CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: din_hbl

Weight Loss Challenge November - Disember 2011 (start Page 80)

   Close [Copy link]
Post time 4-8-2011 10:41 AM | Show all posts
kentang = nasi kan...?/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 10:53 AM | Show all posts
Reply 321# keraklak

btol2... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:14 AM | Show all posts
oooo tak jadi la nak buat sup kentang. kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:28 AM | Show all posts
update utk arini... timbang berat tak sempat.. tp maybe masih belom turun sbb ble pkai seluar masih ketat huhu

bukak pose = udang goreng, nasi 1/2,kurma, air ribena, lau air masak air
sahur = ikan goreng, nasik 1/4, kurma, air susu

pastu ai pastikan minum air satu tupperware yg 2 liter tuh...
ingt tk nk timbang ari2 takut terlampau self consious sgt...
yg xsmpt skrg ialah exercise, tp ai pokus spy byk berjalan.. walaupun xsampai 10,000 steps tapi atleast separuh... ingt nk beli pedometer untk kira bil steps...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:41 PM | Show all posts
rasa macam nak join...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 03:19 PM | Show all posts
Reply 320# nenektua


    mmg kentang slh satu karbohidrat....tp rs nya ok la kalo buat sup...tp make sure kurgkan garam...no oil...rebus biasa jek...mix ngan carrot ke...sedap wooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2011 09:57 PM | Show all posts
hri ni sempat jugak gi gym curves after 5days tk pegi. best thng bout curves ni only for women and workout training only 30mins n emphasize part2 body kita ni.
kali ni sy nk share - how to control our cravings.
credit to KEVIN ZAHRI

1)Makan setiap 3-4jam
ini cra trbaik utk kawal nafsu krna dgn kerap makan tak beri ruang utk rasa lapar
2) karbo kompleks
pastikan karbo kompleks mnjadi pilihan diet kerana
   i)bekalkan sumber tenaga dgn prlahan & dilepaskan secara konsisten. perlukan masa   
     lebih lama utk tukar karbo kompleks kpda gula
   ii) tp mkanan karbo compleks spti roti gmdum penuh mgndungi kalori lebih tgi. so kena
      kawal pengambilannya.
3)air sepanjang hari
air kosong bleh mngurangkan keinginan trhadap mkanan & minuman brgula
4)jagan bawa balik
jgn bawa balik makanan yg kamu suka (mkanan yg tk sihat & tk berkhasiat)
5) buah membantu
gula buah2an diproses secara berbeza. serat buah juga memperlahankan penyerapan gula.
tp awas, buah juga mngandungi kalori
6) peranan insulin
elakkan gula yg diproses seperti gula2, popcorn & byk lg, kerana ia akn tngkatkan kadar kandungan gula darah (trmasuk insulin). ini akan tgkatkan keinginan & selera.  ini kerana gula & insulin saling brhubung.
7) keajaiban melalui senaman
senaman hasilkan endorphin yg secara semulajadi kurangkan selera makan. juga mgingatkan kita tntang komitmen mnjaga bentuk badan
8) nafsu makan ketika mnonton tv?
jika gemar mengunyah ketika mnonton tv, gantikan dgn snek yg sihat.
9) katakan tidak
antara cara yg terbaik utk mgawal nafsu ialah diri sendiri perlu kuat, komited & berani katakan TIDAK. Minda mngawawal tubuh badan jd kawal minda dgn sebaiknya
10) apa yg mncetuskan nafsu makan?
keinginan biasanya timbul dlm situasi trtentu. badan mempunyai cara tersendiri mnyampaikan isyarat pd kita tntang apa yg diperlukan
-air (mlm) disebabkan kekurangan garam
-aiskrim disebabkan kekurangan kalsium
-coklat disebabkan kurang rasa cinta / hormon tdak stabil..

bila2 brkesempatan sy akan smbung lagi ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 07:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by din_hbl at 5-8-2011 07:16

Kepentingan air yg cukup utk badan

Kebanyakan kita kurang tahu tentang kepentingan air kepada badan. Badan kita terdiri daripada 65% air, dan air adalah sumber utama utk sel, pelincir bagi pergerakan, bendalir utk saraf, penghantar nutrisi ke setiap inci tubuh dan perkumuhan. Air juga berguna utk mengekalkan otot dan juga membuang lemak. Nampak tak betapa besarnya kegunaan air?

Jangan minum kalori anda, air yg dicampur gula atau susu mempunyai kalori. Oleh itu elakkan minum teh, kopi, koko, teh tarik, jus, sirap, mocha, ice blended, soda, air gas etc. Air jus buahan selalunya dianggap sihat sebenarnya mengandungi kandungan gula sama seperti air soda. Sumber utama air utk anda ialah air kosong. Jika anda inginkan perisa, boleh campur teh atau limau nipis tanpa dicampur gula.

Bagi yg bukan Muslim; jika serius untuk turunkan berat, anda perlu berhenti dari ambil alkohol. Pengambilan alkohol akan membebankan organ hati dan ia akan mengurangkan badan utk membakar kalori & lemak. Alkohol akan menganggu sistem imun badan dan juga menganggu kualiti tidur. Alkohol juga tinggi karbohidrat dan tiada protein, oleh itu ia memang tidak diperlukan oleh badan.

Bagaimana nak pastikan tubuh anda cukup air? Saya syorkan anda beli sebuah bekas air sekurang-kurangnya 2 liter dan pastikan setiap hari anda habiskan air dari bekas tersebut. Bawa bekas air itu kemana-mana dan minum sedikit demi sedikit. Buat sehingga ia menjadi tabiat. Lama kelamaan kesannya akan kelihatan dari segi kesihatan, kecergasan, kulit & bentuk tubuh. Minum air anda di siang hari dan kurangkan minum air di waktu malam. Ini utk mengelakkan dari tidur malam terganggu akibat terjaga utk ke tandas.

# Tips utk bulan puasa:
  • Minum air sekurang2nya 1 liter semasa bersahur. Tak boleh minum air masak byk2? Tambah sedikit perisa seperti teh, limau nipis, teh cina, sunquick dan minum secara 'O'.
  • Sepanjang waktu berbuka dan sebelum tidur, minum air sikit demi sikit sehingga 1-2 liter. Minum air masak ketika berbuka dan moreh, malah boleh juga minum air masak diantara terawih.
  • Sebelum tidur, jgn lupa utk buang air dahulu. Ini utk mengelakkan tidur terganggu akibat terjaga utk ke bilik air.
  • Makan buahan & sayuran serta makan makanan bersup juga boleh membantu meningkatkan pengambilan air utk badan.
  • Kurangkan minum air manis yg dicampur gula/pemanis kerana ia ada kalori ekstra yg tidak diperlukan badan. Alternatifnya, blender air buah anda sendiri, manis buah adalah manis yg asli dan tiada gula tambahan.


## Utk topik2 kelas yg lain, check pos #1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2011 07:19 AM | Show all posts
Reply 327# lily_hm

nice info lily!!
saya dah tag kat post #1

BTW, saya ni noob sikit. kat sini post #1 org panggil apa? Main post? Kepala?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 07:36 AM | Show all posts
ni saya bagi contoh WLC yg saya buat bulan lepas



mereka yg dpt result positif kebanyakannya jaga pengambilan air, makan diet yg sihat & sedikit senaman utk kecergasan. peserta2 kat sini pun boleh jugeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:27 AM | Show all posts
bersmangat sungguh tengok korang..
aku kat opis pun anjur our own biggest loser.... masing2 dok berusaha mengejar kemenangan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:53 AM | Show all posts
Kepentingan air yg cukup utk badan

[quote]Minum air anda di siang hari dan kurangkan minum air di waktu malam. Ini utk mengelakkan dari tidur malam terganggu akibat terjaga utk ke tandas.

din_hbl Post at 5-8-2011 07:02 [/quote]


    btl tu din....tu yg terjdk kat i smlm...asik kuar masuk bilik air je..last skli, terjaga kul 3.30..terus x tido..(tkt terlajak)
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:58 AM | Show all posts
saje nak update....sahur td tmbg...berat i dah turun...
55.5kg... berkat minum air byk2 kot smlm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 09:19 AM | Show all posts
Build abs dikira tak?
Like this.




i) nama : kiwibenz
ii) berat terkini : 46kg
iii) tinggi ...
kiwibenz Post at 27-7-2011 22:50


mantoppp tuh..camne nk buat to be like that??
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 09:50 AM | Show all posts
sahur tadi tab makan 3 krispy kremesedap sangat sampai x sedar dah makan 3
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 09:56 AM | Show all posts
hri ni sempat jugak gi gym curves after 5days tk pegi. best thng bout curves ni only for women and w ...
lily_hm Post at 4-8-2011 21:57



    curves?tab penah nak join situ tapi jarak dari rumah agak jauh pastu kawasan gym tu tak bape selamat,tersorok aje.last2 join je gym kat uni.curves ada kat mesia gak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 10:02 AM | Show all posts
Reply 158# din_hbl

en din, cane nk tau berat yg naik tu berat otot or berat lemak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 10:41 AM | Show all posts
Reply 332# rahsia_luna

dlm sejam lagi nak tidur tu, stop la minum air.. nnt tidur tak lena plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 334# diywho

boleh, buat strength exercise.. tabasco lagi pakar psl senaman ni

sila jawab cik tab..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 10:50 AM | Show all posts
Reply 337# diywho

salah satu cara ialah timbang berat guna penimbang yang boleh scan lemak dan otot. kat kedai fitness ada jual, tapi penimbang ni mahal starting from rm500+. cara lain ialah timbang kat gym atau health center. saya dgr ada gak penimbang kat shopping kompleks yg bayar rm3-5 boleh gak baca peratus otot n lemak..
   
saya mmg ada timbang body scanner kat umah. last sekali timbang berat saya 66kg, air 61%, body fat 15.9%, otot 51kg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.640888 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list