CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: NOTHING IS MORE ATTRACTIVE THAN QUIET CONFIDENCE

 Close [Copy link]
Post time 12-10-2024 11:57 PM | Show all posts
Sze Fei-Nur Izzuddin jinakkan beregu nombor satu dunia






Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final Terbuka Artik. Foto: AFP






KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus mencipta sensasi apabila menewaskan beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang di separuh akhir Terbuka Artik, hari ini.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang berada di ranking kelapan dunia mempamerkan prestasi memberangsangkan di Vantaan Energia Areena dengan memberi tentangan sengit di set pertama sebelum terpaksa akur tewas 19-21.
Begitupun, semangat mereka tidak pudar dan kembali bangkit dengan memenangi set kedua 21-17 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Sze Fei-Nur Izzuddin dipaksa untuk bekerja keras di set penentuan sebelum mereka berjaya melakar kemenangan 21-18 ke atas pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Paris 2024 itu untuk melangkah ke pentas final esok.


Di pentas final, Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual bertemu sama ada gandingan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh ataupun pilihan kedua kejohanan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Untuk rekod, pada musim ini Sze Fei-Nur Izzuddin sudah meraih dua gelaran iaitu di Terbuka China bulan lalu dan Terbuka Jepun pada Ogos dan kemenangan ke atas gandingan China itu adalah yang pertama dalam empat pertemuan.
Dalam pada itu, hasrat beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke final tidak kesampaian apabila terkandas di separuh akhir di tangan Jian Zhen Bang-Wei Ya Xin, 14-21, 8-21.



https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/10/1310048/sze-fei-nur-izzuddin-jinakkan-beregu-nombor-satu-dunia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2024 11:58 PM | Show all posts
nuki12 replied at 12-10-2024 11:42 PM
hi tari

malam ni baru masuk

Baru berkesempatan ni ha

Kira kita amik shift mlm
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 11:59 PM | Show all posts
Aaron-Khai Xing tepati ramalan ke final






Aaron Tai-Kang Khai Xing mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024. Foto: BAM





KUALA LUMPUR: Beregu negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing berpeluang menamatkan penantian Malaysia untuk kembali memiliki juara remaja dunia dalam acara beregu lelaki selepas menempah tiket final di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China, hari ini.
Diletakkan sebagai pilihan utama, Aaron-Khai Xing menepati ramalan menewaskan pilihan keempat kejohanan dari China, Chen Yong Rui-Chen Zhe Han pada aksi separuh akhir, hari ini.
Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang itu, Aaron-Khai Xing memperoleh permulaan baik apabila melakar kemenangan 21-18 sebelum tewas 10-21 di set kedua yang mengheret perlawanan ke set penentuan.
Namun, Aaron-Khai Xing kembali bangkit dengan mencipta kemenangan 21-15 pada set penentuan.


"Selepas kekalahan itu, kami cuba berkomunikasi dengan lebih baik dan cuba menenangkan diri kami. Kami juga menukar corak permainan dan bermain lebih kepada taktik menyerang dan ia berhasil," kata Khai Xing ketika mengulas perlawanan itu ketika ditemuramah BWF.
Menanti Aaron-Khai Xing di pentas final esok adalah pilihan kedua dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi dengan pasangan negara mempunyai kelebihan selepas meraih dua kemenangan dan satu kekalahan.




https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/10/1310053/aaron-khai-xing-tepati-ramalan-ke-final


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:00 AM | Show all posts

Khabar diangin lalu
X pasti lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:01 AM | Show all posts
Smlm KJ menang kan

Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:01 AM | Show all posts
Zaidatul sedih jurulatih ditamatkan kontrak






Zaidatul bergambar bersama catatan tidak rasmi 11.48s selepas tamat perlumbaan 100 meter Terbuka Perlis hari ini. - Foto KOM






KUALA LUMPUR: Selama 31 tahun arena olahraga negara menantikan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter (m) wanita dapat dipecahkan dan hari ini ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli berjaya merealisasikan impian itu.
Namun kejayaan itu perlu dibayar dengan harga mahal apabila jurulatih yang membimbing Husniah dengan menjadikan perkara itu menjadi kenyataan Mohd Poad Md Kasim bakal ditamatkan kontraknya hujung tahun ini.
Air mata kegembiraan mengiringi kejayaan Husniah atau lebih disapa dengan panggilan Adik sejurus mengetahui dia berjaya memecahkan rekod kebangsaan berusia 31 tahun milik G Shanti di Terbuka Perlis.
Kejohanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis itu menyaksikan Husniah melepasi garisan penamat dengan catatan masa 11.49 saat (s), memadamkan rekod G Shanti, 11.50s yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.


"Gembira dan sedih. Gembira kerana berjaya pecahkan rekod dan sedih bila mengetahui 'coach' Poad akan ditamatkan kontrak.
"Namun saya bersyukur, Alhamdulillah. Kerja keras saya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Bukan senang nak buat catatan masa itu dengan umur saya (31) yang macam ini.
"Saya nak buktikan bukan faktor umur yang boleh buat kita jatuh kerana dengan usaha keras kita akan dapat apa yang kita usahakan," katanya.
Husniah turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada suaminya, Muhamad Firdaus Mazalan yang sentiasa menyokong dan memberi restu untuk dia terus bergelar atlet negara ketika ramai yang menyarankan dia untuk bersara.
"Tanpa restu daripada suami sukar untuk saya dapatkan masa seperti ini. Terima kasih juga kepada keluarga yang sanggup datang dari Kuala Nerang, Kedah memberikan sokongan kepada saya.
"Tidak lupa juga kepada jurulatih saya, Poad dan Nizam (Mohd Nizam Yusop), Jad (Andrian Wasif) bantuan biomekanik (Institut Sukan Negara)," katanya.
Kejayaan itu pastinya memberi petanda positif buat arena olahraga negara yang dalam persiapan menghadapi Sukan Sea Thailand tahun depan.
Bagi jurulatih Husniah, Poad berkata, tidak apa yang mampu diucapkan ketika ini selain daripada 'Alhamdulillah'.
Untuk rekod Husniah sebelum ini pernah mengatasi rekod G Shanti pada 2017 menerusi catatan 11.36s, namun atas alasan bantuan angin, catatan itu tidak diiktiraf.




https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2024/10/1310014/zaidatul-sedih-jurulatih-ditamatkan-kontrak


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2024 12:04 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:04 AM | Show all posts
Lawatan Agong ke Brunei perkukuh hubungan istimewa dua negara








Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan, pada sidang media berhubung lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Brunei yang bermula esok. - BERNAMA






BANDAR SERI BEGAWAN: Lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Brunei selama tiga hari bermula esok, memperkukuh lagi hubungan akrab dan istimewa sedia terjalin antara dua negara.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan, berkata lawatan negara itu bagi memenuhi persilaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Beliau berkata, lawatan itu juga secara tidak langsung turut mengukuhkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, selain merangsang sektor pelaburan, pendidikan dan pelancongan dua hala.
"Ia juga lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai lalu," katanya kepada BERNAMA bersempena lawatan negara Sultan Ibrahim, di sini hari ini.



Mohd Aini berkata, dalam konteks hubungan dua hala, Malaysia dan Brunei sememangnya memiliki hubungan yang sangat akrab serta istimewa yang terserlah apabila Sultan Ibrahim berangkat ke Brunei pada 25 Jun lepas untuk mempersembahkan sendiri kepada Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan bersempena dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
"Atas dasar keakraban kedua-dua negara, Sultan Brunei berkenan berangkat ke istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda walaupun pada minggu berkenaan Brunei meraikan Hari Keputeraan Sultan Brunei yang ke-78 pada 15 Julai," katanya.
Dari segi ekonomi, Mohd Aini berkata, Brunei merupakan rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia dan rakan dagang keenam terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan berjumlah RM9.31 bilion pada 2023.
"Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, jumlah dagangan kedua-dua negara mencecah RM5.48 bilion, menunjukkan perdagangan kedua-dua negara kekal berdaya tahan dan kukuh," katanya.
Beliau berkata, bagi aspek pelancongan, Malaysia menjadi antara negara pilihan utama rakyat Brunei apabila kedatangan pelancong setakat enam bulan pertama tahun ini mencecah 565,999 orang, melebihi jumlah penduduk Brunei iaitu kira-kira 450,000 orang.
"Tahun lalu, bilangan pelancong Brunei ke Malaysia ialah 811,833 orang, jadi kita optimis kunjungan itu akan mencecah satu juta orang tahun ini dan khususnya 2026 bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia.
"Ramai yang datang ke Malaysia untuk melancong, membeli-belah, selain mencerminkan promosi yang berjaya dan berkesan oleh Tourism Malaysia di sini," katanya dan menambah selain Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Brunei, jumlah ketibaan pengembara negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga tinggi.
Dalam pada itu, beliau berkata kedua-dua negara mungkin boleh membincangkan lebih mendalam mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan memandangkan bilangan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di Brunei tidak ramai.
"Hanya ada lima pelajar Malaysia dalam bidang Sarjana di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di sini, namun ramai pelajar Brunei menyambung pengajian di Malaysia khususnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia," katanya.
Selain pendidikan, katanya, kerjasama dalam bidang pelaburan antara dua negara juga boleh ditingkatkan pada masa depan.
Mohd Aini berkata, lebih 25,000 rakyat Malaysia yang menetap di Brunei dan ada antara mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing misalnya perubatan, pensyarah dan industri petroleum.
Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Brunei bermula esok hingga 15 Oktober, dilihat signifikan dengan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Kunjungan itu juga diyakini akan terus mengukuhkan hubungan erat dan istimewa antara Malaysia dan Brunei yang ditunjangi oleh institusi Kesultanan Melayu, agama, budaya serta ikatan kekeluargaan.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat tiba di Brunei pagi esok dan berkenan menghadiri Majlis Santapan Petang bersama diaspora Malaysia di Brunei yang dianggar dihadiri 300 orang.
Pada Isnin, program rasmi Seri Paduka Baginda akan dimulakan dengan Majlis Sambutan Negara di Istana Nurul Iman, disusuli dengan Kunjungan Menghadap ke atas Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Seri Paduka Baginda berdua akan diraikan dalam Majlis Santapan Negara di Istana Nurul Iman yang dihoskan oleh Sultan Brunei pada sebelah malam.
Selain itu, Raja Permaisuri Agong juga dijadual berangkat ke UNISSA untuk merasmikan Sudut Buku Malaysia yang bakal mempamerkan penerbitan penyelidikan bersama antara Malaysia dan Brunei. – BERNAMA





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1310030/lawatan-agong-ke-brunei-perkukuh-hubungan-istimewa-dua-negara


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 12:05 AM | Show all posts
Edited by tari at 13-10-2024 12:07 AM

Tak sesia kempen
Menang selfie menang undi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:08 AM | Show all posts
Agong, Permaisuri buat lawatan negara ke Brunei esok






Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.





KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei bermula esok hingga Selasa ini.
Kunjungan itu adalah lawatan negara pertama baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Januari lalu.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini, berkata lawatan negara itu akan terus mengukuhkan lagi hubungan erat dan istimewa antara Malaysia dan Brunei yang ditunjangi institusi kesultanan Melayu, agama, budaya serta ikatan kekeluargaan.
"Lawatan itu juga dilihat signifikan dengan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Brunei," kata kenyataan itu.






Keberangkatan baginda akan diiringi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin serta pegawai Istana Negara, kementerian dan agensi berkaitan.
Baginda akan diraikan pada Majlis Sambutan Negara di Istana Nurul Iman disusuli kunjungan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
"Sultan Hassanal Bolkiah juga akan mengadakan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.
"Baginda dan Raja Permaisuri Agong juga dijadualkan menghadiri sesi ramah mesra dengan komuniti Malaysia di Bandar Seri Begawan.
"Raja Zarith Sofiah juga akan mengadakan lawatan ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan merasmikan Sudut Penerbitan Malaysia yang mempamerkan penerbitan penyelidikan bersama antara Brunei dan Malaysia," kata kenyataan itu.
Pada 2023, Brunei menjadi rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia dan rakan dagang keenam terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan dagangan berjumlah RM9.31 bilion (AS$2.04 bilion).
Bagi tempoh dari Januari hingga Julai lalu, jumlah dagangan antara kedua-dua negara adalah sebanyak RM5.48 bilion (AS$1.16 bilion) – BERNAMA




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309962/agong-permaisuri-buat-lawatan-negara-ke-brunei-esok









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:11 AM | Show all posts
tari replied at 12-10-2024 11:17 PM
Sungguh kurang sopan
Hehehe

momod

selain berita, apa lagi yg boleh ditepek

mod vell kaa kalau post apa2 pengetahuan baru dpt kedit?

apakah yg dimaksud kan itu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:11 AM | Show all posts
kalau tepek infografik grammar kira yg berpengetahuan dak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:11 AM | Show all posts
mengantuk pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:12 AM | Show all posts
ingatkan nak post sikit mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:12 AM | Show all posts
tak sempat masuk petang tadi tuk menolak rumah lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 12:12 AM | Show all posts
dah page 19
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:13 AM | Show all posts
berapa lagi diperlukan utk page 20
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:13 AM | Show all posts
alang2 dah online ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:13 AM | Show all posts
Marilah post siap siap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 1.711521 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list