|
Mengapa beri S I S A pada Allah?
"Get ready everyone another 10 minutes nak masuk waktu solat!!" ibu laung dari tingkat bawah supaya semua anak-anak berhenti dan bersedia untuk solat.
Yang sedang tonton TV, mula tutup TV, yang sedang bermain, mula kemas mainan, yang sedang menulis dan melukis, mula simpan buku-buku. Kecuali seorang, masih tekun menulis dalam buku latihannya. Ibu perhati saja, biar dia ambil masanya.
"Acik nak jadi imam ibu!"
"Alang lah jadi imam, semalam dah Acik!!"
Perkara biasa, ibu terpaksa putar kembali masa, siapa yang jadi imam semalam agar berganti hari ini. Kalau tidak, masa habis nak tentukan siapa jadi imam.
Hampir masuk waktu, semua sudah bersedia dengan pakaian solat dan menunggu di musolla kecil kami. Kecuali seorang. Masih terus tekun menulis di meja.
"Sudah Angah, berhenti, ambil air sembahyang, nak masuk waktu dah ni!"
"Kejap ibu... Ada sikit lagi ni" Ibu biarkan lagi. Adik-adiknya bermain keliling sejadah sementara menunggu.
Sudah masuk waktu solat, Angah masih di meja. Tiada tanda-tanda akan berhenti.
"Atthiyyah Husna, put down your pen and take your wudu' now!!" Angah berhenti menulis, tutup buku dan bergegas ambil wudu'.
Ini bukan kali pertama. Kebelakangan ini, ibu perhatikan Angah terlalu fokus dengan latih tubinya hingga melewat-lewatkan waktu solatnya. Ibu tahu Angah risau. Ibu faham angah tertekan kerana PSR semakin hampir dan Angah bimbang tak mampu dapat keputusan cemerlang. Angah takut kecewakan ibu dan abah. Beberapa kali juga dinyatakan kerisauannya itu pada ibu. Tapi tekunnya Angah berusaha, hingga kadang-kadang melewatkan waktu solatnya. Beberapa kali masbu' malah ada ketikanya solat sendirian kerana yang lain selesai berjemaah. Kali ini ibu perlu fahamkan Angah, tapi ibu tunggu biar semua selesai berjemaah.
Selesai berdoa, Angah bingkas bangun, tapi ibu minta Angah duduk dulu. Ada perkara ibu mahu jelaskan agar dia faham. Adik-adik yang lain juga rapatkan diri mahu mendengar.
"Kenapa beri sisa pada Allah?!" Angah berkerut pandang ibu tanda tidak faham.
"Kenapa beri sisa waktu yang Angah ada untuk Allah? Waktu Allah bagi 24 jam, dan hanya 5 kali Allah suruh kita 'berjumpa' Allah. Itu pun tak sampai 10 minit setiap kali. Secara total, hanya 50 minit dari 1440 minit sehari yang Angah ada. Bermakna cuma 3.5% dari sehari semalam masa yang Angah ada diperuntukkan untuk Allah!! Dan jika Angah kira 10 minit untuk satu waktu solat makin sikitlah digunakan, iaitu cuma 0.7%, tak sampai 1% pun dari keseluruhan masa Angah. Jadi, sekejap ke lama masa nak solat?"
"Sekejap..." Angah jawab perlahan.
"Itu pun hanya beri sisa waktu yang Angah ada untuk Allah! Contohnya, Angah habiskan latihan dulu, sisa masa yang ada baru Angah solat. Atau habiskan baca buku dulu, sisa masa yang ada baru solat. Sepatutnya solat lah dulu, sisa waktu yang ada baru buat kerja lain. Allah tidak sedikit pun rugi kalau kita lewatkan solat, yang rugi kitalah. Kalau hari ni kita beri sisa pada Allah, maka sisalah yang kita dapat di akhirat kelak. Ingat tak lagi kisah yang ibu ulang-ulang tentang solat yang menjelma jadi orang tua di akhirat nanti? Itu sebab kita beri sisa lah! "
"Dan yang menyedihkan, sudahlah beri sisa masa yang ada, lepas solat tak mau pula duduk sebentar, berzikir dan berdoa. Rasa buang masa bila memuji-muji Allah walau sekejap. Kita mau Allah beri pada kita yang terbaik, paling hebat, tapi kita bukan saja tak mampu beri masa yang terbaik, malah hanya beri lebihan atau baki pada Allah, beradab kah?"
Ibu berhenti seketika. Angah tunduk dan diam. Air matanya mula bergenang. Adik-adiknya juga diam tekun mendengar.
"Ibu faham... Angah risau dengan PSR tak lama lagi, ibu tahu Angah takut kecewakan ibu dan abah, tapi ingat berkali-kali ibu cakap, berjaya jawab soalan nanti pun Allah yang izinkan, kalau Allah sayang pada Angah, Allah rahmati setiap usaha Angah. Malaikat-malaikat doakan setiap saat kerja keras Angah. Sebab itu jaga solat betul-betul. Selebihnya barulah usaha sungguh-sungguh. Dan ibu yakin anak ibu pasti cemerlang Ujian PSR tahun ini. Malah jika Angah ingat apa ibu pesan ni, sampai bila-bila lah Angah akan berjaya setiap kali berhadapan dengan ujian. Tak kira lah ujian dari manusia atau ujian dari Allah... "
"So now you tell me, do Allah deserve your waste?"
Angah geleng sambil berhamburan lah airmatanya tanda faham dan tanda sesal. Biarlah anak ibu belajar menangis sekarang, agar nanti tidak menangis bila sudah jauh dari Allah.
#khalifahinthemaking
#PSRcandidate2020 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|