CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 15-2-2021 12:27 PM | Show all posts
raihaneem replied at 15-2-2021 11:11 AM
Fuhh..mmg mantop dan lasak sungguh kem tu...teringt pernah p kem kat felda sungkai..

Mujur semu ...

tu la tapi aku tak ingat pulak apa nama kem tu. tapi masa jungle trekking tu mmg giler tul kitorg, sehari suntuk berjalan. dahla tak makan tengahari, kitorang bawak air dgn roti je sebab patutnye jungle trekking tu smpi pkl 10 pg je. laki pompuan pegang2 pun kitorang takde perasaan apa. pegang-pegang sebab nak tarik tangan jelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2021 02:34 PM | Show all posts
Pengalaman Tentera Marine USA di Iraq

Suatu ketika dulu, aku merupakan tentera marine USA, dan pada 2006, aku ditugaskan di Ramadi, Iraq. Dalam banyak-banyak tempat di Iraq ni, Ramadi lah tempat yang paling teruk terjejas akibat perang saudara di Iraq masa tu.  Ramai nyawa yang terkorban di sini akibat peperangan dan serangan hendap pengganas.  Tak kiralah rakyat tempatan, tentera atau pengganas, Ramadi menjadi saksi kematian yang tidak disangka-sangka.  Kerana itu jugalah, aku kerap kali mendengar kisah-kisah pelik dan menyeramkan terjadi di Ramadi ni.

Pada suatu malam, aku terlibat dalam satu operasi serbuan yang agak besar, melibatkan 2-3 platun la jugak.  Serbuan itu berjalan dengan lancar, dan akhirnya kami diarahkan untuk  balik ke pangkalan, tapi kali ni kami balik berjalan kaki beramai-ramai.  Pangkalan tak berapa jauh dalam beberapa klik je, dalam bahasa tentera, 1 klik ni bersamaan 1 kilometer.  

Pada korang rakyat awam yang tak pernah di medan perang ni, meh sini aku beri gambaran sikit keadaan di Ramadi ni.  Bangunan di bandar ni banyak yang hancur dan berlubang sana-sini akibat dibom dan terkena peluru sesat.  Tapi di bandar Ramadi jugaklah lokasi bertapaknya para pemberontak, musuh-musuh yang bersembunyi dengan senapangnya, dan dipenuhi bom-bom buatan tangan.  Kalau silap langkah, kami boleh mati di situ. Jadi, suasana Ramadi ni memang suram walaupun di waktu siang, malam jangan citerlah, dahlah gelap sebab kawasan ni takde elektrik. Kesuraman berlipat kali ganda. Dan korang boleh rasakan aura negatif tu di segenap pelusuk bandar ni.  Budak-budak pun tak berani nak bermain sana-sini.  Sedangkan aku yang dah beberapa kali lalu bandar ni pun, aku masih tetap berhati-hati sebab taknak mati katak di bandar ni.



Berbalik kepada pengunduran kami tadi. Platun aku yang paling belakang sekali.  Masa tu dah tengah malam, dan kami dah berjalan kira-kira 2/3 kawasan bandar tu, apabila tiba-tiba pasukan patrol atau peronda yang berjalan paling depan sekali memperlahankan langkah mereka.  Lepas tu diorang buat kecoh dan menjerit-jerit pada seseorang. Keadaan masa tu agak tegang di barisan hadapan, tapi kami di belakang beranggapan, mungkin pasukan peronda tu terserempak dengan penduduk bandar tu yang masih merayau di jalanan.  Memang kadang-kadang ada jugak penduduk bandar ni yang tak perasan ada operasi, atau terpaksa keluar rumah sebab kecemasan. Tapi akhirnya kekecohan tu berhenti dan kami pun meneruskan langkah kami sehingga ke pangkalan.

Sampai je kat berek, aku terdengar pulak desas-desus ada sesuatu yang pelik berlaku semasa kitorang nak balik tadi. Ha jangan ingat ye abang askar tak reti bergossip.  Aku ada seorang kawan yang merupakan salah seorang ahli peronda tadi jadi aku pun tanyalah dia, ada apa-apa yang terjadi ke tadi?  Kawan aku angguk tanda ya.

Kawan aku pun cerita, masa tu barisan hadapan melintasi sebuah kilang ais yang terbiar, dan kawan aku  ni terperasan ada seorang kanak-kanak perempuan berjalan keluar dari kilang tu menuju ke arah diorang.  Kawan aku ni terpaksa tengking budak tu supaya berundur.  Walaupun dia hanya seorang budak, tapi pernah berlaku beberapa kes kanak-kanak yang dipaksa jadi pengebom berani mati.  Tapi kanak-kanak tu langsung tak pedulikan kawan aku tu dan selamba je berjalan macam takde apa. 2 orang lagi pasukan peronda tu pun terperasan kanak-kanak tu tengah berjalan ke arah mereka, dan diorang bertiga pun menjeritlah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Iraq mintak dia berhenti dan patah balik ke tempat asal dia.  Sampai diorang bertiga ni terpaksa angkat senjata, tapi kanak-kanak perempuan tu relaks je.  

Tapi, lagi 2 langkah kanak-kanak tu nak sampai kat diorang, kawan aku ni dah sedia tarik picu nak tembak je, kanak-kanak perempuan tu tiba-tiba berhenti, pastu belok kanan dan berjalan di atas jalan utama.  Ramadi ni takde lampu jalan ye, dan keadaan pun gelap gelita, kami kena pakai gogal khas untuk melihat di waktu malam. Kawan aku menyaksikan dengan mata kepala dia sendiri melalui gogal tu, macam mana kanak-kanak tu ghaib di tengah jalan macam tu je.  

Kalau kawan aku sorang je nampak, tu mungkinlah cuma mainan minda dia je, tapi yang lagi 2 orang tu pun nampak jugak. Kawan aku beranggapan, mungkin kanak-kanak tu cuma roh sesat yang menemui ajalnya di bandar Ramadi, City Of Ashes...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 15-2-2021 12:27 PM
tu la tapi aku tak ingat pulak apa nama kem tu. tapi masa jungle trekking tu mmg giler tul kitorg, ...

Kalau lama tempoh kem ni..mau balik turun berkilo kilo berat. Mujur semua selamat..alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya cerita tt...tak silap haritu mod askreddit ada siapkan link senarai cerita2 forummer situ kan.. tp i takdan nak klik satu2 pnjg nau listnya hehe.. mungkin tt boleh tgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.reddit.com/r/Paranormal/comments/lhi5sz/i_made_another_list_of_creepy_unexplained/?utm_medium=android_app&utm_source=share

Ni link klu ada sesapa mintak hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-2-2021 02:11 PM
Kisah Seorang Pencuri
Aku akui, aku adalah seorang lelaki yang punya sejarah hitam.  Suatu ketika d ...

seram cite ni.. terus bertobat takmo mencuri dah.. haha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2021 12:13 PM | Show all posts
bestnyer.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 05:57 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2020 02:38 PM
Budak Misteri Berwajah Sedih

6 bulan kemudian, lepas perbualan aku dengan kawan aku yang tengah m ...

sedih sgt cerita yg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp iols rasa pengalaman redditor lagi seram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2021 11:16 AM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 18-2-2021 09:59 AM
Knp iols rasa pengalaman redditor lagi seram

adakah sbb translate meols tak berapa bagus huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-2-2021 11:16 AM
adakah sbb translate meols tak berapa bagus huhuhu

Bukan tu maksud sy heheh.. translate tt bagus..maksud sy pengalaman diorang seram compare to kita2 ni.. mungkin sbb us tu angker..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 11:59 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-2-2021 11:16 AM
adakah sbb translate meols tak berapa bagus huhuhu

for me semua best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2021 09:41 PM | Show all posts
Seorang Petani di South Australia

Di bahagian Selatan Australia ni, ada satu kisah legenda yang diperturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. Kisah ni memang popular terutamanya di kalangan petani sebab Selatan Australia ni dari dulu lagi memang merupakan kawasan pertanian.  

Pada suatu masa dulu, ada seorang petani yang berkuda nak balik ke rumah dia, tapi di pertengahan jalan, dia tersesatlah pulak. Macam mana dia tersesat tu takdelah pulak diceritakan, tapi dia sesat sampai ke malam tak jumpa-jumpa rumah dia.  Ditambah pulak dengan pakej hujan lebat dan guruh berdentum-dentum pada malam tu. Petani ni dah paniklah sebab kalau malam tu tak jumpa tempat berteduh, samada dia kena panah petir atau mati kesejukan sebab hujan lebat tu.  Dalam samar-samar malam tu, petani tu terperasan macam ada cahaya oren-oren lalu petani tu pun ikutlah cahaya tu.

Rupa-rupanya, cahaya itu adalah cahaya dari pelita yang menerangi sebuah rumah kecil. Zaman dulu kan mana ada elektrik. Rumah tu kecil je dan tapi dikelilingi pagar kayu, jadi petani ni pun tambatlah kuda dia kat pagar tu dan dia pun ketuklah pintu rumah tu.  Yang bukak pintu tu adalah seorang perempuan tua.  Perempuan tua tu dengan senyum manisnye jemputlah petani tu masuk dan duduk di ruang makan.

Di ruang makan tu pulak seorang lelaki tua yang sedang menghisap paip, dan dia memperkenalkan dirinya sebagai suami perempuan tua tadi. Semasa perempuan tua itu masak air di atas pendiang, petani tu pun sembang-sembanglah dengan lelaki tua tadi, dan dia mintak izin, boleh tak dia nak tumpang tidur kat situ malam ni? Lelaki tua tu pun setuju je sebab dia kesian tengok petani tu.

Perempuan tua tu hidangkan sup dan kopi panas untuk petani tu. Memang berselera sungguhlah petani tu, sebab dia pun dah lapar dan tengah kesejukan. Lepas makan tu, petani tu pun lepak-lepaklah dengan lelaki tua tu.  Tengah sembang-sembang kosong tu, DDDUUMMMM!! Tiba-tiba, guruh berdentum tak jauh dari rumah tu. Sampai terlompat petani tu dari kerusinya sebab terkejut sangat.  Lelaki tua tu gelak-gelak je, dia tawarkan petani tu kalau nak hisap rokok paip dia hilangkan gemuruh tu, tapi petani tu menolak.

Pastu, petani dan lelaki tua tu pun sambung lagilah menyembang.  Kali ni, datang lagi petir menyambar tanah. Kuat gila bunyinya sampai sekali lagi petani tu terlompat dari kerusinya. Tapi sekelip mata itu juga, petani tu mendapati dirinya berada di tengah-tengah runtuhan sebuah bangunan. Beliau sedang berdiri di atas batu-bata yang menjadi asas bangunan tu. Berkali-kali petani tu menggosok matanya tapi di sekelilingnya cuma kegelapan malam dan rintik-rintik hujan yang semakin renyai.

Kudanya pula setia menunggu tapi, kali ni kudanya ditambat di sebatang ranting pokok. Takde kelihatan pun pagar kayu yang mengelilingi rumah itu tadi.  Petani tu pun tak tunggu apa lagi, dia pun terus meninggalkan tempat tu dengan kudanya. Nasib petani tu baik sebab tak jauh dari situ, ada bandar kecil. Petani tu terus menuju ke sebuah kedai minum di pekan itu. Kedai minum zaman dulu ada bilik sewa harian sekali. Petani tu pun berkongsilah pengalaman dia dengan penjaga kedai minum tu.  

Penjaga bar tu, yang dah memang penduduk asal tempat tu pun ceritalah, sebenarnya memang rumah tu pernah wujud, dan penghuninya sepasang suami isteri yang dah lanjut usia. Tapi rumah itu dah dipanah petir dan terbakar sehingga menjadi abu, tiada apa yang tinggal termasuklah pasangan orang tua itu…..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Berjaya jugak habiskan baca selama beberapa hari.. terima kasih tt.. menanti cerita baru dari tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2021 06:03 PM | Show all posts
Kenapa Aku Berhenti Kerja Sebagai Renjer Hutan

Suatu ketika dulu, aku merupakan seorang renjer hutan yang ditugaskan di sebuah taman negara di USA.  Masa aku jadi renjer tu, aku diberi shift sebelah siang je, tapi satu demi satu renjer yang bertugas pada shift malam berhenti, sehinggalah akhirnya tinggal aku sorang je yang paling senior kat taman tu, jadi aku pun ditukarkanlah ke shift malam tu.

Aku takdelah pulak dengar apa-apa yang pelik berlaku pada bekas-bekas renjer yang berhenti tu, tapi bagi yang kena shift malam, mereka kena duduk seorang diri sepanjang malam di atas sebuah menara peninjau di kawasan taman ni. Jadi aku beranggapan mungkin diorang ni bosan kot dengan suasana kerja macam tu, kalau shift siang sekurang-kurangnya boleh jugak berjalan-jalan keliling taman tu.  Jadi pada malam bertuah tu, seawal jam 5 petang aku dah naik ke menara tu untuk memulakan shift aku.

Sejujurnya, bertahun aku kerja kat sini, inilah kali pertama aku naik menara ni.  Pemandangan dari menara ni memang cantik sebab ianya terletak bersebelahan sebuah tasik yang jadi daya tarikan utama taman negara aku ni.  Di atas menara ni ada bilik, dan ada 4 panel dinding, tapi satu panel tu dinding kaca dan lagi tiga tu dinding legap.  Dalam bilik ni siap ada katil single, dan ada dapur kecil buat masak air dan 2 kabinet yang berlainan saiz.  Dan juga peralatan komunikasi yang lain macam radio dan walkie talkie jarak jauh.  Lampu suluh dan teropong tu wajib adalah.  Aku buka kabinet kecil tu dan dalamnya penuh dengan snek dan makanan ringan lain, buat kunyah-kunyah lah kot, tapi kabinet besar tu aku tak boleh bukak sebab dah berkunci.  Aku lupa nak cakap, kat luar bilik menara ni pun ada beranda yang mengelilingi bilik ni, jadi kalau rasa kepam terkurung dalam bilik bolehlah keluar sekejap ambil udara segar.


Aku pun baring-baringlah kejap cuba nak selesakan diri apabila aku terima panggilan melalui radio.  Rupa-rupanya, itu adalah Donny, rakan setugas aku yang kena bekerja shift malam jugak, tapi dia di pejabat operasi di bawah.  Donny maklumkan yang malam ni cuma kami berdua je bertugas. “Ok Donny. Kau tak bawak anak-anak kau ke malam ni?”.  Isteri Donny ni bekerja sebagai jururawat, jadi kadang-kadang Donny akan bawak anak-anak dia seramai 2 orang kalau isteri dia bekerja.  Anak-anak Donny ni kecik lagi, masing-masing di bawah 10 tahun dan dua-dua hero pulak tu.  “Tak, malam ni mak diorang tak kerja. Jadi kita berdua jelah malam ni”.

Baru 2 jam dalam bilik tu, aku dah rasa bosan terkurung. Donny pun senyap je, tengah layan bola la tu kot.  Aku selak-selak majalah yang ditinggalkan oleh renjer lama, tapi tetap bosan jugak. Jadi aku pun capailah teropong aku dan keluar ke beranda.  Dengan menggunakan teropong tu, aku cuba mencari kot-kotlah ada orang berkhemah secara haram dalam kawasan hutan ni.  Taman negeri aku ni ada larangan tak boleh berada dalam kawasan hutan selepas waktu malam, tapi ada jugak beberapa budak-budak nakal cuba nak menceroboh kawasan hutan kami ni.  

Hari semakin gelap, hutan yang kehijauan lama-lama bertukar menjadi hitam.  Cahaya matahari pun dah makin tenggelam.  Tiba-tiba penglihatanku tertancap pada sesuatu yang berwarna putih.  Putih tu memang ketara apabila berlatarbelakangkan suasana yang gelap tu.  Pada mulanya aku ingatkan ada orang tegak khemah dalam hutan, tapi bila aku tengok kali kedua, benda tu bergerak pulak. Pergerakannya laju tapi langkahnya kecil dan ianya sedang menuju ke menara aku ni.  Jadi aku pun hubungi Donny semula. “Donny, aku rasa macam ada anjing tersesat la dalam hutan ni”.  Aku pun beri anggaran koordinat lokasi anjing tu pada Donny. Tapi Donny senyap je. Ah sudah pegi tandas ke si Donny tu. “Donny,Donny, hello kau kat mana tu?”.  Donny akhirnya muncul tapi nafasnya macam tercungap-cungap.  “Ye aku kat sini. Boleh ulang balik tak kau nampak apa tadi?”.  Aku pun ulang balik apa yang aku nampak tadi, seekor anjing berwarna putih. “Anjing? Kau yakin ke yang kau nampak tu anjing? Anjing jenis apa?”.  Aku pun angkat balik teropong aku, bila aku perhatikan dengan teliti, benda tu bukan anjing, tapi macam orang berselubung kain putih.  “Ok nanti aku pegi tengok ape benda tu. Roger and out”. Donny mematikan taliannya.

Dah hampir 40 minit, tapi Donny tak hubungi aku semula pun. Aku pun teropong balik ke lokasi aku nampak ‘benda’ putih tadi, tapi dah tak ada.  Aku capai walkie-talkie dan cuba nak dapatkan Donny melalui walkie-talkie tu.
“Hello Donny. Kau kat mana tu?”.  
“Aku dah nampak sampai la ni”.  
“Donny aku rasa kau kena cari tempat lainlah.  Orang tu dah hilang. Mungkin dia menyorok kat mana-mana kot”.
“Ok, roger and out”.
10 minit kemudian, aku ternampak cahaya lampu suluh berlegar-legar disekeliling menara aku.  Donny. Walaupun aku tak nampak Donny sebab keadaan masa tu dah masuk malam, tapi aku yakin itu Donny. Tekaanku sah apabila tak lama kemudian Donny menghubungi aku melalui walkie-talkie. “Bro, betul ke kau nampak orang tadi. Aku dah cari tapi tak jum….”.  Tiba-tiba, panggilan dari Donny terputus.  Cahaya lampu suluh Donny pun berkelip-kelip dan akhirnya padam terus.  Masa ni, aku masih lagi di beranda bersama-sama walkie-talkie dan teropong aku.  “Donny, Donny! Dengar tak ni? Apa yang dah berlaku kat bawah tu? Hello?? Hello? Donny?”  Tapi Donny senyap je.

Sedang aku panik tu, tiba-tiba aku terdengar jeritan wanita dari kaki menara ni.  Dalam fikiran aku, adakah itu singa gunung? Adakah Donny diserang singa gunung? Tapi apabila aku menjenguk ke bawah menara dari beranda itu, yang kulihat adalah susuk seorang wanita sedang mendongak ke arah aku.  Wanita itu berwajah pucat dan kecut, tapi yang mengerikan adalah wanita itu tak ada mata. Soket matanya kosong sahaja. Dan wanita itu sedang merangkak, tapi sendi-sendinya membengkok sana-sini.  

Dan, secara tiba-tiba jugak, wanita itu merangkak dengan lajunya menuju ke tangga menara itu.  Aku teringat yang tadi aku tak kunci pintu bilik ni!  Dengan sepantas kilat, aku berlari masuk ke dalam bilik dan aku terus pusing kunci pintu.  Hati aku berdegup kencang, dari dalam bilik aku dapat dengar bunyi dentang-dentung anak tangga besi menara itu dipijak. Aku capai pisau kupas buah buat senjata.  Peluh jantan menitik-nitik membasahi seluruh tubuh aku. Tak cukup dengan itu, pintu kabinet besar yang terkunci tadi tiba-tiba terbukak sendiri perlahan-lahan. Krrrriiiikkkkkkk……

“BOO!”.  Aku punyalah terkejut sampai terlepas pisau di tanganku apabila seorang budak lelaki melompat keluar dari kabinet itu.  Budak lelaki itu tergelak-gelak tengok aku dah pucat kepanikan dan terbaring di atas lantai.  La…. anak Donny ke.  Anak Donny terus mendapatkan walkie-talkie dan kali ni, Donny jawab pulak panggilan tu. “Ayah! Ayah! Kita dah berjaya prank kawan ayah tu”.  Budak lelaki itu terlompat-lompat kegembiraan.  Prank???? Aku terus rampas walkie-talkie tu dari tangan anak Donny. “Kurang ajar kau Donny”.  Donny gelak-gelak besar. Bersama-sama Donny, aku turut terdengar ketawa seorang lagi budak lelaki. Ok sekarang baru aku faham, orang berselubung putih yang aku nampak di bawah tadi anak Donny jugak. Yang lagi sorang tu tunggu dalam kabinet.  Habis perempuan tadi tu?

“Wei Donny, kau bawak bini kau sekali ke nak prank aku ni?”
“Bini aku? Bini aku kerja la bro malam ni.”

Esok paginya aku cerita pada Donny peristiwa yang berlaku pada malam tadi, tapi Donny mati-mati tak ngaku yang dia bawak bini dia sekali. Aku percaya je, sebab bini Donny matang tak kebudak-budakan macam si Donny tu.  Hari tu jugak aku hantar surat letak jawatan sebagai renjer hutan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2021 07:34 PM | Show all posts
Kisah Abang Tentera di Okinawa

Sebagai tentera Amerika, aku pernah ditempatkan di bes tentera yang terletak di belah utara Okinawa, Jepun dari tahun 2015 hingga 2017.  Aku ditugaskan di bahagian senjata api dan bahan letupan, jadi kerja-kerja aku banyak di dalam bangunan je. Dan bangunan tempat aku bekerja ni bangunan berpagar seluar 250 ekar yang mana orang luar tak boleh masuk.  Dalam kawasan ni jugak, ada tanah perkuburan mangsa-mangsa yang terkorban semasa Perang Dunia Ke-2. Tapi…walaupun bangunan ni berpagar, aku pernah terserempak dengan sekumpulan wanita tua yang melawat kawasan kubur tu. Macam mana dia boleh masuk tu? Hhmm tak pastilah aku.


Bangunan ni, walaupun berteknologi tinggi, tapi entah kenapa, selalu jugaklah terjadi bunyi penggera dihidupkan, tapi takde pulak yang menceroboh. Tiba-tiba je berbunyi, dan mesti berbunyi selepas tengah malam.  Pada malam yang ‘bertuah’ itu, penggera berbunyi lagi. Dan giliran aku pulak yang kena pergi matikan penggera tu.

Aku ditemani dengan beberapa pegawai lagi, dan kami pun menuju ke arah penggera itu dengan menaiki jip.  Memandangkan bangunan ni ada satu pintu utama je, jadi kami kena keluar melalui pintu tu. Lokasi penggera berbunyi tu cuma beberapa minit je dari pintu utama tu.  Sekeliling pagar bangunan ni memang agak terang sebab berlampu, tapi selain daripada itu, memang gelap gelita. Dah sampai tu, aku pun matikanlah penggera tu. Proses tu cuma ambil masa beberapa saat je pun. Jadi, aku dan pegawai tadi pun lepak-lepaklah kejap kat luar tu sambil merokok dan sembang-sembang. Dalam 10 minit tu, kami pun kembalilah ke jip nak balik ke pangkalan tadi.

Belum sempat nak putar kunci jip, kami terdengar jeritan paling kuat dan paling mengerikan dalam hidup aku. Macam jeritan seorang yang sedang diseksa hidup-hidup.  Kami semua dalam jip tu terdiam dan masing-masing saling berpandangan dengan mata masing-masing terbeliak. “Wei ape bende tu?” Salah seorang tentera tadi bertanya.  “Aku rasa tu bunyi musang lah”. “Kepala hotak kau mana ada musang bunyi macam tu?”, tentera lain pula mencelah.  Dan sekali lagi, bunyi jeritan itu muncul kembali. Kitorang taknak tunggu dah lalu pemandu kami pun cepat-cepat buat pusingan 3 penjuru.

Pusingan 3 penjuru tu macam ni, jip tu akan berundur pusing stereng kiri dulu, dan masa tulah lampu jip tu menyuluh ke arah hutan bersebelahan dengan pangkalan tentera kami ni. Pada saat itulah, jeritan itu kedengaran semula tapi sekejap je. Kemudian, ia disusuli dengan bunyi ranting-ranting kayu dipijak beramai-ramai, seolah-olah ada sekumpulan orang sedang berjalan ke arah kami.  Memang tak tunggu apalah, terus pusing stereng ke kiri pijak minyak dan pecutlah ke pintu masuk tadi.

Pengawal di pintu pagar tu tengok kami ni muka masing-masing dah pucat, bawak jip pun macam orang gila. Kami pun ceritalah apa yang terjadi tadi.  “Oh, biasala tu bang. Kitorang pun selalu dah kena”, pengawal tu sengih je.  Pengawal tu pun ceritalah, kadang-kadang diorang nampak kat jalan tu macam ada bayang-bayang orang tengah berjalan tapi tak sampai-sampai pun.  Tapi, itu jelah pengalaman misteri aku sepanjang aku kat situ.  

Boleh dikatakan, setiap tentera yang bertugas di kem tu mesti ada kisah tersendiri.  Yang paling popular, tak silap aku di Kem Hansen ke. Malam-malam je, nanti datanglah seorang lelaki pakai uniform tentera lama, ada yang nampak uniform tu dah berdarah-darah, datang ke pos pengawal mintak api nak nyalakan rokok. Kemudian lelaki tu akan ghaib begitu sahaja, yang tinggal hanyalah puntung rokoknya….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang pasal tangga dlm hutan tu, cringe je bila baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2021 06:18 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 21-2-2021 06:19 PM

Siapa Dia Sebenarnya?

Aku seorang jururawat psikiatri.  Dan kisah ini terjadi semasa aku masih baru lagi menjawat jawatan sebagai jururawat ni. Waktu itu, aku ditempatkan di sebuah hospital tentera.  Dalam ramai-ramai pesakit yang pernah aku jaga, ada seorang lelaki yang sampai sekarang masih menghantui aku.  Memandangkan aku masih lagi bekerja sebagai jururawat, dan aku masih terikat dengan akta kerahsiaan, aku namakan lelaki ini Marion Duchene.

Marion Duchene seorang pesakit yang nampak normal, tapi dia memilih untuk tak nak bercakap. Marion Duchene ni dilahirkan di pedalaman Selatan Amerika dan menyertai tentera semasa dia baru lagi berumur 19 tahun. Dia seorang lelaki yang normal dan boleh je bercakap macam biasa, tiada kecacatan mental dan sebagainya, cuma ketinggian dia yang menjadikan dia agak menonjol dari orang lain, sebab ketinggian dia je dah mencecah 7 kaki.  Selesai sahaja latihan ketenteraan, dia ditempatkan di kawasan selatan juga, tapi pada suatu hari, dia tiba-tiba hilang begitu sahaja tanpa kesan.  Dia diisytiharkan AWOL atau absent without official leave selama bertahun-tahun oleh pihak tentera, dan akhirnya dia disahkan meninggal dunia walaupun mayatnya tidak ditemui.  

Sehinggalah, sepuluh tahun kemudian, seorang lelaki berketinggian 7 kaki tiba-tiba muncul di sebuah hospital tentera di Midwest, hospital tempat aku bekerja. Cara dia memperkenalkan diri dia pada kakitangan hospital tu agak misteri.  “Nama aku Marion Duchene dan aku dah mati sejak 10 tahun lalu”.  

Itulah ayat terakhir yang dituturkan oleh lelaki itu sebelum dia memilih untuk menjadi bisu.

Semasa ditemui, dia memakai pakaian yang sama seperti hari terakhir beliau dilihat, cuma seluruh badannya dipenuhi debu dan tanah.  Dia tidak membawa sebarang rekod pengenalan diri, tapi identiti dirinya berjaya disahkan melalui rekod cap jari.  Dia kelihatan sihat dan tiada tanda-tanda kebuluran.  Seolah-olah sepuluh tahun itu, dia menjalani hidup dan makan minum secara normal.  Pihak tentera terus menghubungi keluarga Marion Duchene, tetapi keluarga beliau enggan menerima beliau kembali.  Keluarga beliau memberi alasan bahawa mereka telah ‘mengebumikan’ Marion Duchene 10 tahun lalu, dan mereka percaya lelaki itu bukan anak mereka, sebaliknya hanya entiti yang dipanggil ‘haint’.

Mesti korang pun tak pernah dengar kan pun apa benda haint tu? Haint ni mengikut kepercayaan orang-orang Selatan, terutamanya yang berasal dari keturunan hamba abdi di USA, adalah roh jahat.  Ada yang kata, haint ni roh orang mati yang terperangkap di dunia manusia, ada juga yang mendakwa haint ni suka menculik atau mengusik budak-budak nakal, ada juga yang kata haint ni entiti jahat yang diseru melalui hoodoo.  Tapi, yang pastinya, tiada kisah yang baik-baik pasal haint ni.  Haint ni sangat ditakuti di bahagian selatan sampaikan di Charleston, ada satu kepercayaan di mana kalau orang Charleston tak cat rumah diorang dengan warna biru, haint akan datang menganggu mereka.  


Berbalik kepada Marion tadi, Marion ni kerjanya cuma berjalan ke sana ke sini sepanjang hari.  Dia berjalan dengan tenang, tiada tanda-tanda kerasukan dan sebagainya. Setiap hari, itu jelah kerja dia, berjalan di sepanjang koridor dan kalau dia di dalam bilik, dia akan berjalan mengelilingi biliknya.  Dan, dia akan tersenyum sepanjang hari.  Walaupun dia tidak pernah bercakap, tapi adakalanya mulutnya akan berkumat-kamit dan terbuka seolah-olah dia sedang menuturkan sesuatu.  Adakalanya, tanpa ada apa-apa perkara yang menggelikan hati, dia akan membuka mulutnya sambil tersengguk-sengguk seolah-olah seperti sedang ketawa besar.  

Marion ni kalau disuruh makan, dia akan makan.  Kalau disua rokok, dia akan merokok. Tapi, kalau tiada siapa yang suruh dia makan, sepanjang harilah jugak dia tak makan. Ada suatu hari tu, kami terlupa nak kasi dia makan. Bila dah lepas makan malam, baru teringat yang Marion ni sepanjang hari tak makan atau minum setitik air pun.  Tapi Marion tetap segar-bugar, tidak menunjukkan tanda-tanda kelaparan atau kekurangan tenaga.  Bila orang bercakap dengan dia, dia akan menumpukan perhatian, dia seolah-olah faham dengan apa yang orang cakapkan, tapi dia tak akan membalas balik.

Marion boleh dikategorikan sebagai pesakit yang tidak banyak karenah.  Tapi, tiada rawatan atau ubatan yang boleh membuatkan Marion kembali bercakap.  Marion kekal seperti itu sehinggalah aku ditukarkan ke hospital lain.

Pada hari terakhir aku di situ, aku sedang berada di keretaku apabila aku terperasan yang Marion sedang merenungku dari balik tingkap kaca hospital itu. Marion menunjukkan reaksi ketawa besar apabila melihat aku.  Walaupun Marion adalah manusia normal secara fizikalnya, tapi aku merasakan selama bertahun aku sedang merawat jasad yang tiada roh…  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnye citer nurse ni...hantu tu brkenan n dia kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 3.856847 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list