CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 16-5-2006 09:57 AM | Show all posts
copy n paste dari HM arinih...

Edisi KL: Cikgu Din ghaib wang RM3 juta

KUALA LUMPUR: Dengan hanya bermodal `air liur?, seorang lelaki yang terkenal dengan panggilan `Cikgu Din? berjaya memperdaya orang ramai melabur dalam skim labur wang ghaib internet berjumlah lebih RM3 juta.

Hasil `kebijaksanaannya? lelaki berusia 40-an itu yang didakwa seorang kakitangan sekolah mampu memiliki lima kereta mewah termasuk banglo bernilai jutaan ringgit.

Kegiatan `Cikgu Din? bagaimanapun terbongkar selepas ratusan mangsa yang sudah melabur dan gagal memperoleh keuntungan berganda dijanjikan membuat aduan polis.

Difahamkan mangsa tidak hanya membabitkan penghuni sekitar Kelantan, malah Terengganu, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang.

Seorang mangsa, LB Lee, 43, berkata, dia mula terjerat dengan skim cepat kaya internet ala piramid itu selepas `terpesona? dengan gaya hidup mewah Cikgu Din yang mampu memiliki wang dan harta peribadi jutaan ringgit dalam tempoh singkat.

Menurutnya, dia cuba menjadikan Cikgu Din sebagai mentor bagi membolehkannya mempelajari ilmu perniagaan termasuk kaedah jualan langsung daripada lelaki itu.

?ada masa sama Cikgu Din memberikan idea kepada saya untuk menyertai satu bentuk jualan langsung berbentuk skim piramid yang diperkenalkan sebuah syarikat baru.

?ntuk menarik perhatian saya, lelaki itu menawarkan tiga lot percuma bernilai RM111 setiap satu bagi memulakan skim terbabit,? katanya.

Menurutnya, dia hanya diminta mencari `down line? (individu bawahan) bagi mengembangkan skim piramid itu yang disebar melalui internet.

?agi membolehkan saya memperoleh pendapatan RM999 sehari, saya perlu mendapatkan lebih banyak individu bawahan dengan mengisi carta piramid itu di dalam internet,? katanya.

Menurutnya, keinginan untuk mendapatkan keuntungan cepat menyebabkan dia sanggup mengeluarkan modal RM17,400 untuk menaja individu yang tidak wujud.

?alah saya sanggup memujuk rakan baik serta mencari individu bawahan hingga ke Pahang dan utara untuk menyertai skim itu atas nasihat diberikan Cikgu Din.

?emua duit yang dilaburkan melalui skim internet itu akan dimasukkan ke dalam akaun khas milik syarikat terbabit yang turut diuruskan isteri Cikgu Din,? katanya.

Dia berkata, syarikat itu yang mula disertainya pada Oktober tahun lalu tiba-tiba menamatkan operasi serta-merta baru-baru ini tanpa diketahui punca.

?aya ke banglo Cikgu Din bagi mendapatkan penjelasan namun dia memberitahu tidak bertanggungjawab atas perkara itu dengan alasan tiada kena mengena dengan aktiviti syarikat berkenaan,? katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati sebuah lagi syarikat lain dengan modus operandi sama dibuka di Kota Bharu, Kelantan.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Choong, menegaskan penganjur skim cepat kaya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 kerana mengutip deposit daripada orang ramai tanpa lesen.

Menurutnya, penganjur boleh dikenakan hukuman maksimum RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 6 (4) akta itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2006 09:41 AM | Show all posts
copy n paste dari Harian Metro arinih...

takutnya kalo dah sampai dibelasah mcm gusti tuuuu............

Edisi Nasional: Suami dera Datin


SUBANG JAYA: Impian seorang Datin untuk sehidup semati bersama suami tersayang berkecai apabila dia menjadi mangsa dera Datuk berkenaan, sejak empat tahun lalu.

Dia yang juga bekas pramugari, kini mengalami trauma akibat didera suami termasuk dibelasah seperti aksi gusti yang dipaparkan di televisyen.

Datin terbabit juga mendakwa, suaminya sering menampar dan menumbuk mukanya apabila berang jika dia gagal mengikut arahannya.

Berikutan itu, mangsa yang berkahwin dengan ahli perniagaan itu selama 13 tahun membuat laporan di Balai Polis USJ 8 di sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, Datin berkenaan ditemui semalam, mendakwa sudah membuat lapan laporan polis mengenai perbuatan suaminya sejak empat tahun lalu, iaitu tiga kali di Balai Polis USJ 8, masing-masing dua di Bukit Aman dan Balai Polis Shah Alam serta satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Dalam kejadian terbaru, Datin berusia 41 tahun itu mendakwa ia berlaku ketika dia memanggil seorang ustaz untuk mengubat seorang pembantu rumah warga Indonesia yang sakit tenat.

Namun, tindakan Datin terbabit ditegah seorang lagi pembantu rumahnya yang memberitahu datuk melarang dia berbuat demikian, sekali gus tercetus pergaduhan antara mereka.

Menurutnya, ketika bertengkar dengan pembantu rumah itu, suaminya pulang dan terus menampar dan menumbuk muka sehingga hidung berdarah, mata kanan bengkak serta tangan kiri lebam.

Selepas kejadian itu, katanya, dia terus membuat aduan di Balai Polis USJ 8 kerana takut tindakan lanjut suaminya.

?elakuan Datuk berubah sejak empat tahun lalu selepas dia berkahwin seorang lagi yang juga pramugari berasal dari Kelantan.

?atuk akan membelasah saya jika gagal mengikut perintahnya dengan menggunakan tangan sehingga lebam,? katanya yang mempunyai tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya.

Menurut Datin itu, dia sudah mengemukakan permohonan bercerai di Mahkamah Syariah tetapi hingga kini, belum selesai.

?atuk sering tidak hadir pada hari perbicaraan menyebabkan kes itu tertangguh sekian lama.

?aya merayu kepada pihak berkuasa supaya dapat menyelesaikan masalah terbabit secepat mungkin kerana tidak sanggup menjadi mangsa dera suami,? katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan polis menerima laporan daripada datin itu, petang kelmarin.

?ami masih menjalankan siasatan dan akan mendapatkan keterangan daripada suaminya bagi membantu siasatan,? katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencederakan dan melakukan ugutan jenayah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 08:32 AM | Show all posts
copy n paste dari UM arinih....

Pembantu rumah pengurus besar dibunuh kejam

KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang pembantu rumah kepada Pengurus Besar sebuah syarikat telekomunikasi mati dibunuh dengan kesan kecederaan di kepala di No. 7, Jalan Setiawangsa 4, Taman Setiawangsa di sini hari ini.

Mangsa, Suliyanah, 30, yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia, dibunuh antara pukul 8 hingga 12 tengah hari ketika majikannya keluar bekerja.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul, Deputi Supritendan Zainol Samah berkata, mangsa ditemui mati dengan kesan hentakan senjata tajam dipercayai seterika, cerek dan kerusi di bahagian kepala dan leher.

``Mayat mangsa ditemui terbaring di sudut ruang makan tingkat bawah rumah oleh isteri majikannya kira-kira pukul 3 petang,'' katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Zainol, siasatan awal mendapati suspek bertindak membunuh mangsa selepas melarikan beberapa barangan berharga milik majikannya.

``Pemeriksaan polis mendapati tiga komputer riba milik majikan mangsa yang diletakkan di bahagian atas rumah terbabit hilang,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan motif awal pembunuhan adalah rompakan.

``Selain itu, kita juga percaya bahawa suspek merupakan orang yang dikenali mangsa memandangkan tiada kesan pecah masuk dan semua pintu rumah dikunci rapi,'' katanya.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 08:33 AM | Show all posts
Tindakan pantas polis selamatkan guru, anak daripada diculik


IPOH 17 Mei - Tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan seorang guru dan anak lelakinya berusia lima tahun selepas empat jam menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sini hari ini.

Guru lelaki berusia 40 tahun dan anaknya yang diculik di rumah mereka dekat jalan laluan Sri Ampang, Ampang pada 7.30 pagi, ditemui selamat di jalan lama Tanjung Malim ke Kerling.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC II A. Paramasivam berkata, dalam kejadian 7.30 pagi itu, kedua-dua beranak berkenaan yang hendak menaiki kereta untuk ke sekolah dihampiri empat lelaki dengan seorang daripada mereka bersenjatakan parang.

``Lelaki yang bersenjatakan parang itu memaksa mereka mengikutnya dengan menaiki kereta Proton Waja milik mangsa yang dipandu lelaki berkenaan manakala tiga lagi lelaki mengekori kereta itu dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Paramasivam berkata, polis yang mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu mengekori penculik-penculik terbabit dan berjaya menahan mereka berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim kira-kira 11.30 pagi.

Dua beranak itu dapat diselamatkan manakala seorang daripada empat lelaki itu yang berusia 30 tahun berjaya ditahan di situ tetapi tiga lagi rakannya dapat melarikan diri ke kawasan semak berhampiran jalan lama Tanjung Malim-Kerling.

Paramasivam berkata, polis kemudian melancarkan operasi bersepadu dengan 50 anggota dan berjaya menahan mereka di Hulu Bernam, Selangor kira-kira pukul 5.15 petang.

``Ketiga-tiga lelaki itu ditahan ketika sedang melintas di jalan lama di Ulu Bernam,'' katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk siasatan lanjut dan dijangka direman esok.

Katanya, dengan tangkapan ke atas kesemua lelaki berusia 20 hingga 30-an itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 27-4-2006 12:58 AM


attee, wehh!!!

si mangsa adalah graduan pelajar Diploma Pengurusan Hartanah semasa di Kampus Seri Manjung dulu...



uiksss...wat malu kompeni seuitm jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 09:02 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Pecah amanah RM22,679


KUALA LUMPUR: Bekas ketua juruwang sebuah pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dakwaan pecah amanah membabitkan RM22,679.

Maheran Shapiai, 34, sebagai seorang yang diamanahkan wang itu dituduhkan melakukan pecah amanah itu di Pasar Raya Giants, Jalan Setiawangsa di sini, pada jam 2 petang, 15 September 2003.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Ng Ah Thiam manakala tertuduh diwakili Ahmad Azim Daniel Gurpreet.

Majistret Manira Mohd Nor membenarkan jaminan RM30,000 dan menetapkan 16 November ini untuk perbicaraan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2006 09:03 AM | Show all posts
4 lelaki bertopeng rompak RM8,000


PUTRAJAYA: Empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan pisau mengikat sepasang suami isteri dan seorang pembantu rumah sebelum melarikan wang tunai serta pelbagai barang bernilai kira-kira RM8,000 dalam kejadian di Presint 9, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Mohd Khalil Kader Mohd, berkata kejadian berlaku jam 3.30 pagi Jumaat lalu ketika penghuni rumah, termasuk dua anak lelaki mangsa tidur.

?ereka dikejutkan empat lelaki dipercayai rakyat Indonesia bersenjatakan pisau dan parang yang diambil dari dapur,? katanya di sini semalam.

Pasangan suami isteri dan orang gaji diikat tangan masing-masing dengan tali pengikat langsir, manakala dua anak mangsa yang masih kecil tidak diikat kerana tidur nyenyak.

Mohd Khalil berkata, kumpulan penyamun mengambil wang tunai RM2,000 serta pelbagai barang termasuk barang kemas, kamera digital dan seutas jam tangan milik suami mangsa bernilai kira-kira RM4,000 dan melarikan diri menerusi pintu belakang.

Polis mengesyaki kumpulan penyamun terbabit memasuki kediaman dengan memotong jeriji dan mengumpil pintu belakang rumah yang terletak bersempadan dengan daerah Dengkil.

Mohd Khalil berkata, penyamun dipercayai melarikan diri menggunakan kenderaan yang diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.

Berdasarkan modus operandi polis tidak menolak kemungkinan kumpulan itu terbabit dalam satu lagi kes samun bersenjata menyebabkan kerugian kira-kira RM8,000 di sebuah rumah lain di Presint 14 pada Sabtu lalu.

Orang ramai diminta menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) talian 32728.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 10:58 AM | Show all posts
Mayat mangsa culik dijumpai dalam beg baju


SITIAWAN: Nasib kanak-kanak lelaki yang diculik di rumahnya di Subang Jaya, Khamis lalu, terjawab apabila mayatnya dijumpai dalam sebuah beg pakaian yang terdampar di tebing Sungai Sitiawan, dekat Lumut, pagi semalam.



Beg itu ditemui terapung dan tersangkut pada ranting pokok di kawasan hutan bakau oleh pasukan penyelamat, kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa yang berusia tujuh tahun, dipercayai dicampak dari jambatan selepas dibunuh.

Penemuan mayat kanak-kanak itu pada jam 10.15 pagi semalam, disahkan sendiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Hadi Ho Abdullah, yang mengetuai operasi mencari itu.

Beliau berkata, pemeriksaan polis mendapati beg berwarna biru yang berzip itu mengandungi mayat kanak-kanak terbabit.

?ita masih menyiasat punca kematian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM), sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pengecaman dan bedah siasat,? katanya ketika dihubungi semalam.

Usaha wartawan dan jurugambar membuat liputan penemuan mayat kanak-kanak itu di HSM, bagaimanapun dihalang sepasukan polis.

Budak itu dikenali sebagai Ho Ping, anak seorang pemilik ladang sayur di Cameron Highlands, dilaporkan hilang malam Khamis lalu, dipercayai diculik seorang lelaki yang ada hubungan keluarga dengannya di rumahnya di SS19, di sini, sebelum dilarikan ke Perak.

Bapa mangsa kemudian dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa menahan mangsa dan meminta wang tebusan RM500,000 untuk membebaskannya.

Berikutan itu, satu pasukan khas yang ditubuhkan untuk mengendalikan kes berkenaan berjaya menahan dua suspek iaitu bapa saudara mangsa berusia 28 tahun bersama teman wanitanya seorang warga China, berusia 39 tahun, pada Jumaat dan kelmarin.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam bagi mendapat perintah tahanan reman sehingga 26 Mei ini. Perintah itu dikeluarkan Majistret Maimunah Aid di kamarnya.

Difahamkan, kedua-duanya terbabit dalam kes itu dan perintah reman diperoleh untuk membantu siasatan.

?elepas hampir 24 jam operasi mencari membabitkan 30 anggota polis dengan bantuan Pasukan Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin di sekitar Sungai Sitiawan dan Lumut, bermula jam 12.30 tengah hari kelmarin, mayatnya ditemui pagi tadi (semalam).

?agaimanapun kita masih menyiasat motif pembunuhan mangsa,? katanya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen keluarga mangsa di rumah mereka di sini tidak berjaya.

Selepas menunggu setengah jam di luar rumah, seorang wanita berusia lingkungan 30-an keluar dan meminta wartawan beredar kerana keluarga mangsa enggan ditemu bual.

Wanita terbabit kemudian menggantung sekeping nota bertulisan Cina di pintu pagar rumah yang berbunyi ?epada rakan-rakan wartawan, kami mohon maaf dan tidak mahu ditemuramah. Tolong jangan berhimpun di depan rumah dan jangan ambil gambar... salam sayang?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2006 10:59 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Pencuri dijel 10 tahun


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memecah masuk dua rumah dan menyimpan motosikal curi.

Majistret Mohd Aimi Zaini Mohd Azhar menjatuhkan hukuman itu terhadap Riduwan Mat, 31, dari Gelugor, Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memasuki sebuah rumah milik warga Norway, Egil Fagervik dan mencuri kamera digital jenis Canon, kamera jenis Minolta, rantai tangan emas, cincin emas berbatu permata, subang emas, cincin emas dan subang mutiara yang bernilai RM26,300.

Riduwan didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Mesra, Off Jalan Damai, di sini, pada jam 3 pagi, 7 Februari 2004 hingga jam 6.30 pagi keesokannya.

Bagi kesalahan kedua, Riduwan didakwa memecah masuk dan mencuri barang di rumah milik Datin Salmah Tan Abdullah, 31, Lorong Damai 12, Off Jalan Aman, di sini, pada 10.30 malam 14 Mac 2001 hingga 6.30 pagi keesokannya.

Dia didakwa mencuri gelang tangan emas, set mutiara bernilai RM3,700 dan tabung berisi wang tunai RM1,000.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Riduwan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan pilihan, Riduwan didakwa menyimpan harta curi iaitu motosikal jenis Suzuki RG Sport, bernombor pendaftaran palsu WCK 5380 di Jalan Presint 14, Putrajaya, di sini, pada jam 1.15 petang, 31 Mei 2005.

Bagi kesalahan itu, Riduwan didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi pertuduhan pertama, empat tahun dan satu sebatan untuk pertuduhan kedua manakala dua tahun bagi pertuduhan ketiga.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman yang dijatuhkan berjalan secara berasingan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2006 04:39 PM | Show all posts
Tiga lelaki rompak kedai jam diburu


KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang menyamar sebagai pelanggan di sebuah kedai jam tangan berjenama di Bukit Bintang, di sini kerana disyaki merompak premis berkenaan petang 19 Mei lalu.


SUSPEK ROMPAKAN: Imej            
seorang daripada suspek yang
dirakam menerusi CCTV di
luar premis kedai jam
tangan berjenama di Bukit
Bintang, pada petang
19 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti semua tiga suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Beliau berkata, rakaman menunjukkan seorang daripada suspek mempunyai ketinggian 170 sentimeter, bertubuh gempal dan memakai baju cerah, manakala rakannya setinggi 163 sentimeter dan kurus.

?ita juga percaya lelaki warga Indonesia berusia awal 30-an mempunyai kaitan dengan kejadian rompakan jam 5.10 petang itu dengan menyamar sebagai pelanggan bagi meninjau keadaan dalam premis,? katanya.

Dalam kejadian itu, dua lelaki bersenjatakan pistol separa automatik menyerbu premis berkenaan sambil mengacukan senjata ke arah pekerja sebelum melarikan 50 jam tangan Rolex, Penaris dan Fudor, 15 cincin dan subang berlian serta barang kemas lain dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta.

Sehubungan itu, Kamal Pasha meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999 untuk membantu siasatan.

Beliau turut memberi amaran kepada sesiapa yang dikesan memiliki atau menyimpan barangan curi kerana mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2006 04:40 PM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Pelukis pelan dituduh perkosa anak saudara


AMPANG: Seorang pelukis pelan di sebuah syarikat swasta di Kajang, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merogol anak saudaranya di rumahnya pada April lalu.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh 33 tahun didakwa merogol mangsa, yang ketika itu berusia 15 tahun tiga bulan di Cheras, antara 25 April hingga 27 April lalu, kira-kira jam 11 malam.

Sepanjang prosiding, tertuduh yang bersongkok hitam dan diwakili peguam M Manoharan, kelihatan tenang berdiri dalam kandang tertuduh.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal membantah jaminan dengan alasan kesalahan itu adalah serius dan membawa hukuman berat.

Katanya, tertuduh mengenali mangsa dan kejadian rogol berlaku ketika mangsa menumpang di rumahnya.

?endakwaan bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi lain jika dibebaskan dengan jaminan,? katanya.

Manoharan membantah hujah itu dan memohon anak guamnya dibenarkan ikat jamin dengan alasan sebelum ini, dia diberi jaminan lisan polis sebanyak RM8,000.

Katanya, tertuduh mempunyai dua anak masing-masing berusia kurang daripada lima tahun dan keluarga yang bergantung kepadanya.

?aya bimbang jika ditahan di lokap dia akan hilang pekerjaan. Jadi saya mohon jaminan ditetapkan RM5,000 dengan seorang penjamin,? katanya.

Hakim Noradidah Ahmad kemudian menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, iaitu tertuduh tidak boleh menghubungi dan mengganggu mangsa dalam apa cara sekalipun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 10:03 AM | Show all posts
Pegawai bank palsu ditahan


KUANTAN: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana dipercayai menyamar sebagai pegawai bank dengan tujuan menipu beberapa pembeli kenderaan di negeri ini berjaya diberkas di sebuah stesen minyak di Bukit Setongkol, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Zaini Jass, berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan ketika sedang mengisi minyak di stesen berkenaan pada jam 9 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, lelaki berkenaan yang juga mengaku sebagai broker kereta dipercayai menipu empat lelaki dengan membabitkan kerugian berjumlah RM63,200.

?elaki berkenaan dikatakan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank yang boleh meluluskan pinjaman kenderaan dengan mudah kepada mangsa menyebabkan mangsa terpedaya dan menyerahkan wang kepada suspek,? katanya.

Menurutnya rekod polis, mangsa pertama seorang pemandu lori membayar RM26,500 sebagai wang pendahuluan untuk mendapatkan sebuah lori manakala seorang anggota tentera berumur 36 tahun pula membayar RM12,000 untuk sebuah kereta jenis Honda Civic.

Katanya, seorang lagi mangsa yang bekerja sebagai pemandu membayar RM8,700 untuk kereta Honda Civic dan seorang juruteknik membayar RM16,000 untuk mendapatkan kereta jenis Proton Wira Aeroback.

Susulan daripada laporan dan siasatan yang dijalankan polis akhirnya berjaya mengenal pasti identiti suspek sebelum tangkapan itu berjaya dilakukan.

?uspek kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,? katanya.

Dalam kes berasingan, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai menggunakan sekeping wang kertas palsu bernilai RM100 di sebuah pasar raya di Jalan Tun Ismail, Ahad lalu.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas juruwang pasar raya berkenaan mengesyaki wang yang digunakan untuk membayar pelbagai barangan keperluan dapur bernilai RM12.65 adalah wang palsu.

?ertindak atas maklumat itu, kita menahan suspek berkenaan dan hasil siasatan yang dijalankan wang berkenaan didapati wang palsu yang dipercayai dicetak sendiri menggunakan mesin fotostat,? katanya, sambil menambah lelaki yang bekerja sebagai buruh dan mempunyai permit kerja yang sah itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 10:04 AM | Show all posts
Pelumba kereta tak mengaku ambil syabu


PETALING JAYA: Bekas suami penyanyi Linda Rafar, Kefli Othman, dua model iklan dan 27 yang lain didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengambil dadah jenis syabu di sebuah kelab malam di Mutiara Damansara, Ahad lalu.

Kefli, 33, yang juga pelumba kereta, Wan Putra Hafeez Hizani Hamzah, 25 dan Johan Hussein Bakhtiar, 34, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah disko di No 32-2 Jalan PJU Mutiara Damansara dekat sini, jam 5 pagi, 21 Mei lalu.

Kefli yang tidak diwakili peguam, kelihatan tenang sepanjang prosiding yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

Bapanya, Datuk Othman Abdul Manan, hadir untuk menjaminnya manakala Wan Putra Hafeez dan Johan masing-masing dijamin rakan mereka.

Selain mereka, empat pelancong Belanda dan seorang warga Indonesia, serta seorang juvana perempuan berusia 17 tahun juga didakwa kerana mengambil syabu, ganja dan ecstasy pada tempat dan waktu yang sama.

Semua tertuduh berusia antara 17 dan 35 tahun, juga termasuk lapan wanita, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Azroul Hisham Azulan membenarkan jaminan RM1,500 bagi semua pesalah rakyat tempatan manakala lima tertuduh warga asing dikenakan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin rakyat tempatan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Ogos ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 10:04 AM | Show all posts
Pelajar maut dirempuh motosikal


PARIT BUNTAR: Seorang pelajar Tingkatan Empat terbunuh selepas dirempuh motosikal ketika menunggu bas untuk ke sekolah dalam kejadian langgar lari di Jalan Titi Serung-Tanjung Piandang dekat sini, awal pagi semalam.

Norshamizah Abdul Aziz, 16, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar (HPB) akibat patah tengkuk.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata kejadian berlaku jam 6.50 petang ketika mangsa sedang menyeberang jalan bagi menunggu bas sekolah di Kilometer 4.5 jalan itu.

"Pelajar Sekolah Menengah Seri Perak itu dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipercayai dipandu laju dari arah Parit Buntar.

"Mangsa terjatuh di jalan raya manakala penunggang motosikal itu terus melarikan diri sambil disaksikan orang ramai yang berada di situ," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang dihantar ke HPB untuk bedah siasat, sudah dituntut keluarganya dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Parit Alam, Titi Serung.

Ahmad Bakhtiar berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai langgar lari kerana sehingga jam 3 petang semalam, penunggang motosikal terbabit masih belum membuat laporan polis.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penunggang motosikal terbabit supaya menghubunginya atau pegawai penyiasat di talian 05-7215222.

Beliau juga meminta pemilik bengkel motosikal menghubungi polis jika pemiliknya menghantar kenderaan itu untuk dibaiki.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 123.5 Jalan Ipoh-Butterworth, Kampung Kedah di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, Alias Abu, 40, dari Taman Kerian di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ahmad Bakhtiar berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari Parit Buntar menuju ke tempat kerja di Nibong Tebal dilanggar oleh kereta yang dipandu dari arah bertentangan.

Sehubungan itu, polis menahan pemandu kereta berumur 40 tahun dari Bagan Serai mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2006 08:24 AM | Show all posts
Budak mangsa culik ditemui mati

JOHOR BAHRU 25 Mei - Kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai diculik dan ditemui mati di Taman Teknologi Senai dekat sini pada 6 Mei lalu dikenal pasti sebagai Lo Ching Poon.

Perkara itu dinyatakan oleh bapanya, Lo Boo Chuan, 36, setelah polis memberitahu ujian Asid Dioksiribonukliek (DNA) mendapati kanak-kanak itu adalah anaknya.

Bagaimanapun, keputusan rasmi DNA itu hanya akan diumumkan oleh pihak polis pada satu sidang akhbar esok.

Boo Chuan yang bekerja sebagai tukang masak di Singapura telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak polis yang datang ke tempat kerjanya di Woodlands kira-kira pukul 6.30 petang ini.

``Saya tinggalkan kerja saya dan pulang ke rumah dengan segera. Saya tidak percaya mengenai perkara itu,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Johor Jaya di sini hari ini.

Pada 25 April lalu, Ching Poon didapati hilang dan dipercayai dilarikan oleh kenalan ibunya yang dikenali sebagai Martin.

Martin kemudiannya menyerah diri kepada polis pada Jumaat lalu dan tempoh tahanan remannya telah dilanjutkan sehingga 30 Mei ini bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2006 08:24 AM | Show all posts
Warga Indonesia dikerat lapan

MIRI 25 Mei - Seorang lelaki warga Indonesia menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila badannya dikerat kepada lapan bahagian di sebuah ladang kelapa sawit, di Bekenu, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Dahlan, 29, mati ditetak dengan senjata tajam yang dipercayai parang.

Tetakan itu menyebabkan beberapa bahagian badan mangsa seperti kepala, kaki dan tangannya putus.

Kejadian yang dipercayai berpunca daripada pergaduhan itu juga mencederakan seorang lagi rakan mangsa, Anjuk.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Fauzi Saadi Diol ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh.

Polis menahan seorang suspek warga Indonesia bekerja di ladang yang sama, pukul 10.30 malam tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2006 09:15 AM | Show all posts
copy n paste dari HM arinih

Edisi Nasional: Lelaki, wanita disyaki bunuh

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Norsharuddin Sapian dan Mohd Idris Sulaiman


PETALING JAYA: Seorang lelaki dan teman wanitanya yang didakwa menculik sebelum membunuh seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, ditahan reman selama enam hari sejurus dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini, pagi semalam.




Majistret Maimunah Aid memerintahkan pasangan berusia 20-an itu ditahan reman untuk siasatan sehingga Jumaat ini.

Kedua-dua suspek yang dibawa sepasukan anggota polis Subang Jaya muncul bergari di perkarangan mahkamah sekitar jam 11.55 pagi.

Lelaki terbabit yang berambut perang dan memakai cermin mata, bagaimanapun menundukkan kepala sebaik menyedari sekumpulan jurugambar menunggu kehadirannya seawal jam 8.30 pagi, cuba merakam gambarnya.

Pasangan terbabit diiringi keluar pada jam 12.35 tengah hari sebelum meninggalkan kawasan mahkamah dengan menaiki van polis.

Susulan penahanan kedua-dua suspek, sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, bertolak ke Sitiawan, Perak kira-kira jam 3 petang semalam untuk mengambil mayat mangsa culik terbabit.

Difahamkan, kanak-kanak itu, Ho Ping, akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, sekumpulan wartawan yang berkumpul di hadapan rumah mangsa di SS17/4A, di sini, sejak jam 12 tengah hari, semalam bagaimanapun gagal menemubual ahli keluarga mangsa.

Selepas menunggu hampir setengah jam, seorang wanita berusia lingkungan 30-an keluar dan meminta semua wartawan beredar kerana keluarganya enggan ditemubual.

Wanita terbabit kemudian menggantung sekeping kertas mengandungi tulisan berbahasa Cina di pintu pagar rumahnya.

Tulisan berkenaan bermaksud: ?epada kawan wartawan, kami tidak mahu ditemubual, sila jangan berkumpul di hadapan rumah dan jangan mengambil gambar... salam sayang?.

Difahamkan, keluarga mangsa baru enam bulan menyewa rumah teres dua tingkat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hadi Ho Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan mayat mangsa ditemui terdampar di tebing Sungai Segari, Setiawan, sekitar jam 10.15 pagi semalam.

Menurutnya, ketika ditemui, mayat mangsa berada dalam beg pakaian warna biru berzip dengan kaki mangsa terkeluar sedikit.

?eg itu tersangkut pada ranting pokok dalam sungai sebelum ditemui anggota Polis Marin dan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),? katanya.

Mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat dia dipercayai dicampak dari atas jambatan ke sungai berkenaan pada 19 Mei lalu.

Mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM), kira-kira 11.45 pagi.

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai anak seorang pemilik ladang sayur di Cameron Highlands, diculik di rumahnya di SS19, Subang Jaya, sebelum dilarikan ke Perak sehari selepas itu.

Difahamkan, mangsa diculik seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan kekeluargaan dengan bapanya dan tinggal bersama keluarga itu di rumah dua tingkat di Subang Jaya.

Difahamkan, penculik menuntut tebusan RM500,000 daripada bapa budak berkenaan.

Selepas menyedari kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik itu, keluarga berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Khamis lalu.

Sehari selepas itu, bapa murid tahun satu berkenaan menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang meminta wang tebusan RM500,000.

Selepas menerima panggilan itu, bapa mangsa sekali lagi ke balai polis berkenaan memaklumkan tuntutan itu.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun bersama teman wanitanya dipercayai warganegara China bagi membantu siasatan, masing-masing pada Jumaat dan semalam.

Hasil maklumat diperolehi sepasukan polis menjalankan operasi mencari mangsa berhampiran sebatang sungai di Segari, kira-kira 10 kilometer dari Selat Sungai Dinding, kelmarin.

Difahamkan, polis turut membawa seorang lelaki ke tempat operasi bagi membantu operasi mencari antara jam 3 hingga 6 petang.

Operasi yang disertai kira-kira 30 anggota polis dengan bantuan Pusat Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin di sekitar Sungai Sitiawan dan Lumut bermula jam 12.30 tengah hari kelmarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2006 09:16 AM | Show all posts
Edisi Nasional: Pil khayal | Bekas suami artis ditahan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


PETALING JAYA: Bekas suami seorang penyanyi jelita dan pernah menjadi pelumba kereta profesional, diberkas polis selepas disyaki mengambil pil khayal di sebuah disko haram, di sini, awal pagi semalam.

Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu, ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam serbuan di pusat hiburan berkenaan di Mutiara Damansara, kira-kira jam 3.15 pagi.

Lelaki berambut pendek keperangan itu dilaporkan terjerat apabila ujian awal air kencing yang dilakukan pihak polis mendapati dia positif dadah.

Difahamkan, disko haram terbabit yang dikenali dengan nama ?he Cure? (penyembuh) di kalangan pengunjung, menjadi tumpuan golongan kenamaan (VIP) sejak sekian lama.

Sumber polis berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis selepas mendapat tahu pusat hiburan terbabit beroperasi tanpa lesen selain menjadi tumpuan penagih dadah termasuk pil khayal Ecstacy.

Menurutnya, pusat hiburan yang terletak di tingkat dua deretan rumah kedai di Mutiara Damansara itu, dikesan kerap dikunjungi anak orang kenamaan (VIP) berikutan lokasinya di kawasan elit.

?emua pengunjung disko haram itu kemudian ditahan dan diarah menjalani ujian air kencing bagi memastikan sama ada mereka mengambil dadah atau pil khayal.

?asil ujian itu, seramai 30 pengunjung pusat hiburan itu disahkan positif dadah termasuk dua pasangan warga asing,? katanya.

Menurutnya, bekas suami artis yang juga anak seorang VIP bergelar Datuk itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya jam 9 pagi semalam untuk mendapat perintah tahanan reman bersama suspek lain.

Sementara itu, pelakon terkenal, Zamarul Hisham, 34, bersama dua rakan wanitanya dilihat berada di perkarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 10.15 pagi.

Mereka yang tiba dengan kereta mewah BMW hitam turut dilihat berlegar-legar di kawasan mahkamah dipercayai cuba untuk membantu menyelesaikan kes lelaki yang ditahan itu.

Zamarul yang ditanya wartawan Harian Metro mengenai tujuan kedatangannya hanya memberitahu dia ingin menjamin seorang rakan yang ditahan polis pagi semalam.

Dia hanya memakai baju-T hitam dan bercermin mata kelihatan tenang dan sempat berbual mesra dengan jurugambar beberapa akhbar yang turut berada di mahkamah.

Zamarul bagaimanapun beredar meninggalkan mahkamah pada jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, lelaki terbabit yang menyedari kehadiran wartawan bertindak menutup mukanya dengan baju sepanjang menunggu proses mendapatkan perintah tahanan reman.

Malah, sebaik dibawa keluar dari pintu hadapan mahkamah, lelaki terbabit yang bergari segera menutup mukanya dengan baju dipakai sehingga dibawa masuk ke trak polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abdul Rahman Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelumba kereta terbabit dalam operasi membabitkan 25 anggota dan pegawai Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Beliau berkata, semua 30 pengunjung yang ditahan dalam operasi tiga jam bermula 3.15 pagi itu, dikesan berada di bawah pengaruh dadah seperti ganja, ecstasy dan syabu.

?emua yang ditahan berusia 19 hingga 34 tahun kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Dadah Berbahaya 1952,? katanya.

Populariti pelumba terbabit dikatakan meningkat selepas dia mengahwini artis popular berusia 28 tahun itu sekitar 1999.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak bertahan lama dan kebahagiaan mereka hancur selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahayamata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2006 09:16 AM | Show all posts
Edisi KL: Mafia pasar borong


KUALA LUMPUR: Mafia Myanmar kini dipercayai menguasai kawasan Pasar Borong Selayang di sini, dengan menjalankan pelbagai kegiatan jenayah termasuk meminta ?uit kopi? daripada peniaga sebagai wang perlindungan.

Kumpulan terbabit bagaimanapun dikatakan hanya meminta wang daripada peniaga warga Myanmar di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu, sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk tempatan.

Malah, kumpulan samseng Myanmar terbabit sanggup melakukan apa saja termasuk mengugut peniaga senegaranya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan sekiranya tidak mengikut arahan, mereka akan dibunuh.

Bagaimanapun, 19 warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan, berjaya diberkas dalam operasi mencegah jenayah yang diketuai Ketua Bahagian Antimaksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintendan Zaki Masroh, di sekitar kawasan pasar borong itu, kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Sebahagian daripada mereka dipercayai dapat membantu siasatan dua kes bunuh di kawasan berkenaan dalam tempoh tiga hari.

Semua lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk membantu siasatan dan Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Operasi itu dilancarkan susulan kejadian seorang tauke sayur ditemui mati disembelih dan ditetak di muka dengan pedang samurai, dipercayai dilakukan kumpulan mafia Myanmar terbabit di kawasan Pasar Borong berkenaan, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Hlataling, 23, dikatakan dikejar sekumpulan samseng sebelum rebah kira-kira 20 meter daripada tempat dia berniaga.

Tiga hari sebelum itu, sekumpulan lelaki Myanmar dipercayai terbabit dalam kes rogol dan bunuh seorang wanita penjual jamu juga warga Myanmar, Fatima Yusuf, 35, dipercayai berpunca daripada dendam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Superintendan Ramli Mat Arshad, berkata sebaik Hlataling rebah, kumpulan samseng terbabit terus menetak dan menyembelih mangsa dipercayai bermotifkan dendam.

Katanya, mangsa mati di tempat kejadian kerana cedera parah akibat disembelih, ditetak di muka, tangan dan perut di kaki lima bangunan.

Kejadian itu berlaku selang 16 unit rumah kedai daripada Fatima dibunuh. Polis percaya pembunuhan kedua-dua mangsa mempunyai kaitan.

?olis melakukan operasi khas awal pagi semalam dan menahan 19 lelaki Myanmar berusia 20 hingga 30-an. Sebelum serbuan, polis menjalankan intipan dan mendapati sekurang-kurangnya 200 rakyat negara itu berada di kawasan pasar berkenaan tetapi melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

?ita akan terus awasi kawasan itu kerana mereka jelas berbahaya dan sering menggunakan senjata tajam dalam pertempuran. Mereka sering membawa senjata itu dengan alasan pisau itu digunakan untuk kerja di pasar termasuk memotong daging,? katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 09:59 AM | Show all posts
copy n paste dari HM arinih

Mahkamah Tinggi: RM500 juta hilang


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu bahawa RHB Group of Companies mengalami kerugian RM500 juta akibat kemudahan pembiayaan margin (MFF) yang diluluskan bekas pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Hussain kepada lima individu sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997.

Peguam Datuk Loh Siew Cheang yang mewakili RHB Equities Sdn Bhd, RHB Securities Sdn Bhd dan RHB Capital Bhd berkata, permohonan MFF bagi membiayai pembelian saham Omega Holdings Bhd dibuat dengan menggunakan borang kosong tanpa menyatakan jumlah dan cadangan sekuriti yang akan dibeli manakala tandatangan mereka tidak disertai tarikh.

Menurutnya, sejumlah RM500 juta hilang dan satu daripada syarikat dalam kumpulan itu perlu menyerap kerugian berkenaan.

?etika lima MFF itu diberi, mereka tahu RHB Equities tidak mempunyai wang untuk diberi pinjam. Satu transaksi pinjaman antara syarikat kemudian dilaksanakan bagi membolehkan RHB Equities membiayai MFF itu,? kata Loh dalam kenyataan pembukaan perbicaraan semalam.

Tiga syarikat berkenaan yang disebut sebagai plaintif pertama, kedua dan ketiga mengemukakan saman RM1.43 bilion pada Januari 2005 terhadap Rashid yang juga pengasas kumpulan syarikat itu dan lima yang lain kerana mendakwa mereka melakukan beberapa perbuatan pecah amanah dan kecuaian.

Dalam saman berkenaan, plaintif menamakan Rashid sebagai defendan pertama, bersama Pengawal Kewangan Kumpulan Chong Kin Leong dan Seah Fook Chin (bekas Pengarah RHB Capital dan RHB Equities), Tajul Ariffin Mohd Tahir (bekas Pengarah Eksekutif RHB Securities dan bekas Pengarah RHB Equities), Ong Tiang Lock (bekas Pengarah RHB Equities) dan Rosley Ahmad (bekas ketua penasihat undang-undang dan bekas setiausaha syarikat RHB Capital).

Plaintif mendakwa permohonan bagi mendapatkan MFF oleh Jennifer Tay Siew Kiem, Bhadarul Baharain Sulaiman, Heng Fook Seng, Lynette Mohamed serta Kon Shyun bagi membiayai pembelian saham Omega Holdings dan kelulusan yang diberi Rashid pada November 1997 adalah di luar kebiasaan, tidak wajar dan silap.

Mereka mendakwa defendan melakukan perbuatan pecah amanah tanggungjawab fudisiari, melanggar kontrak guna tenaga dan kecuaian berhubung MFF tertentu yang diberi RHB Equities ketika mereka memegang jawatan sebagai pengarah dan pegawai firma itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainun Ali, disambung pada 30 Mei.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048817 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list