|
Post Last Edit by sara1910 at 16-7-2011 22:17
nih daa post ke blom ekkk???
Hoore! Hoore! Penghormatan Buat Sudirman
Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad ialah insan seni yang begitu dekat di hati peminat muzik tempatan. Walaupun setelah dua dekad pemergian beliau…wajah, lagu, gaya persembahannya di atas pentas masih kekal dalam ingatan peminat.
Justeru bagi memperingati dan menghargai perjalanan insan seni yang banyak berjaya kepada industri muzik tanahair dan penghibur yang sukar dicari ganti, Tayangan Unggul dan Independent Pictures memberikan penghormatan khas buat Penghibur Nombor 1 Asia ini dengan menghasilkan sebuah filem muzikal bertajuk Hoore! Hoore! yang akan menggunakan rangkaian lagu-lagu popular beliau. Filem tersebut diarahkan oleh pengarah terkenal, Saw Teong Hin.
Kesemua lagu tersebut diberikan sentuhan segar oleh komposer terkenal, Audi Mok. Antara lagu-lagu yang dipilih termasuklah Bercanda Di Pasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup Sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah Dan Ibu, Pelangi Petang, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung. Dianggarkan filem tersebut bakal menelan belanja sebanyak RM2.1 juta.
Menurut Saw Teong Hin selaku pengarah beliau ingin sekali mengarahkan filem muzikal yang berkaitan dengan penghibur nombor satu Asia itu kerana menurutnya generasi sekarang sudah semakin melupakan karya-karya hebat penyanyi itu.
"Generasi kita memang mengingati siapa Sudirman Hj Arshad, tetapi generasi kini semakin tidak mengenalinya. Oleh itu, anak-anak kita perlu diperkenalkan semula dengan karya-karya Allahyarham yang sangat hebat dan besar satu ketika dahulu." jelas Teong Hin.
"Sinopsis filem ini juga ada berkaitan dengan apa yang dilalui sendiri oleh Sudir seperti semangatnya. Begitu juga Aiman yang bertubuh gempal sentiasa merasa rendah diri, namun Sudir membuktikan orang yang bertubuh kecil sepertinya mampu juga mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Moralnya kita perlu ada sifat keyakinan diri dalam diri kita untuk berjaya. Itulah yang dialami oleh Aiman, pelakon utama wanita filem ini. tambah Teong Hin lagi.
Filem muzikal ini mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, lurus bendul tetapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaannya tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai dua orang sahabat baik, Lana dan Azadan, mereka ialah rakan sekampungnya dan bersekolah di sekolah yang sama. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah yang tinggal bersama mereka.
Di sekolah, Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa mencari fasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.
Pada masa yang sama, Aiman tergerak hati untuk menyertai pertandingan Ratu Ayu yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan tersebut. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan yang dihadapi Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita, tetapi juga masyarakat yang memandang sinis niatnya itu.
Filem tersebut dibintangi Akim, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Filem Hoore! Hoore! bakal menemui penonton pada Februari 2012.
credit to mstaron9....
so...soltan bwak watak JOHARI...seorg pengawas skolah n anak kpada seorg ustaz lakonan shahronizamm...msty yg jd mak si aiman nih adibah noor...he3....rita konpem lakonan kilafairy...watak antagonist lam cter nih....hu3...xsbar nk tunggu feb taun dpan...hoohohoohh.... |
|