Tomyam Santan
Bahan-bahan
10 ekor udang saiz besar @ apa-apa saiz - dibelah belakang dan buang urat hitamnya
3 batang serai - dibelah
1 inci lengkuas - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah 6
1 biji tomato - dibelah 4
2 sudu besar pes tomyam
1 cawan santan
2-3 cawan air
4-5 helai daun limau purut
5-6 biji cili padi - dipotong serong ( kalau suke pedas, letak lebih)
1 biji cili merah - dipotong serong
segengam daun ketumbar
1 biji limau nipis - amik jusnya (maz guna lemon)
sedikit gula, garam dan aji (jika suke) sebagai perasa
2 sudu besar minyak masak - maz guna canoli oil
Cara :
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, pes tomyam dan lengkuas. Tumis seketika.
2. Kemudian masukkan santan, kacau sebati. Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
3. Masukkan daun limau purut, bawang, cili, daun ketumbar dan udang. Kacau sebati dan perasakan seenak rasa agar ada rasa masam yang menyerlah. Masak seketika lagi sehingga udang masak dalam 5-7 minit saja. Akhir sekali masukkan tomato dan padamkan api.
4. Sedia untuk dihidangkan. Hias dengan sedikit daun ketumbar.
resepi laksa siam..
bahan2 utk kuah nye.
1 kg ikan selayang direbus dan dikopek isi nye(ske ati lah klu nak tukar pakai ikan ape)
1 kotak santan msg
bawang merah
bawang putih
kunyit idup
cili giling
(bhn2 diatas ni di blend halus)
lengkuas n serai di titik.
daun limau purut(klu suke leh tambah lagi dgn daun kesum)
asam keping
garam secukup rasa.
cara membuatnye...
1.tumiskan bahan-bahan yg diblend tadi.
2.masukkan sekali serai dan lengkuas.
3.biar sampai pecah minyak baru masukkan ikan dgn santan.....tambah dgn air rebusan ikan sekali.
4.masukkan asam keping,daun limau purut,garam dan masak sehingga mendidih.
Siap utk dihidang.