Post Last Edit by sara1910 at 30-7-2011 22:19
another info sal konsert raya 1 mesia muzikfm....
MUZIKfm tampilkan konsert “Raya 1 Malaysia MUZIKfm”
MUZIKfm telah mengadakan rakaman Konsert Raya 1 Malaysia di Restoran Seri Melayu pada hari Selasa yang lalu.Program ini diterbitkan oleh Puan Masnah Abdul menampilkan beberapa artis popular tempatan iaitu Mawi,Stacy,Francissca Peter,Dayang Nurfaizah,Sheila Abdul,Daniel Lee,Anand dan Akim.
Untuk makluman anda konsert ini berkonsepkan muzikal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.Selain dapat memperlihatkan kemeriahan sambutan Hari Raya sekaligus mempromosikan perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia.
Program ini bakal disiarkan melalui radio MUZIKfm pada Hari Raya Pertama dan Kedua jam 2 petang.Anda kena dengar radio lah kalau hendak tahu artis-artis kegemaran anda menyanyikan lagu apa.Perasan tak Akim dan Stacy ada di majlis ini?Haa nak tengok kemesraan mereka?Sabar…..
Rancangan ini akan diselang-seli dengan temubual di antara DJ MUZIKfm dengan tetamu VIP RTM,kakitangan Restoran Seri Melayu,anak-anak yatim serta para tetamu dan artis terlibat.
Comel tak?Mesra gitu.(mesra sgt smpai {:3_84:}{:3_84:}{:3_84:})Tapi bila diminta untuk bergambar seperti ini muka masing-masing macam coverline je.Tetapi mereka profesional.Nak lagi gambar mereka berdua?Itu nanti ya!Seperti biasa tunggu isu FeMag yang akan datang!Buat anda semua jangan lupa dengar MUZIKfm di hari raya pertama dan kedua jam 2petang. |