CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 26-4-2006 03:13 PM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Lelaki didakwa bunuh pengurus


KUALA LUMPUR: Seorang pengganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh Pengurus Kanan Tabung Haji Properties (TH Properties), Hamzah Osman, pada 29 Mac lalu.

Mohd Rizuan Abd Razak, 26, yang ditahan 1 April lalu dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan itu, tetapi tiada pengakuan dicatatkan.

Tertuduh dari Melaka, didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 305, Wellvest International Youth Hostel, nombor 231E & 231F, Jalan Merpati off Jalan Raja Laut di sini, antara jam 8.05 malam hingga 10.30 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Aimi Zaini Mohd Azhar menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Geetam Ram Vincent manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar sebelum ini melaporkan kejadian pembunuhan seorang lelaki di sebuah asrama di Jalan Merpati, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa ditemui terbaring di atas katil dengan kesan kelar di leher oleh pekerja asrama terbabit.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menempah bilik di situ pada jam 8 malam.

Sebuah kereta model Chevrolet Optra dipercayai milik mangsa, turut ditemui di hadapan asrama berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2006 06:21 PM | Show all posts

Reply #300 Gadis's post

ayoyoyo...ini macam punya worang pun ada ka?
anak sedara sudah hantam sundiri punya amak sedara jugak..
ayoyoyo... kadiwale.... tarak guna punya anak sedara...
chaaiitttt.... saya kalu.... kasi pukul dia punya kapla.... baru dia tau....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 26-4-2006 03:13 PM
Mahkamah Majistret: Lelaki didakwa bunuh pengurus


KUALA LUMPUR: Seorang pengganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh Pengurus Kanan Tabung Haji Properti ...


attee, wehh!!!

si mangsa adalah graduan pelajar Diploma Pengurusan Hartanah semasa di Kampus Seri Manjung dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 12:18 PM | Show all posts
hari ni tak de jenayah ke?...bravo :clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2006 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 27-4-2006 12:58 AM


attee, wehh!!!

si mangsa adalah graduan pelajar Diploma Pengurusan Hartanah semasa di Kampus Seri Manjung dulu...




ex manjung ker? ish..... split kenai ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2006 08:55 AM | Show all posts
copy n paste dari HM harinih....


Pelatih PLKN hadapi tuduhan sebab kematian


JOHOR BAHRU: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bergaduh sehingga rakan pelatihnya meninggal dunia di Kem Padang Hijau PLKN, Kluang, 21 April lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kluang hari ini kerana menyebabkan kematian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pelatih berusia 17 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan iaitu tuduhan membunuh tanpa niat.

"Kami sudah selesai menjalankan siasatan dan akan mendakwa tertuduh di Mahkamah Majistret Kluang, esok," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, remaja yang berasal dari Kempas di sini, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan tidak mempunyai latar belakang kemahiran mempertahankan diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam 21 April lalu, remaja itu dikatakan bergaduh dengan mangsa, Haziq Jaafar, 17, di bilik menonton televisyen kem berkenaan.

Berikutan pergaduhan itu, Haziq dari Ladang Tai Tak, Kota Tinggi dan remaja berkenaan dibawa ke Hospital Kluang. Bagaimanapun, Haziq disahkan meninggal dunia jam 11.55 malam, dipercayai akibat patah leher.

Ketika kejadian, 10 pelatih lain berada di ruang rehat berkenaan dan meleraikan mereka berdua.

Sementara itu, di Kluang, Majistret Abdul Malik Ayub membenarkan polis melanjutkan tahanan reman terhadap remaja itu selama tiga hari lagi bermula semalam.

Remaja itu yang sebelum ini direman selama 10 hari sejak 21 April lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang pada jam 10.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai polis serta ibu bapanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2006 09:51 AM | Show all posts
copy n paste dari UM harinih....

Penjenayah rampas pistol polis, tembak konstabel

SUBANG JAYA 3 Mei - Seorang anggota polis ditembak dua kali oleh penjenayah yang merampas pistolnya semasa bergelut dalam kejadian di kawasan perumahan Batu 7, Bandar Kinrara 5, Puchong di sini hari ini.

Bagaimanapun Konstabel Khairul Anuar Sardini, 25, terselamat apabila kedua-dua tembakan itu tersasar.

Sebelum merampas pistol Khairul Anuar, suspek tersebut dikatakan cuba mencuri besi buruk berdekatan dengan kawasan perumahan itu.

Polis turut percaya kumpulan itu baru menyamun sebuah kafe siber di Taman Mawar Kinrara, Puchong di sini pukul 4.30 pagi ekoran penemuan 20 komputer di dalam lori yang ditinggalkan selepas mereka melarikan diri.

Suspek dan tiga rakannya ketika itu sedang dikejar oleh lima anggota polis termasuk Khairul Anuar setelah mendapat maklumat mengenai lokasi mereka di Taman Kinrara 5, Puchong di sini kira-kira pukul 6.20 pagi.

Selepas melarikan diri sejauh dua kilometer, mereka berjaya dikesan oleh Khairul Anuar yang tiba dahulu di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Fuad Talib berkata, suspek ketika itu berpura-pura menyerah diri selepas tiga rakannya lari meninggalkannya dan lori tersebut sebaik ternampak Khairul Anuar di situ.

Beliau berkata, semasa cuba menggari suspek, berlaku pergelutan dan suspek telah merampas pistol Khairul Anuar sebelum melepaskan satu das tembakan tetapi tersasar.

``Suspek terus melarikan diri ke arah Lebuh Raya Klang-Shah Alam dan dikejar oleh Khairul Anuar.

``Semasa mengejar suspek, Khairul Anuar cuba ditembak lagi tetapi tembakan itu turut tersasar.

``Suspek meloloskan diri dan kita sedang melancarkan gerakan memburu secara besar-besaran untuk mengesan suspek dan tiga lagi rakannya juga mendapatkan semula pistol yang dilarikan,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2006 09:52 AM | Show all posts
HM harinih..... Edisi Tengah: Dicekup ketika cuba curi meter air di rumah ketua polis

TAMPIN: Cubaan dua lelaki mencuri meter air sebuah rumah di Taman Indah, dekat sini, bukan saja gagal, malah lebih mengejutkan apabila orang yang menahan mereka adalah Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Harun.


Mereka dipercayai berhenti di depan rumah itu untuk memantau keadaan sebelum membuka meter air itu untuk dijual sebagai besi buruk.

Dengan tertangkapnya dua lelaki masing-masing berusia 31 dan 41 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes kehilangan meter air milik Jabatan Bekalan Air (JBA).

Siasatan polis turut mendapati seorang daripada lelaki itu adalah bekas pekerja JBA.

Zull Aznam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi 26 April lalu, beliau yang pulang selepas menjalankan rondaan cegah jenayah mendapati dua lelaki bermotosikal berada di depan rumahnya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan menyebabkan beliau menahan mereka.

?isebabkan kelam-kabut dan terkejut kerana perbuatan mereka disedari, lelaki terbabit menggunakan dalih kononnya dia mahu menghantar risalah jualan murah daripada sebuah pusat beli-belah di kawasan perumahan di sini,? katanya.

Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas motosikal lelaki terbabit menjumpai sebiji meter air yang masih basah dan beberapa peralatan yang digunakan untuk membuka skru.

Kedua-dua lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

?etika disoal siasat, suspek mengaku mencuri meter air di sebuah rumah di Taman Gunung Emas, di sini,? katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai mencuri sekurang-kurangnya 27 meter air dan 25 daripadanya sudah diceraikan ke beberapa bahagian sebelum dijual sebagai besi buruk.

?edua-dua suspek ditahan reman bagi siasatan lanjut dan mereka dijangka akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi,? katanya.

Menurutnya, penahanan dua lelaki itu dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes curi meter yang dilaporkan sebelum ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2006 09:37 AM | Show all posts
Copy n paste dari paper BH arinih....


Edisi Timur: Patah peha ditendang peragut

KUALA TERENGGANU: ?aya bangun untuk mengejar lelaki itu tapi kaki berasa longlai sebelum saya rebah. Rupa-rupanya paha kiri saya patah akibat ditendang,? kata seorang peniaga yang menjadi mangsa ragut, malam kelmarin.

Malah, Mohd Yuseri Azrai, 27, tidak menyangka telefon bimbit terpakai bernilai hanya RM100 menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan bagi memulihkan kaki kirinya itu.

?ejadian berlaku terlalu pantas. Saya tidak pasti sama ada dua lelaki bermotosikal itu menendang saya sebelum merampas telefon atau ketika saya cuba merampasnya kembali.

?aya cuma ingat semuanya berlaku pantas dan saya langsung tidak dapat mengecam mereka yang saya percaya menunggang Honda EX5,? katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Kuala Terengganu (HKT), semalam.

Mohd Yuseri dari Kampung Dalam Bata di sini, berkata ketika kejadian, dia berbual dengan rakan menggunakan telefon bimbitnya sementara menunggu seorang saudara, Mohd Lutfi Mohd, yang berurusan di sebuah kedai berhampiran Jalan Masjid Abidin, kira-kira jam 10 malam.

?aya berdiri di sebelah kereta diletakkan di situ sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang terus meragut telefon bimbit dan melarikan diri.

?aya tak ingat bilakah mereka tendang saya. Saya cuma sedar apabila paha saya berasa lembik ketika cuba mengejar mereka sebelum terjatuh menyebabkan luka dan bengkak siku kanan.

?agaimanapun, saya bersyukur masih selamat dan tidak menghadapi kecederaan serius walaupun peragut itu melarikan diri,? katanya yang hairan melihat peragut terbabit tidak memecut meninggalkannya tetapi menunggang dalam keadaan tenang seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Dia berkata, rakannya dan orang ramai tidak menyedari kejadian itu kerana pandangan mereka terhalang oleh kereta.

?ohd Lutfi kemudian menghantar saya ke HKT pada kira-kira jam 10.30 malam. Doktor mengesahkan tulang paha saya patah,? katanya yang kelihatan keletihan.

Mohd Yuseri berkata, dia akan membuat laporan polis bagi membolehkan peragut terbabit ditahan supaya tidak berlaku kejadian sama terhadap orang lain.

Menurutnya, lututnya terpaksa dimasukkan besi sebelum membolehkan tulang pahanya disambung semula.

?aya berharap orang ramai berwaspada ketika menggunakan telefon bimbit kerana peragut tidak menghiraukan mangsa asalkan dapat apa dihajati,? katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ayob Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2006 09:47 AM | Show all posts
Bas ekspres dirampas

GOMBAK: Sekurang-kurangnya lima warga Indonesia, termasuk seorang bersenjatakan sepucuk pistol merampas sebuah bas ekspres sebelum menyamun pelbagai barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM12,000 di Kilometer 441, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan rawat dan rehat Rawang di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi, beberapa minit selepas pemandu gantian meneruskan perjalanan membawa 19 penumpang dari Pulau Pinang ke Singapura berhenti rehat di Hentian Rehat Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Jalil Talib, berkata mereka yang sebelum itu menyamar sebagai penumpang mengarahkan penumpang lain menyerahkan barang kemas sebaik saja bas bergerak sejauh dua kilometer dari kawasan rehat itu.

?olis percaya semua suspek berusia 30-an itu warga Indonesia berdasarkan loghat mereka. Semua suspek turut menaiki bas berkenaan dengan berpura-pura sebagai penumpang dan pada masa sama seorang rakannya yang memandu kereta mengekori di belakang bas.

?ereka menunggu masa sesuai untuk bertindak menyamun penumpang bas terbabit,? katanya di sini, semalam.

Jalil berkata, siasatan mendapati bas berkenaan bertolak dari Sungai Nibong, Pulau Pinang pada jam 9 malam dengan membawa 21 penumpang termasuk lapan pelancong Indonesia, dua pemandu dan tiga wanita.

?olis percaya rompakan ini dirancang kerana terdapat sebuah kereta Proton Putra bersama seorang pemandu menunggu di kawasan itu untuk mengambil hasil rompakan dan melarikan empat suspek.

?ami tidak menolak kemungkinan, kereta Proton Putra itu mengekori bas ekspres berkenaan dari Sungai Nibong sebelum meninggalkan kereta itu di Batu 16, Jalan Gombak-Rawang berhampiran perkuburan Hindu pada jam 3.30 petang,? katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kereta yang digunakan itu ialah kenderaan curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dilaporkan hilang pada 6 Januari lalu di Hulu Langat, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ibni Affan Shaumin (017-2244141) atau Ibu Pejabat Polis Gombak di talian 03-61385222 untuk membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2006 08:54 AM | Show all posts
copy n paste Berita Harian arini...

Enggan serah duit mungkin punca Azmah ditikam

KUALA LUMPUR 7 Mei - Polis sedang menyiasat beberapa kemungkinan yang menjadi punca Azmah Mohamad, 24, ditikam oleh suaminya termasuk keengganan mangsa menyerahkan wang atau barangan berharga semasa kejadian di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Ampang Hiliran di sini malam semalam.

Menurut jurucakap polis, keengganan itu mungkin menyebabkan suspek yang merupakan penagih dadah naik marah sehingga berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek seterusnya menikam mangsa dengan sebilah pisau kecil.

Kata jurucakap itu lagi, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, suspek dan mangsa sebelum ini dikatakan sering bertengkar mengenai masalah wang kerana pasangan itu tidak bekerja.

``Bagaimanapun kemungkinan itu masih belum dapat dipastikan sehingga polis selesai mengambil keterangan daripada suspek yang kini berada dalam tahanan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, polis juga sedang menyiasat sama ada Azmah ditikam oleh suspek kerana motif cemburu.

Azmah yang merupakan suri rumah mati ditikam di dada kira-kira pukul 12.30 malam semalam ketika menyusu anak bongsunya di rumahnya.

Bagaimanapun mangsa meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beberapa jam selepas kejadian, polis menahan suami mangsa.

Lelaki itu kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2006 08:56 AM | Show all posts
Tiger Snook `kebal?


KUALA LUMPUR: Kepala samseng Geng 77 dikenali sebagai Tiger Snook yang ditahan polis baru-baru ini, dikatakan menggunakan azimat dan tangkal di beberapa bahagian tubuhnya sebagai pelindung atau kebal daripada kecederaan jika diserang musuh.

Tiger Snook dipercayai menggunakan barangan khurafat itu sejak membabitkan diri dalam geng terbabit kerana berasakan dirinya lebih selamat memakainya.

Sumber memberitahu Metro Ahad, Tiger Snook berusia lingkungan 20-an mendapatkan barangan terbabit daripada pihak tertentu di utara tanah air.

?iger Snook membeli tangkal dan azimat terbabit dengan harga mencecah ribuan ringgit dan percaya dengan memakai barangan berkenaan dirinya tidak lut dibelasah, selain kebal daripada segala senjata musuh,? katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Tiger Snook turut menjalankan upacara tertentu untuk memastikan dia kebal.

?ifahamkan, ahli Geng 77 lain turut mengikut jejak ketua mereka memakai barangan khurafat berkenaan,? katanya.

Beliau berkata, Tiger Snook taksub dengan amalan pemakaian tangkal dan azimat selepas dia dikatakan tidak mengalami kecederaan ketika beberapa kali dibelasah anggota kumpulan samseng lain.

?ia pernah menjadi mangsa belasahan kumpulan samseng lain sepanjang terbabit dalam Geng 77,? kata sumber itu.

Tiger Snook juga pernah dikenakan hukuman sebat oleh Geng 77 kerana melakukan perkara menyalahi undang-undang kumpulan terbabit, tetapi tidak dapat dipastikan jenis kesalahan dilakukannya.

Sementara itu, Tiger Snook mungkin ditahan mengikut Undang-Undang Pencegahan bagi menghalang ketua Geng 77 itu meneruskan kegiatan samseng dan memeras ugut bersama pengikutnya.

Polis kini mengumpul maklumat mengenai lelaki itu yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan samseng dan melakukan banyak kes jenayah seperti pergaduhan serta penggunaan wang palsu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat, berkata pihaknya masih menahan suspek terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung aktiviti kumpulannya.

Katanya, siasatan terhadap lelaki itu menjurus kepada pembabitannya dalam kumpulan samseng serta pengikutnya yang turut melakukan kes jenayah seperti peras ugut.

Laporan Harian Metro Khamis lalu menyebut anak buah Tiger Snook yang didakwa ?enjual? nama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dipercayai menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk memusnahkan pejabat pertubuhan itu, Rabu lalu.

SMS berkenaan dikirimkan kepada seorang pemimpin kanan Pekida dipercayai kerana tidak puas hati selepas ketua mereka ditahan dalam serbuan polis di Klang, dua minggu lalu.

Dalam SMS itu, anak buah Tiger Snook memberi amaran kepada pemimpin kanan Pekida itu supaya tidak mencampuri urusan Geng 77 jika tidak mahu menerima padah.

SMS terbabit berbunyi: ?ang bagi tau kat ayah Lan kalau nak hidup selamat, jangan cuba nak masuk campur dalam hal (Geng) 77, lagi sekali kes 77 masuk Metro, pejabat Pekida akan kami langgar dan musnahkan, jangan bermain dengan buah 7 padah akibatnya.?

Berikutan ugutan itu, pemimpin kanan Pekida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi, malam kejadian.

Kelmarin, rumah Presiden Pekida Cawangan Bukit Bintang, Roslan Dahaman, hampir terbakar selepas dibaling tiga ?olotov cocktail? oleh beberapa lelaki dipercayai pengikut Geng 77 yang mengesyaki maklumat penangkapan ketua mereka disalurkan oleh mangsa.

Bagaimanapun, kebakaran di bumbung dan pintu depan rumah berjaya dipadamkan oleh adik ipar mangsa, Mohd Fauzi Sudin, 30.

Tiger Snook ditahan dua minggu lalu bersama tiga orang kanannya dan tiga wanita dalam serbuan sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, diketuai Inspektor Hairmi Miskon kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2006 08:56 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Lelaki hadapi dua pertuduhan edar 124 kilogram dadah


BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki berusia 25 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap dua pertuduhan mengedar dadah seberat 124 kilogram pada April lalu.

Mohd Zaidi Ahmad, 25, dari Lunas, Kedah yang dihadapkan di depan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin faham terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Chee Yein Kein.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 124 kilogram di dalam ruangan khas di bawah tempat letak barang dalam kenderaan jenis Mitsubishi Storm bernombor pendaftaran WLR 9478.

Bagi tuduhan kedua pula, Mohd Zaidi dituduh mengedar dadah jenis syabu seberat 61.3 gram di dalam kereta Proton Wira bernombor pendaftaran PEY 3913.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 27 April lalu.

Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Julai depan untuk tarikh sebutan semula.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 12:28 PM | Show all posts
sedih aku nengok wajah anak2 yg mak kena bunuh ngan bapaknye tu...sedihhhh...yg 6 bulan tu masih menyusu badan...aduiii...ape punya bapak ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 08:29 AM | Show all posts
tula kan..... dah le takde keja duk mintak duit isteri lak..... kejam betui ler....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 08:30 AM | Show all posts
Edisi Timur: 'Haji' jual pil perangsang seks tiruan dicekup

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas berserban dan bergelar ?aji? sanggup menjual pil perangsang seks dipercayai tiruan untuk mendapat keuntungan lumayan.

Warga emas berusia 70-an itu dikatakan mendapat bekalan ubat perangsang haram Tadalafil dan ubat Cina, Wu Bian Li dari luar negara.

Lelaki dari Chukai, Kemaman, dekat sini, dipercayai mengedarkan ubat itu secara sembunyi di kedai atau tempat lain mengikut kehendak pelanggan sejak setahun lalu, termasuk menghantarnya ke rumah anak sendiri.

Bagaimanapun, kegiatan ?aji? terbabit terbongkar selepas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF), Jabatan Kesihatan negeri, menerima maklumat awam mengenai kegiatannya sebelum merampas ubat perangsang haram bernilai kira-kira RM10,000.

Timbalan Pengarah (Farmasi) BPF, Che Mohd Nasir Che Ali, berkata lima pegawai penguat kuasa BPF diketuai Ketua Penolong Pengarah, Mohtar Mohd, menyerbu rumah anak lelaki ?aji? itu yang berusia 51 tahun di Teluk Kalong, Kemamam kira-kira jam 4 petang, Khamis lalu.

Menurutnya, pegawai BPF mendapati warga emas terbabit menjalankan urus niaga dengan seorang pelanggan berusia 53 tahun di ruang tamu dan terdapat ratusan kotak Tadalafil 50 miligram (mg) dan 80mg, serta kira-kira 120 paket ubat perangsang Cina 800mg dan 500mg.

?emua ubat perangsang tiruan yang dirampas itu dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000,? katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, warga emas yang pernah menjadi nelayan itu menunjukkan satu kotak lain di bawah katil rumahnya di Chukai mengandungi 30 botol Tadalafil.

?iasatan mendapati warga emas terbabit membeli satu kotak Tadalafil mengandungi tiga botol RM40 dan menjual dengan harga RM60, membolehkannya mendapat keuntungan RM20 sebelum pengedar menjual RM40 sebotol,? katanya.

Menurutnya, pil perangsang haram itu dipercayai mendapat sambutan hangat kerana lebih murah daripada pil perangsang asli.

?bat haram itu dijual RM40 untuk setiap botol mengandungi 10 biji tetapi Tadalafil asli dijual RM60 sebiji,? katanya.

Bagaimanapun, ubat itu sejenis racun berjadual yang hanya boleh diambil dengan nasihat doktor kerana boleh memberi kesan buruk jika diambil tidak betul termasuk tekanan darah rendah atau pecah saluran darah.

?erbanding Sildenafil (Viagra), Tadalafil (Cialis) mempunyai kesan berganda hebat iaitu selama 72 jam berbanding Sildenafil 24 jam,? katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 13(a), Akta Racun 1952, kerana memiliki ubat mengandungi racun untuk jualan tanpa lesen sah.

?es juga disiasat mengikut Peraturan 30(1), Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana memiliki ubat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan untuk dijual,? katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2006 09:12 AM | Show all posts
copy n paste dari Berita Harian

Ibu akui punca kematian bayi

GEORGETOWN: Seorang ibu muda terselamat dari hukuman penjara 20 tahun apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan dia berkelakuan baik selama tiga tahun atas tuduhan menyebabkan kematian bayinya, April tahun lalu.

Tertuduh kini berusia 18 tahun, mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kematian menggunakan sebilah pisau ke atas bayinya yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Bayan Lepas, kira-kira jam 4.40 petang, 13 April 2005.

Hakim Zainal Saleh menetapkan bon berkelakuan baik bernilai RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mendengar hujah dan rayuan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tertuduh yang sedang mengikuti pengajian komputer di sebuah kolej swasta dituduh mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan hukuman mengikut Seksyen 309B kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Kes itu, kali pertama didengar di hadapan Majistret Helmi Ghani pada 19 April tahun lalu ketika tertuduh berusia 17 tahun.

Dia didakwa menikam anaknya yang baru lahir sehingga mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Zainal berkata, walaupun beliau tidak menjatuhkan hukuman penjara tidak menunjukkan bahawa mahkamah memberi kepentingan yang lebih kepada tertuduh.

"Selepas semua fakta saya timbangkan saya bersetuju hukuman penjara bukan sesuai untuk kamu. Saya berpendapat bahawa tempoh reman selama 10 bulan sudah kamu lalui pada saya ia tempoh masa yang panjang memandangkan umur dan tempat di Penjara Pulau Pinang.

"Faktor ini (reman) berjaya melembutkan hati saya untuk tidak menjatuhkan hukuman penjara. Tempoh itu lebih daripada mencukupi untuk beri pengajaran dan saya tidak mengabaikan kepentingan awam," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2006 09:13 AM | Show all posts
copy n paste dari Utusan Malaysia

Pembela, pendakwa masih gulung hujah kes Rozana


KUALA LUMPUR 10 Mei - Keputusan perbicaraan kes Rozana Zubir belum diketahui hari ini apabila kedua-dua pihak masih meneruskan penggulungan hujah masing-masing di hadapan 11 juri di Mahkamah Daerah Sydney, Downing Centre, Australia.

Menurut kenyataan yang dihantar oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, penggulungan hujah peguam bela, John Dailley menegaskan bahawa Rozana tidak bersikap seperti pembawa dadah malah dia telah mengisytiharkan pakej mengandungi candu yang dibawanya.

``Perbuatan Rozana ini sungguh bertentangan dengan cubaan untuk menyembunyikan pakej itu kerana seorang pembawa dadah tidak akan mengisytiharkan barang yang dibawa dan sebaliknya sentiasa mahu menyembunyikan.

``Apabila Rozana mengisytiharkan pakej itu kepada Kastam Australia, dia tahu ia akan dibuka dan diperiksa. Orang yang separuh akal pun boleh memberitahu anda mengenai perkara ini,'' hujahnya.

Rozana, 36, seorang jurujual kereta sambilan, dituduh mengikut Seksyen 233B Akta Kastam 1901 (Undang-Undang Australia) yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau denda sehingga RM2.08 juta (AUS$750,000).

Kes Rozana mendapat perhatian meluas di Malaysia, malah kos perbicaraan termasuk yuran guaman dibiayai oleh sumbangan pelbagai pihak di negara ini termasuk ahli perniagaan dan tokoh politik.

Dalam perbicaraan itu, Rozana diwakili oleh barisan peguam yang diketuai oleh Dailley dengan dibantu oleh Neil Meyell, Muhammad Shafee dan peguam cara, Raj Palany. Pendakwa Raya Keith Chapple dibantu oleh Nancy Seth.

Dailley berkata, tidak ada sebab lain yang munasabah untuk Rozana mengisytiharkan pakej tersebut kecuali beliau tidak tahu pakej berkenaan mengandungi dadah.

Beliau turut mengingatkan bahawa para juri hanya boleh memutuskan kesalahan apabila tidak ada lagi keputusan lain yang boleh dibuat namun dalam kes Rozana, keraguan telah berjaya ditimbulkan berhubung sabitan pertuduhan terhadapnya.

Tambah beliau, keterangan Mohd. Noor Ikhwan Jaimi tidak dipertikaikan oleh pihak Pendakwa Raya bahawa Rozana menganggap Haj sebagai kawannya dan semua perkara yang diberitahunya kepada Kastam mengenai Haj adalah benar.

``Perbuatan Haj menghadiahkan beg kepada Rozana telah membuatkan wanita itu terhutang budi lalu bersetuju membawa pakej yang diserah oleh Haj untuk diberikan kepada rakannya di Australia,'' katanya.

Dailley menambah, Rozana tidak berbohong mengenai lawatannya di Australia dan memberitahu pihak berkuasa mengenai aturcaranya walaupun ketika itu, pakej yang dibawanya telah ditahan oleh Kastam Australia.

``Saksi Rhonda Carson memberi keterangan bahawa Rozana boleh balik dengan penerbangan seterusnya tetapi dia tidak berbuat demikian. Apakah yang boleh anda putuskan daripada tindakan itu?'' soalnya kepada juri.

Semua tindakan itu, hujah Dailley, tidak konsisten dengan tuduhan bahawa Rozana adalah pembawa dadah.

Malah, katanya, sepanjang berada di Australia, Rozana bersikap seperti seorang pelancong yang gembira dan ia digambarkan melalui mesej ringkas (SMS) yang nakal dan penuh dengan senda gurauan.

``Mesejnya tidak menggambarkan beliau sedar bahawa ujian akan mendapati kandungan pakej itu adalah candu dan beliau akan mendapat susah. Ini tidak menunjukkan sikap seorang yang bersalah,'' hujah Dailley.

Hakim John Williams pula menggulung perbicaraan kes itu esok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 09:55 AM | Show all posts
copy n paste dr BH arinih...


14 lelaki ditahan bantu siasat pelajar dibunuh


KUALA LUMPUR: Polis menahan 14 lelaki untuk membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar sekolah agama yang diserang di Jalan Udang Ketak, Taman Sri Segambut di sini, awal pagi kelmarin.

Tiga lelaki berusia 17, 21 dan 22 tahun ditahan di rumah mereka di Segambut antara jam 11 malam kelmarin hingga 2.30 pagi semalam, iaitu beberapa jam selepas kejadian itu.

Pada masa sama, polis yang melakukan rondaan turut menahan sekumpulan 11 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an kerana cuba membuat kecoh di sekitar Taman Sri Segambut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Karn Kam Peng, berkata pemeriksaan di rumah tiga lelaki itu, polis menemui baju, seluar jeans, kasut dan parang panjang dengan kesan darah.

?etiga-tiga lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes serangan ke atas pelajar terbabit. Semua barang bukti itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,? katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Kelmarin, Mohd Taufiq Ali, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Agama Sungai Udang di Melaka mati jam 1.05 pagi selepas dua jam dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat diserang dua lelaki bersenjata.

Ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari membeli barang di pasar malam berdekatan rumahnya di Taman Sri Segambut.

Bagaimanapun, ketika melalui satu kawasan gelap di taman perumahan itu, motosikal mangsa ditahan dua lelaki memakai topi keledar penutup penuh sebelum menetaknya beberapa kali, dengan dua tetakan mengenai kiri kepala dan satu pada bahu.

Akibat tetakan itu, mangsa bersama motosikal terjatuh di atas jalan.

Karn berkata, siasatan awal polis mendapati pembunuhan itu bermotifkan salah faham antara dua kumpulan lelaki yang bertelagah dan kejadian berkenaan adalah membalas dendam.

Sementara itu, Majistret Izatul Akmal Maharani membenarkan perintah tahanan reman lima hari sehingga 19 Mei ini terhadap semua lelaki terbabit bagi menjalankan siasatan berhubung pembunuhan berkenaan.

Ketiga-tiga lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 09:56 AM | Show all posts
Samun: Wanita antara empat diberkas


JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki serta seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun bersenjata api kedai menjual telefon bimbit di sekitar Kulai dan Senai, dekat ini.

Kumpulan itu ditahan di sebuah tapak pembinaan di Taman Melati, Indahpura, Kulai, jam 10.30 malam Jumaat lalu, sehari selepas mereka dipercayai menyamun sebuah kedai menjual telefon bimbit di Taman Bintang, Senai, malam Khamis lalu, membabitkan 80 set telefon bimbit bernilai kira-kira RM15,000.

Polis turut merampas sepucuk pistol separa automatik Garcia buatan Sepanyol, lima peluru, dua parang, sebatang pemutar skru dan dua kereta milik kumpulan penjenayah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata tiga lelaki dan wanita yang dipercayai teman wanita seorangdaripada penjenayah terbabit, berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan di beberapa kedai menjual telefon bimbit di Kulai dan Senai, polis menemui beberapa model telefon yang disamun sebelum ini.

"Siasatan awal mendapati kumpulan itu disyaki terbabit dalam empat kes samun bersenjata di kedai telefon bimbit di Kulai dan Senai," katanya.

Abdul Rahim berkata, semua yang ditahan memiliki rekod jenayah, kini ditahan reman sehingga Sabtu ini serta disiasat mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Kesiksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Katanya, siasatan awal juga mendapati penjenayah terbabit menjual hasil samun mereka ke beberapa kedai telefon bimbit di sekitar Kulai dan Senai pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik kedai telefon bimbit di kedua-dua kawasan itu yang disyaki menyimpan dan menjual barang curi.

Dalam perkembangan lain, katanya, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang disyaki menyamun kedai menjual empat nombor ekor menggunakan pistol mainan, petang Jumaat lalu.

Katanya, lelaki terbabit ditahan ketika cuba menyamun kedai empat nombor ekor di Jalan Badik 23, Taman Puteri Wangsa, dekat sini.

"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sudah menyamun 20 kedai menjual empat nombor ekor di sekitar bandar raya ini sejak tahun lalu," katanya sambil menambah, lelaki itu ditahan reman sehingga Jumaat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Api 1960.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.056935 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list