apapun intelectually kassim ahmad ni sentiasa berpikir dan mencari2 jawapan tang apa yg menimpa melayu dan org islam
tak caya cuba baca bukunya quo wadis bangsaku
atau teori sosial moden islam
walau sarat dgn falsafah dan teori sosialisme tapi kurang2 dia berani ajukan pendangan dia
dia percaya pada sains.. broadly speaking
dan percya pada kekuatan akal manusia dalam mencari kebenaran dan menyelesaikan masalah manusia khususnya org islam
dlm bahasa biasa dia adalah seorang pemikir, sarjana, intelektual.. yg bersifat kiri
bukan kanan spt kebanyakan sarjana melayu kini ( yg dah dikompol dlm majlis profesor negara yg kini dah diletak bawah dagu najib di jpm)
dlm kemajuan pemikiran org2 macam kassim ni kalau dlm budaya barat lani adalah seorg midget sja
tapi di malaysia brauhahanya macam nak runtuh langit..
even banding dgn rencamnya dan bebasnya ruang bersuara dan diskusi pemikiran di indonesia kita di malaysia ni dah macam negara terencat akal dah
apa pun hadam dan tak blehh..
agaknya kalau adalah gerakan spt jaringan islam liberal atau sekolah2 agama yg mendokong pemikiran gitu seperti di indonesia mau melayu2 di malaysia ni mati bergelimpangan kerana terkejut atau putus urat leher.. hehe
nak lawan kassim ahmad bukan dgn cara pendekatan agama saja sebab pemikiran dia melangkaui itu
dia pikir percaya dan bicara pasal dan guna falsafah, epistemologi dan sains (natural dan sosial) moden dan postmodern, yg ikut pemerhatian saya sgt kurang dikuasai oleh melayu islam, lagi2 org agama
kalaulah penguasaan kita bagus dalam bidang2 itu semua, mengembari kassim ahmad ni tak lebih susahnya macam kita degel kepala budah umur 6 tahun sambil minum kopi..
tengok saja camna arwah prof hassan hanafi universiti cairo seorg sosialis tetapi hadam ilmu2 islam tibai kassim ahmad semudah org hembus asap rokok..
True-X posted on 29-3-2014 02:28 PM
Ko bace tak pasal dark ages di eropah...sebelum renaissance.. lebey kurang je ngan keadaan umat i ...
Kalau renaissance di Europah itu mula berlaku lebih kurang 600 tahun dahulu maka tidak hairanlah ummah baru nak mrlalui zaman renaissance mereka pila.
Ini kerana agama yang dibawa oleh nabivAllah Isa A.S, diturunkan 600 tahun sebelum Islam
Jadi 600 tahun lagi, baru ummah Islam akan berevolusi seperti Kristianity sekarang. Mungkin diwaktu itu barulah ummah Islam mampu maju dalam bidang sains, perubatan, penerokaan angksa lepas, ilmu mengesan kapal terbang hilang dsbnya dalam kehidupan yang lebih bertsmafun.
ajinomotonosuga posted on 29-3-2014 02:21 PM
seme tau mulut manusia tokleh di tutup
seme tau kerana mulut badan binasa
Saya tidak menafikan isu 'soft target' atau 'hard target' seperti yg diketengahkan anda. Tetapi saya melihat isu ini dari perspektif yg berbeza. Setiap penangkapan yg dilakukan haruslah berasaskan bukti yg boleh mensabitkan yg ditangkap itu. Dalam kes En Kassim Ahmad ini, bukti tersebut adalah penulisan (percakapan?) beliau. Penangkapan tidak boleh dilakukan hanya disebabkan isu 'soft target' ataupun 'hard target'. Kewujudan bukti tetap diberi keutamaan utk penangkapan tersebut.
Anda tidak bersetuju 100% mengenai isu penangkapan ini disebabkan wujudnya unsur 'soft target' dgn memberi contoh Dr Mahathir dan TG Nik Aziz. Pendapat saya pula, saya lebih selesa jika respon yg diberi adalah seperti di bawah:
Saya bersetuju dgn penangkapan En Kassim Ahmad berdasarkan bukti-bukti yg ada tetapi saya tidak bersetuju tiada penangkapan dilakukan ke atas Dr. Mahathir dan TG Nik Aziz walaupun buktinya telahpun ada.
Sekali lagi, saya tidak menafikan isu 'soft target', tetapi apa yg dikhuatiri saya adalah seperti contoh berikut: Saya tidak bersetuju A ditangkap kerana mencuri walhal si B yg mencuri tidak pula ditangkap. Apa yg patut tidak dipersetujui sebenarnya ialah kenapa B tidak ditangkap dan bukannya disebabkan B tidak ditangkap, kita juga harus tidak bersetuju mengenai A yg ditangkap walaupun kedua-duanya telah pun melakukan kesalahan.
Selain itu, jika satu pendapat itu mempunyai kesalahan yg jelas, adakah patut kita membiarkannya? Bagaimana dgn ajaran sesat? Haruskah kita membiarkannya jika ianya tidak menganggu ketenteraman awam dan tidak merosakkan harta benda? Last edited by mashimaru83 on 29-3-2014 04:51 PM
Decaffeinated posted on 29-3-2014 05:46 PM
sukarnya bila pemikiran mendahului masa kan maideen....
Amat sukar....... Dulu bila tak mampu berhujah dan menyatakan kelemahan pegangan orang lain, penganut Isle sebener hanya berkata "Sesat srsat! Salah tu! Besok menjawab lah di padang masayar!"
Kini bila ada orang yang berbeza pegangan dengan dia, walaupon masih tak mampu berhujah dan mematahkan pegangan orang lain itu mereka berkata, " Sesat! Sesat! Tangkap! Tangkap! Yang itu pon tangkap sebab dia pon berbeza dari kita. Kenapa yang ni tangkap yang tu tak tangkap? " Prrrrrrrrrrpfffftght
Maideen~Akulah Isle sebenerrrrrr........, tak sama macam aku kalu sesat dan musti ditanggap! Last edited by Maideen. on 29-3-2014 06:29 PM
True-X posted on 29-3-2014 06:02 PM
Soo sad... kl x silap ..kita dah 1000 yrs in the dark...
Actuallynya boleh sahaja ummah mengambil pengajaran daripada evolusi yang berlaku didalam agama dan kepada penganut Kristian. Misalannya jika jiran kita mengali perigi dan mendapati airnya masin, kita boleh sahaja mengambil pengajaran dan tak payah mengali perigi.
Tapi mungkin di sebabkan harom kita mengambil pengajaran daripada kafir laknatullah, ummah memilih untuk mengali jugak perigi padahal jiran kita dah timbus semula periginya dan menanam bunga diatas nya.
Decaffeinated posted on 29-3-2014 05:50 PM
ko nak kata tidak menangkap SEMUA pesalah tidak makna tokleh nak tangkap sorang kan? panjangnya tu ...
Mmm... pesalah itu haruslah ditangkap kerana kesalahannya. Menggunakan alasan 'pesalah lain tidak ditangkap' bukanlah satu alasan yg tepat untuk kita tidak bersetuju dgn penangkapan tersebut.
True-X posted on 29-3-2014 02:28 PM
Ko bace tak pasal dark ages di eropah...sebelum renaissance.. lebey kurang je ngan keadaan umat i ...
Saya ada juga belajar pasal dark ages suatu ketika dulu. Apakah kriteria-kriteria yg boleh kita gunakan utk menentukan sama ada sesuatu umat itu berada dlm dark ages atau tidak? Jika ekonomi adalah antara kriteria tersebut, bolehkah negara-negara eropah yg mengalami krisis ekonomi dikatakan memasuki dark ages? Jika masalah sosial yg mana ianya berlaku di serata dunia, bolehkah kita katakan dunia ini mengalamai dark ages?
Boleh saya tahu apakah yg dimaksudkan anda dgn umat Islam sekarang berada dalam dark ages? Adakah disebabkan negara-negara bukan Islam lebih dominan dlm bidang pengetahuan, perubatan, pembangunan, etc.?
Post time 29-3-2014 07:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mashimaru83 posted on 29-3-2014 07:20 PM
Saya ada juga belajar pasal dark ages suatu ketika dulu. Apakah kriteria-kriteria yg boleh kita gu ...
Yes..we r not a pioneer anymore...eventhou 1000 yrs ago kita ade ibn batutta..ibn sina... semua bintang2 di langit bernama erebbbb..
Nengok je teknologi ketenteraan skrg..sape yg kuasai... internet.. information.... nak arapkan minyak kt asia tengah je ke.. x ke mane pon..
Henset yg aku guna utk berporem ni pon teknologi org makan babi..
Kl laa allah berkehendakkan umat islam ni pupus..ramai yg x heran kot... sbb we r not relevan... kl america pupus..jepun pupus..german pupus...korea pupus...teruk laa umat bangs manusia ni.. boring.
No internet..no cars teknologi..no intertainment.
Dont be denial.
We..muslim..r not relevan anymore..sbb pemikiran ulamak itu x bole ini x boleh..
Kl la jaman skrg ade pnulis nk tulis hikyt 1001 malam pon kene dakwa rosak akidah...nasib baik telah ditulis oleh penulis islam beratus2 thn dahulu...
And remember a scientis nasa yg mengetuai pendaratan robot di marikh..bobak ferdowsi... "the mohawk guy".he achieved it di tanah org kafirr.. kl dia dan family dia still di iran... x ke mane pon..
Dan kita muslim di negara muslim..sibuk nak kafirkan org lain kerana berbeza pendapat
True-X posted on 29-3-2014 07:44 PM
Yes..we r not a pioneer anymore...eventhou 1000 yrs ago kita ade ibn batutta..ibn sina... semua bi ...
Ya saya setuju yg mana kita umat Islam bukanlah pioneer anymore, tetapi pada pendapat saya takdelah sampai dikategorikan sebagai dark ages kot...
Anda mengatakan muslim tidak lagi relevan disebabkan pemikiran ulama itu tak boleh, ini tak boleh. Boleh saya tahu apakah contoh-contoh pemikiran tersebut? Saya ingin mengetahui bagaimanakah pemikiran ulama yg dikatakan anda ini boleh menyekat pembangunan umat Islam.
mashimaru83 posted on 29-3-2014 08:07 PM
Ya saya setuju yg mana kita umat Islam bukanlah pioneer anymore, tetapi pada pendapat saya takdela ...
ntahnya kan..
sains dan teknologi tak pernah menjadi masalah kpd Islam sepanjang sejarahnya kan
malah org islam menjadi pelopor lagi bagi sains moden..
apa yg terjadi pd umat islam sekarang bukannya kerana pemikiran agamanya yg menghalang sains ke hapa
takda masalah itu
malah we are at ease dgn sains dan teknologi
tetapi kerana faktor2 sejarah ekonomi politik penjajahan
mashimaru83 posted on 29-3-2014 08:07 PM
Ya saya setuju yg mana kita umat Islam bukanlah pioneer anymore, tetapi pada pendapat saya takdela ...
kemudian jika penguasaan sains dan teknologi adalah penanda aras kemajuan, maka barat pun sebenarnya baru beberapa ratus tahun kebelakang ni saja penguasaannya
yg pada masa yg sama mereka adalah penjajah dan penjarah dunia dan kekuatan ekonomi mereka menjadi pemangkin kepada kemajuan sains mereka
mashimaru83 posted on 29-3-2014 08:07 PM
Ya saya setuju yg mana kita umat Islam bukanlah pioneer anymore, tetapi pada pendapat saya takdela ...
saya ulang balik sebagian kata pengantar prof hassan hanafi terhadap buku kasim ahmad itu.. yg dianggpnya terlalu simplitik berkaitan kemunduran umat islam. katanya:
2. Neglecting the Quran and substituting it for the Hadith as the reason for Muslim decline is common rhetoric. The decline cannot be due to one simple factor; there are socio-political and historical factors to be taken into consideration. The renaissance is not that simple, to be achieved by just coming back to the Quran and abandoning the Hadith. It has to be achieved by changing the socio-political conditions in the Muslim world. Back to the Quran is a double-edged weapon used by conservatism and modernism alike for social stability as well as for social mobility. Ethical and religious imperatives express the ought and not the is. Sweeping statements about the death of Muslim creativity after Ibn Khaldun is against historical evidence from Muslim creativity in astronomy, mathematics and philosophy from the 9th till the 12th centuries.