kelemahan sheols ialah angkuh. dulu sheols unfollow ramai artis dgn alasan seperti di bawah ini. statement sheols yg meloyakan itew. sekarang baru terhegeh2 nak pergi beraya rumah retis lain, hantar burung bagai.
Saya mula berhenti menjadi pengikut rakan-rakan termasuklah teman-teman artis sejak beberapa bulan lalu dan perkara itu membuatkan ramai yang mempersoalkan tindakan saya itu. Mereka merasakan sebagai kawan, menjadi kewajipan untuk mengikut mereka di Instagram. Dan jika saya unfollow mereka, ia menjadi satu isu besar. Ada yang sentap (terasa) dan sehingga kini tidak bercakap dengan saya gara-gara tindakan ini. Sedangkan saya masih lagi menganggap mereka kawan. Ada sebab saya tidak mengikut rakan-rakan di Instagram. Keputusan ini dibuat sebagai usaha membiasakan diri untuk tidak berfikiran negatif terhadap apa yang kita lihat di laman sosial berkenaan. Contohnya, apabila kita lihat gambar rakan-rakan yang sedang bercuti atau hasil belian barang-barang, pasti terdetik dalam hati adakah mereka mahu menunjuk-nunjuk walaupun sebenarnya bukan itu niat mereka. Situasi seperti ini yang buatkan saya tidak suka. Kadang-kadang gambar yang mereka muat naik itu sudah menunjukkan ia bersifat negatif dan secara tidak langsung perkara itu terpalit dalam diri dan boleh serabutkan fikiran kita. Dengan cara ini, saya lebih tenang dan menjadi lebih positif dalam setiap perkara yang dilakukan.
|