CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Neksu

RESEPI DAGING

[Copy link]
Post time 30-4-2009 09:27 AM | Show all posts

Bhunna Gosht - Indian dish

sedap sangat2!
resepi dari Mumtaj Begum, dari cookbook Mami Asmah Laili
gambar ada tapi blur, so x dapat tepek.

BHUNNA GOSHT
Bahan A
5 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
3 helai daun bay (x ade, so sy x masuk)
1/4 cawan minyak canola/zaitun (sy guna minyak biasa je)

Bahan B
5 kuntum bg cengkih
10 biji lada hitam

Bahan C
3 bwg besar, dihiris

Bahan D
1kg daging kambing tidak bertulang, didadu
1 1/2 sudu makan pes halia/bwg putih
5 biji cili hijau, dicincang
1sd teh garam

Bahan E
3 sd teh serbuk ketumbar
1 sd teh lada serbuk (sy guna cili mesin)
1 sd teh garam masala (homemade-ikut resepi niceghost)
1 sd teh serbuk kunyit

Bahan F
3 tomato dikupas kulit dikisar halus (sy buh 1 1/2 biji je, hb x suka masam2 sgt)

Bahan G
1/2 cawan tairu-dipukul sebentar
3 sd makan santan pekat
1/2 cawan air

Bahan H
2 tangkai daun ketumbar, dihiris

Cara
Panas 1/4 cawan minyak dalam kuali, tumis semua bahan A hingga meletup2.
Masukkan B, tumis lagi selama 2 minit. Masukkan C, goreng hingga bawang garing sikit.

Masukkan D, goreng 15 minit, kacau selalu. Masukkan E, goreng selama 15 minit.
Masukkan F (tomato yg dikisarhalus). Gaul dan balik2kan.
Masukkan G , gaul rata, biarkan masak, sentiasa kacau, balik2kan hingga daging  empuk
dan lembut, kuah jadi pekat.Apabika hidangan hampir siap, taburkan H.

Daging kambing yang dimasak ini harus dibiarkan masak dalam jusnya sendiri.
Itu sebab air yg digunakan tidak begitu banyak, hanya ditambah jika perlu.
Seeloknya dimasak guna non-stick pan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2009 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by kimoree at 18-3-2009 16:14
siapa tahu buat sup daging yg tumis darat?


sup daging tumis darat yang biasa teja buat

1. masukkan daging, bawang besar belah 4 (lg best guna bwg warna kuning tu), sup bunjut, lada hitam pecahkan sikit,asam keping, halia (ketuk), lengkuas sekeping dua n air dalam periuk..kl ada seleri leh boh sekali
2. masakkan hingga mendidih..kl nak kuah sup jernih ..kena buang buih2 yg coklat tu
3. daging dah empuk baru masukkan garam secukup rasa
4. dalam kuali yang berasingan..tumiskan bawang merah, bawang putih n halia yang dimayang sampai garing (golden)
6. masukkan bawang yang ditumis dalam sup..nak lg sedap masukkan sikit minyak tumisan tu..(kena masukkan masa panas2 tu)
5. masa hidang tu perah limau nipis n taburkan daun sup+cili padi potong

siap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 05:34 PM | Show all posts


buat bila tah. tapi belum kongsi kt cni.
silakan menjamu selera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 10:14 AM | Show all posts
gulai daging kawah resepi dari chef liza...sedap sgt!! tgh sedap makan baru tingat nak amik gamba



[ Last edited by  pilot at 17-6-2009 10:19 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 07:36 PM | Show all posts
blackpepper beef with shiitaki muchroom, carrot n baby corn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 05:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by eastbourne13 at 11-7-2009 17:40

SLOW-COOKED LAMB WITH ONIONS AND THYME
dari : bbcgoodfood

   
gambar dari internet

  • half a leg of lamb (about 1.25kg) saya guna beef
  • 1kg onions  (about 4 large ones)
  • a handful of thyme sprigs
  • 300ml red wine saya gantikan ngan air anggur
  • large handful parsley
  • Firstly,prepare the lamb. Heat oven to 160C. Wipe the meat allover and season well. Heat 3 tbsp of olive oil in a large heavyflameproof casserole, add the meat and fry all over on a fairly highheat for about 8 mins, turning until it is evenly well browned. Removeto a plate.
  • Thinly slice the onions. Add to the pan and fry for about 10mins, until softened and tinged with brown. Add a few of the thymesprigs and cook for a further minute or so. Season with salt andpepper.
  • Sit the lamb on top of the onions, then add the wine. Covertightly. Bake for 3 hrs. You can make to this stage up to 2 days inadvance, then reheat for 45 mins.
  • To finish off, strip the leaves from 2 thyme sprigs and chop them with the parsley. Scatter over before serving.
        
very2 tasty, sedap dimakan dgn french bread atau begitu sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2009 04:04 PM | Show all posts
365# kebayan
nampak sedap..mintak resipe
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 01:57 PM | Show all posts
363# syazwaniadnan


awak..nampak sedap la..bley share recipe? thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2009 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Achik-Yaya at 30-3-2010 17:50

masak lemak cili api daging

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 02:48 PM | Show all posts


Ku ubah sikit mengikut citarasa..

SUMBER: Teratak Mini Dayang_Jack
Resipi.. Kopipes...


Bahan-bahan
500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
1 sb lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sb sos tiram
1 sdt sos masam manis
1 sdt sos lada hitam - optional
1 sb kicap pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
5 biji cili api (diketuk)
sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris) -
sedikit garam dan gula (jika perlu)
6 tangkai lada kering
1/2 cawan air

Cara membuatnya:
- Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan 1/2 sb lada hitam selama 10 minit.
- Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing.
- Keluarkan dan ketepikan. Di dlm kuali yg sama, tumis bawang putih dan lada kering hingga perang.
- Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati.
- Masukkan pula sos tiram, sos masam manis, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, air daun sup, daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula.
- masak hingga kuah agak pekat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 06:12 PM | Show all posts
Bole tak tepek resepi kari daging...
saya tak pandai masak.. dah cuba masak kari, tapi tak jadi pun... tak sedap pun...:kant:
bole tak sesapa kongsi resepi kari daging? rempah kari apa yg sedap yer?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 09:15 AM | Show all posts
last year ada ambik satu resepi daging black pepper kat sini.. sedap n senang.. mana ntah resepi tuh... dah nak wat nii baru tercari2
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 01:52 PM | Show all posts
Bole tak tepek resepi kari daging...
saya tak pandai masak.. dah cuba masak kari, tapi tak jadi pun... tak sedap pun...:kant:
bole tak sesapa kongsi resepi kari daging? rempah kari apa yg sedap yer?
Pari2 Post at 25-8-2009 18:12


Pari...dont worry..try masak mcm gini ye..

Bahan2:
1. 1kg daging (bah. batang pinang - potong kecik2)
2. 4 - 5 bj bawang besar (dihiris)
3. 1 - 2 bj tomato yg besar & merah (belah 6)
4. sedikit halia & bwg putih (diblend / tumbuk lumat)
5. 3-4 sudu besar serduk kari daging (sy guna babas / alagappas)
6. 1 sudu besar serbuk cili (serbuk cili & s. kari daging dibancuh dgn air sikit. Buat mcm paste)
7. sedikit bunga cengkih + kayu manis +bunga lawang + daun kari (tumis)
8. sedikit santan *optional. sy x suka guna santan dlm kari. tp alhmdllh taste good je.
9. Minyak
10. daun ketumbar sikit *optional - bagi wangi je.
11. 2 Cili hijau
12. 2 bj kentang belah 6
13. Garam secukup rasa

Cara2:

1. Tumis Item No. 7 dengan minyak.
2. Bile dh wangi, masukkan bawang sikit. tunggu merah sikit. then masukkan halia & bwg putih td. Tunggu 2 minit (agak2 je)
3. Masukkan paste td. kacau. tambah air sikit. kacau x bagi lekat. biar mendidih.
4. masukkan daging td. tambah lagi air sikit. Kacau. Tutup periuk. Api biar sederhana. Every now & then buka & kacau.
5. Agak2 dh separuh masak, masukkan balance bwg besar, tomato, cili hijau dan kentang. Kacau & tutup periuk. Biar mendidih. Jgn tambah air lagi. sbb bwg & tomato akn rembeskan air. Tggu dlm 15m.
6. Cuba tgk, if x cukup air, baru tambah sikit. tapi if nak ltk santan, time ni masukkan santan. masukkan garam plk. Biar didih skjp. Then rasa cukup x garam td. adjust2 lah yek.
7. last sekali, masukkan daun ketumbar yg dipotong kasar td.
8. Dah siap. Sesuai dimakan dgn nasi / tosai / roti / putumayam / ape2 jelah .

Nota: Ade mcm2 lagi jenis kari daging yg boleh dibuat, tp ni yg basic. Pari try ye.I'allah ok. Bile dh expert nnti blh try yg lain lebih mencabar plk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 02:04 PM | Show all posts
Bole tak tepek resepi kari daging...
saya tak pandai masak.. dah cuba masak kari, tapi tak jadi pun... tak sedap pun...:kant:
bole tak sesapa kongsi resepi kari daging? rempah kari apa yg sedap yer?
Pari2 Post at 25-8-2009 18:12

Resepi saya agak-agak je ehh..

1/2 kg daging atau tulang atau kedua-duanya
[nk ganti ayam pun boleh]

Bahan tumbuk/ [nk tumbuk halus ke, kasar ke atau mesin pun ok]
tapi saya suka tumbuk kasar shj
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5 inci halia

Bahan tumis/
1 btg kulit kayu manis
4 pelaga
4 bunga cengkih
4 bunga lawang
1 ikat daun pandan
3 helai daun kari

3 sdm rempah kari daging [sukat bumbun yea]
air panas
santan
1-2 keping asam keping
kerisik - jika suka

2 bj bawang besar, potong baji
3 biji cili hijau, dibelah atau dibiarkan sebiji-sebiji

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak masak dan 1-2 sdb minyak sapi. Masukkan daun pandan dahulu kemudian bahan tumis yang lain.
2. Biarkan sekejap baru masukkan bahan tumbuk. Kacau biar garing.
3. Di dalam mangkuk, satukan rempah kari daging dgn air panas. Sukatan air tu tak kisah sgt janji rempah tu terendam.
4. Bila bahan tumbuk dah garing, tuang rempah ke dalam periuk. Gaul sekejap kemudian tudungkan.
5. Rempah nie kena selalu kacau yea. Tak boleh biar mcm tu shj. Paling penting rempah kena betul-betul masak dan pecah minyak. Untuk itu, saya bila nk masak kari, minyak mmg agak berlinang sket dan ambil masa yg lama utk tumis.
6. Masukkan daging dan air. Biar sehingga daging empuk. Kalau kering, selalu tambah air.
7. Boleh masukkan ubi kentang jika suka.
8. Tuang santan. Biasanya saya guna santan kotak sj. Campur air dan kocak-kocak dan tuang. Kepekatan kuah bergantunglah. Kemudian perasakan dgn garam. Boleh letak kerisik dan asam keping jika suka.
9. Dah mendidih, masukkan bawang besar dipotong baji dan tutup api. Masukkan cili hijau. Siap.

Kalau nk cepat, rebus dulu daging atau tulang.
Ikut mak saya, dia gaul sekali daging dgn rempah. Tapi exact resepi tu saya tak sure.
Boleh juga jenguk archieve. kat situ pun dah byk resepi kari/gulai daging.
Selamat Mencuba!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 03:34 PM | Show all posts
Daging masak halia dan leek

hari tu masak resipi atas tu...... sedap dan simple......

Daging hiris nipis besar
bawang putih, cincang
halia muda, hiris nipis besar - lagi banyak lagi sedap
leek (daun bawang besar), potong memanjang
kicap cair
sos tiram
cracked lada hitam, jika suka

Tumis bawang putih, masukkan daging dan gaul hingga berubah warna.  Masukkan hirisan halia, gaul sebentar.  Masukkan air dan masak sampai empuk.  

Masukkan leek dan masak sampai lembut.  Perasakan dengan kicap cair, sos tiram dan lada hitam.

Hidangkan dengan nasi putih.  Halianya pun boleh dimakan, tak membazir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 03:36 PM | Show all posts
time kasih nisham & kacip_fatimah....

bersemangat nak try buat kari daging ni... tengkiu.. tengkiu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 02:19 AM | Show all posts
Daging masak hitam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 02:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by izati_abc at 8-9-2009 14:27

Daging kicap Berempah (credit to my colleague, K. Intan)

Selalu aku masak kicap biasa2 aje...kali ni try resipi ala kg member aku lak....sedap la pulok....heheh




Bahan-bahan :

Daging

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 06:43 PM | Show all posts
378# izati_abc

sukatannya ada yang jadi question mark (?)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:30 PM | Show all posts


SAMBAL DAGING PETAI


Bahan-bahan:
Daging - potong kecil
Petai - buang kulit
Bawang merah - blend
Bawang putih - blend
Halia - blend
Serai - blend
Kunyit hidup - blend
Lengkuas - blend
Cili padi merah - blend
Cili boh/cili mesin
Air asam jawa
Belacan
Gula
Garam

Cara penyediaan:
Gaulkan daging yang telah dipotong kecik bersama garam, bawang putih dan bawang merah yang telah diblend dan perap seketika. Kemudian goreng dalam minyak(jangan terlalu banyak sebab minyak ni akan dipakai untuk membuat sambal nanti). Goreng sampai daging masak kemudian angkat dan ketepikan. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, dan kunyit hidup yang telah diblend sampai wangi dan kemudian masukkan cili padi yang telah di blend berserta cili boh/cili mesin. Sila agak-agak banyak mana nak buat sambal sebab masakkan ni sambalnya agak kering sebab sambalnya melekat pada daging. Tumis lagi sampai rempah masak dan pecah minyak. Masukkan petai dan bila petai hampir masak masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan garam dan gula berserta daging yang digoreng tadi. Kacau lagi sampai kuah sebati dengan daging dan bolehla tutup api. Siap


makan dengan ketupat atau lemanag sedap giler..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 1.077891 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list