Carta akan diumumkan esok..ada banyak lagu baru dicalonkan
dauswq Post at 3-5-2011 14:29
Trmasuk lagu Kisah hati ye???Lagu die dh makin melonjak naik kat carta Muzik 10,calun baru kat Suria fm,radio Era pun dh putarkan lagu ni krap kali dn juge Hot fm dh sertekan airplay kat Menu Muzik plak....Makin popular jgk lagu ni tauuu,dn aku cdgkan lagu ni untuk dicalonkan ke dlm MM26 nanti tk lame lagi.....
Tahniah kepada Anuar Zain kerana berjaya menjuarai carta bursa buat kali ke-5...
Syabas jua kepada lagu Janji dengan Akim yang naik secara mendadak 2-3 minggu ini...
Dan juga kepada lagu Awan Nano yang meraih markah yg agak tinggi kedudukan no.2, mungkin bakal memintas Sedetik Lebih jika lagu ini mendahului carta ariplay pada minggu depan!
Banyak lagu yang naik carta minggu ini spt Ganas, Fobia Cinta, Pulanglah, Perpisahan Ini....
Yang turun spt Kalau Berpacaran, Menyesal, etc
Carta Top 30 Bursa Malaysia bertarikh 3 Mei 2011 menyaksikan “Sedetik Lebih” dan “Awan Nano” dendangan Anuar Zain dan Hafiz masih lagi mengekalkan kedudukan yang sama semenjak minggu lepas. Minggu ini juga memperlihatkan lagu “Janji” nyanyian Akim melonjak naik 9 anak tangga (15-6) dan “Fobia Cinta” Nashrin memecut 10 anak tangga ( 27-17). Antara lagu lain yang turut meningkat kedudukan dengan ketara adalah “Ganas” KRU (8-3) dan “Kita Satu” Spider (23-19). “Muda” dendangan Hujan mengalami kemerosotan yang mendadak (20-30), begitu juga dengan lagu hut “Kalau Berpacaran” gabungan Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet turut menjunam dari tangga 5-10. Dua lagu baru muncul dalam carta ini. Mereka adalah “Mata Hati” (Nubhan) dan “Nur Kasih” (Yasin ft. Tiz Zaqyah) masing-masing berada di kedudukan 23 dan 26. Lagu tema filem ‘Nur Kasih The Movie’ mungkin akan mengalami peningkatan dalam minggu-minggu mendatang bersempena dengan penayangan filemnya bermula 19 Mei nanti.