|
Originally posted by fieda_ms at 23-4-2007 08:30 AM
aku pegi gak malam sabtu lepas..... overalll persembahan tokti best sgt....
cuma kesian kat dia... bile dia bercakap terdengar suara dia kasar n serak.... kata kawan aku dia baru lepas demam. ...
tue laa pasal...
time berckp sore dia ala2 serak gitu...
tapi bile nyanyi...maintain youu....
kagum seyhhh....
pehtu yg kagum sangat CT nie cepat giller msk mood / be in character...
setiap lagu just pusing sket da dpt mood..
x kisahla sedih ke gembira ke...
bile dia nyanyi lagu Jeritan Batinku tue kite sebak giller...
mcm da nak menitis air mata lagi2 dgn iringan saksafon & preview cite Ibu Mertuaku kat slide...
emosi sedih CT sampai terus ke sanubariku....
meremang bulu roma.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 23-4-2007 09:22 AM
Selepas tue....takyah cerita la.....
TAK TAU la SITI ada FUNCTION apa.....sebab cepat bebenor nak beredar...
tak sempat nak sampai turn aku..
KALAU LAGI 2 mINIT, sure sempat......
xsilap CT nak g makan ngan Puan Julita & VVIP kot...
ari tue dia siap kasik tau Dato' Effendi Nawawi ngan Datin Tiara dtg...
eyh, ko x rase terharu ke dia acknowldege peminat2 dia yg duk kat atas...
dia kate time kasih w/pun x nmpk muke dia tp ttp support....hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi le cocobi....
takan simple jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca paper hr ni semua komen positif utk ct...tahniah ct..the living legend |
|
|
|
|
|
|
|
nst aku x bc. aku baca yg melayu je..metro, utusan, b harian |
|
|
|
|
|
|
|
ini dr harian metro
Siti berlakon bersama P Ramlee
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
SAMAada aura Datuk Siti Nurhaliza atau aura Allahyarham Tan Sri P Ramlee,yang pasti Konsert Istana Cinta di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Jumaatdan Sabtu lalu, cukup berjaya.
Apakan tidak, konsert itumendapat sambutan hangat daripada peminat setia Siti Nurhaliza, PRamlee sendiri serta isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma.
Menariknya,penghormatan mengimbau nostalgia karya terbaik P Ramlee yang pernahdidendangkan Saloma datang dari Datuk Siti sendiri. Sesuatu yang tidakdisangka, sehari sebelum konsert bermula, tiket sudah habis dijual.
Ketikapersembahan, Siti memberikan penghargaan kepada seorang tetamu yangmembeli 98 keping tiket. Istimewanya, Konsert Istana Cinta (KIC) initurut disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad danisteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang dipanggil ayahanda dan bondaoleh Siti.
Benar seperti diperjelaskan Siti sebelum ini, KICbukan mengenai dirinya dan apa yang dilakukan selama dua hari di IstanaBudaya itu sebahagian daripada usaha kecilnya untuk mengetengahkankarya terbaik pernah dihasilkan P Ramlee.
揝iapa tidak kenalkarya P Ramlee, malah tanyalah anak kecil mengenai Allahyarham pastimereka tahu. Istimewanya, lagu Seniman Agung itu pada saya 憁alarsegar |
|
|
|
|
|
|
|
dr nst
Siti brings back sweet memories of P. Ramlee
NST
Datuk Siti Nurhaliza dazzling the crowd with her rendition of songs by the late Tan Sri P. Ramlee and Puan Sri Saloma.
KUALALUMPUR: It was an evening of evergreen tunes at Konsert Istana CintaNostalgia Tan Sri P. Ramlee and Puan Sri Saloma by Datuk SitiNurhaliza.
The show at Istana Budaya here last night was a tribute to the songs popularised by the late celebrity couple.
Sitisang more than 30 songs over two hours with her guests Mimi Loma, Muslyand Fazli Zainal, which also included music from P. Ramlee抯 popularmovies.
Among the songs were Manusia, Tiru Macam Saya, MerakKayangan, Istana Cinta, Tunggu Sekejap, Sekapur Sireh, and Di ManakanKu Cari Ganti.
The show was interspersed with video footage of P. Ramlee films.
Theyincluded a famous argument scene in his comedy Masam-Masam Manis whereSiti delivered the line on stage with P. Ramlee via recorded videoplayback.
Veteran actor Aziz Sattar, who had starred in P.Ramlee movies, also kept the audience in stitches with anecdotes behindsome of the songs.
A popular comedy group, Isketambola, also performed a sketch from P. Ramlee抯 comedy Nasib Si Labu Labi.
The show was accompanied by the National Symphony Orchestra under the baton of Addie Marzuki. |
|
|
|
|
|
|
|
98 keping tiket?????:@ :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cinta_ungu at 23-4-2007 11:01 PM
laa...abes tue hang ttp beratur jugak ke amik t/tgn artis len??
yg paling kesian skali MIMI LOMA laa...
cam x de org lgsg nak amik sain dia...hehe...
Takdelah.....aku tgk lepas Siti blah...
artis lain pun nak blah...
sebab sure takde yg nak ambik sain diorang pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cinta_ungu at 23-4-2007 11:07 PM
xsilap CT nak g makan ngan Puan Julita & VVIP kot...
ari tue dia siap kasik tau Dato' Effendi Nawawi ngan Datin Tiara dtg...
eyh, ko x rase terharu ke dia acknowldege peminat2 dia yg ...
Terharuuuu....
Melambai lambai aku dari atas....
Sib baik aku 2nd row....so, takde la jauh sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
En. colby xde review konsert ke..?? ke same mcm en. Jay-Z jek..seme beh..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Siti hidupkan khazanah P.Ramlee dalam Konsert Istana Cinta
24-04-2007 02:00:29 PM
Oleh ZIEMAN
Gabungan Siti Nurhaliza dan Fazli Zainal tidak berjaya menambat hati penonton-penonton
(Foto Utusan)
Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung selama dua hari di Istana Budaya pada Jumaat dan Sabtu lepas agak menghiburkan walaupun tanpa promosi dan publisiti yang hebat.
Sayang sekali, promosi tidak dijalankan dengan sepatutnya untuk satu konsert 'sebesar' ini.
Lagu-lagu yang dipilih berjaya menggamit memori silam seniman agung dan isterinya.
Siti telah diberi penghormatan setinggi ini untuk membuat satu konsert bagi mengenang jasa P.Ramlee dan Saloma
(Foto Utusan)
Sekiranya matlamat konsert tersebut untuk memberi penghormatan kepada P.Ramlee & Saloma, ianya boleh dianggap menepati matlamatnya.
Siti seharusnya rasa bangga dan besar hati kerana dalam ramai-ramai penyanyi tanahair kita, Siti telah diberi penghormatan setinggi ini untuk membuat satu konsert bagi mengenang jasa P.Ramlee & Saloma.
Sebelum ini, Siti turut diundang membuat konsert tribute untuk Sudirman Hj Arshad.
Kebolehan Siti menyanyikan lagu-lagu dari zaman P.Ramlee tidak boleh dinafikan tetapi agak janggal apabila Siti juga turut diminta menyanyikan lagu-lagu P.Ramlee seolah-olah kita sudah ketandusan penyanyi lelaki.
Nyanyian Siti memukau mereka yang hadir di Istana Budaya
(Foto Utusan)
Tidak tahu apa rasionalnya pemilihan dua penyanyi lelaki yang tidak 'setanding' dengan kehebatan Siti, iaitu Musly Ramlee dan Fazli Zainal yang diundang menyampaikan lagu-lagu P.Ramlee. Gandingan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tidak nampak kehebatan naskah P.Ramlee apabila ianya disampaikan oleh dua penyanyi ini.
Untuk mengenang jasa P.Ramlee serta lagu-lagu ciptaannya, memadai ke dengan menjemput penyanyi sebegini?
Bukan hendak memperlekehkan kebolehan mereka berdua tapi rasanya belum cukup sempurna.
Memang Musly Ramlee ada 'aura' P.Ramlee dalam penyampaiannya, patah lagu mahupun lenggok tarinya yang dibuat-buat dan ditiru-tiru tapi setakat aura saja tidak cukup.
Aksi antara menarik semasa persembahan diadakan
(Foto Utusan)
Setelah Sean Ghazi menolak untuk turut serta dalam konsert ini, penerbit konsert ini seperti tenggelam punca tidak tahu hendak pilih siapa lagi. Akhirnya pilihan jatuh pada Musly dan Fazli Zainal. Kenapa kita kecilkan skop pencarian P.Ramlee?
Pemilihan Siti sebagai 'Saloma' memang tepat tapi gandingan 'P.Ramlee' nya hendaklah sama seimbang. Ini tidak. Sitilah Saloma dan Siti jugalah P.Ramlee.
Dalam kita mengimbau kenangan dan nostalgia lagu-lagu peninggalan seniman agung kita, kita juga dihiburkan dengan kelunakan dan kemerduan suara Siti.
Untuk ketika ini, tiada lagi penyanyi yang didapati sesuai dan serasi mendendangkan lagu-lagu peninggalan Saloma seperti Bila Larut Malam, Pesta Muda Mudi, Airmata Di Kuala Lumpur, begitu juga versatilinya dalam penghayatan lagu-lagu P.Ramlee.
Kemerduan suara Siti dalam menghayati lagu-lagu karangan, nyanyian dan gubahan P.Ramlee tidak dapat disangkal
(Foto Utusan)
Seperti yang saya katakan tadi, mungkin juga kita ketandusan penyanyi lelaki yang layak ditampilkan bersama Siti sehinggakan kita terpaksa mendengar lagu-lagu P.Ramlee yang dibawakan oleh Siti sahaja.
Kemerduan suara isteri Datuk K dalam menghayati lagu-lagu karangan, nyanyian dan gubahan P.Ramlee tidak dapat disangkal. Emosi yang dipaparkan tepat sekali dan setiap lirik menusuk jauh ke dalam kalbu.
Siti berjaya membawa lagu-lagu ini dengan baik sehingga ramai yang terpegun melihat kelantangan vokal Siti yang semakin hebat dan tidak pernah berubah sejak sekian lama.
Bukan calang-calang penyanyi boleh membawa lagu-lagu ini dengan berkesan sekali dan stamina Siti juga amat membanggakan. Walaupun ada 'kesilapan' kecil dalam lirik lagu, ianya tidak mencacatkan penyampaian lagu Siti.
Siti bersama Musly Ramlee dalam lagu P.Ramlee-Saloma
(Foto Utusan)
Siapa kata Siti tidak gugup? Ada satu ketika Siti bagaikan terlupa hendak mengalu-alukan kedatangan 'ayahanda dan bonda' Tun Mahathir Muhammad dan isteri. Hanya setelah hampir selesai konsert, barulah Siti tersedar.
Aspek pengurusan pentas juga agak mendukacitakan. Props yang digunakan seharusnya lebih cantik dan tidak sekadar 'melepaskan batuk di tangga.'
Jika dilihat dari segi repertoire dan perjalanan konsert yang memakan masa selama dua jam itu, ini adalah antara konsert Datuk Siti Nurhaliza yang paling mengesankan sekali.
Siti kelihatan anggun sepanjang persembahannya di Istana Budaya
(Gambar Utusan)
Tribute Siti Nurhaliza kepada idolanya Tan Sri P.Ramle dan Saloma berjaya dan cukup menghiburkan. Tapi sayang sekali, ramai yang tidak tahu akan keujudan konsert ini. Salah siapa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|