|
PETUA & TIPS UTK KESIHATAN, MASAKAN & PENJAGAAN BARANGAN DAPUR
[Copy link]
|
|
Originally posted by EMMA78 at 13-10-2005 02:02 PM
emma nak sumbangkan satu petua. untuk pesakit gout, boleh la amalkan mengambil beberapa potong nenas(ranum & mentah ...
tapi emma...org pompuan tak digalakkan makan nenas ni....ni memang diketahui ramai...penah baca satu artikel.....nenas ni actually ada mengandungi sejenis enzim yg boleh memberi kesan kepada sistem peranakan wanita......makan sekali sekala oklah kot...tp kalu makan selalu tak digalakkan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EMMA78 at 13-10-2005 02:02 PM
emma nak sumbangkan satu petua. untuk pesakit gout, boleh la amalkan mengambil beberapa potong nenas(ranum & mentah ...
arwah ayah maklang dulu pun pengidap gout. Maklang pernah baca dr. satu email, perubatan yg diamalkan oleh Iman Mazlan dari Melaka kalo tak silapl, ubat untuk matikan sumpahan gout ni ialah dengan melayor betik muda atas api dan digosok ke tempat sakit..akhir sekali pesakit hendaklah memijak betik muda tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
petua kempis perut n awet muda
elakkan minum minuman ber ais... penah buat dulu n menjadi... perut flat je. tapi tu dulu la psl skrg asyik dok minum ais je... hehe, tpaksa la buat 'sit up' plak.. mcm ne nk renti kan tabiat minum ais ni ek....:stp: |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
menghilangkan kembung perut
ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa.kemudian layurkan dia atas api selama 2 minit.kemudian daun yang masih panas ditekapkan pada perut |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
memutihkan gigi
campurkan sedikit garam pada ubat gigi yang digunakan setiap kali ingin mengosok gigi.gigi akan kelihatan lebih putih berseri dan juga dapat menghindari dari sakit gigi dan mulut |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
merawat gastrik
campurkan buah kurma dengan susu kambing atau susu lembu asli segar.minum 2 kali sehari...insyallah gastrik dapat dielakkan |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
megatasi bayi demam selepas di suntik
caranya dengan meletakkan potongan bawan kecil di tempat suntikan.seeloknya bawa bawang tersebut setiap kali anak ada temujanji suntikan.
atau pun cara kedua :-
bagi ibu yang masih menyusukan badan, selepas anak disuntik ada baiknya anak diberikan susu badan secepat mungkin.ini dapat mengelakkan suhu badan anak naik dan anak menjadi demam |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
melancarkan hidung tersumbat
ambil air suam-suam kuku dan dititiskan sedikit minyak kapak. selepas itu air itu di hidu seperti menghidu bau bunga..insyallah aliran hidung yang tersumbat itu akan lebih lancar |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing. |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
Kulit perut berkedut
Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20
titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu |
|
|
|
|
|
|
hazel_eja This user has been deleted
|
Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih.
Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali. |
|
|
|
|
|
|
phoinix This user has been deleted
|
Apakah Khasiat bunga telang?
hello semua...
Saya ni memang peminat dlm hal petua-petua ni... Terima kasih kpd semua yg menyumbang petua-petua ... dptlah saya cuba..
Saya terbaca dlm sebuah buku mengenai pengamalan bunga telang utk menghitamkan rambut secara semulajadi oleh orang Thai... Jadi bila saya dpt chance melawat kawan di Thailand, saya sempat cari di Supermarket kat sana menjual produk yg menggunakan bunga telang ni...dlm bahasa Thai ia dikenali sbg anchan. Setahu saya byk kawasan rumah di Malaysia menanam bunga telang yg ditanam sbg pemanjat di pagar... atau di rumah-rumah kaum Peranakan - utk buat kuih-muih shj.
Di Thailand ada sebuah syarikat yg mengeluarkan shampoo ni hanya dgn perahan bunga, minyak zaitun dan sejenis buah yg boleh emngeluarkan buih (terlupa pula nama buah tu).
http://www.abhaiherb.com/welcomeE/index.asp
http://www.abhaiherb.com/herbE/index.asp?HID=27
Jadi, kalau boleh saya nak tahu cara-cara utk mengguna bunga telang ni selain sbg pewarna biru...
PS. Baru-baru ni, ada ternampak shampoo jenama FEATHER mengeluarkan produk Bunga Telang ni... tapi kalaulah dilihat bahan-bahan kandungan - amat keliru dgn nama saintifiknya. |
|
|
|
|
|
|
phoinix This user has been deleted
|
Originally posted by honeydew_78 at 15-8-2005 05:06 PM
Ini ada beberapa info berguna yang member saya post dalam friendster, saya share dengan forumers semua:-
. Jika anda makan satay....jangan pula lupa
timunnya, sebabnya memakan
satay bersama k ...
Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni
"Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah
sebelum terlambat.
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas
kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat
berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of
Singapore".
==============
Originally posted by RaDiO@cTiVe at 8/18/05 06:33 AM
yg ni opismate chinese aku ade bt mmg kuar ulat pon :puke:
Hmmmm...ni nak tanya sikit... daging khinzir yg kawan ofis you test tu yg sudah masak ke atau belum masak ??? Kalau dah masak... macam mana ulat-ulat tu masih hidup??? Hide & seek ke?? Wahhhh..kebal betul ulat jenis ni!
Macam mana dgn CHI KUT TEH? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
Sudah masuk ari ke 22 berposer.
Berat teman sudah jadi 49kg ari ini. :cak:
Wsalam
pssttttt ghaser nyer, Kak Liza semakin berisi :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
PETUA IMAM SYAFIE :: 4 PERKARA ::
Empat perkara menguatkan badan :-
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan :-
1. Banyak berkelamin [bersetubuh]
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata :-
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata :-
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran :-
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi [gosok gigi]
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
:: EMPAT CARA TIDUR ::
1.Tidur para nabi :-
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2.Tidur para ulama dan ahli ibadah :-
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3.Tidur para raja yang haloba :-
Tidur ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4.Tidur Syaitan :-
Tidur menelengkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka!
sumber : surat khabar |
|
|
|
|
|
|
|
kuku itu berbisa:
arwah emak kak hannah bagi satu petua untuk dapatkan kulit perut yang licin tanpa stretch marks:
jgn sesekali garu kulit perut dgn kuku, sebaliknya kalau gatal, garu dgn sikat.
petua kak hannah kepada anak2 yang berjerawat:
jgn sesekali sentuh muka tu dgn kuku, kalau jerawat or black heads keluar ke, biarkan saja, ia pasti berlalu. tapi anak2 ni kdg2 susah juga nak faham... |
|
|
|
|
|
|
Pilax This user has been deleted
|
Petua2 Kesihatan
Pesakit Kencing Manis:hmm:
Ambil daun rajah kayu 3 helai rendam air panas dan minum 3 kali sehari.....saya sudah cuba. |
|
|
|
|
|
|
Pilax This user has been deleted
|
Originally posted by hanieliza at 23-12-2005 09:31 AM
dah ada tajuk topik ni ..
sila lihat :dia: [url=http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125309&extra=page%3D1]RAHSIA PETUA DAN TIPS KESIHATAN[/c ...
Tak kan akak seorang saja boleh cita..........:gila: |
|
|
|
|
|
|
| |
|