|
KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)
[Copy link]
|
|
Meja bulat yang diduduki Harris dihampiri pengacara majlis, yang merupakan salah seorang pekerja syarikat itu juga. Suasana kian riuh dengan penari-penari salsa yang seksi selesai membuat persembahan.
“Each year, we never failed to provide a theme for our annual dinner. However, this year, we got surprise for those who came without right costumes…..” sorakan kian kuat. Halim yang berada di sebelah Harris mencuit Harris.
“Aku dah kata…” kata Halim. Harris senyum sahaja. Mereka duduk semeja dengan semua pekerja di jabatan mereka.
“This time, kita nak denda sikit….saya nak cari beberapa orang yang tak pakai costumes ikut tema ni…” pengacara berbangsa India itu rancak berjalan disekitar meja-meja bulat mencari ‘mangsanya’. Suara riuh rendah pekerja-pekerja lain kedengaran meminta teman-teman mereka yang tidak berpakaian mengikut tema di bawa ke pentas.
“Menyorok Harris…menyorok!” arah Din sambil ketawa. Harris mencebik. Berlagak selamba sambil memeluk tubuh. Azah yang duduk bertentangan dengannya dikerling sepintas lalu. Cantik sungguh mak cik ni malam ni…lebih-lebih lagi bila disimbah cahaya lampu yang malap. Makin seksi pula wajahnya bila dipandang.
Beberapa orang lelaki telah ditarik ke pentas. Sorakan makin riuh.
“Haa…I got someone very special….Mr….” pengacara berbangsa India itu sudah memandang kea rah meja bulat mereka. Segera Halim menolak bahu Harris. Berketap bibir Harris menahan geram.
“Let’s welcome our Logistics Assistant Manager cum Head of Operation Department, Mr. Harris….” Tepukan gemuruh bila nama Harris dilaung kuat. Siulan nakal kedengaran jelas dari serata dewan. Tak guna! Harris menggeleng kepala kesal.
Kawan-kawannya sudah bertepuk tangan untuknya. Namanya dipanggil berkali-kali oleh rakan-rakan syarikat yang lain. Dengan niat mahu memberi kerjasama kepada majlis itu, Harris bangun juga melangkah ke pentas ditemani pengacara berbangsa India yang memeluk bahunya.
“Padan muka! Orang dah cakap…tapi dia degil. Tiap-tiap tahun buat selamba rock je datang pakai t-shirt…” kata Din sambil bertepuk tangan. Azah menoleh memandang kea rah Din. Kemudian matanya tak lekang memandang Harris yang sudah berada di pentas.
“Okey…now..what we gonna do with these guys is, they are going to dance with these pretty ladies…and we will see who is the winner tonight! The best dancer, will win a cash of RM100!!! How about that?” sorakan makin kuat sebagai respons kepada soalan pengacara itu.
Harris merenung jauh ke meja yang menempatkan kawan-kawan sejabatannya. Pandangannya dihala tepat kepada Azah yang memandangnya dari jauh. Seronok sungguh Azah nampaknya memandang dia didenda di pentas…tak lekang-lekang senyuman dibibir gadis itu. Hmm…Harris menggeleng kepala. Pasrah dengan nasib yang diterimanya malam ini….. |
|
|
|
|
|
|
|
tq fizzi.... yeay!
mesti Harris lan -sing lan -sing dgn azah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 355# fizziany
yg kain ihram tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
Fizzi.... Berbaloi-baloi auntie menunggu2 sekian lama utk entry....
Mlm ni tidur dgn penuh kepuasan....Aaaaahhhh.....  |
|
|
|
|
|
|
|
nanti harris dan azah menang duit RM100.00 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yeayyy ... Thanks fizi .. Nanti msklah entry byk2 mcm ni ek  |
|
|
|
|
|
|
|
bila agaknya HARIS nak bercinta AZAH nie... |
|
|
|
|
|
|
|
nak n3 lg..nak lagi nak lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
yeye... tq fizzi...nak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ari ni tak der ker... agaknye mata fizzi 'berdarah' tak sembuh2 lagip neh... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah2 ai angau baca novel kt cari ni. ni lah first novel yg hari2 tengok ada new entry ke tdk...  |
|
|
|
|
|
|
|
yess..best..
thanks a lot fizzy |
|
|
|
|
|
|
|
best btl...
tersenyum2 bace...
lpas ni tmbh lg k..
thanx fizzy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis makan malam tahunan sudah berlalu. Namun ceritanya masih meniti di bibir para pekerja. Pelbagai cerita keluar sewaktu mereka berkesempatan untuk bergossip. Azah , Miah dan Kak Mastura yang datang dari jabatan lain sedang bersembang perihal malam itu di tempat Miah yang berhampiran tandas.
Harris yang baru keluar dari tandas, menjadi perhatian mereka sebaik dia keluar. Agak janggal bagi Harris bila mendapat perhatian dari 3 pasang mata yang asyik memandangnya. Dahlah baru keluar dari tandas.
Namun , perasaan gelisahnya disembunyikan sebaik mungkin dengan cuba berlagak selamba.
“Huiyyoo..ada orang tu, menari salsa sakan gila dengan awek seksi malam tadi….” Azah terus sound direct ke muka Harris sebaik Harris melewati mereka bertiga. Tersirap darahnya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azah. Langkahnya terus terhenti lalu di pandangnya Azah sambil tersenyum.
“Ha’a….pandai pulak engkau menari Harris…salute Kak Mas dengan kau…” usik Kak Mastura pula. Harris senyum lagi dengan lagak tenangnya.
“Sebab tulah saya tak pakai costume kak….saya memang dah tahu, kalau tak pakai costume nanti dapat peluang menari dengan awek seksi tu….” bicara Harris berseloroh sambil senyum simpul.
“Hohoho…gatal rupanya kau ye….Haa..lepas ni, bolehla belanja kitorang. Dah menang RM100 tu, sharelah sikit…” Kak Mastura ketawa sebaik mendengar jawapan Harris. Harris senyum sahaja mendengar kata-kata Kak Mastura.
“Tapi, kau pandai betul menari Ris... Orang lain, aku tengok semua hancur….Kat mana kau belajar salsa?” soal Miah pula. Azah pantas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Isk! Aku nak kenakan dia…tapi diorang ni puji pulak si Harris ni lebih-lebih. Parahh…
“Aku memang pandai menari….” Harris bersuara betul-betul ke muka Azah sambil menyeluk kocek seluarnya. Dengan senyuman yang masih berbaki di bibir, dia tersenyum mengejek kepada Azah lalu berlalu. Azah mengetap bibir, memerhatikan sahaja Harris yang hilang ke biliknya. Kerek! |
|
|
|
|
|
|
|
“Azah…abang nak tanya sikit, kau jangan marah tau…” ujar Din tiba-tiba. Makan tengahari itu, mereka keluar berlima. Halim, Din, Harris, Azah dan Miah. Cukup satu kereta Proton Gen-2 milik Miah. Harris mengerling kea rah Din. Din tersenyum-senyum.
“Tak tanya lagi, macammana nak marah…” selamba Azah menjawab sambil mengunyah sambal ikan bilis di dalam mulutnya. Sambal ikan bilis, goring dengan kacang campur temped an kentang. Mmm…sedap!
“Kalau ada orang nakkan kau Azah, kau nak tak?” soal Din terus. Berdesing telinga Azah mendengar soalan itu. Miah dan Halim sama-sama memandang Azah sambil tersenyum-senyum.
“Siapa abang Din?” soal Miah tidak sabar hendak mengetahui berita terkini.
“Sabarlah kau ni pun Miah!” Halim dengan segera mencantas niat Miah.
Azah memandang Harris, kemudian memandang Din sambil melopong.
“Apa punya soalan ni abang Din…membantutkan selera saya je….” keluh Azah kesal. Segan pun ada. Lebih-lebih lagi, bila Harris asyik menjeling ke arahnya.
“Jawab je la…nak ke tak nak….bukan susah pun..” tukas Din. Harris memasang telinganya. Manalah tahu, kalau-kalau fikiran Azah mahu berubah sebaik dia mendarat ke bumi semenanjung ni….Suapan nasi diteruskan juga.
“Tak naklah….Dah! Jangan tanya lagi soalan macam ni…” marah Azah yang langsung menyambung makannya. Harris yang mendengar, sedikit sebanyak berasa kecewa.
“Apalah kau ni Azah…orang…tanyalah dulu…siapa…mana tahu, tu orang kaya ke…hensem ke….rugi tolak mentah-mentah!” marah Miah pula. Azah diam, malas hendak menjawab. Membiarkan kawan-kawannya terus bersembang.
Harris juga turut diam. Tidak ada semangat hendak menyertai perbualan kawan-kawannya yang lain. Dalam diam, Din memerhatikan reaksi wajah Azah dan Harris yang sama-sama terdiam. |
|
|
|
|
|
|
|
“Betul jugak cakap kau yek…” di gudang, sewaktu Din dan Harris sama-sama membuat tinjauan stok dan keadaan gudang, Din bersuara sedemikian.
“Cakap apa?” soal Harris yang pada muilanya tidak faham hujung pangkal. Din membelek penampal yang tersangkut di tepi dinding gudang.
“Azah tu lah…dia memang tak nak kahwin…” kata Din. Harris mendengus kecil. Senyuman pahit terukir di bibirnya.
“Aku dah cakap kan…kau tak percaya…” ujar Harris perlahan. Ada terselit nada kecewa.
“Langsung dia tak tanya siapa yang nakkan dia…terus dia tolak mentah-mentah…” sambung Din. Harris senyum hambar lantas mengangguk.
“Aku baru ingat nak matchkan dia dengan sepupu aku. …” lantas Harris segera menoleh memandang Din bila Din menyambung ayatnya. Jadi, selama ini Din sibuk bertanyakan perihal Azah adalah kerana mahu menjodohkan Azah dengan sepupunya??? Adusss….
“Sepupu aku tu…kerja engineer kat PJ. Umur dah 35. Aku rasa, kalau dia jumpa Azah, mesti dia suka kat Azah…” sambung Din lagi. Suka benar dia bercerita tentang sepupunya. Sekaligus menyiat hati Harris yang bengang mendengar cerita Din.
“Tapi, aku nak tryla, cuba bawak Azah jumpa sepupu aku tu…pujuk-pujuk supaya diorang kawan dulu..lama-lama nanti, mudah-mudahan pintu hati Azah terbuka nak kahwin..” Din masih bercerita, tanpa menyedari riak muka Harris yang sudah berubah keruh.
“Kau rasa macammana Ris?” soal Din bila Harris diam lama. Langsung nampak tidak berminat terhadap ceritanya.
“Kau tanya pendapat aku? Hmmhh…” Harris menarik nafas resah. Harris menyeluk kocek seluar dengan dua tangannya. Din mengangguk.
“Kalau kau tanya aku…aku rasa baik kau lupakan je niat kau tu. Itu pendapat aku la…” kata Harris perlahan.
“Sebab?” soal Din curiga. Mereka sama-sama duduk bertenggek di atas pallet yang rosak di tepi gudang.
“Azah tu…..dia tu….susah nak kahwin…” terang Harris terkial-kial. Berkerut dahi Din melihat gaya Harris. Macam jauh benar fikirannya melayang untuk mencari jawapan bagi soalan ‘Mengapa Azah tak mahu kahwin!’.
“Aku fahamla susah…tapi kenapa…” bantah Din geram. Harris mengetap bibir. Masih mencari jawapan yang sesuai buat soalan Din.
“Sebabnya…dia tu, jenis yang pentingkan family dia dulu. Cinta-cinta ni…dia tak mainlah…” jawab Harris jujur. Susah juga mahu menjawab soalan Din ni.
“Memangla semua orang pentingkan family. Sayangkan family. Tapi takdelah sampai tak nak kahwin…” getus Din yang masih curiga.
“Memang….tapi, dia ni…lain sikit. Dia ni…selagi adik-adik dia tak lepas dari family dia…selagi tu dia cakap tak nak fikir pasal cinta…pasal kahwin ni…sekarang ni pun, dia yang sara mak ayah dia kat kampong. Dia takut, kalau dia kahwin, dia tak boleh sara family dia lagi….” ujar Harris lemah.
Din terdiam merenung Harris. Antara percaya dan tidak terhadap jawapan Harris.
“Tapi…kau jangan bagitahu sapa-sapa cerita ni. Aku takut nanti dia marah aku pulak…pandai-pandai pergi bukak cerita pasal hal peribadi dia…” ugut Harris seraya memandang Din.
Din yang mendengar melopong. Dalam sedar tak sedar, Din mengangguk setuju. Din mengerutkan dahinya memandang Harris.
“Dalam diam-diam…rupanya kau banyak tahu pasal Azah ye….Mana kau tahu?” soal Din, sekaligus memerangkap Harris. Harris diam, cuba berlagak tenang. Hanya senyuman yang terukir di bibirnya.
“Dah aku dok bersembang dengan dia 24 jam masa kat Kuching tu…sedikit sebanyak aku tahula…” Harris bangun dengan malasnya meninggalkan Din yang masih bertenggek di pallet rosak. Din pula, termangu melihat Harris yang berjalan mendahuluinya. Pantas dia bangun mengejar Harris.
Di dalam hatinya, bersarang seribu perasaan curiga terhadap sikap Harris. Bukankah selama ini Harris sangat sinonim dengan tagline ‘Ada Aku Kesah????’ Apa sudah jadi….. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|