|
Mahkamah Majistret: Drebar dituduh bunuh Taufiq
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh pelajar tahfiz, Mohd Taufiq Ali, 17, di Taman Sri Segambut, di sini, 13 Mei lalu.
C Maran, 27, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, membunuh Mohd Taufiq di hadapan rumah 5-19, Lorong Udang Ketak 1, Taman Seri Segambut, Jinjang, di sini, pada jam 10.15 malam, 13 Mei 2006.
Tertuduh yang diwakili peguam bela J Kuldeep Kumar, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azniza Mohd Ali, tertuduh yang memakai baju- T merah dan berseluar jeans biru, hanya menundukkan muka.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, B Sarala Pillai.
Mahkamah menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula.
Beberapa ahli keluarga tertuduh juga hadir dan berada di luar mahkamah.
Akhbar sebelum ini melaporkan Mohd Taufiq, pelajar tingkatan empat Sekolah Agama Sungai Udang di Melaka, meninggal dunia jam 1.05 pagi selepas dua jam dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat diserang dua lelaki bersenjata. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Tinggi: Terlepas tali gantung
JOHOR BAHRU: Seorang bekas pemandu lori terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mendapati dia tidak bersalah atas tuduhan mengedar ganja seberat 990.5 gram pada 2002.
Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan membebaskan Aziz Mohd Saat, 35, selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan tidak menidakkan kereta itu digunakan orang lain selain tertuduh sebelum ditangkap polis pada 28 Febuari 2002.
"Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan eksklusif terhadap dadah yang dijumpai dalam kereta," katanya.
Pada 28 Febuari 2002 Aziz dituduh mengedar ganja di Bandar Baru Permas Jaya, Plentong kira-kira jam 3 petang.
Dalam fakta pendakwaan, kereta yang dipandu Aziz dilihat di hadapan sebuah restoran makanan segera sebelum polis menghampirinya dan mengarahkan keluar dari kenderaan itu.
Bagaimanapun Aziz bertindak mengundurkan keretanya sebelum melanggar bahagian tepi kereta polis sebelum kenderaannya berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui satu beg galas yang diletakkan di bahagian penumpang hadapan.
Dalam beg berkenaan ditemui satu ketulan mampat daun kering yang kemudian disahkan ganja. |
|
|
|
|
|
|
|
copy n paste dari HM arinih
Mahkamah Sesyen: 'Saya cari saya bunuh'
IPOH: ?aga you (kamu) orang surat khabar, saya tak mati punya, saya keluar, saya cari saya bunuh? Itulah amaran seorang daripada empat lelaki yang dituduh menculik dan merompak seorang guru dan anaknya di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Kata-kata itu diberikan seorang daripada empat tertuduh terbabit kepada sekumpulan jurugambar serta wartawan beberapa akhbar ketika mereka dibawa keluar daripada mahkamah ke lokap di situ.
Keempat-empat tertuduh kes berkenaan dipercayai marah dengan tindakan jurugambar mengambil gambar mereka ketika keluar daripada mahkamah selepas menghadapi pertuduhan.
Semua tertuduh terbabit, tukang paip, Muhammad Sharul Abdullah Muniandy, 30; T Nagendran, 22, (mekanik), G Melvin Anthony, 25, (pelayan hotel) dan jurugambar bebas, Azhar Shaari, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Mereka menghadapi dua tuduhan menculik dan empat tuduhan rompak berkumpulan.
Keempat-empat lelaki terbabit dituduh menculik guru berusia 40 tahun dan anaknya berusia empat tahun di Taman Seri Ampang, di sini, kira-kira jam 7.10 pagi pada 17 Mei lalu.
Mereka juga dituduh menggunakan parang untuk melakukan rompakan terhadap mangsa dengan mencuri Proton Waja bernilai RM55,000, komputer riba milik kerajaan berharga RM1,500, wang tunai RM1,400 dan pelbagai barangan lain bernilai RM200 pada tarikh sama.
Selain itu, mereka juga dituduh merompak anak mangsa iaitu set pakaian kanak-kanak sekolah tadika membabitkan baju berwarna putih, seluar panjang hijau serta singlet yang keseluruhannya bernilai RM40.
Bagi empat tuduhan membabitkan dua culik dan dua rompak, kes berkenaan dibicarakan di hadapan Hakim Rasidah Chik.
Manakala dua lagi tuduhan rompak berkumpulan, mereka dituduh merompak sepasang suami isteri di sebuah rumah di Laluan Simee 13, Kampung Simee, kira-kira jam jam 6.45 pagi hari yang sama.
Keempat-empat lelaki itu dituduh merompak D M Anparasan dengan mengambil wang tunai RM200, telefon bimbit bernilai RM200, rantai emas bernilai RM1,500, kad pengenalan serta lesen memandunya.
Pada masa sama, mereka turut dituduh merompak K Manomani dengan mengambil wang berjumlah RM600, rantai perkahwinan (thali) bernilai RM1,500, dua rantai leher emas bernilai RM3,000, dua cincin emas bernilai RM1,000 dan anting-anting emas bernilai RM300.
Rasidah menetapkan semua tertuduh dikenakan jaminan setiap seorang sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan sementara menunggu kes terbabit disebut semula pada 6 Julai depan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Muhamad Anas Mahadzir manakala keempat-empat lelaki terbabit tidak diwakili peguam. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Sesyen: Indon tak mengaku liwat
SHAH ALAM: Seorang pekerja kantin warga Indonesia yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam tidak mengaku salah meliwat seorang kanak-kanak tetapi mengaku salah terhadap tuduhan memiliki kad pengenalan palsu.
Tertuduh, Nurul Adnan Faizal, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii iaitu meliwat mangsa berusia sembilan tahun.
Berdasarkan pertuduhan, Nurul Adnan, 29, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di kantin Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Rawang, pada 19 Mei lalu, antara jam 8.10 malam hingga 8.30 malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika disabit kesalahan.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa pada 21 Jun lalu, antara jam 9.22 hingga 10.11 pagi di tempat sama menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Mohammad Salleh Dulkarim, nombor 670712175499.
Dia dituduh mengikut Seksyen 21(1) (e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
copy n paste dr BH arinih
Dua along kena reman kes bunuh kontraktor
KUALA LUMPUR: Dua ceti haram atau along yang menjadi orang buruan sejak tiga bulan lalu kerana dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang kontraktor di Jalan Teluk Panglima Garang, Taman Seputeh, di sini, Mac lalu, diberkas di Pulau Pinang, petang kelmarin.
Dua suspek utama kes berkenaan ditahan dalam dua serbuan berasingan oleh sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur, diketuai Cif Inspektor KFC Law, masing-masing di kedai makan dan sebuah rumah.
Ketika diberkas, kira-kira jam 5 petang, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Walter Smith .38. serta peluru yang dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.
Sumber polis berkata, dengan penahanan suspek utama kes itu, polis hampir menyelesaikan kes berkenaan.
?ereka direman enam hari sejak semalam. Polis percaya kes itu berpunca masalah hutang dalam perniagaan,? katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam kejadian 26 Mac lalu, mangsa berusia 58 tahun, ditemui dengan tiga kesan tembakan dipercayai dilakukan pembunuh upahan selepas diculik dari kawasan bangunan Berjaya Times Square, di sini.
Siasatan awal polis lebih menjurus kepada kes samun kerana ada maklumat mangsa disamun dan dilarikan dengan sebuah kereta. Bagaimanapun, kira-kira sejam selepas itu, polis menerima maklumat seorang lelaki ditemui mati di dalam keretanya kira-kira jam 11.30 malam.
Mangsa ditemui terbaring di tempat duduk belakang kereta dengan tiga kesan tembakan di leher, bahagian kiri kepala dan dada. Kereta itu ditemui kira-kira 100 meter dari kediaman mangsa dan pemeriksaan polis mendapati dompet dan telefon bimbit mangsa hilang.
Dua suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori sampai mati. |
|
|
|
|
|
|
|
copy n paste dari Harian Metro --- Edisi Nasional: Broker gundik VVIP
WANITA UMPAN KERETA, WANG PIKAT PELAJAR IPT
KUALA LUMPUR: Dengan bermodalkan wang dan kereta, seorang wanita yang dikenali sebagai Maya menjadi ?rang tengah? mengumpan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menjadi perempuan simpanan sebilangan orang kenamaan (VVIP).
Wanita itu yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Lembah Klang dikatakan menjalankan kegiatan di pusat hiburan terkenal sekitar ibu kota sejak dua tahun lalu.
Walaupun dapat dihidu pihak berkuasa baru-baru ini, ketiadaan bukti menyukarkan tindakan dikenakan terhadapnya.
Menurut sumber, dia sering mengunjungi disko ternama untuk berjinak-jinak dengan VVIP yang berkehendakkan perempuan simpanan bagi memuaskan nafsu serakah mereka.
?elepas beberapa siri pertemuan, VVIP itu akan ditawarkan pelajar yang sedia menjadi gundik, malah tidak keberatan melayani lelaki berusia separuh abad.
?elajar ini boleh dipanggil bila-bila masa khidmatnya diperlukan VVIP terbabit. Mereka menerima bayaran setiap bulan dan sebuah kereta mewah, sekurang-kurangnya Proton Perdana V6.
?undik seperti itu tidak segan silu memandu kereta yang diberikan itu ke universiti,? katanya kepada Harian Metro.
Ada juga pelajar yang menjadi `gundik? itu berpura-pura memakai tudung ketika pulang ke kampung, terutama pada musim perayaan.
Sumber itu mengatakan Maya mengenakan bayaran sekiranya VVIP bersetuju dengan `pakej? yang ditawarkannya.
VVIP dikatakan membayar RM3,000 hingga RM5,000 sebagai upah untuk mendapatkan perempuan simpanan.
?elajar yang berusia 19 hingga 25 tahun sangat digemari VVIP kerana boleh disimpan untuk jangka masa panjang,? katanya yang menyifatkan trend memiliki perempuan simpanan di kalangan VVIP semakin menjadi-jadi sekarang.
Ini disebabkan sebilangan pelajar suka menjadi perempuan seperti itu kerana mendapat kemewahan luar biasa, terutama untuk berhibur sehingga tidak mementingkan maruah diri.
Bagaimanapun, menurutnya, sesetengah pelajar menyesal selepas beberapa tahun menjadi perempuan simpanan akibat ditinggalkan VVIP masing-masing sewenang-wenangnya.
?da antara mereka pula mengandung dan diugut dicederakan jika dimaklumkan kepada pihak ketiga.
?aya dapat lihat sendiri ada pelajar ketika masih disayangi VVIP terlalu ego dan sombong sehingga tidak menegur sapa dengan rakan kerana mereka sangka sudah berada dalam golongan atasan,? katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Dibakar hidup-hidup angkara wang RM200
ALOR STAR: Akibat gagal menjelaskan RM200 hutang along, seorang peniaga makanan dibakar sekumpulan 10 samseng pengutip hutang di depan rumahnya di Taman Nilam, dekat Sungai Petani, Jumaat lalu.
Lelaki berusia 25 tahun itu dipukul hingga lembik sebelum disimbah petrol dan dibaling puntung rokok menyebabkan api menyambar badan mangsa.
Akibatnya, mangsa melecur hampir 40 peratus pada bahagian muka, paha, tangan serta tubuh.
Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Petani (HSP) sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (Kebakaran) di Hospital Alor Star, semalam.
Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu ketika mangsa keluar ke halaman rumah selepas dipanggil kumpulan samseng pengutip hutang itu.
Menurutnya, mangsa yang berniaga makanan di Sungai Petani dipercayai bertengkar dengan kumpulan lelaki terbabit selepas dikatakan gagal membayar hutang RM200 yang dipinjam daripada seorang suspek.
Katanya, mangsa dipercayai meminta tempoh untuk membayar wang berkenaan menyebabkan lelaki terbabit berang.
?eberapa suspek menarik mangsa dan memukulnya bertubi-tubi sehingga dikatakan dalam keadaan separuh sedar.
?eorang daripada lelaki itu kemudian mengambil tin yang mengandungi minyak petrol di kereta dan terus menyimbah sebahagian badan mangsa.
?untung rokok yang masih menyala dibaling ke tubuh mangsa menyebabkan api menyambarnya,? katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Ini menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong sebelum semua penyerangnya melarikan diri dengan kenderaan masing-masing.
Bapa mangsa berusia 50 tahun yang berada di rumah meluru keluar sebaik terdengar jeritan anaknya.
Sumber itu mengatakan melihat anaknya dijilat api, dia memanggil abang mangsa untuk membantu memadam api, termasuk menanggalkan baju dan mengibas api dengan kain supaya dapat dipadamkan.
?erikutan itu, bapa mangsa turut melecur hampir 10 peratus pada tangan tetapi kecederaannya dilaporkan tidak serius.
?ereka membawa mangsa ke Hospital Sungai Petani untuk rawatan lanjut kerana tidak sedarkan diri akibat kebakaran itu,? katanya.
Bapa mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kira-kira jam 12.20 tengah malam kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asistan Komisioner Law Hong Soon ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan masih diteruskan.
?olis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 324 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya,? katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Nasional: Lembik dibelasah geng 77
KUALA LUMPUR: Anggota Geng 77 yang menjadikan sebuah disko di Jalan Ipoh, di sini, sebagai tempat untuk berehat dan berhibur membuat kacau lagi apabila membelasah seorang lelaki hingga lembik.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu, mangsa dibelasah Geng 77 yang juga anak buah kepada pemilik disko di kawasan berkenaan dengan menggunakan parang dan kayu.
Menurut sumber, mangsa yang cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh orang awam.
?elaki itu yang datang bersama rakannya dibelasah kerana cuba membuat bising di dalam disko terbabit menyebabkan anggota Geng 77 `naik angin?.
Difahamkan, ada tauke pusat hiburan di kawasan berkenaan dipercayai bersekongkol dengan Geng 77 bagi memastikan tempatnya tidak diganggu mana-mana samseng.
Akibat tindakan ganas itu, sekumpulan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu satu daripada dua pusat hiburan itu untuk menjalankan operasi mencegah jenayah di Jalan Ipoh, Jumaat lalu.
Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi itu, polis menahan dua lelaki yang juga paling dikehendaki bersabit kes jenayah lampau.
Difahamkan, polis masih menyiasat dua lelaki itu yang dipercayai terbabit dalam kes gaduh di kawasan berkenaan.
Polis juga dikatakan sudah `berpuluh-puluh kali? melakukan serbuan termasuk memberi amaran keras supaya pusat hiburan di kawasan itu mematuhi peraturan tetapi masih ada pemilik degil menjalankan operasi lebih masa yang ditetapkan.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Ketua Geng 77, Tiger Snook, bakal menjadi penghuni Penjara Simpang Renggam, Johor, kerana dia mungkin ditahan mengikut Ordinan Darurat berikutan pembabitannya dalam kegiatan kongsi gelap dan jenayah kekerasan.
Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun itu akan ditempatkan di penjara berkenaan selama dua tahun sebagai langkah pemulihan dan membanteras kegiatan ketua kumpulan kongsi gelap terbabit daripada meneruskan aktiviti haramnya.
Menurut sumber, polis sedang mengumpul maklumat dan merekodkan kesalahan yang pernah dilakukan Tiger Snook ketika dia bersama Geng 77.
Katanya, kertas siasatan dan kegiatan suspek akan diserahkan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk mendapatkan perintah menahan Tiger Snook mengikut Ordinan Darurat.
?ita sedang siapkan fail suspek dan mengumpul kes jenayah yang dilakukannya termasuk bergaduh dan mengugut mangsa,? katanya.
Sumber itu berkata, pada masa ini Tiger Snook dalam tahanan polis Selangor dan siasatan terhadapnya diteruskan termasuk dalam beberapa kes jenayah lain |
|
|
|
|
|
|
|
uish... ajin ko nih ek dis. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurus jualan parah diragut
JOHOR BAHRU: Pengurus Jualan sebuah hotel bertaraf empat bintang di Jalan Abdullah Tahir di sini, mengalami cedera parah di bahagian muka selepas diragut di hadapan lobi hotel tempat kerjanya dalam satu kejadian, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Rohani Mohamed, 46, jatuh tersungkur apabila dua peragut yang menunggang motosikal merentap beg tangannya dari belakang.
Rohani berkata, ketika kejadian, beliau bersama seorang rakan sedang berjalan menuju ke kereta yang diletakkan di tempat meletak kenderaan di hadapan lobi hotel berkenaan.
Katanya, sebuah motosikal berwarna hijau yang dinaiki dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara tiba-tiba melalui bahagian belakangnya sebelum merentap beg tangannya sehingga menyebabkan beliau berpusing sebelum jatuh tersungkur.
"Ketika sedang berjalan ke kereta, saya memegang tali beg tangan yang disandang di bahu tetapi rentapan pembonceng motosikal itu agak kuat menyebabkan saya berpusing sebelum terjatuh dengan muka tersembam ke jalan raya.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana jika jatuh terlentang mungkin boleh menyebabkan kepala terhantuk ke jalan raya ... tidak tahulah bagaimana keadaan saya mungkin koma atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rohani, ibu kepada tiga anak yang berusia antara dua hingga 18 tahun itu kini menerima rawatan lanjut di sebuah hospital swasta di bandar raya ini.
"Walaupun beg tangan saya kemudian dijumpai tidak jauh daripada tempat kejadian dengan semua wang atau dokumen tidak hilang, tindakan peragut melakukan jenayah di kawasan hotel menandakan mereka semakin berani," katanya.
Beliau berkata, pihak berkuasa terutama polis perlu memandang serius dalam menangani masalah jenayah ragut berikutan sekitar laluan berkenaan antara kawasan yang kerap berlaku kejadian itu.
"Jika sebelum ini ragut hanya berlaku di laluan utama tetapi kini peragut semakin berani apabila melakukan perkara itu di kawasan hotel ... masalah ini perlu ditangani dengan serius.
"Nasib baik kejadian berlaku pada saya, kakitangan hotel ini jika terjadi kepada tetamu hotel boleh memberikan kesan kebimbangan terhadap keselamatan mereka yang boleh melumpuhkan industri pelancongan," katanya.
Rohani berkata, pihak berkuasa juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan berikutan ia antara kawasan tumpuan pelancong di bandar raya ini. |
|
|
|
|
|
|
|
15 ditahan curi transformer RM70,000 milik TNB
KUALA LUMPUR 6 Jun - Sebanyak 14 lelaki dan seorang wanita ditahan di Kampung Pasir Baru, Jalan Klang Lama di sini, kerana dipercayai mencuri sebuah transformer milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM70,000.
Mereka ditahan di sebuah premis menjual besi buruk dan dipercayai sedang mengadakan urusan jual beli transformer seberat lima tan itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah memberitahu, pihaknya telah mengadakan intipan selama beberapa hari mengenai kegiatan tersebut hasil maklumat orang awam.
?alam operasi hari ini, kita berjaya mengenal pasti sebuah lori dipandu seorang lelaki yang membawa transformer tersebut.
?ami mengekori lori itu sejak pukul 3 hingga 6 petang iaitu dari Petaling Jaya hingga ke premis berkenaan,'' katanya ketika ditemui di Kampung Pasir Baru, Jalan Klang Lama di sini.
Omar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan transformer tersebut hendak dijual di premis berkenaan.
Menurutnya, setelah lori itu memasuki kawasan premis, polis bertindak menyerbu dan berjaya menahan 15 suspek termasuk pemilik premis.
?emandu lori tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan. Kita telah menghubungi TNB memaklumkan mengenai kejadian itu dan mereka sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti lokasi transformer itu dicuri,'' ujarnya.
Omar memberitahu, kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri di tempat bebas |
|
|
|
|
|
|
|
Penjenayah asing ditembak mati
Oleh: MOHD. FAIRUZ YUSOF
PONTIAN 8 Jun - Polis menembak mati seorang lelaki warga asing dan menahan lima lagi rakannya ketika mereka sedang menyamun sebuah keluarga di sebuah rumah di Kampung Rimba Terjun, di sini awal pagi ini.
Kejadian samun itu diketahui oleh pihak polis setelah mendapat panggilan daripada rakan anak pemilik rumah tersebut yang syak sesuatu yang buruk berlaku kepada keluarga rakannya itu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Asisten Komisioner Zainuddin Zainal berkata, rakan anak pemilik rumah tersebut menghubungi polis selepas dia menerima panggilan telefon daripada mangsa yang cuba meminta bantuan.
Beliau berkata, sebelum itu, anak pemilik rumah itu telah menghubungi rakannya itu tetapi terputus dan apabila rakannya gagal menghubunginya semula, dia terus menghubungi polis.
Katanya, kumpulan enam perompak yang bersenjatakan parang itu memecah masuk ke rumah tujuh sekeluarga itu terbabit kira-kira pukul 2.30 pagi.
?Mereka kemudian mengikat dan mengugut supaya menyerahkan wang tunai dan barangan berharga.
?umpulan itu berjaya merampas sebuah telefon bimbit, wang tunai RM3,900, barang kemas dan beberapa barang berharga,? katanya ketika dihubungi di sini hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara : Gadis mangsa rogol penarik kereta
Oleh Badruddin Mat Zakaria
GEORGETOWN: Perkenalan seorang operator pengeluaran kilang di Sungai Nibong di sini, dengan seorang penarik kereta selama tiga hari membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Hamzah Md Jamil, berkata kejadian berlaku apabila mangsa berusia 18 tahun dipaksa tidur dengan lelaki itu di sebuah hotel dekat Bukit Jambul, di sini.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa pergi ke rumah seorang rakannya di Taman Jubli di sini, kira-kira jam 8 malam dan lelaki itu datang mempelawa gadis itu membonceng motosikalnya untuk dihantar pulang.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menerima pelawaan itu tetapi ketika dalam perjalanan suspek tiba-tiba berhenti di sebuah kawasan perumahan jam 10 malam.
?angsa kemudian dipelawa bermalam di sebuah hotel di kawasan itu, namun gadis terbabit menolak ajakan lelaki itu menyebabkan suspek mengugut menggunakan pisau.
?alam ketakutan, mangsa dibawa ke sebuah hotel lalu suspek menampar pipi dan menumbuk perut gadis itu serta merogolnya sebelum menghilangkan diri,? katanya.
Menurutnya, mangsa membuat laporan polis jam 3 pagi kelmarin sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dirogol.
Berikutan itu, katanya, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 21 tahun yang menghilangkan diri selepas kejadian untuk membantu siasatan lanjut.
?iasatan mengenai kejadian dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada 20 tahun dan sebatan,? katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL : Penyamun durjana
Oleh Nazarali Saeril
PETALING JAYA: Tiga perompak mengamuk dan membelasah seorang lelaki selepas mendapati akaun banknya hanya mempunyai baki RM150 sebelum ketiga-tiga mereka pergi ke kondominium mangsa di Kota Damansara di sini, dan merogol isterinya.
Dalam kejadian Isnin lalu, penjenayah terbabit pada mulanya menculik lelaki berkenaan dan membawanya ke sebuah bank di Klang sebelum memaksanya mengeluarkan semua wang tetapi mendapati baki akaunnya hanya tinggal RM150.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abdul Rahman Ibrahim, berkata perompak terbabit yang naik berang kerana jumlah wang dalam akaun lelaki itu terlalu sedikit, kemudian membawa mangsa ke dalam kereta sebelum membelasah dan meninggalkannya di tepi jalan sekitar Shah Alam.
?ejadian malang menimpa pasangan suami isteri itu bermula apabila lelaki berkenaan turun dari kediamannya untuk mengambil kereta yang diletakkan di luar kawasan kondominium kira-kira jam 6.30 pagi,? katanya.
Beliau berkata, ketika itu, mangsa melihat tiga lelaki sedang membuka tayar Proton Wiranya dan terus menjerit serta meluru ke arah penjenayah terbabit.
Perompak terbabit bagaimanapun bertindak balas dengan mengacukan pisau kepada lelaki berusia 26 tahun itu dan memaksanya masuk ke dalam Proton Wira miliknya.
Ketiga-tiga penjenayah berusia 20-an itu terus membawa lelaki terbabit ke sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Klang dan memaksanya mengeluarkan semua wang yang ada tetapi baki dalam akaunnya hanya RM150.
?elepas di tinggal di tepi jalan, penjenayah terbabit terus ke kondominium mangsa dan memasuki rumah terbabit menggunakan kunci rumah yang ada dalam kereta lelaki berkenaan.
?eorang daripada penjenayah menunggu di luar rumah untuk berkawal, manakala dua lagi masuk sebelum melihat isteri mangsa sedang tidur di sebuah bilik,? katanya.
Menurutnya, sebaik isteri mangsa tersedar daripada tidur, penjenayah terbabit terus mengikatnya sebelum bergilir-gilir merogol wanita berusia 24 tahun itu.
Selesai memperkosa mangsa, penjenayah terbabit menggeledah kediaman itu dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai kira-kira RM3,000.
Penjenayah terbabit turut melarikan Perodua Kelisa milik wanita berkenaan serta Proton Wira suaminya.
?angsa yang ditinggalkan di tepi jalan itu berjalan kaki ke rumah dan sampai kira-kira jam 11 pagi, mendapati isterinya dalam keadaan terikat manakala rumahnya digeledah.
?elepas membuka ikatan isterinya, pasangan itiu pergi mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan berhampiran sebelum membuat laporan polis,? katanya.
Operasi memburu ketiga-tiga penjenayah terbabit sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Sesyen: Bangla penipu kena sebat
KUALA LUMPUR: ?erbuatan kamu menipu menyebabkan mangsa bersusah payah mengumpul wang sebanyak RM15,000 yang kemudiannya lesap begitu sahaja,? kata hakim Mahkamah Sesyen, di sini semalam, kepada seorang warga Bangladesh yang didapati bersalah kerana menipu.
Hakim Akhtar Tahir berkata demikian kepada Shakhanat Hossain Shah, 33, selepas didapati bersalah menipu seorang warga Bangladesh, Motiur Rahman, 34, dengan memperdayanya sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM15,000.
Mengikut pertuduhan, tertuduh mendakwa boleh mendapatkan ?ermit profesional? dan kad pengenalan penduduk tetap (PR) dengan bayaran RM15,000 sedangkan dia mengetahui bahawa permit dan PR berkenaan tidak dapat diperoleh.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi yang masih bebas di Kondominium La Chateu, Lorong Syed Putra Kiri, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari pada 2 Ogos 2002.
Shakanat didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat, dan boleh juga dikenakan denda.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron.
Ketika rayuan, Shakanat yang diwakili peguam Mohamed Fadly Zakaria, merayu mahkamah mengurangkan hukuman bakal dikenakan dengan alasan anak guamnya itu hanya bekerja sebagai jurujual dengan pendaptan RM2,000 sebulan.
?eparuh daripada wang gajinya dihantar kepada ibu bapanya di Bangladesh selain kesalahan dilakukan adalah kali pertama.
?ika mahkamah mengenakan hukuman berat, anak guam saya tidak dapat memberi wang kepada keluarganya di kampung,? katanya.
Katanya, tertuduh juga sudah insaf dengan perbuatannya itu selain serik selepas 32 bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Aalasan berkenaan dibantah pihak pendakwaan kerana kepentingan awam harus diutamakan.
?ertuduh seorang warga asing yang datang mencari rezeki di sini tetapi tidak menghormati undang-undang negara ini,? katanya.
Ku Hayati memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan sebagai pengajaran kepada tertuduh terutama warga asing supaya tidak melakukan perbuatan sama di masa akan datang.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Oktober 2003. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Majistret: Dadah untuk isteri
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas memberi alasan baru pertama kali mengambil dadah untuk meningkatkan keupayaan melakukan hubungan seks dengan isterinya dan mengakui tidak tahu perbuatannya itu menyalahi undang-undang.
Tertuduh, N Subramaniam, 37, berkata demikian ketika membuat rayuan di Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah memiliki satu tiub straw mengandungi syabu dengan anggaran berat kasar 0.2 gram.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Haji Taib, jam 3.30 petang pada 13 Jun lalu.
Subramaniam didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibacakan bersama mengikut Seksyen 12(3) akta sama.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Ng Ah Thian di hadapan Majistret Manira Mohd Nor.
Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin tetapi dibantah tertuduh.
Ketika rayuan, Subramaniam yang bekerja sebagai pemandu bas RapidKL, memohon mahkamah mengurangkan kadar jaminan dengan alasan tidak mengetahui dadah yang dihisapnya salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
?aya tidak tahu apa akibatnya, saya ambil (dadah) hanya untuk melakukan seks dengan isteri.
?aya juga baru bekerja dan berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan dan kesalahan ini adalah kesalahan pertama saya,? katanya yang mempunyai seorang isteri dan enam anak.
Pengakuan tertuduh itu menyebabkan beberapa hadirin tersenyum dan ada antara mereka kelihatan membisikkan sesuatu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan menetapkan 10 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukuman. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Dadah halimunan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran ketamine antarabangsa dikesan sengaja memproses dadah mentah berkenaan menjadi pelbagai bentuk berbeza menyamai gula halus, garam, tepung gandum atau serbuk penambah perisa.
Taktik terbaru itu dikesan selepas polis menemui bungkusan dadah dalam pelbagai saiz dan bentuk kristal walaupun ia dadah jenis ketamine yang disyaki diseludup masuk dari India.
Ketamine yang digunakan khusus sebagai ubat pelali haiwan dikesan sengaja diproses dalam pelbagai saiz bagi mengelirukan pihak berkuasa selain untuk memadankannya dengan jenis dan saiz bungkusan yang bakal digunakan sebelum diseludup.
Sindiket terbabit didakwa memproses dadah terbabit dalam bentuk agak kasar jika mahu memasukkannya ke dalam plastik garam tetapi dikisar lebih halus sekiranya ingin kelihatan seolah-olah tepung gandum atau gula.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz, berkata taktik itu menyebabkan dadah berkenaan sukar dibezakan antara satu sama lain walaupun kandungan dan jenisnya adalah sama.
Menurutnya, pemprosesan dadah ketamine mengikut pelbagai ?enampilan? berbeza dianggap penyeludup dadah sebagai kaedah paling selamat, apatah lagi mereka memasuki Malaysia dengan mengisytiharkan diri sebagai pelancong.
Najib berkata, biasanya dadah terbabit diselitkan dalam bagasi pakaian sewaktu pengedar memasuki negara ini melalui lapangan terbang.
?gak sukar bagi petugas di lapangan terbang membezakan antara tepung gandum, garam, gula atau serbuk pencuci serta dadah ketamine pada pandangan mata kasar.
?agaimanapun, kami akan menyiasat bagaimana dadah ini terlalu mudah melepasi pemeriksaan di lapangan terbang,? katanya.
Menurutnya, dadah ketamine dikenal pasti kerap diseludup dari India dengan menjadikan negara ini sebagai transit sebelum diseludup pula ke China, Hong Kong dan Taiwan.
?arga ketamine di Hong Kong dan Taiwan boleh menjangkau sehingga lima kali ganda berikutan permintaan tinggi,? katanya.
Difahamkan, ketamine adalah pilihan sampingan kepada penggemar pil Ecstasy berikutan ia mampu memberi kesan khayal yang tidak kurang hebatnya.
Pengambilan 0.4 gram ketamine sudah memadai untuk membuat penagih hilang ingatan seketika atau khayal selama 45 minit.
Khamis lalu, Jabatan Narkotik Bukit Aman melumpuhkan sindiket pengedaran ketamine antarabangsa berikutan penangkapan sembilan anggota sindiket termasuk dua warga India dipercayai dalang dalam lima serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Turut dirampas, puluhan bungkusan plastik mengandungi dadah jenis ketamine dan 1,180 pil psikotropik, bernilai hampir RM1.3 juta.
Siasatan mendapati dua anggota sindiket terbabit membuat pengisytiharan palsu dadah berkenaan sebagai tepung membuat capati dan serbuk pencuci pakaian ketika membawanya masuk ke Malaysia.
Siasatan mendapati dadah itu diseludup menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, sejak lapan bulan lalu.
Anggota sindiket terbabit dikatakan keluar masuk ke Malaysia lebih 20 kali dan setiap kali ke negara ini, mereka membawa sejumlah dadah yang disorok dalam beg pakaian.
Tingkah laku mereka yang sopan seperti pelancong asing berjaya mengaburi pihak berkuasa lapangan terbang berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Copy n paste dari Utusan harinih
Mati dibelasah pekerja gara-gara tidak bayar gaji
Oleh UMAVATHI RAMAYAH
KUALA LUMPUR 19 Jun - Gara-gara tidak membayar gaji, seorang majikan dibelasah hingga mati di kediamannya di Taman Desa Serdang, dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, K. Muniandy, 28, dipercayai dibelasah oleh tiga pekerjanya.
Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai bertengkar dengan suspek sebelum ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di pintu rumahnya.
Beliau berkata, mangsa cuba melarikan diri daripada tiga suspek terbabit bagaimanapun kecederaan parah yang dialaminya menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kegagalan mangsa membayar gaji kepada ketiga-tiga pekerjanya dipercayai punca kejadian.
Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang, dekat sini untuk bedah siasat.
Berikutan itu, polis menahan tiga lelaki yang berusia di antara 24 dan 48 tahun di sebuah kawasan semak, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
?etika ditahan mereka bersama beg pakaian dan dipercayai cuba melarikan diri.
?ereka juga dalam keadaan mabuk ketika itu,? katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah beliau, ketiga-tiga lelaki itu ditahan reman selama 10 hari dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati sekiranya disabit kesalahan.
Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Yahya Udin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
copy n paste dari Harian Metro
Edisi KL : Mengganas kembali
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Perogol bersiri dikenali sebagai Ustaz Zul, antara penjenayah paling dikehendaki polis Selangor berhubung empat kes rogol pada 2003, dikesan kembali mengganas dengan menjadikan beberapa pelajar kolej perempuan di Terengganu sebagai mangsa terbaru.
Difahamkan, penjenayah terbabit, Zulkifli Ismail, 49, melarikan diri dari rumahnya di Jalan Genting Klang, di sini, lebih dua tahun lalu selepas menyedari menjadi buruan polis.
Maklumat daripada sumber polis mengesahkan suspek bersembunyi di beberapa lokasi sulit, termasuk kawasan pergunungan di Hulu Jeneris dan kem pemulihan miliknya di kawasan hutan Jenagor di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Bagaimanapun, selepas mendapati kes jenayahnya beransur dilupakan, Ustaz Zul mula berani keluar dari lokasi persembunyian dan cuba menghidupkan kembali aktivitinya, termasuk mengadakan ?otivasi? kepada pelajar kolej.
Lebih memeranjatkan apabila Ustaz Zul kini menggunakan nama samaran, Sultan Zainu?din Al Malikul Salleh Darul Iman atau panggilan nama singkatan ?uanku? atau ?u? di kalangan pengikut dan kenalan rapatnya.
Dalam kes terbaru, seorang pelajar kolej berusia 19 tahun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, Mei lalu, selepas mendakwa diperkosa dua kali oleh perogol bersiri itu di sebuah banglo di Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Sumber polis berkata, dalam laporan itu, mangsa yang mengambil jurusan sains kesihatan mendakwa, pada mulanya dia dibawa pengetua kolej bertemu Ustaz Zul sekitar Ogos tahun lalu.
Mangsa dipercayai diperkenalkan kepada lelaki itu bagi tujuan kaunseling selepas menghadapi masalah disiplin seperti kerap tidak hadir kuliah dan turut terbabit dengan pelbagai gejala sosial.
Bagaimanapun, sesi motivasi itu dijadikan `umpan? lelaki hidung belang itu untuk menjerat mangsa sebelum merogolnya dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
Dalam laporannya kepada polis, mangsa mendakwa suspek menggunakan cara `halus? untuk memperdayakannya sebelum diperkosa sebanyak dua kali pada 4 dan 6 April lalu di banglo terbabit.
Tanpa mendedahkan maksud cara halus itu, mangsa mendakwa dia gagal menghalang perlakuan Ustaz Zul ketika membuka pakaian mangsa sebelum merogol.
Berikutan itu, mangsa yang berasal dari Besut, Terengganu, mengalami tekanan emosi sebelum membuat laporan polis dengan ditemani bapanya.
Sementara itu, seorang bekas rakan baik Ustaz Zul membuat laporan di Balai Polis Kapar, Klang, kelmarin, bagi mendedahkan kegiatan perogol bersiri itu.
Pihak Balai Polis Kapar kemudian menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Kuala Terengganu bagi memaklumkan laporan yang dibuat lelaki berkenaan.
Dalam laporan berkenaan, lelaki berusia 30-an itu mendedahkan Ustaz Zul sebelum ini berjaya melarikan diri dengan bantuan beberapa pengikut ke hutan di Gunung Mandi Angin, Hulu Jeneris, Terengganu, selepas menjadi buruan polis Selangor, tiga tahun lalu.
Ustaz Zul didakwa mendirikan beberapa penempatan di dalam hutan dengan menggunakan kemahiran seorang pengikutnya yang juga tukang kayu di kem bina semangat miliknya di Jenagor.
Pada awal persembunyiannya, Ustaz Zul dikatakan hanya membina sebuah pondok kayu sambil bergantung pada bekalan makanan yang dihantar pengikut setianya.
Bagaimanapun, Ustaz Zul berpindah ke lokasi lebih jauh ke dalam hutan sebanyak dua kali dalam tempoh setahun bagi mengelakkan kedudukannya dikesan pihak berkuasa.
Pada masa sama, lelaki itu sempat mengarahkan pengikutnya membawa gadis dan pengikut baru ke gunung terbabit bagi menjalani `program? keagamaan yang diaturkannya.
Bagaimanapun, Ustaz Zul akhirnya keluar dari persembunyiannya selepas yakin dia semakin dilupakan dan tidak lagi menjadikan buruan polis.
Malah, rakan baik perogol bersiri itu mendakwa lelaki terbabit kerap muncul di beberapa lokasi sulit di Lembah Klang untuk mengadakan pertemuan dan memberi ceramah kepada pengikutnya.
Antara lokasi sering dikunjunginya ialah kediaman seorang artis di Ukay Height, di sini serta rumah pengikutnya di Hulu Klang, Puchong; Lorong Mahkota Impian, Puncak Alam dan sebuah bengkel motosikal di Taman Billion, Gombak.
Suspek bagaimanapun segera kembali ke `sarangnya? di Jenagor jika berasa curiga dan bimbangkan keselamatan diri.
Difahamkan, suspek kini masih bersembunyi di kem bina semangat itu yang hanya boleh dilawati dengan menaiki sampan milik pusat berkenaan dengan menyeberangi Sungai Berang.
Selama ini polis dikatakan gagal menahan Ustaz Zul berikutan suspek segera melarikan diri ke hutan tebal atau bersembunyi dalam gua di belakang kem berkenaan sebaik menyedari kehadiran individu meragukan.
Difahamkan, suspek kini kerap muncul dengan memakai sapu tangan yang diikat di kepala atau topi selain masih menyimpan janggut serta bercermin mata.
Selain itu, suspek yang botak pada bahagian tengah kepala turut menyimpan rambut kerinting paras bahu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Yahaya Udin yang dihubungi Harian Metro petang semalam, memberitahu pihaknya akan menyiasat semula kes berkenaan selain bekerjasama dengan polis Terengganu bagi menjejaki penjenayah dikehendaki itu.
Dalam kejadian 2 September 2003, suspek yang juga pengusaha pusat kaunseling persendirian disyaki memperkosa tiga gadis di pusat bimbingannya di Hulu Klang, manakala seorang lagi pelajar berusia 14 tahun diperkosa di Kuala Berang, Julai lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ketika itu, Senior Asisten Komisioner II Abu Bakar Mustafa, mendakwa Ustaz Zul yang beristeri tiga dikehendaki polis berhubung tiga tuduhan merogol dan satu kes cubaan mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #354 Gadis's post
Ya allah..dugaan sangat besar bagi pasangan ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|