|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: THINK BEFORE YOU ACT, THINK TWICE BEFORE YOU SPEAK
[Copy link]
|
|
mesti abis reng menolak macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
esok tengah hari sempat kot roboh
dah nak masuk page 20 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
buat macam mód vell suruh |
|
|
|
|
|
|
|
iols jadi pom pom girl je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau momod budak junjung piyuk |
|
|
|
|
|
|
|
iolss spam gif penguin keep pushing ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak Rugi Jika Kita Menjaga Adab Dan Perbuatan
Beradab dengan ibu bapa, ahli keluarga, suami & isteri
Hormatilah ibu bapa kita kerana mereka selamanya adalah ibu bapa kita. Tiada apapun yang dapat membalas kebaikan dan susah payah mereka.
Hargailah sementara mereka masih ada. Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya.
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.” (Surah An-Nisa’: Ayat 36
Pasangan hidup kita (suami / isteri) adalah anugerah untuk kita. Berapa ramai di luar sana yang sedang mendoakan untuk dikurniakan pasangan.
Hiduplah dengan saling menerima kekurangan dan membimbing satu sama lain. Jangan sesekali mengaibkan mereka.
Jika benar caranya, insya-Allah perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
Beradab dengan tetamu dan jiran
Tetamu itu mempunyai hak yang wajib ditunaikan. Maksudnya setiap tetamu wajib dihormati dan diuruskan keperluannya (seperti tempat tinggal dan makan minum).
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Hadith Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Islam sangat mementingkan hak jiran dan memuliakan mereka. Paling minimum adalah tidak menyakiti mereka dengan perkataan atau perbuatan.
Menyakiti mereka bukan saja tidak mencerminkan akhlak seorang muslim, namun boleh menjadikan ibadah kita tertolak.
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda maksudnya, “Tidak masuk syurga seorang yang jirannya tidak aman daripada kejahatannya.” (Hadith Riwayat Muslim) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beradab di media sosial
Jaga percakapan, mata dan tangan kita.
Tulis dan lihatlah yang baik-baik. Elakkan cepat sangat menghukum orang lain. Jagalah hati saudara sesama manusia dengan baik.
Adalah berdosa jika kita berbuat sesuatu sehingga jatuh fitnah atau membuat orang lain bergaduh atau tertipu. Jadi, berhati-hatilah. Jika mahu menasihati, nasihatlah dengan cara yang sopan.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Hujurat: ayat 11) |
|
|
|
|
|
|
|
Beradab dengan penganut agama lain
Allah SubhanahuwaTa’ala berfirman,
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ.
“Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Mumtahah: ayat 8)
Allah tidak melarang kita untuk berbuat baik, menyambung silaturrahim, membalas kebaikan, berbuat adil kepada penganut agama lain selagi tidak mendatangkan kemudaratan terhadap agama kita.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang aman dan berkasih-sayang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|