku ke atas mangsa. Mereka perlu selesaikan segera urusan pengebumian supaya tidak terus menyeksa jenazah, katanya.
Hak Cipta Terpelihara Berita Harian 2012 Emel kami untuk sebarang maklum balas.
Last edited by mahmoode on 13-9-2013 10:21 AM
|