|
Originally posted by noya at 14-10-2006 04:39 PM
Tadi lebih kurang jam 12.30 saya pergi ke Pusat Jagaan anak-anak yatim ini..Anak-anak yatim ini dilihat duduk di luar rumah..di bawah canopy..ambil angin kot.. Dan saya berkesempatan berbual dengan ...
noted, noya...mekasih bebanyak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noya at 13-10-2006 08:39 PM
Ada ramai ke anak yatim di Yayasan ini..Dah lama ke tertubuh..Saya orang Perak, tapi saya tak tahu pun ada yayasan ini.. Semalam co saya buat program anak yatim ni tapi tak termasuklah Yayasa ...
Daif benar keadaannya.
Maca mana boleh tertinggal pulak Yayasan nie.
Tak berdaftar kot. Cepat cepat lah daftar supaya senang dapat bantuan. |
|
|
|
|
|
|
|
yaneng ingin mencadangkan, ini cadangan lah kan, disebabkan ada 23 org anak2 yatim di sini, apa kata kalau antara kita yang mampu, memberi "biasiswa" kepada anak2 ini, meaning:
katakan belanja sekolah setahun anggaran RM250 (atau semampu yg boleh)--(ini kena check ngan en khairul, sekolah menengah dan sek rendah lain belanja),
jadi seorang sponsor seorang anak yatim,
atau 2 ikut kemampuan lah kan,
jadi bila mereka terima sumbangan lain , duit itu boleh digunakan utk membayar bil2@sewa@tambahan utk perbelanjaan harian...
selain dari itu, kita akan dapat pantau seorang anak yatim, dan mereka tidak dilupakan selepas sekali derma.
yaneng pernah buat program nie dulu ngan kawan2 di tempat lain dan bagus juga rasanya....
ini pendapat yaneng, kalau tak setuju tak apa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 yaneng's post
cadangan yang sungguh mulia.. hmm, ada sambutan tak? |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
aku pernah buat cadangan ni dulu, di board lain la, tapi tiada sambutan. aku ada beberapa cadangan, tapi panjang nak taip. tunggu sat no. |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
Aku tidak tahu berapakah perbelanjaan bulanan yayasan ini. Aku juga tidak tahu berapakah bantuan yang diterima setiap bulan. Tetapi jika bil elektrik sudah tertunggak sehingga mencecah RM800, nampaknya pendapatan adalah kurang berbanding perbelanjaan, atau dengan kata lain, pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan.
Aku tidak tahu ke manakah mereka membelanjakan sumbangan yang diterima, namun pada firasat aku, sekurang-kurangnya wang tersebut mesti dibelanjakan untuk:
sewa rumah
makanan harian (beras, gula, teh, kopi, susu, sayuran, rempah,minyak, biskut,kuih)
yuran persekolahan,
buku-buku, alatulis, pakaian sekolah,
keperluan harian (shampoo, sabun, ubat gigi),
elektrik dan air.
Pakaian (bukan setiap bulan beli baru, mungkin setahun 3 kali)
Cuba bayangkan berapa kos untuk menyara 23 orang anak anda.Nampaknya pendapatan mereka tidak sempat dibelanjakan ke atas eletrik kerana telah habis di tengah jalan.
Aku ada beberapa cadangan untuk yayasan ini.
1- Apa kata kita buat gathering di Yayasan ni pada Hari Raya nanti, misalnya pada 27hb atau 28hb Oktober? ada sesiapa yang berada berhampiran Ipoh pada tarikh tersebut?
2-Perihal Yayasan Nurul Iman ini disiarkan di akhbar. Kebiasaannya, apabila disiarkan di akhbar, jika bernasib baik, maka berita itu akan menjadi hangat (tahi ayam), dan para pembaca dan pihak tertentu akan teruja untuk memebri sumbangan. Kemungkinannya akan mampu memungut sejumlah besar kutipan. Kutipan yang (mungkin) banyak tersebut insya Allah bolehlah digunakan untuk membayar bil yang tertunggak dan membuat sedikikit pengubahsuaian bilik seperti yang diimpikan oleh Encik Khairul.
3-Setelah masa berlalu, seperti yang biasa berlaku, perihal Yayasan Nurul Iman akan dilupakan orang. Berita朾erita hangat dan sensasi akan menggantikan minda pembaca.
Berikut adalah cadangan untuk mendapatkan pendapatan tetap bulanan:
Cuba kita dapatkan maklumat lebih lanjut, berapakah jumlah pendapatan tetap Yayasan ini setiap bulan atau dengan kata lain, siapakah yang menyumbang secara tetap setiap bulan? Misalnya Baitul Mal bagi RM300 sebulan, Pusat Urusan Zakat bagi RM200sebulan, Kerajaan Negeri Perak bagi RM500 sebulan, Ramli Ngah Talib bagi RM200 sebulan, Rafidah Aziz bagi RM300 sebulan, Sultan Perak bagi RM1000 sebulan dan lain-lain? Ini contoh saja.
Kemudian kita minta Encik Khairul buat surat, atau kita buat surat untuk Encik Khairul, dan ditandatangani oleh encik Khairul, di mana isinya ialah meminta bantuan kewangan/sedikit sumbangan daripada pihak tertentu. Kita tuliskan di dalam surat itu anggaran perbelanjaan bulanan dan sumber pendapatan setakat ini. Kita sertakan juga foto-foto terkini Yayasan ini untuk memberi gambaran sebenar kedaifan Yayasan ini. Kemudian surat ini diajukan kepada pihak-pihak tertentu dan meminta supaya mereka memberi sedikit sumbangan untuk menampung jumlah perbelanjaan yang masih tidak cukup tersebut. Surat ini aku cadangkan diajukan kepada:
1-Jabatan Agama Negerui Perak. Minta kebenaran mengutip derma/surat sokongan. Kalau dapat tandatangan/sokongan Mufti Perak lagi menarik.
2-Masjid Jamek terdekat dengan Yayasan Nurul Iman ini, iaitu mungkin karyah Kg Manjoi sendiri. Mungkin mereka sanggup memberi RM50/100 setiap bulan? Ini bergantung kepada kutipan tabung Jumaat mereka dan keinginan AJK.
3-Masjid Jamek Negeri Ipoh. Secara teorinya boleh dapat banyak.
4-Masjid Jamek Kg Baru , Kuala Lumpur.
5-Yayasan al Bukhariy
6-Pn Rafidah Aziz. kalau dia ada buat rumah terbuka boleh beri surat ini terus kepada beliau.
7-En Ramli Ngah Talib
8-En Tajol Rosli
9-Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan. boleh minta tolong jamaljermi
10-Sultan Perak/Raja Nazrin. siapa-siapa yang dijemput berbuka sekali tu bolehlah bawa surat ini. ke ada protokol kalau nak bagi surat kepada sultan?
Kita tidak tahu apakah maklum balas daripada 10 pihak yang tersebut di atas. Sekalipun mereka mempunyai wang dan mampu untuk memberi sedikit sumbangan setiap bulan, namun dengan adanya protokol dan kerenah birokrasi maka......................entahlah labu.
Adalah lebih mudah dan cepat andainya sumbangan tersebut diberikan oleh orang 杘rang persendirian iaitu kita sendiri. Lebih baik andainya orang orang yang berada di persekitaran Yayasan itu yang membantu Yayasan tersebut. Kita yang berada di luar Perak sudah tentu perlu membantu mereka yang memerlukan yang berada di sekeliling tempat tinggal kita ini. Namun ini tidak sepatutnya menghalang kita daripada menyumbang kepada mereka di negeri lain.
Apabila kita memerhati keadaan di sekeliling kita, terdapat banyak manusia yang memerlukan bantuan kita. Namun kita terpaksa akur, kita tidak dapat membantu mereka semua, kita mungkin dapat membantu sebahagian sahaja daripada mereka.
Cadangan Yaneng adalah sangat bernas. Aku pula mencadangkan seperti berikut:
Kita jadikan Yayasan ini anak angkat Board Perak. Kita cuba membuat sumbangan secara tetap setiap bulan. Misalnya, setiap daripada kita yang sudi untuk menderma, menetapkan jumlah minimum untuk diri kita sendiri dan memberi komitmen untuk menderma setiap bulan.(adakalanya kita juga mungkin ditimpa kesusahan, rumah terbakar, disamun, tanah runtuh banjir, kemalangan jalanraya yang mungkin menyebabkan kita tidak mampu untuk menderma-itu adalah persoalan lain, apa yang aku maksudkan di sini ialah setiap daripada kita menderma sekadar kemampuan kita).
Kita pilih seorang untuk memegang list penderma, misalnya gemuk atau noya. Pemegang list ini akan mengingatkan para penderma setiap awal bulan /hujung bulan supaya menderma/bank in kepada akaun Yayasan pada suatu tarikh tertentu.
Adalah sangat baik jika kita dapat menetapkan suatu tarikh tertentu. Cuba kita bayangkan tarikh gaji masuk kita berubah setiap bulan, kita juga akan jadi susah hati bukan? Kita tidak dapat merancang budget dan aktiviti apabila wang tidak masuk ke akaun . Aku rasa begitu jugalah yang dialami oleh Encik Khairul apabila pendapatan bulanan tidak menentu bila masuknya dan berapa masuknya.
Kalau tak dapat bank-in pada suatu tarikh yang tetap pun tak apa, yang penting duit masuk ke akaun Yayasan.
Contoh list tersebut mungkin begini:
SEPAILEMAN RM100
GEMUKK RM90
YANENG RM80
DILAOHDILA RM70
TUKANGKEBUN RM60
TUTANKHAMUN RM50
ARMED_KILLER RM20
MIA LIBRA RM20
SAL COMEY RM20
CHEKSHU RM30
WINTER_GURL RM10
JELITA DANGDUT RM10
AWOKZ RM30
NEEZIE RM40
DGCROACH RM30
KODOMO RM10
DAREDEVILL RM10
BLINK 505 RM10
FEEZA RM10
SAKURAGINCHO RM10
DEE DEE RM10
VALKRIES RM30
PUTUBAMBU RM30
BZZTS RM30
ARI7 RM10
BEDAH RM30
HARRIER28 RM30
MIN RM30
RINHANIKOMA RM30
LARACROFT RM30
KUNYIT RM30
KONDA RM30
GADIS RM30
C_COMEL RM30
ARINNA_MUCTHAR RM20
AHMED_AHLAKEN RM20
ASSAMBOI RM20
WITCHMAN RM20
TEMBAMGIRL RM30
PAPA ROMANTIK RM30
WARNA_WARNA RM30
SHAH_ARYAN RM30
UKAWA RM20
ZA RM20
SERIBULAN RM30
NEVBERG RM20
FINNIE RM30
MY_AQILLA RM30
WANIE AYUNIE RM20
MUNTZ RM30
TKUAZMANI RM20
AES 7887 RM20
ZXC RM20
List di atas hanyalah sebagai gambaran sahaja. Nama dan jumlah sumbangan mungkin lebih ataupun kurang daripada list bayangan di atas.
Berpisah dengan duit adalah sangat perit, terutamanya jika untuk menghantar duit tersebut ke akhirat yang kita tak nampak. Keperitan ini kita tidak rasa sangat jika membeli kuih raya, atau berbelanja di pasar malam/giant/tesco. atau membeli vcd vcd cetak rompak terbaru, atau makan di kfc /mcdonald, atau mengupgrade komputer dan lain-lain yang biasanya menelan belanja yang jauh lebih besar daripada sumbangan kita kepada tabung masjid pada hari jumaat (dan hari hari lain).
Tak apa, kita berilah sekadar uyang kita rasa selesa. Sebarang sumbangan walaupun kecil, adalah sangat-sangat dihargai oleh Encik Khairul.
Andaikan kita ada 20 orang penderma yang sudi menderma RM20 setiap orang, maka kita sudah berjaya memungut RM400. Jumlah ini mungkin sudah cukup untuk menampung bil elektrik dan air setiap bulan (kena tanya Encik Khairul untuk jumlah sebenar bil bulanan).
Jika jumlah penderma lebih ramai, dan jumlah sumbangan juga lebih tinggi, Board Perak mungkin mampu menampung sewa rumah dan bil elektrik/air.
Andaikan ada 20 penderma x RM30 = RM600. Banyak juga tu.
Sumbangan daripada pihak lain, bolehlah digunakan untuk perbelanjaan lain/yuran sekolah/makanan harian/buku/pakaian dan lain lain.
Tentu bertambah menarik jika 10 pihak yang tersenarai di atas sudi bekerjasama.
Aku tidak tahu jika resit daripada pihak selain daripada pejabat zakat diterima juga oleh Kementerian Hasil Dalam Negeri. Andainya diterima, maka aku mencadangkan supaya Encik Khairul membuat resit untuk sumbangan yang dihulurkan. Misalnya menerima bayaran zakat pendapatan daripada pihak penyumbang (penyumbang tidak semestinya forumer Board perak).
Tidak semestinya setiap penderma mahu menerima resit. Siapa yang mahukan resit boleh minta daripada Encik Khairul. Sesiapa yang ingin menderma secara tanpa nama juga adalah sangat sangat dialu-alukan.
Bahaya resit ini ialah penyumbang mungkin tersilap membuat sumbangan untuk melepaskan diri daripada cukai pendapatan. Niat ini adalah salah. Niat membayar zakat mestilah semata-mata untuk menyukakan Allah. Niat ini perlu diperbetulkan sentiasa, terutamanya ketika membayar zakat dan selepasnya. Dengan niat kita yang betul kerana Allah, zakat kita menjadi sah dan kita juga dapat dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan.
Demikian adalah cadangan aku untuk Yayasan ini dan Board Perak sendiri.
Sekiranya projek ini berjaya, dan sumbangan melimpah ruah melebihi keperluan, kita boleh salurkan wang tersebut ke tempat lain yang memerlukan. Banyak lagi pihak yang memerlukan dan menanti sumbangan kita.
Komen semua adalah dinanti-nantikan. |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
Originally posted by noya at 14-10-2006 06:51 AM
Lepas trwh malam tadi, pergi cari tempat ni.. dan jumpa..sama seperti gambar di atas..melihat sendiri keadaan mereka, tak terucap rasanya dengan kata-kata...
andaikan aku daripada kuala kangsar , macam mana nak sampai ke rumah anak yatim ini?
boleh bagi direction? |
|
|
|
|
|
|
nitro5636 This user has been deleted
|
saya sokong kata2 ninja merah tuh..klo jadi, saya on jer.. |
|
|
|
|
|
|
Scotland This user has been deleted
|
Yayasan Nurul Iman
Kereta Stom dalam gambar tu siapa punya? |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja, bagus cadangan ninja, mungkin boleh dibuat,
jadi, cadangan yaneng, lets keep it simple dan concentrate pada 23 org anak2 yatim ini, dan pada yg boleh tlg alhamdulillah, dan yg tidak, bukan paksaan,
siapa2 yg nak tlg, pm ninja@mukk@yaneng, jadi tak perlu diwar-warkan nama, dan berapa nak diberi...nama pun sedekah kan, dari situ, kita strategize cara terbaik bantu mereka...
amacam...ok tak....
[ Last edited by yaneng at 17-10-2006 01:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kalo btul2 ade head yg organize mcm ninja cakap tuh senang la
aku pon nak derma juge |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
aku nak tanya, kisah Yayasan Nurul Iman ni ada tak tersiar di akhbar baru baru ini? |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah offline 2-3 hari ni pasal outstation..
terimakasihbebanyak ninjamerah.. emm.. cadangan yang bagus tu.. tapi tak sure la diorang ni pernah dapat coverage media atau tak.. |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
sekiranya ramai yang sudi menderma, maka jumlah wang yang perlu diderma juga tidak membebankan. aku rasa tidak menjadi masalah kepada kebanyakan orang untuk menderma RM10 setiap bulan.
aku ada 3 projek untuk Yayasan ini.
1-memberi duit raya kepada anak anak yatim.
cadangan aku ialah RM10 sahaja untuk setiap anak yatim tersebut (total RM230). berat juga kalau aku nak keluarkan RM230 untuk duit raya, sebab aku ingin memberi tumpuan lebih kepada pengurusan Yayasan itu sendiri. Oleh itu, aku berharap ada 23 orang forumer yang sudi menghulurkan duit raya tersebut. setiap forumer (yang sudi menderma) hanya perlu mengeluarkan RM10 sahaja (masukkan ke dalam akaun Maybank aku).
sekiranya kutipan gagal mencecah RM230, maka kutipan akan diberi kepada Encik Khairul dan bukan kepada anak-anak yatim. Ini kerana aku rasa tidak berapa selesa jika sebahagian dapat duit raya dan sebahagian tidak. atau pun sebahagian dapat banyak dan sebahagian dapat sikit. aku rasa RM10 setiap orang tu adalah suatu nilai yang sangat baik untuk menggembirakan mereka. (mungkin mereka akan serahkan duit tu kepada En Khairul juga untuk menampung keperluan Yayasan).
sekiranya terdapat ramai forumer yang sudi menderma, lalu jumlah kutipan melebihi RM230, maka kutipan yang lebih itu akan dipindahkan ke dalam projek kedua.
Aku bercadang untuk menziarahi Yayasan tersebut pada hari raya nanti, jadi sangat baik jika korang dapat bank-in duit tersebut sesegeranya. Sila pm aku jika sudi menderma dan ambil no akaun Maybank aku.
2-menyelesaikan bil elektrik RM800 yang tertunggak.
aku berharap dapat mengutip RM10 daripada setiap forumer yang sudi menderma. mungkin kita gagal mencapai RM800 tetapi sekurang kurangnya kita mungkin dapat mengurangkan bil tersebut. mungkin juga sudah ada pihak pihak tertentu yang menyelesaikan bil tersebut. jika demikian, maka duit yang terkumpul dapat digunakan oleh Encik Khairul untuk merealisasikan impiannya membuat pengubahsuaian bilik, atau digunakan untuk cover hutang (sebab kononnya mereka sekarang keputusan belanja).
3-sumbangan bulanan.
aku berharap projek ini dapat dimulakan menjelang November iaitu setelah gaji korang masuk.sila pm aku jika korang ingin disenaraikan sebagai penyumbang tetap bulanan. sumbangan hendaklah dimasukkan terus ke dalam akaun Yayasan dan bukannya akaun Maybank aku. aku hanya akan membuat reminder terhadap mereka yang tersenarai untuk memastikan Yayasan mendapat wang yang diperlukan.
Ringkasan:
aku bercadang untuk menziarahi Yayasan pada hari raya nanti (mungkin raya ke-4 atau ke-5). Buat masa sekarang, aku hanya ada wang untuk Yayasan dan bukan untuk duit raya anak yatim. kemungkinannya aku akan membawa sedikit kuih dan pakaian terpakai.
jika projek pertama yang tersebut di atas tidak mendapat sambutan (iaitu tiada siapa sudi memberikan duit raya kepadaku) maka:
Encik Khairul dapat duit, anak anak dapat kuih + pakaian (tak tau la boleh pakai ke tak boleh pakai saiz aku ni).
andainya projek pertama berjaya maka:
Encik Khairul dapat duit, anak anak dapat duit+kuih+pakaian
andainya projek pertama dan kedua mendapat sambutan hangat, maka:
Encik Khairul dapat BANYAK DUIT, anak anak dapat duit+kuih+pakaian.
Demikianlah cadangan aku, tidak jadi masalah jika kalian ingin memasukkan terus sumbangan ke dalam akaun Yayasan atau memberi duit raya tersebut dengan tangan kalian sendiri.
Any comment?
[ Last edited by ninjamerah at 19-10-2006 09:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 ninjamerah's post
boleh je kalo nak kasi duit raya |
|
|
|
|
|
|
|
moga usaha ninja diberkati Allah..
tengok pm aku dan tolong jangan siarkan kat porum ni |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
Originally posted by noya at 19-10-2006 06:50 PM
Ninja..aku dah pm...
Originally posted by anakomar at 19-10-2006 07:34 PM
moga usaha ninja diberkati Allah..
tengok pm aku dan tolong jangan siarkan kat porum ni
Okey...roger.
jazakallah kepada mereka yang telah bank in. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|