View: 3236|Reply: 30
|
MSTAR Online : Dayang berdebar kerana 'Luka'
[Copy link]
|
|
Dayang berdebar kerana 'Luka'
04-10-2006 11:25:58 AM
Oleh WAHIDA ASRANI
Untungnya jadi Dayang Nurfaizah adalah dia memang sudah terkenal. Walaupun cubaannya untuk merangkul RM1 juta di dalam pertandingan One In A Million (OIAM) baru baru ini gagal, tidak ada apa yang perlu digusarkan oleh penyanyi ini.
Tetap tidak patah semangat, Dayang kembali sibuk untuk proses rakaman album terbarunya dan siapa sangka bahawa penyanyi bersuara gemersik ini rupa-rupanya akan berlakon pula di dalam sebuah filem berjodol Luka yang menampilkan pelakon popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo dan Marcel Chandrawinata.
Awal Januari depan, Dayang akan berangkat ke Jakarta untuk penggambaran filem tersebut yang telah berberapa kali ditunda.
Dayang kembali sibuk dengan album terbaru dan filem pertamanya
(Foto The Star oleh Kamal Sellehuddin)
Inilah penglibatan Dayang yang pertama sebagai pelakon dan bakal bergandingan dengan nama-nama besar membuatkan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini gementar.
Justeru, salah satu langkah yang diambilnya untuk memastikan hasil lakonannya nanti berkesan, Dayang akan turut mengikuti kelas lakonan di Jakarta.
"Sebenarnya, sebelum sertai OIAM, saya sempat belajar berlakon selama sebulan dengan pelakon Indonesia, Ria Irawan. Dia banyak mengajar apa yang saya perlu lakukan untuk bawa watak saya itu.
"Kemungkinan besar di Jakarta nanti, Ria juga yang akan melatih saya untuk kelas lakonan itu nanti," tambahnya lagi.
Luka menceritakan sebuah kisah cinta segitiga di antara tiga orang sahabat, Luka (Marcel Chandrawinata), Rika (Dian Sastrowardoyo) dan Alia (Dayang Nurfaizah) di mana pelbagai konflik perlu dihadapi oleh ketiga-tiga mereka dalam memahami erti sebenar 'cinta'.
Faizal OIAM tulis lagu untuk Dayang
Bercerita tentang album keenamnya, Dayang berkata empat buah lagu sudah disiapkan dan ketika ini masih di dalam proses pemilihan enam buah lagu lain.
Antara komposer yang turut menyumbangkan lagu mereka adalah Amir Ruffedge, Mazlan Hamzah dan Iman Wan.
Dayang akan bercuti selama dua minggu sempena Hari Raya
(Foto The Star )
Menurut Dayang lagi, Faizal OIAM juga dijangka akan menyumbangkan sebuah lagu untuknya.
"Sejak di dalam OIAM lagi saya lihat Faizal seorang yang kreatif, bukan saja ketika menyanyi tetapi juga di dalam penghasilan lagu.
"ada satu hari tu, saya bertanya pada dia, 'ada lagu tak untuk Dayang?'. Tak sangka pula sebenarnya dia memang ada lagu yang dia mahu saya nyanyikan, cuma dia segan untuk beritahu saya.
"Insyaallah, saya akan dengar dulu lagu itu dan jika ia sesuai dengan konsep saya, saya akan masukkan lagu tersebut dalam album saya nanti," ujar Dayang.
Katanya lagi, album ini turut menampilkan kelainan berbanding album-albumnya sebelum ini.
"Saya masih kekalkan konsep R&B, cuma kali ini ada sedikit kelainan dari segi nyanyian dan muzik. Jika semuanya berjalan lancar, album ini akan mula berada di pasaran pada akhir November depan." :pompom::pompom:
Cuti raya dua minggu
Sejak penglibatannya di dalam dunia seni, amat sukar untuk penyanyi berusia 25 tahun ini meluangkan masa yang lama bersama keluarga tercinta tatkala menjelangnya Hari Raya.
Ada saja program atau persembahan yang perlu dijayakannya sehingga adakalanya membataskan peluang Dayang untuk meraikan hari mulia itu bersama-sama keluarganya di Kuching, Sarawak.
Namun tidak pada Syawal kali ini. Menurut Dayang, tahun ini dia akan mengambil cuti selama dua minggu.
"Saya penat sangat tahun ini, terutamanya selepas sertai One In A Million. Memang saya ingin sangat berehat lama, sebab itu saya ambil cuti dua minggu.
"Lagipun sudah lama tidak berjumpa dengan saudara-mara. Insyaallah, dua atau tiga hari sebelum raya, saya akan pulang ke Kuching," ujar Dayang.
Ditanya tentang persiapan raya pula, penyanyi ini mengaku belum membuat sebarang persediaan kerana sibuk menguruskan kerjaya seninya.
"Baju raya pun saya belum sempat tempah. Mungkin pakai semula baju tahun-tahun yang dulu.
"Begitu juga dengan kuih raya, ada yang akan dibeli dan yang penting, setiap tahun, kuih tradisi keluarga kami 'Desa Fair' mesti ada. Walaupun nama kuih itu pelik, tapi ia memang sedap!" kata Dayang. |
|
|
|
|
|
|
|
lawanye baju pra-raya Dayang...:love::love: |
|
|
|
|
|
|
|
cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 gjoy_chester's post
:pompom:
dayang dayang dayang.. :pompom: . . |
|
|
|
|
|
|
|
cantik sangatt sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat
:clap::clap::clap: |
|
|
|
|
|
|
|
amboi BH, cepatnye tukar avatar... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gjoy_chester at 5-10-2006 12:09 PM
amboi BH, cepatnye tukar avatar...
hehhehehehhe....sbb cantik sangat baju dia. aku sukeeee....
[ Last edited by bintang^hati at 5-10-2006 01:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 bintang^hati's post
mmg cantik..Dayang still kekalkan pemakaian baju kurung tradisional..sape kate baju kurung x cantik? |
|
|
|
|
|
|
|
2 minggu cuti raya ?
Dayang tak buat open house kat KL ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 5-10-2006 02:56 PM
2 minggu cuti raya ?
Dayang tak buat open house kat KL ke ?
aku rasa tak kot. maybe...dia buat kat kuching kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni suma baju kurung yg dayang pakai aku suka..material kain tuh chiffon kan?mmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 orang_kampong's post
santung...he..(ntah, main teke jer...) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_kampong at 5-10-2006 04:07 PM
setakat ni suma baju kurung yg dayang pakai aku suka..material kain tuh chiffon kan?mmmm
aku punnnn... smua cantik2. kalau ko tgk baju kurung yg dyg pakai malam tadi utk rakaman konsert fenomena, pun cantik jugakkk... warna hijau kebiru-biruan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 bintang^hati's post
biru laut.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gjoy_chester at 5-10-2006 04:48 PM
biru laut..........
bukan biru laut ar. biru dia nak dekat hijau. kalau nak cakap hijau, nak dekat biru. cam tu ar. aku x reti nak klasifikasikan. |
|
|
|
|
|
|
|
ff:..ni bkn baju yg Dyg pakai masa pi nikah Ct kat KLCC dulu ke???:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
mcm nie la baru sejuk mata memandang...:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fairytale at 5-10-2006 10:13 PM
mcm nie la baru sejuk mata memandang...:ah:
mmg la
abis aku nk tny
sarah tu sejuk ke tk baju dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 puteri-jelmaan's post
sejuk sgt2...
dah la comel...:love: ;) |
|
|
|
|
|
|
| |
|