CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 21-6-2006 10:50 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Buruh kena penjara 10 bulan, 2 sebatan


KUALA LUMPUR: Seorang buruh warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas didapati bersalah mencuri dompet mengandungi RM10 dan memasuki Malaysia tanpa pas lawatan sah.

Majistret Nazran Mohd Sham menjatuhkan hukuman itu terhadap Adi Putra Salleh, 20, dan mengarahkan ia berkuat kuasa tarikh tertuduh ditangkap pada 19 April lalu.

Adi Putra didakwa mencuri dompet milik Norhaniza Harun yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad juruwang automatik (ATM) dan wang tunai RM10.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Platform 6, Stesen KL Sentral, Jalan Tun Sambathan, di sini, pada jam 8.45 malam, 19 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Adi Putra juga didakwa memasuki Malaysia tanpa pas lawatan sah pada waktu dan tarikh sama serta didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Bagi kesalahan mencuri, Adi dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan, manakala bagi kesalahan memasuki Malaysia, dia dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan dua sebatan.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Tan Boon Seng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa dalam perjalan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan menaiki komuter. Ketika masuk ke komuter, dia berasakan ada orang menghimpitnya di belakang.

Ketika duduk, dia melihat beg tangannya terbuka dan mendapati dompetnya hilang. Seorang penumpang memberitahu ada seorang lelaki yang mengambilnya. Mangsa turun dari komuter itu dan mendapati seorang lelaki ditahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2006 10:50 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Keterangan bercanggah, dua pengawal ditahan


SHAH ALAM: Kes rompakan membabitkan wang tunai RM3 juta daripada van keselamatan di Shah Alam, 11 Jun lalu mungkin menemui petunjuk baru berikutan penahanan dua lagi pengawal keselamatan di sini, kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia antara 30-an dan 50-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas keterangan daripada mereka dikatakan bercanggah antara satu sama lain.

Menurut sumber, mereka ditahan antara jam 6 hingga 9 malam selepas dipanggil memberi keterangan bertulis di IPK bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber itu berkata, polis sedang mengesan kumpulan penjenayah dipercayai ?eng Deva? yang bertanggungjawab melakukan rompakan berkenaan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintahkan dua lagi pengawal keselamatan di reman, menjadikan jumlah tahanan kini empat orang.

Majistret Hafizah Abdul Rajak mengarahkan pengawal keselamatan terbabit ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes rompakan wang tunai RM3.5 juta daripada sebuah van keselamatan itu.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu tiba bersama dua lagi rakannya yang ditahan sebelum ini di mahkamah kira-kira jam 9 pagi itu dengan diiringi beberapa anggota polis.

Difahamkan, kedua-dua lelaki berkenaan berusia lingkungan 30-an dan 50-an ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, antara jam 6 petang hingga 9 malam kelmarin.

Terdahulu, tempoh tahanan reman dua lagi pengawal keselamatan yang pertama kali direman pada 13 Jun lalu, disambung empat hari lagi sehingga Jumaat ini.

Lanjutan tahanan reman ini adalah kali ketiga disambung selepas kedua-dua pengawal keselamatan terbabit disambung semula buat kali kedua pada 17 Jun lalu.

Keempat-empat mereka ditahan mengikut Seksyen Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kumpulan perompak bersenjata itu melarikan tujuh daripada 21 beg mengandungi wang tunai untuk diagihkan kepada bank di sekitar Shah Alam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2006 09:32 AM | Show all posts
copy n paste dari BH arinih...

Polis larang penduduk bertindak sendiri
Oleh Mohd Zin Ali


JOHOR BAHRU: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertindak melampaui batas dengan bertindak sendiri dan menghukum mereka yang disyaki melakukan jenayah sehingga menyebabkan kematian.



Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberikan amanah menegakkan undang-undang dan orang ramai dilarang menjatuhkan hukuman sendiri dengan membelakangkan undang-undang.

"Orang ramai hanya boleh melakukan tangkapan ke atas orang yang disyaki melakukan jenayah. Bagaimanapun, mereka sepatutnya terus menghubungi polis dan menyerahkan orang disyaki kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kejadian lebih 20 orang membelasah seorang penagih yang memecah masuk sebuah rumah di Jalan Cokmar 5, Taman Pelangi di sini sehingga mati malam Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 11.15 malam, mangsa berusia 30-an, dikatakan memecah masuk sebuah rumah untuk mencuri kabel.

Beberapa penduduk taman berkenaan yang menyedari dan melihat perbuatan lelaki itu menyebabkan penjenayah terbabit melarikan diri ke Taman Seri Tebrau. Dia bagaimanapun ditahan sekumpulan penduduk dan dibelasah teruk. Polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Hussin menegaskan lelaki yang melakukan kesalahan jenayah akan dikenakan tindakan dan dalam kes ini, mereka yang didapati bersalah memukul mangsa sehingga mati juga tidak terlepas tindakan undang-undang.

Beliau berkata, walaupun tiada tangkapan dibuat setakat ini, kes itu disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2006 09:34 AM | Show all posts
copy n paste dari UM arinih...

Geng penyamun Indonesia ditumpas
Oleh SUHANA ABDUL MUTALIB

SHAH ALAM 21 Jun - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun warga asing yang menjalankan kegiatan samun bersenjata di sekitar kawasan Subang Jaya dengan tertangkapnya lima lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an di Puchong, malam tadi.

Kumpulan samun dari Indonesia itu dipercayai terlibat dalam lebih 20 kes samun, pecah rumah dan ragut menggunakan motosikal dengan sasaran mangsanya ialah wanita.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, kesemua warga asing terbabit ditahan dalam satu operasi Unit Jenayah Berat yang diketuai oleh Cif Inspektor, Irwan Saimi di sebuah rumah di Puchong, kira-kira pukul 9 malam.

?Hasil pemeriksaan, polis turut menjumpai beberapa dokumen rasmi kerajaan, MyKad, MyKid, beg tangan, dompet, wang tunai, telefon bimbit, beg bimbit serta celorek dan pisau.

?agaimanapun, motosikal yang digunakan untuk menjalankan kegiatan mereka tidak ditemui ketika pemeriksaan,? katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau memberitahu, modus operandi kumpulan itu ialah bergerak secara berkumpulan sebelum mendekati mangsa yang bersendirian dengan mengacukan pisau atau meletakkan celorek di leher mangsa.

Ahli kumpulan ini kemudiannya akan mengugut mangsa supaya menyerahkan barangan berharga serta wang tunai yang dimiliki jika tidak mahu dicederakan.

Menurut Mohd. Kamaruddin, kumpulan samun ini dipercayai ditubuhkan tahun lalu dengan empat daripada mereka mempunyai dokumen pengenalan diri tetapi dipercayai palsu.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan, kumpulan terbabit dipercayai baru sahaja menyamun seorang gadis Melayu berusia dalam lingkungan 30-an di USJ/2.

?ita percaya terdapat dua lagi warga asing yang terlibat dengan kumpulan ini.

?etika ini, identiti mereka telah dikenal pasti dan kita percaya suspek dapat ditangkap tidak lama lagi,? katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2006 09:34 AM | Show all posts
Perogol pramugari dikenal pasti

SHAH ALAM 21 Jun - Polis telah mengenal pasti suspek yang merogol seorang pramugari di sebuah pusat membeli-belah di Damansara, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, polis berjaya mengenal pasti suspek berdasarkan lakaran wajah yang dibuat berpandukan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Menurut beliau, pihaknya kini berusaha mengesan penjenayah terbabit yang dipercayai masih berada di negara ini.

?Buat masa sekarang kami belum mahu mengedarkan lakaran wajah tersebut tetapi sekiranya dirasakan perlu, ia akan diedarkan dalam masa terdekat,? katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Mohd. Kamaruddin memberitahu, suspek yang berbadan gempal dan berusia dalam lingkungan akhir 20-an itu juga dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersendirian.

?elain bertindak berdasarkan lakaran wajah, polis juga sedang menjalankan siasatan berdasarkan kesan air mani perogol berkenaan bagi mendapatkan profil asid deoksiribonukleik (DNA),? katanya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2006 11:17 AM | Show all posts
Guru mati disimbah air lada, lima ditahan

SANDAKAN 22 Jun - Polis menahan lima orang termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes seorang guru yang mati selepas disimbah air lada dalam satu pertengkaran di Taman Melanta, Jalan Karamunting, di sini semalam.

Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 53 tahun itu ditahan pada hari yang sama di kawasan taman perumahan tersebut selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, seorang guru wanita berusia 53 tahun meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Duchess of Kent selepas dipercayai terkena simbahan cecair lada di bahagian mukanya.

Kejadian pertengkaran itu dikatakan berlaku melibatkan dua keluarga di taman terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mashud Hamid semasa mengesahkan kejadian tersebut berkata, siasatan awal mendapati guru tersebut mengalami sesak nafas apabila terkena simbahan air lada itu.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia tidak lama selepas dimasukkan ke hospital tersebut.

?Polis juga masih menyiasat motif yang menyebabkan pertengkaran itu berlaku,? katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2006 11:18 AM | Show all posts
Lagak dalam pantang: Tertuduh kes culik anak dakwa lahir bayi secara misteri: Saksi

Oleh Munaarfah Abu Bakar


SUNGAI PETANI: Seorang saksi perbicaraan jururawat yang dituduh menculik bayi di Hospital Sungai Petani (HSP) tahun lalu memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin tertuduh baru melahirkan anak ketika mengunjungi kliniknya berikutan keadaan fizikalnya seperti orang baru bersalin.

Dr Aina Othman, 45, pengusaha klinik persendirian di Taman Robina, Butterworth, Pulau Pinang, berkata kali pertama tertuduh bertemunya untuk mendapatkan rawatan pada 20 Jun 2005, dia dilihat dengan rambut diikat tinggi, muka bersapu pilis, kaki lengkap berstoking dan berkain batik.

"Cara berjalan juga agak perlahan dan ini membawa anggapan pertama saya beliau baru bersalin. Ibu bapanya juga masuk bersama dalam bilik rawatan membawa seorang bayi baru lahir," katanya.

Dr Aina berkata demikian pada perbicaraan Jururawat Masyarakat (JM) HSP, Nor Aini Mat Zainol, 25, yang dituduh menculik Mohd Nor Syabil Syakirin Mohamad Nordin daripada jagaan penjaganya yang sah di hospital itu pada 19 Jun tahun lalu.

Beliau yang juga saksi ketujuh menjawab pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zakhi Mohd Daud.

Suami Nor Aini, Mohd Sabri Sabdin, 30, didakwa bersubahat dengannya pada tarikh dan masa yang sama.

Nor Aini yang berasal dari Bedong, dekat sini didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 2.30 hingga 3 petang mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Mohd Sabri pula dituduh mengikut Seksyen 109 yang dibaca bersama Seksyen 363 kanun sama yang boleh dihukum tujuh tahun penjara atau denda kerana melakukan kesalahan pada tarikh dan masa sama.

Dr Aini ketika disoal mengapa beliau hanya melakukan pemeriksaan imbasan ke atas tertuduh tanpa pemeriksaan fizikal, berkata tertuduh mendakwa tidak mengalami kesakitan pada bahagian sulit.

"Selalunya, apabila pesakit tidak mengadu sakit terutama di bahagian sulit, kita tidak periksa bahagian itu," katanya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya berkata, Dr Aina berkata tertuduh mendakwa melahirkan anaknya secara misteri dan hanya menyedari perutnya kempis apabila terjaga daripada tidur seorang diri di rumah pada satu malam dan ada seorang bayi menangis di sebelahnya.

Katanya, ketika bertanya keadaan bayi ketika baru dilahirkan, tertuduh mendakwa bayi itu bersih dengan tali pusat sudah dipotong.

"Pada masa itu, bapa Noraini mencelah dan memberitahu saya bahawa perkara itu pernah berlaku dalam sejarah keluarga mereka.

"Saya juga bertanya bagaimana dengan keadaan uri dan Noraini menjawab tidak ada uri, yang ada cuma bayi. Saya juga bertanya bagaimana keadaan tempat bersalin dan Noraini menjawab tidak sakit," katanya.

Nor Aini diwakili peguam, M Chandran dan Ali Munawar Razak, manakala Mohd Sabri diwakili C Shanmugaiah.

Ahmad Zakhi memohon perbicaraan ditangguh berikutan beberapa saksi awam gagal dikesan. Majistret Ainy Suhailah Yunus menetapkan perbicaraan disambung 18 Julai depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2006 12:28 PM | Show all posts
2 sindiket judi tumpas


KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia membabitkan pertaruhan hampir RM2 juta berikutan penahanan dua lelaki warga emas dan seorang pelajar wanita dalam serbuan berasingan di Jalan Kuchai Lama di sini.

Pelajar kolej swasta berumur 21 tahun itu ditahan bersama bakal bapa mentuanya berusia 54 tahun di sebuah rumah teres di Jalan Selesa, Taman Bahagia, Jalan Kuchai Lama, kira-kira jam 10.45 malam, Rabu lalu.

Kedua-duanya dipercayai menjadi bookie sindiket perjudian bola sepak membabitkan pertaruhan sehingga RM500,000 bagi setiap perlawanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arjunaidi Mohd, berkata polis turut merampas wang tunai RM8,350, lapan keping kertas pertaruhan dan berapa peralatan perjudian.

Dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Kuchai Lama, kira-kira jam 12 tengah hari, Sabtu lalu pula, katanya, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang dipercayai terbabit menerima pertaruhan lebih RM1 juta.

Beliau berkata, polis turut merampas 16 keping resit bayaran bank, sebuah televisyen 29 inci, dua komputer, lima modem, dua papan kekunci, satu dekoder Astro dan empat telefon bimbit.

Pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam, Arjunaidi berkata, dua sindiket terbabit bagaimanapun tidak ada kaitan antara satu sama lain.

Katanya, kemeriahan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2006 sejak awal bulan ini menyebabkan sindiket perjudian mengambil kesempatan menganjurkan pertaruhan.

?iasatan mendapati sindiket perjudian itu sudah beroperasi sejak tahun lalu dan semakin aktif sejak Piala Dunia berlangsung,? katanya.

Arjunaidi berkata, siasatan mendapati pembayaran setiap pertaruhan dilakukan secara tunai menerusi online atau cek ke akaun suspek.

Katanya, lelaki 54 tahun itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis manakala pelajar wanita itu direman hingga Rabu ini dan seorang lagi lelaki direman hingga hari ini.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Sekyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang membawa hukuman denda sehingga RM200,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2006 12:29 PM | Show all posts
Edisi KL: Peragut tetak gadis

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]

AMPANG: ?aya terpaksa menggunakan tangan sebagai perisai bagi mengelak tetakan membabi buta,? kata pelajar kolej yang menerima lebih 70 jahitan akibat ditetak peragut di depan rumahnya di Taman Putera Sulaiman, dekat Kampung Pandan, di sini.

Nor Shazwani Shamsudin, 18, berkata peragut bersenjatakan parang panjang itu mengamuk kerana berang tindakannya cuba menghalangnya melarikan diri.

?alaupun muka dan tangan berlumuran darah akibat tetakan itu, saya tetap memegang baju peragut itu untuk mengelak dia melarikan diri.

?agaimanapun, disebabkan kecederaan yang saya alami, peragut itu dapat melarikan diri dengan membonceng motosikal bersama rakannya,? katanya kepada Harian Metro di rumahnya di sini, semalam.

Menceritakan detik cemas malam Sabtu lalu, Nor Shazwani berkata, ketika kejadian, dia yang baru seminggu melaporkan diri di sebuah kolej di Negeri Sembilan pulang ke rumahnya dengan seorang rakan menaiki kereta.

?ebaik tiba di depan pintu pagar, rakan menurunkan saya sebelum terus pulang ke rumahnya. Saya nampak kelibat dua lelaki menaiki motosikal berlegar-legar di depan rumah, namun tidak mengesyaki mereka berniat jahat.

?aya terus menekan loceng pintu pagar dan menunggu adik membuka pintu untuk masuk ke rumah,? katanya.

Menurutnya, seorang lelaki yang memakai topi keledar tiba-tiba muncul di belakangnya dan mengacukan parang ke mukanya lalu mengarahkan dia menyerahkan beg sandang.

Lelaki itu menarik beg Nor Shazwani dan cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, berbekalkan kemahiran taekwondo yang dipelajari sejak beberapa tahun lalu, Nor Shazwani menyepak perut lelaki itu menyebabkan dia terjatuh.

?aya terus menjerit meminta tolong. Lelaki itu kemudian bangun lalu bergelut dengan saya sambil cuba merampas beg lalu berlaku tarik menarik.

?ia cuba melarikan diri dengan seorang rakannya yang sedang menunggu bersama motosikal tidak jauh dari situ.

?aya menarik bajunya bagi mengelak dia melarikan diri. Melihat tindakan saya, dia mengeluarkan parang,? katanya.

Satu tetakan peragut itu mengenai dahinya dan lima tetakan lagi ditangkis menggunakan tangan kiri.

Walaupun muka dan tangannya berlumuran darah, Nor Shazwani tetap memegang baju penjenayah itu sebelum diseret sejauh kira-kira 20 meter.

Akibat berlumuran darah, dia terpaksa melepaskan baju lelaki itu yang melarikan diri.

Sejurus kemudian, ibu dan adiknya datang menghulurkan bantuan.

Nor Shazwani berkata, dia mengambil tindakan itu kerana adik lelakinya turut menjadi mangsa ragut, dua minggu lalu, menyebabkan dia nekad melawan penjenayah itu selagi masih terdaya.

?elaki itu melarikan beg sandang saya yang mengandungi sejumlah wang tunai, telefon bimbit, pakaian dan peralatan kolej,? katanya masih trauma.

Nor Shazwani dihantar bapanya ke Hospital Ampang Puteri untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan keluar tengah hari semalam.

Dia terpaksa menjalani satu pembedahan kecil membetulkan tulang tangannya yang terkeluar akibat tetakan itu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kecederaannya tidak serius dan diberi cuti sakit selama seminggu.

Berikutan kejadian itu, bapa Nor Shazwani membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, ibunya, Zahiyah Zainuddin meminta polis menjalankan siasatan bagi mengesan peragut yang mencederakan anaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2006 12:31 PM | Show all posts
Mahkamah Syariah: Pelakon ghaib lepas khalwat

Oleh Hafizan Taib
[email protected]

IPOH: Seorang pelakon drama yang sarat mengandung tujuh bulan kini `diburu? Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) kerana menghilangkan diri selepas ditangkap atas kesalahan khalwat di Taman Rima Gamelan, Bercham, di sini, 10 Jun lalu.

Pelakon berusia 31 tahun itu yang dikatakan berstatus isteri orang berasal dari bandar raya ini didapati gagal hadir ke Mahkamah Syariah Perak di sini, pada 12 Jun lalu untuk didakwa atas kesalahan itu.

Pelakon yang membintangi beberapa drama tempatan itu diberkas Jaip ketika berada bersama pasangan lelakinya di dalam sebuah rumah di taman berkenaan jam 3.51 pagi.

Bagaimanapun, lelaki pasangannya yang masih belum dikenal pasti identitinya itu dapat melarikan diri daripada serbuan pihak berkuasa.

Berikutan itu, Jaip kini turut memburu lelaki berkenaan yang melarikan diri dengan sebuah kereta Toyota RAV4 dipercayai didaftarkan di atas nama seorang artis lelaki berdasarkan nombor pendaftarannya.

Penolong Pengarah Jaip, Saifuddin Nawawi, berkata Jaip kini melakukan siasatan bagi mengesan pelakon drama terbabit serta teman lelakinya itu untuk didakwa di mahkamah.

?iasatan awal yang dijalankan menyatakan wanita terbabit berpisah dengan suaminya lebih kurang setahun lalu tetapi tidak diketahui statusnya yang sebenar.

?aip bagaimanapun tidak menahan pelakon wanita itu pada hari kejadian kerana mengambil kira dirinya yang hamil dan atas pengakuannya dia akan hadir ke pejabat Jaip serta seterusnya dihadapkan ke Mahkamah Syariah Perak, di sini, pada 12 Jun lalu.

?agaimanapun pelakon wanita terbabit tidak hadir di mahkamah pada hari ditetapkan,? katanya.

Saifuddin berkata, siasatan dan laporan yang diterima daripada polis juga menyatakan kenderaan yang digunakan teman lelaki pelakon drama itu adalah kepunyaan seorang artis lelaki yang pernah disabitkan dengan kes penyalahgunaan dadah.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan Jaip di rumah pelakon drama itu mendapati dia tidak lagi berada di situ.

Difahamkan, pelakon drama wanita terbabit mempunyai empat orang anak berusia antara enam hingga 12 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2006 08:49 AM | Show all posts
6 sebabkan kematian dipenjara

IPOH 28 Jun - Lima bekas pelajar kolej swasta dan seorang pembantu restoran masing-masing dihukum penjara sekurang-kurangnya lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang juruteknik.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi membuat keputusan itu selepas keenam-enam tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan pilihan yang didakwakan terhadap mereka.

Prem Gurdial Singh, 24; L. Mariyappan, 27; K. Thinesh, 26; Hammersla Omar, 34; P. Lingeswaran Rao, 26; S. Kumaresan, 27 dan S. Mohan, 26, dituduh bersama menyebabkan kematian Loh Seow Yuan, 23, di tepi Lebuh Raya Ipoh-Lumut berhampiran lampu isyarat Silibin di sini pada pukul 11.50 malam, 20 April 2001.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka didakwa menyebabkan kematian tanpa niat dengan mengakibatkan kecederaan Seow Yuan.

Pengakuan bersalah itu dibuat pada akhir perbicaraan kes pendakwaan hari ini yang menawarkan hukuman lebih ringan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Semasa penghakiman, Balia Yusof berkata, mahkamah menetapkan hukuman berbeza terhadap enam tertuduh kecuali Mariyappan yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah kerana mengikut peranan yang dimainkan oleh mereka semasa kejadian.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan setengah tahun terhadap Thinesh, Hammersla dan Mohan, manakala tiga lagi tertuduh iaitu Prem, Lingeswaran Rao dan Kumaresan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Balia Yusof berkata, hukuman lebih berat dijatuhkan terhadap Thinesh, Hammersla dan Mohan adalah selepas mengambil kira kesalahan itu dirancang serta peranan yang dimainkan mereka itu adalah satu kesalahan serius berbanding tertuduh lain.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Badariah Mohd Yusof.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2006 08:50 AM | Show all posts
Suami dakwa didera isteri

SHAH ALAM 28 Jun - Seorang pengurus yang dikatakan kerap memukul bekas isteri kerana tidak tahan mendengar leteran akhirnya bangun bersuara sambil menunjukkan sehelai seluar panjangnya yang koyak rabak akibat direntap oleh wanita terbabit kepada Mahkamah Majistret di sini hari ini.

S. R. Augustine Charles, 49, turut mengambil kesempatan ?elancarkan serangan balas? dengan mendakwa, dirinya juga telah dipukul, ditendang dan ditendang serta dimaki hamun dengan perkataan lucah oleh bekas isterinya hinggakan dia terpaksa membuat 31 laporan polis.

Sambil menunjukkan sehelai seluar panjang biru gelap miliknya kepada Majistret Hafizah Abdul Rajak, Augustine turut mendakwa bahawa D. Chitra, 43, mempunyai teman lelaki dan meninggalkan rumah kelamin serta tiga orang anak mereka.

Augustine kini dibicarakan atas tuduhan melanggar Perintah Perlindungan mengikut Seksyen 4 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 yang dikeluarkan terhadap Chitra oleh Mahkamah Majistret di sini pada 12 April 2003.

Tertuduh yang diwakili peguam Walter Pereira, didakwa mengikut Seksyen 8(2) Akta Keganasan Rumahtangga 1994.

Sepanjang prosiding, kedua-dua pihak saling bertegang urat lebih-lebih lagi apabila Chitra kerap kali memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan oleh peguam bahawa dia perlu merujuk kepada laporan polis yang dibuatnya terlebih dahulu sebelum menjawab soalan kerana sudah terlupa mengenai butiran aduannya.

Menurut Chitra, dia tidak ingat butiran kejadian memandangkan terlalu banyak pergaduhan yang berlaku sepanjang hidup dalam rumahtangganya.

Peguam: ?amu pernah menampar suami kamu sebanyak tujuh kali.?

Chitra: ?aya menampar dia kerana dia dahulu yang menampar saya. Jadi dia memang layak menerima penampar.?

Dia yang bertugas sebagai setiausaha, menafikan mempunyai teman lelaki dan tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan peguam bahawa tujuannya menaikkan kemarahan suami, semata-mata supaya dia dipukul agar dapat menggunakan isu tersebut sebagai alasan memohon cerai.

Perbicaraan bersambung 25 Julai ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Adnan Suratman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2006 08:51 AM | Show all posts
Ketua Geng Deva parah


ALOR STAR: Lelaki yang dipercayai ketua Geng Deva, kumpulan yang dikaitkan dengan rompakan nekad wang tunai sebanyak RM3 juta di Shah Alam, 11 Jun lalu, dikatakan cedera parah dan dirawat di Hospital Alor Star (HAS).

Dia dan empat rakannya ditahan dalam serbuan di sebuah kopi di pekan Danok, Selatan Thailand, Jumaat lalu, oleh sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama polis Thailand.

Mereka dikatakan tidak melawan ketika ditahan.

"Ketika ditahan ketua kumpulan itu masih dalam keadaan cedera selepas dipercayai terkena tembakan pengawal keselamatan ketika rompakan 11 Jun lalu dan hanya sebahagian serpihan peluru dikeluarkan daripada badannya sebelum ini.

"Mereka terus dibawa balik ke sini dan dihantar ke HAS untuk mendapatkan rawatan.

"Ketika lima lelaki terbabit dibawa ke HAS, muka masing-masing di serkup dengan kain bagi mengelakkan wajah mereka dikenali, selain dikawal ketat anggota polis," katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan sama ada polis turut menemui wang hasil rompakan itu atau senjata api yang digunakan.

Beliau berkata, empat lagi rakan ketua Geng Deva kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini.

Sumber itu berkata, doktor di HAS yang melakukan pemeriksaan ke atas ketua kumpulan itu mendapati sebahagian serpihan peluru dipercayai sudah dikeluarkan dari badannya.

Bagaimanapun, serpihan peluru itu tidak mengenai organ penting pada badan penjenayah terbabit.

Doktor di HAS sudah mengeluarkan baki serpihan peluru daripada perut lelaki itu dan keadaannya dilaporkan kritikal tetapi stabil.

Sementara itu, tinjauan di wad kelas satu di HAS semalam mendapati kawasan berkenaan dikawal rapi oleh polis berpakaian awam dan dilengkapi pelbagai alat komunikasi.

Dalam rompakan nekad di Jalan Kristal L7/7B Shah Alam itu, sekumpulan lapan hingga 10 lelaki dipercayai Geng Deva mengepung van pengawal keselamatan yang membawa wang tunai RM10 juta dan melarikan hampir RM3 juta selain melepaskan 20 das tembakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2006 09:47 AM | Show all posts
Dua beradik bookie Piala Dunia ditahan


KOTA KINABALU: Polis percaya dapat melumpuhkan sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia dengan penahanan dua beradik di Taman Sentosa, Luyang, di sini semalam membabitkan pertaruhan RM1.5 juta.

Lelaki berusia 32 dan 33 tahun dari Sarawak itu ditahan ketika menjalankan pertaruhan membabitkan perlawanan England dengan Portugal serta Brazil menentang Perancis lewat malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Mangsor Ismail, berkata pihaknya mengesyaki kegiatan yang bermula sejak bulan lalu mempunyai rangkaian dengan sindiket perjudian di semenanjung.

Katanya, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan melakukan serbuan selepas melakukan intipan hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata, pasukan itu merampas salinan pertaruhan, komputer, mesin faks jadual perlawanan dan tiga telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu.

"Kami percaya sindiket bergiat aktif di seluruh negeri," katanya selepas menyertai pertandingan menembak sempena Hari Peringatan Polis Ke-199 di IPK Kepayan, dekat sini semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Manan Alwi mengesahkan setakat ini lima ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan perjudian itu.

Katanya, ini termasuk dua di bandar raya ini dan masing-masing seorang di Keningau, Tawau dan Sandakan.

"Mereka menjalankan perjudian melalui pemindahan wang berjumlah RM1,000 hingga RM2,000 dengan kebanyakan mereka adalah penduduk tempatan yang mempunyai rangkaian di seluruh negeri," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2006 09:48 AM | Show all posts
Pejabat ?ores dan menang? kena serbu

JOHOR BAHRU: Polis dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu pejabat syarikat 'gores dan menang' yang didakwa menipu orang ramai di Taman Johor Jaya di sini, petang Jumaat lalu.

Bagaimanapun, syarikat itu yang beroperasi pada sebelah pagi, didapati kosong apabila diserbu pegawai penguat kuasa kira-kira jam 6 petang.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Selatan (Zon Timur), Asisten Superintendan Norizan Ibrahim, berkata pihaknya membantu KPDNHEP menyerbu premis yang didakwa menjalankan kegiatan penipuan gores dan menang.

"Bagaimanapun, hasil serbuan di pejabat itu mendapati tiada seorang kakitangan di situ selain ia kosong, tetapi siasatan akan terus dijalankan kerana ramai mangsa syarikat itu membuat laporan polis," katanya.

Jurucakap KPDNHEP negeri berkata, pemilik syarikat berkenaan pernah ditahan beberapa kali dan setiap kali dibebaskan, dia akan menubuhkan syarikat lain dengan modus operandi sama.

Salah seorang mangsa, Mohd Farid Yahaya, 26, berkata, beliau mendapat panggilan telefon Februari lalu yang memintanya bersama keluarga datang ke pejabat syarikat itu selepas memenangi wang tunai RM20,000.

"Apabila ke pejabat itu, mereka mengatakan saya boleh memenangi wang tunai RM20,000, Honda Jazz, Proton Savvy serta barangan elektrik bernilai RM12,000 dengan syarat perlu menyerahkan wang cagaran sebanyak RM5,598 yang boleh dituntut semula selewat-lewatnya 30 Jun.

"Saya membayar wang cagaran dan membuat cabutan serta memenangi barangan elektrik bernilai RM12,000 dan kakitangan syarikat itu mendakwa barang berkenaan itu boleh dijual semula kepada mereka dengan harga RM11,200," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, setiap kali menelefon syarikat itu bertanyakan duit cagarannya, kakitangan syarikat itu mendakwa tidak tahu bila wang cagaran dapat dipulangkan.

Beliau kemudian membuat laporan polis pada 19 Jun lalu, di Balai Polis Plentong.

Katanya, pada 30 Jun lalu, beliau ke pejabat syarikat itu untuk meminta wang cagarannya tetapi kakitangan berkenaan sekali lagi mengatakan tidak dapat memulangkan duit menyebabkannya bersama mangsa lain mengepung pejabat berkenaan sementara menunggu polis tiba.

Seorang lagi mangsa, Zaleha Hashim, 63, berkata beliau membelanjakan wang yang disimpan untuk menunaikan ibadat haji tahun depan sebanyak RM5,598 selepas percaya dengan janji kakitangan syarikat itu.

Katanya, beliau menerima banyak surat daripada syarikat itu selain dua panggilan telefon Februari lalu sebelum ke pejabat berkenaan.

"Saya kemudian dikurung kira-kira empat jam kerana enggan memberikan wang kepada kakitangan berkenaan tetapi terpaksa membuat bayaran berkenaan kerana bimbang keselamatan diri," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2006 09:49 AM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Mekanik tak mengaku rogol


SHAH ALAM: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, pada 11 Jun lalu.

Mekanik, Hafizuddin Hassan, 20, mengaku tidak bersalah merogol remaja terbabit di sebuah dewan di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, kira-kira jam 4.30 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara antara lima tahun hingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nursarah Dina Baharudin.

Terdahulu, pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh berikutan Seksyen 376 Kanun Keseksaan tidak boleh dijamin melainkan dengan budi bicara mahkamah.

Nursarah memberitahu, tertuduh mengenali mangsa dan bimbang sekiranya dibebaskan dengan jaminan, dia akan mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, ketika ditanya Hakim Azimah Omar sama ada tertuduh mempunyai ahli keluarga yang mahu menjaminnya, Hafizuddin berkata, keluarganya tidak hadir kerana tidak tahu kes itu di Shah Alam.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai sebagai tarikh sebutan untuk tertuduh melantik peguam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2006 10:51 AM | Show all posts
Jutawan diculik bayar tebusan RM1.84 juta


KLANG: Seorang ahli perniagaan bergelar jutawan yang diculik Sabtu lalu, dibebaskan awal minggu ini selepas wang tebusan S$800,000 (RM1.84 juta) dibayar di Singapura.

Berikutan itu, enam suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit ditahan di Seremban, kelmarin sebaik wang tebusan diserahkan hasil kerjasama polis Malaysia dan Singapura.

Seorang daripada suspek dipercayai menantu lelaki jutawan berkenaan yang kini dalam proses perceraian. Suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan reman selama sembilan hari bermula semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Yahaya Udin mengesahkan suspek ditahan dan memberitahu satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan hari ini.

Difahamkan, kebanyakan wang tebusan itu sudah diperoleh dan polis masih mencari tiga lagi suspek.

Dalam kejadian Sabtu lalu, jutawan berusia 68 tahun itu diculik ketika keluar dari rumahnya di Klang kira-kira jam 8 pagi untuk bersarapan. Beliau terbabit dalam perniagaan membekalkan barang runcit, manakala anak lelakinya dalam perdagangan antarabangsa.

Selepas diculik, penculik dikatakan menggunakan telefon bimbit mangsa untuk menghubungi anak lelakinya di Pulau Batam, Indonesia pada pagi sama.

Pemanggil mendakwa mangsa menjalin hubungan dengan seorang perempuan dan sudah melakukan satu kesalahan serta menuntut S$800,000 sebagai bayaran menyelesaikan masalah itu dan mangsa hanya dibebaskan selepas wang dibayar.

Anak lelaki mangsa kemudian meminta diberikan jangka bagi membolehkannya berbincang dengan ahli keluarganya untuk mengumpul wang berkenaan.

Beliau kemudian menghubungi abangnya di sini untuk memberitahu mengenai penculikan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2006 10:09 AM | Show all posts
copy n paste dari BH..

6 anggota sindiket judi ditahan


JOHOR BAHRU: Polis menahan enam orang termasuk seorang warga Singapura dipercayai dalang sindiket judi empat nombor ekor haram yang menerima pertaruhan lebih RM2 juta sebulan, Sabtu lalu.

Anggota sindiket itu, termasuk tiga wanita tempatan berusia lingkungan 20-an dan 30-an, ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) negeri, jam 8.20 malam di sebuah rumah teres di Taman Iskandar, di sini.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui pelbagai peralatan elektronik termasuk komputer riba, mesin faks dan telefon bimbit, dianggarkan bernilai kira-kira RM60,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sindiket itu yang diintip sejak beberapa bulan lalu, menerima pertaruhan empat nombor ekor haram dari negara ini dan Singapura

Katanya, ketika diserbu, anggota sindiket berkenaan sedang sibuk menerima pertaruhan menerusi mesin faks dan telefon serta tidak sempat melarikan diri.

?erdasarkan siasatan awal, sindiket itu menerima pertaruhan tiga kali seminggu dengan jumlah antara RM450,000 dan RM600,000," katanya di sini, semalam.

Polis sudah mendapatkan perintah reman terhadap semua yang ditahan sehingga Khamis ini, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(A)(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1963, sabit kesalahan boleh didenda minimum RM20,000 hingga RM250,000 dan penjara.

Abdul Rahim juga tidak menolak kemungkinan polis akan membuka siasatan kes mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Sementara itu, mengenai siasatan kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengacu pistol terhadap seorang ahli perniagaan yang menceroboh rumahnya, Abdul Rahim berkata, siasatan masih dijalankan.

"Buat masa ini, belum ada tangkapan kerana kedua-dua pihak membuat laporan polis. Kita akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara apabila siap," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2006 10:10 AM | Show all posts
Sindiket jual telefon bimbit murah dikesan


PUTRAJAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengesan kegiatan sindiket memperdaya pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dengan menawarkan telefon bimbit model terkini semurah RM100 yang kononnya hasil rampasan jabatan itu.

Sindiket yang dianggotai dua lelaki itu cuba meyakinkan pelajar membayar deposit RM50 sebelum berjanji menyerahkan telefon selepas memperoleh stok.

Lelaki terbabit mensasarkan pelajar IPT kerana percaya mereka mudah termakan pujukan membeli telefon bimbit terkini terutama yang mempunyai kemudahan kamera.

Tawaran murah itu boleh menyebabkan pelajar IPT gelap mata kerana harga RM100 itu terlalu rendah berbanding harga pasaran sekurang-kurangnya RM400 bagi telefon bimbit berkamera.

Pengarah Bahagian Pencegahan KDRM, Mohamed Adnan Ariffin, berkata kegiatan sindiket itu dikesan selepas mendapat aduan dua pelajar IPT dari Kuala Lumpur dan Kedah baru-baru ini.

"Lelaki terbabit dikatakan berpakaian kemas, petah bercakap dan licik memperdayakan mangsa kononnya mengenali pegawai atasan Kastam dan boleh memperoleh stok telefon bimbit yang sepatutnya dilelong kepada orang ramai.

"Pelajar berkenaan mendakwa membayar deposit RM50 kepada lelaki terbabit kerana percaya memperoleh telefon bimbit yang diidamkan pada harga murah.

"Selepas menunggu sekian lama dan mengesyaki ditipu, baru mereka menghubungi Kastam untuk mendapatkan kepastian. Kita menasihatkan mereka membuat laporan polis tetapi enggan kerana malu ditipu, selain mungkin jumlahnya terlalu kecil," katanya semalam.

Mohamed berkata, pihaknya tidak pernah melantik orang tengah menjual telefon bimbit yang dirampas kerana mengelak cukai, sebaliknya mengadakan jualan lelong dari semasa ke semasa.

"Saya harap pelajar IPT berhati-hati kerana motif mereka adalah untuk mengaut keuntungan mudah. Kalau dapat memperdaya 1,000 pelajar dengan deposit RM50, mereka sudah boleh dapat RM50,000.

"Apa yang berlaku sebenarnya ialah sindiket itu hanya membuat janji mulut dan menjual nama Kastam untuk meraih keuntungan, walhal kita tidak terbabit langsung dalam urusan itu," katanya.

Beliau berkata, sindiket turut menawarkan barangan lain seperti komputer riba kepada pelajar IPT kerana menyedari kemudahan itu amat diperlukan mahasiswa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 11:03 AM | Show all posts
Mahkamah Tinggi: Pembunuh isteri digantung


MUAR: Seorang lelaki dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah membunuh dengan menikam leher isterinya di Parit Jawa, lima tahun lalu.


Abdul Razak Dalek, 54, kelihatan tenang di kandang tertuduh ketika mendengar hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Jeffrey Tan melalui jurubahasa.

Tertuduh yang bekerja kampung itu dituduh membunuh Rozita Haron, 37, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Parit Pecah, Parit Jawa, Muar antara jam 8 pagi hingga 8.30 pagi pada 3 September 2001.

Pekerja am di Hospital Muar (kini Hospital Pakar Sultanah Fatimah) itu mati di ruang makan bersebelahan dapur rumah iparnya, yang mengadakan majlis perkahwinan pada malam sebelum kejadian dan terletak bersebelahan rumahnya.

Mayat Rozita yang berlumuran darah ditemui terlentang dengan satu kesan tikaman pada lehernya. Turut ditemui ialah sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Haslina Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Khalil Abd Ghani.

Tan dalam penghakimannya berkata, pendakwaan membuktikan tertuduh bersalah menyebabkan kematian isterinya dan dihukum gantung sampai mati.

Katanya, selepas mendengar dan meneliti hujah dari pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh patut menerima hukuman itu.

Menurutnya, tertuduh gagal membuktikan pembelaan bahawa tindakan yang dilakukan ke atas si mati disebabkan kebangkitan kemarahan secara tiba-tiba.

?etapi sebelum itu saya mahu kamu tahu bahawa bukan sesuatu yang menyenangkan bagi mahkamah dengan menjatuhkan hukuman maksimum terhadap kamu.

?aya hanya menjalankan tugas saya untuk menjatuhkan hukuman dalam mahkamah yang mulia ini dan saya harap kamu berjaya dalam rayuan kelak,? katanya.

Katanya, tertuduh gagal membuktikan pembelaan bahawa tindakan yang dilakukan ke atas si mati disebabkan kebangkitan kemarahan secara tiba-tiba.

Menurut fakta kes, pasangan itu mendirikan rumah tangga kira-kira 20 tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki, masing-masing berusia 19 dan 11 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051828 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list